Anda di halaman 1dari 2

FAEDAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan
juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di satu taman atau di sebuah kampung yang
sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana
merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita
menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa"Jiran sepakat
membawa berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita
sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Persoalannya apakah faedah di
sebalik cogan kata “jiran sepakat membawa berkat “?.

Faedah yang dogmatik untuk merealisasikan semangat kejiranan dalam kalangan


masyarakat adalah akan dapat memupuk hubungan baik antara jiran. Hal ini demikian
kerana, memupuk hubungan baik antara jiran amat penting bagi mewujudkan sebuah
kehidupan yang harmoni dan aman antara jiran. Hubungan baik antara jiran dapat dipupuk
melalui aktiviti gotong-royong, ziarah-menziarahi serta sukan komuniti. Amalan
gotong-royong akan dapat akan dapat menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Hal ini bertepatan dengan peribahasaseperti aur dengan tebing. Selain itu, hubungan baik
melalui amalan gotong-royong ini, setiap komuniti akan saling bertanya khabar dan dapat
dilakukan dengan cara membersih taman-taman di kawasan kediaman. Sebagai contoh,
amalan gotong-royong ini boleh dilakukan di kawasan pembiakan nyamuk aedes dan dapat
menghalang masyarakat kejiranan daripada dijangkiti demam denggi. Sekiranya semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat direalisasikan, sudah pasti hubungan baik
antara jiran tidak dapat dipupuk. Jelaslah bahawa semangat kejiranan dapat diwujudkan
melalui hubungan baik antara jiran.

Selain itu, semangat kejiranan juga dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan
masyarakat di negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, nilai kerjasama dapat
menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Nilai kerjasama juga dapat
membentuk jati diri yang baik dalam diri setiap masyarakat. Melalui amalan gotong-royong
dapat meningkatkan lagi nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat lantas semangat
kejiranan ini akan dapat diperkukuhkan. Di samping itu,nilai kerjasama akan wujud apabila
setiap individu membantu jiran mereka semasa mengadakan rumah terbuka terutama pada
musim perayaan, sebagai contoh semasa perayaan Aidilfitri, masyarakat Islam, masyarakat
India, masyarakat Cina bekerjasama dalam menyempurnakan rumah terbuka tersebut.
Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang
untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.
Sekiranya,nilai kerjasama tidak diamalkan dalam kalangan masyarakat majmuk sudah pasti
semangat kejiranan di negara ini sukar diterapkan. Sudah terang lagi bersuluh nilai
kerjasama merupakan salah satu kelebihan bagi memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat di negara ini.

Seterusnya, jiran yang baik akan membantu jirannya yang menghadapi kesusahan.Hal
ini dikatakan demikian kerana sakit pening, susah senang, jiran adalah orang paling utama
untuk kita mengadu. Apatah lagi dalam hal kecemasan, jiran orang pertama yang
diharapkan untuk menghulur bantuan atau yang diharapkan bagi mendapatkan pertolongan.
Jiran yang baik akan prihatin dan sentiasa bersedia memberikan pertolongan sekiranya jiran
mereka memerlukan pertolongan tidak kira dalam keadaan susah atau senang. Jadi, melalui
amalan ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung
akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang
terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Seandainya , sikap saling membantu jiran yang menghadapi kesusahan tidak diamalkan
dalam diri masyarakat, sudah pasti masyarakat hidup dalam kucar-kacir dan berpecah belah.
Sesungguhnya, sikap saling membantu jiran yang menghadapi kesusahan merupakan salah
satu faedah di sebalik cogan kata jiran sepakat membawa berkat.

Bukan itu sahaja, melalui masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan juga akan
menjamin keselamatan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, jiran yang baik akan
bersama-sama menjaga kawasan kediaman mereka daripada berlaku kejadian yang tidak
diingini, seperti kejadian pecah rumah. Masyarakat sebegini boleh membuat rondaan pada
waktu malam bagi memastikan kawasan kediaman mereka sentiasa berada dalam keadaan
selamat. Selain itu, mereka juga akan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak yang
bertanggungjawab apabila kawasan kediaman mereka dimasuki orang yang mencurigakan.
Sekiranya masyarakat di negara ini tidak mengamalkan cogan kata “jiran sepakat
membawa berkat” dengan sebaiknya bersama jiran tertangga mereka sudah pasti
keselamatan masyarakat tidak mendapat jaminan yang sepenuhnya. Tegasnya masyarakat
yang mempunyai semangat kejiranan ini dapat menjamin keselamatan masyarakat
setempat.

Dalam pada itu, mengenali adat kebudayaan kaum lain juga merupakan faedah hidup
berjiran. Hal ini demikian kerana masyarakat di Malaysia ialah masyarakat yang berbilang
kaum. Adat budaya yang berbeza antara kaum akan lebih merapatkan hubungan kejiranan
dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, pada musim perayaan Aidilfitri kaum Melayu
di negara ini memakai baju kurung dan baju melayu manakala pada musim perayaan Tahun
Baru Cina, kaum Cina memakai pakaian tradisional mereka seterusnyan pada musim
perayaan Deepavali, kaum india memkai sari. Majlis rumah terbuka juga sering diadakan
pada perayaan-perayaan tersebut dan pelbagai jenis makanan tradisi dapat dinikmati.
Selain itu, adat resam sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran yang berlainan kaum. Hal ini
boleh menggambarkan hidup berjiran juga membolehkan kita mengenali adat budaya antara
kaum. Sekiranya semangat kejiranan tidak diamalkan, maka adat dan budaya antara kaum
akan lapuk dek hujan, lekang dek panas. Tegasnya semangat kejiranan memberikan
faedah kerana masyarakat dapat mengenali adat dan budaya kaum lain.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang diperoleh di sebalik cogan kata “ jiran
sepakat membawa berkat “. Semua pihak hendaklah memainkan peranan dalam
mengamalkan semangat kejiranan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan
bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk
memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman,
harmoni dan sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai