Anda di halaman 1dari 11

Draf Modul Pengajaran

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

TAJUK 4.0 PENGHASILAN PROJEK

MASA 60 minit ( 2 waktu)

STANDARD 4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan


KANDUNGAN bukan logam dengan litar elektronik

STANDARD 4.2.7 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu cat


PEMBELAJARAN licau atau syelek.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


PEMBELAJARAN
1. Membuat kemasan projek menggunakan cat licau atau
syelek dengan cara yang betul

Murid boleh membuat kerja kemasan menggunakan cat licau


RINGKASAN
atau syelek.

KEMAHIRAN 1. Mengecat cat licau dengan menggunakan berus cat.


2. Menyapu syelek dengan menggunakan berus syelek.

ELEMEN MERENTAS Keusahawanan :


KURIKULUM
EK 5 prinsip keadilan mengikut giliran.
Kreativiti membuat perbandingan kualiti bahan.
Nilai murni kekemasan dalam tugasan yang diberikan.

BAHAN BANTU 1. Cat licau


MENGAJAR 2. Syelek
3. Berus cat
4. Berus syelek.
5. Pelarut.
6. Kertas las

53
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi


DAN PEMBELAJARAN 1. Guru menunjukkan 2 contoh projek yang telah siap.
Projek yang siap dibuat kemasan.
Projek yang belum di buat kemasan.
2. Guru meminta murid menerangkan perbezaan projek
tersebut. Guru mengaitkan jawapan murid dengan
pengajaran hari ini.

Langkah 1
1. Guru menerangkan kepada murid mengenai kertas las
dan cara penggunaannya.
2. Guru membimbing murid menggunakan kertas las untuk
melicinkan permukaan kayu.
3. Murid membersihkan permukaan kayu dari habuk dan
kotoran.

Langkah 2
1. Guru menunjukkan cat licau dan syelek serta cara
menggunakannya dengan betul.
2. Murid melakukan kemasan menggunakan cat licau atau
syelek pada permukaan projek.
3. Murid membiarkan cat licau atau syelek yang digunakan
di permukaan projek kering sepenuhnya.

Penutup
1. Guru membuat rumusan pada hasil kerja murid dengan
memberi penghargaan kepada hasil kerja murid.
Penyelengaraan bengkel
murid membersihkan bengkel, menyimpan dan
menyenggara alatan serta bahan projek.

PENILAIAN Guru menyediakan lembaran kerja pada murid


PENGAJARAN DAN (lihat lampiran B)
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN SEDIA Murid pernah melihat aktiviti mengecat dijalankan


ADA

REFLEKSI

54
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Langkah kerja menyapu syelek

1. Sediakan syelek, berus syelek dan bekas yang sesuai

2. Proses syelek dimulakan dengan melakukan sapuan nipis di permukaan kayu.


Berus syelek digerakkan mengikut ira kayu.

55
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

3. Sapuan syelek keseluruhan ruang luar dan dalam.

4. Biarkan syelek kering.

56
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

5. Setelah permukaan kering, gosok permukaan dengan kertas las halus bagi membuang
ira kayu yang timbul selepas sapuan syelek yang pertama. Gosok semula dengan kertas
las dan dilakukan secara perlahan.

6. Sapuan syelek kedua dilakukan secara nipis dan dibiarkan kering. Setelah kering
sapuan terakhir dilakukan. Pastikan permukaan betul-betul kering sebelum melakukan
sapuan terakhir.

57
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

7. Setelah selesai kerja-kerja kemasan, berus syelek hendaklah dibersihkan menggunakan


pelarut. Kemudian berus dikeringkan dengan menggunakan kain.

INFO:-
Lekar : Thinner
Syelek : Spirit Metil
Cat Licau : Turpentin

Langkah kerja mengecat menggunakan cat licau

1. Sediakan cat alas untuk disapu pada permukaan. Cat alas untuk kayu biasanya berwarna
putih. Kacau cat licau sehingga larutan sebati. Jika cat terlalu pekat, campurkan turpentin
bagi mencairkannya.

58
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

2. Pastikan permukaan yang hendak dicat itu bebas dari kotoran dan habuk

3. Mulakan proses mengecat cat licau pada bahagian permukaan luar. Gerakkan berus cat
secara terkawal dengan gerakan sederhana mengikut ira kayu.

59
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

4. Biarkan cat alas itu kering sepenuhnya

5. Setelah cat alas kering, gosok permukaan dengan kertas las halus bagi membuang ira kayu
yang timbul selepas disapu cat alas. Gosokkan dilakukan secara perlahan.

60
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

6. Sapukan cat licau yang telah dipilih

7. Setelah selesai kerja-kerja mengecat, berus cat hendaklah dibersihkan menggunakan


pelarut. Kemudian berus dikeringkan dengan menggunakan kain bagi mengelakkan berus
menjadi keras dan rosak dan seterusnya disimpan di tempat yang sesuai.

61
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Lampiran

Ujian Kendiri / Penilaian :

NAMA MURID : ____________________________________TAHUN :_____________

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul

1. Syelek yang pekat boleh dicairkan dengan mencampurkan..

A. Air
B. Minyak tanah
C. Sabun
D. Spirit Metil

2. Antara berikut yang manakah tujuan kemasan dilakukan ?


I Mencantikkan projek
II Menjadikan projek tahan lebih lama
III Menghilangkan kesan kecacatan kayu
IV Menambahkan saiz projek

A. I, II, dan III B. I, III, dan IV


C. I, II dan IV D. II, III dan IV

3. Kemasan untuk bahan logam ialah ________.

A. cat licau

B. syelek

C. tona kayu

D. varnish

62
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

4. Cat licau yang terlalu pekat boleh dicairkan dengan menggunakan ________________.

A. turpentin

B. thinner

C. spirit metil

D. air

5. Kesan calar pada permukaan kayu dapat dihilangkan dengan menggunakan ________.

A. kertas las

B. pengikis

C. tepung penyumbat

D. cat licau

6. Apakah bahan yang digunakan untuk melicinkan permukaan kayu?

A. Kertas minyak

B. kertas las

C. kertas mahjong.

D. Kertas kaca

7. Pilih bahan yang digunakan dalam membuat kerja kemasan projek:

I Kertas las II Syelek

III paku IV cat

A. I,II dan III C. I,II dan IV

B. II,III dan IV D. I,II,III dan IV

63

Anda mungkin juga menyukai