Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran dan Reka Bentuk dan Teknologi


Kelas 4
/24 orang

Tajuk/Tema 4.0 PENGHASILAN PROJEK

Masa 12.20pm – 1.20pm (60 minit)


4.1.6 Menyediakan alatan dan bahan.
Standard 4.1.7 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang
Pembelajaran digunakan untuk membuat projek.
Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Menyediakan alatan tangan dan bahan berpandukan
projek Lampu Kecemasan (Model) dengan betul.
2. Mengukur, menanda dan memotong bahan projek
Lampu Kecemasan dengan kaedah yang betul dan
ukuran yang tepat.
1. Keusahawanan (EK 1) - Berorientasikan Pencapaian
Elemen Merentas 2. Kreativiti dan Inovatif
Kurikulum (EMK) 3. Nilai Murni – mengamalkan langkah keselamatan
Bahan Bantu Belajar Sesiku L, pisau pemotong, polisterina, pembaris keluli, pita
pengukur, kotak magik, lembaran kerja dan video.

Pengetahuan Sedia Murid mengetahui kemahiran mengukur menggunakan


Ada pembaris.
Set Induksi (5 Minit)
Aktiviti Pengajaran 1. Guru menunjukkan Kotak Magik kepada murid.
dan Pembelajaran 2. Guru membuat pertunjukkan magik.
3. Guru memasukkan kertas putih di dalam Kotak Magik
dan membuat gaya magik seterusnya mengeluarkan
kertas yang mempunyai ukuran.
4. Guru memasukkan satu kertas yang mempunyai ukuran
ke dalam kotak magik dan mengeluarkan kertas yang
mempunyai ukuran yang bertanda.
5. Guru memasukkan satu kayu panjang ke dalam dan
mengeluarkan kayu yang telah dipotong dari kotak
magik.
6. Guru mengaitkan pertunjukkan magik dengan isi
pelajaran.

Langkah 1 (15 minit)


1. Guru menayangkan satu video mengenai mengukur dan
menanda.
2. Guru membuat demonstrasi cara mengukur, menanda
dan memotong bahan projek.
3. Guru menerangkan aspek – aspek keselamatan
semasa memotong bahan.
4. Murid memerhati demonstrasi yang dilakukan dengan
guru.
5. Guru bersoaljawab dengan murid.

Langkah 2 (25 minit)


1. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
2. Setiap kumpulan menyediakan alatan dan bahan
berdasarkan manual projek.
3. Murid melakukan aktiviti mengukur menggunakan
pembaris keluli, sesiku L atau pita pengukur.
4. Murid menanda garis bersudut tepat menggunakan
sesiku L. (HOTS – mengaplikasi)
5. Murid melakukan kerja memotong pada polisterina yang
telah ditanda.
6. Murid menunjukkan kerja yang telah dibuat.

Penilaian (10 minit)


1. Guru mengedarkan lembaran kerja.
2. Murid menjawab soalan dari lembaran kerja.
3. Guru dan murid berbincang jawapan lembaran kerja.

Penutup (5 minit)
1. Murid dengan bimbingan guru merumus kembali
pelajaran pada hari ini.
2. Guru membuat rumusan keseluruhan.

Penyelenggaraan bengkel – murid membersihkan bengkel,


menyimpan, membersihkan alatan dan menyimpan bahan
projek.

Penilaian pengajaran 1. Guru menyediakan lembaran kerja.


dan pembelajaran 2. Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan
REFLEKSI

Anda mungkin juga menyukai