Anda di halaman 1dari 17

PENDAHULUAN

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk untuk melahirkan
insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada
peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu
pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip
"menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan
hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah
rendah.
Perbezaan minat, pengalaman,bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan
segolongan mereka lebih lambat atau "terbelakang" menguasai sesuatu kemahiran
berbanding rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan,
mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan
terbenam.Justeru, melalui program pemulihan khas keperluan-keperluan murid
berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.










PENGENALAN

Apakah itu pemulihan??
Mat Nor Husin Dan Jais Sahok (1990 :6)
Pendidikan yang diberikan kepada pelajar yang gagal di peringkat bilik darjah kerana
tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka yang tidak
bermasalah.

Koh Boh Boon (1982 :2)
Pemulihan adalah lebih terbatas yang lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan
membaiki kelemahan pembelajaran.Ia melibatkan murid-murid lambat,iaitu mereka
yang lembab (lambat mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain).

Prinsip-prinsip pemulihan

? Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat
penilaian awal atas mereka.
? Pendekatan secara individu,misalnya mengadakan kelas khas yang kecil.
? Kurikulum yang diubahsuaikan.
? Dalam mengajar sesuatu item,kita hendaklah menegaskan luasnya dan buken
perinciannya.
? Ketepikan isi-isi pelajaran yang tidak berfaedah.
? Mudahkan gerak kerja supaya murid dapat membuatnya dan mendapat kepuasan.
? Kurangkan masa untuk aktiviti yang lain supaya murid yang lemah dapat diberi
perhatian.
? Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara.


Pelaksanaan Program Pemulihan

? Mengenal pasti murid yang memerlukan program pemulihan dengan cara memerhati
atau membuat ujian saringan.
? Mencari punca kelemahan murid dalam bidang kemahiran yang berkenaan dengan
cara memerhati atau membuat ujian diagnostik.
? Merangcang dan menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai bagi
pemulihan untuk murid
? Menentukan aktiviti pengejaran dan pembelajaramn yang sesuai dengan kebolehan
dan daya penyerapan murid.
? Jika murid yang menyertai program pemulihan itu berjaya menguasai kemahiran yang
dikehendaki,murid itu harus ditempatkan dalam kumpulan yang sesuai.
? Selepas program pemulihan guru harus juga memberi aktiviti sokongan dengan
tujuan mengukuhkan kemahiran yang dikuasai serta membina keyakinan murid.







Peranan Guru Biasa Dalam Perlaksanaan
Pemulihan Kelas Biasa.


? Perbincangan berkenaan pendidikan pemulihan dalam bahagian ini adalah
ditumpukan pada peranan guru biasa.Guru biasa hanya menerima latihan yang terhad
dalam teori dan amali pendidikan pemulihan.
? Oleh itu guru biasa ini hanya dapat mengendalikan kes-kes yang ringan sahaja.Kes-
kes yang lebih serius dalam masalah pembalajaran hendaklah dikendalikan oleh guru
pemulihan khas yang telah menghadiri kursus pendidikan pemulihan khas.
Langkah-Langkah Khusus Dalam Pengelolan Pemulihan Kelas Biasa

? sesi pemulihan kelas biasa.
? pengenalpastian pelajar .
? penganalisisan masalah.
? Perancangan.
? Pengajaran.
? Penilaian.
? tindakan susulan.




1. Pengenalpastian Pelajar

? Cara-cara yang biasanya digunakan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar lambat ialah
seperti pemerhatian,pentafsiran rekod prestasi dan rekod profil,ujian kertas dan
pensil,latihan harian,soal jawab dan temu bual dengan guru darjah dan ibu bapa.
? Maklum balas yang diperolehi melalui cara-cara tersebut dapat memberi gambaran
tentang pelajar-pelajar yang belum menguasai konsep dan kemahiran yang telah diajar
oleh guru.


2. Penganalisisan Masalah

? Cara yang digunakan untuk menganalisis masalah pembelajaran ialah dengan
memerhati cara pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran.Misalnya dengan
memerhati bagaimana seseorang pelajar menjalankan operasi tambah atau tolak,guru
dapat menentukan jenis-jenis masalah matematik yang dihadapi oleh seseorang
pelajar.
3. Perancangan
? Perancangan program pemulihan hendaklah berasaskan keperluan-keperluan
pelajar iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah bertujuan untuk mengatasi
masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti.
? Prinsip Perancangan Pengajaran Pemulihan
1. Pengajaran pemulihan hendaklah seimbang dengan kebolehan pelajar.
2. Elakkan daripada menyampaikan aktiviti pembelajaran yang terlalu banyak


PEMULIHAN KHAS

Definisi
Satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi
masalah pembelajaran iaitu kagagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya
termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing.
Konsep
Program Pendidikan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang
menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira (3M).
Matlamat
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-
kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.
Objektif
Setelah mengikuti program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :
i)Menguasai kemahiran asas 3 M.
ii)Meneruskan pembelajaran dikelas biasa.
iii)Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
iv)Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk meluahkan
perasaan mereka.

Menyusun strategi
1. Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas.
2. Kenal pasti masalah murid.
Kenal pasti punca masalah murid.
Menjalin hubungan mesra dengan murid.
Menunjukkan penghargaan kepada murid.
Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.
3. Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai.
pendekatan bermain sambil belajar.
teknik bercerita.
teknik latih tubi.
teknik bersoal jawab.
teknik nyanyian.
4. Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai
kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh
masa ditetapkan.
5. Menjalankan aktiviti pengukuhan.
Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.



Cara-cara mengenal pasti murid
1. Pemerhatian.
2. Temubual / soal selidik.
3. Hasil kerja murid.
4. Pentafsiran rekod prestasi setengah / akhir tahun (Rekod Profil).
5. Pentafsiran rekod ujian IPP3M.
6. Ujian diagnostik.
7. Ujian bulanan.











Pengurusan bilik darjah
Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada keperluan
asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas.
Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa
keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan
pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam menentukan bilik /
kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri / keperluan berikut perlu diambil kira.

TUJUAN

1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya
untuk mencapai objektif pengajaran.

2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan.

3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.



CARA UNTUK MENGADAKAN KELAS PEMULIHAN

Disyorkan 3 alternatif seperti berikut :

1. Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-
murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya
bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.
Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak
melebihi 15 orang.


2. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk
kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah
tidak melebihi 15 orang.

3. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari
satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan
mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru
Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

BILIK / KELAS

a ) Lokasi bilik / kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantung
kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah
sekolah. Tetapi dengan menyedari ciri-ciri kanak-kanak pemulihan, kelas-kelas lain
kantin, atau padang-padang permainan boleh digunakan supaya aktiviti yang
berlaku di tempat tempat tersebut tidak akan mengganggu sesi pengajaran
pemulihan.

b) Kesesuaian seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segi
keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yang
mencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras dengan
ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat.

c) Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat tempat
penyimpanan perlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang
menyeronokkan dan yang berkesan, sesuai dengan matlamat menuju ke
pengkhususan 2M di sekolah rendah ( rujuk lampiran A ) Prinsip prinsip yang terjalin
dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini ialah suasana fizikalnya, sosial,
emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid : bidang dinamik
kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan yang diberikan : dan
penyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan.
PENTADBIRAN KELAS

Bagi mentadbirkan sesebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas, Guru Pemulihan Khas
hendaklah menyediakan beberapa keperluan lain yang semestinya ada dalam kelas
pemulihan.

Di antaranya ialah :

Jadual waktu kelas / persendirian

Carta alir Program Pendidikan Pemulihan Khas.

3 Selain daripada itu di dalam kelas pemulihan ini juga perlu disediakan ruang
ruang pembelajaran mengikut kesesuaian dan keluasan bilik . Di antara ruang
pembelajaran yang dicadangkan ialah ruang disiplin.

4.1 Membuat runding cara dengan ibu bapa / penjaga murid.
4.2 Membuat penyediaan bahan - bahan pengajaran.
4.3 Mengemaskinikan rekod rekod.
4.4 Bimbingan dan Kaunseling kepada murid.
4.5 Runding cara dengan guru kelas / mata pelajaran tentang perkembangan murid
kelas biasa.
4.6 Runding cara dengan Guru Besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid.
4.7 Mengemaskinikan sudut sudut pameran pembelajaran.
4.8 Sentiasa memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran di kelas pemulihan.




PENGELOLAAN SISTEM FAIL
KELAS PEMULIHAN KHAS

01 . FAIL INDUK

Kandungan
a. Surat surat Perhubungan Luar / Dalaman
b. Carta Organisasi Kurikulum & Panitia
c. Jawatankuasa Panitia
d. Pekeliling pekeliling Ikhtisas
( contoh : PP Ikh . Bil 4 /96 )


02 . FAIL SUKATAN PELAJARAN

Kandungan
a. Sukatan Pelajaran Kelas Pemulihan Khas
b. Huraian Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas
c. Rancangan Pelajaran Tahunan
d. Senarai Bahan Bantu Mengajar & Kedudukannya


03 . FAIL MESYUARAT

Kandungan

a. Surat surat panggilan mesyuarat peringkat sekolah
b. Buku Minit mesyuarat panitia
( sekurang kurangnya 3 X setahun )


04. FAIL PROGRAM KECEMERLANGAN

Kandungan
a. Program Developmental dan Rutin
b. Laporan - laporan program


05 . FAIL ANALISIS IPP2M

Kandungan
a. Analisis IPP2M


06 . FAIL PENYELIAAN / PENCERAPAN

Kandungan
a. Guru Besar
b. Guru Penolong kanan


07 . FAIL PEMERIKSAAN HASIL KERJA MURID

Kandungan
a. Jadual Pemeriksaan
b. Instrumen Pemeriksaan





08. FAIL AKTIVITI KOKURIKULUM AKADEMIK

Kandungan
a. Surat Mesyuarat
b. Senarai Aktiviti Tahunan yang dirancang
c. Laporan Aktiviti yang telah dijalankan

09 . FAIL BANK SOALAN

Kandungan
a. Semua set ujian yang digunakan.


10 . FAIL MAKLUMAT GURU PEMULIHAN

Kandungan
a. Jadual guru Pemulihan
b. Maklumat guru Pemulihan

PANDUAN MENULIS NOMBOR RUJUKAN FAIL

KBA4029 / 06 / 06 / 011 / 01 / ( 01 )

FAIL FAIL LAIN( Fail peribadi murid )

- Borang Pencalonan murid
- Borang pengumpulan maklumat
- Kaji selidik / borang latar belakang
- Rekod kesihatan


( Fail Bahasa Melayu Individu )

- IIP2M / Saringan
- Ujian Diognastik
- Rekod Pengamatan
- Rekod Pencapaian murid
- Borang skor individu


( Fail kerja susulan individu )

- direkodkan bagi murid-murid yang telah menguasai
( sudah mengikuti P&P dalam kelas normal )

- Lawatan

- Inventori

- BBM / ABM
Contoh :Buku buku , carta , kad kad dan lain lain.
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 21.1.08






PEMULIHAN KEMAHIRAN BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)
Definisi
Proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang
menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran
3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Konsep
Suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi
kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai aktiviti membaca, mengira dan
menulis.
Objektif
-Memperkembangkan sifat kenyakinan diri dan berterusan kearah positif terhadap
pembelajaran dalam diri setiap pelajar.
-Membantu para murid mengatasi masalah pembelajaran dalam sesuatu kemahiran
-Membantu para murid bersikap terbuka, menjauhi perkara negative dan tingkah laku
yang boleh merosakkan atau menjejaskan proses pembelajaran.
-Membantu mengembangkan potensi para murid yang ada di dalam diri yang boleh
menyumbang kearah kecermelangan.





Menyusun strategi
1 . Mengenal pasti kelemahan murid-murid dalam kelas
2 . Mengenal pasti masalah pembelajaran murid.
3 . Mengenal pasti punca masalah para murid di dalam kelas.
4 . Membuat aktiviti pemulihan
5 . Menyediakan bahan bantu mengajar pemulihan.

Anda mungkin juga menyukai