Anda di halaman 1dari 3

Ayam Pansuh ( Manuk Pansuh )

Bahan-bahan:
Seruas buluh lemang
1/2 ekor ayam yang telah siap dipotong
1/2 cawan air
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah dan 3 biji bawang putih
I kuntum upak chala
Garam dan serbuk perasa
Secekal pucuk ubi diramas.

Cara-cara untuk memansuhnya:


1. Sediakan bara api seperti kita membakar lemang.

2. Bersihkan buluh terlebih dahulu.

3. Bawang putih dan bawang merah perlu ditumbuk sehingga lumat.

4. Pastikan ayam telah dibersihkan dengan tepung gandum.

5. Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, bawang merah, garam, serbuk perasa

dan bunga kantan dalam satu masa.

6. Gaulkan dengan garamnya / perasa secukup rasa sehingga sebati.

7. Kemudian masukkan ayam yang telah digaul tadi ke dalam buluh.

8. Jangan hentak buluh tersebut dan masukkan sedikit air. Kemudian, tutup muncung

buluh dengan pucuk ubi.

9. Seterusnya, bakarlah buluh terseubt di atas bara api lebih kurang setengah jam.

10. Apabila asap didihan keluar dari penutup buluh maka pansuh telah pun masak.

11. Keluarkan ayam pansuh tersebut daripada buluh kemudian hidangkan.


RESIPI ROTI LILIT

Bahan – bahan

 Tepung gandum secukupnya

 sedikit garam

 air (ikut keperluan)

 bilah buluh

 sedikit gula

Cara Membuat :

1.Campurkan tepung gandum dan sedikit garam. Gaulkan. Kemudian, masukkan air sedikit

demi sedikit mengikut keperluan.

2.Uli sehingga sebati sehingga menjadi doh.

3.Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang.

4.Lilitkan doh di atas bilah sate atau chopstick dengan kemas.

5.Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat/ tidak masak.

6.Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya semua

bahagian doh masak dengan sempurna.

7.Cuba cucuk doh tadi dengan ranting halus, kalau tak melekit boleh angkat dan hidangkan

atas dedaun atau bekas yang ada.

8.Taburkan sedikit gula di atas roti lilit jika mahu.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA DAN GUBAHAN

1. Setiap ahli layak menyertai pertandingan ini.

2. Konsep pertandingan – MASAKAN RIMBA, iaitu menggunakan bahan-


bahan semulajadi seperti masak nasi dan masakan ringan yang bersesuaian

3. Makanan dimasak menggunakan kayu api.

4. Penggunaan bahan siap proses seperti kicap, sos, cili boh, pati kiub,
dan sebagainya tidak digalakkan

5. Hidangan mestilah menu diet seimbang.

6. Makanan mestilah dimasak dalam masa yang ditetapkan di kawasan


perkhemahan. Masakan yang dibawa dari luar tidak dibenarkan. Pasukan
yang didapati membawa masakan tersebut akan dibatalkan penyertaan.

7. Semua masakan yang dipertandingkan adalah ditanggung Halal.

8. Makanan perlu disediakan oleh peserta perkhemahan sahaja. Guru-guru


penasihat hanya dibenarkan memberi tunjuk ajar dan menyelia sahaja.

9. Gubahan pada hidangan tersebut pula perlu terdiri daripada bahan alam
semulajadi. Contoh : bunga raya, daun kelapa, tempurung kelapa.

10. Aspek-aspek yang dinilai adalah seperti berikut:

MARKAH
BIL PERKARA
( 100 )
1 Tekstur dan rasa 30
2 Kebersihan 15
3 Komposisi makanan,kreativiti dan inovasi 20
4 Persediaan yang betul dan kerjasama 15
5 Persembahan makanan 20
JUMLAH 100

11. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai