Anda di halaman 1dari 22

TEORI PELAZIMAN BAHASA

DIBENTANG OLEH : LIATUL SHIMA BT MAZLAN

PPISMP PML JULAI 09 SEM 3

TEORI PELAZIMAN OPERAN


Merujuk kepada bentuk pembelajaran melalui peneguhan positif

dan negatif. Bermaksud pembelajaran itu berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku secara spontan. Sama ada diteguhkan atau dilemahkan. Merupakan lanjutan daripada teori yang diketengahkan oleh Thorndike, yang kemudiannya dikonsepsikan semula oleh Skinner (1904-1990). Berbeza dari Teori Pelaziman klasik kerana teori ini berkaitan dengan pengubahsuaian tingkah laku operan- beroperasi terhadap persekitaran dan dikekalkan melalui penyebabnya. Dalam pelaziman operan, haiwan diberikan kebebasan mengikut kadarnya sendiri. berjaya melatih haiwan melakukan gerak balas yang tidak dijangkakan dan menunjukkan cara beberapa ketetapan empirikal terhadap tingkah laku haiwan sebenar.
2

Skinner telah menempatkan satu siri merpati lapar di dalam sangkar. Sangkar itu dihubungkan dengan satu alat automatik yang akan memberikan merpati itu makanan pada jarak masa yang ditetap tanpa merujuk kepada tingkah laku yang ditetapkan terhadap merpati. Dengan cara ini, merpati berpeluang untuk melakukan sebarang aksi yang dapat dihubungkan dengan kehadiran makanan tersebut.

Seekor merpati melakukan pelaziman dengan memusingkan sangkar bertentangan pusing jam, iaitu dengan membuat dua atau tiga pusingan antara peneguhan. Seekor merpati lain menolak kepadanya pada satu sudut bahagian sangkar itu secara berulang-ulang kali. Merpati ketiga melakukan gerak balas melonjak berulang-ulang kali, iaitu kepalanya berada di bawah tekanan dan mengangkatnya semula . Dua ekor merpati melakukan pergerakan seperti pendulum dengan kepala dan badan diayunkan dari kanan ke kiri dengan pergerakan cergas didikuti dengan beberapa gerakan yang perlahan. HASIL UJIKAJI

Kejayaan memperoleh makanan itu akan menyebabkan merpati meneruskan tingkah laku yang sama selanjutnya.
4

ujikaji tersebut memperlihatkan terdapat hubungan

sebab akibat antara tingkah laku itu dengan makanan yang diperolehinya walaupun hubungan itu agak lemah. Semasa pelaziman operan, tingkah laku secara rawak akan diberikan ganjaran, dilanjutkan dan dikekalkan. Berdasarkan pelaziman operan, Skinner mempunyai pandangan yang agak ekstrem, iaitu manusia tidak membentuk idea dan pendapat mereka sendiri, sebaliknya hanya membiasakan gerak balas terhadap ransangan. - Dalam hal ini, fungsi otak tidak dianggap penting kerana menganggap aktiviti mental tidak dapat diperhatikan.
5

BERKAITAN BAHASA

Skinner memberi perhatian pada tingkah laku verbal.

Berkaitan dengan perbendaharaan kata dan teori

analisis fungsional terhadap tingkah laku verbal. Skinner berpendapat bahawa manusia tidak membentuk pendapat dan idea sendiri tetapi membiasakan gerak balas terhadap ransangan. Manusia boleh membina rangsangan linguistik yang dikawal oleh tingkah laku mereka dengan menggunakan cara yang sama seperti yang dilakukan oleh ransangan dalaman.

PEMBELAJARAN BAHASA

guru perlu belajar bagaimana untuk mengajarkan

bahasa perlu memikirkan cara yang efektif untuk mengajar. Kanak-kanak perlu diberi peneguhan positif kerana ia lebih efektif bagi mengubah atau mengekalkan tingkah laku berbanding mengenakan hukuman. Merupakan penguasaan atau kebiasaan yang diperoleh dengan melakukan aktiviti yang hendak dikuasai secara berulang-ulang. Pembelajaran diperoleh melalui keadaan yang terkawal dengan memberikan hadiah jika perlakuan itu dapat mencapai matlamatnya.

Tugasan pembelajaran tidak diagihkan dengan langkah yang jelas.

Mempunyai rasa takut pada kegagalan

HALANGAN

Peneguhan positif tidak digunakan sepenuhnya. Kekurangan kejelasan dalam haluan pembelajaran

Kekurangan haluan pada pembelajaran

TEORI KOD KOGNITIF


Dikenali juga sebagai teori mentalis yang mengkaji tentang

fikiran dan operasi mental.


Dari segi psikologi, ia merupakan kaedah untuk memahami fikiran

dan fungsi mental sebagai sesuatu yang bersifat dalaman.


Mengetengahkan pembentukan ingatan yang berkaitan dengan

pemikiran bagi menentukan bagaimana sesuatu maklumat itu diterima, diproses, diproses semula dan dilupakan.
Kohler, ahli psikologi Jerman mengaplikasikan prinsip gestalt

yang berhubung kait dengan minda.


Kohler cuba menggambarkan pembelajaran celik akal dengan

melakukan ujikaji terhadap cimpanzi yang bernama Sutan.


Mengkaji bagaimana cimpanzi cuba mendapatkan buah pisang

yang diletakkan jauh daripadanya.

Cimpanzi telah melonggokkan kayu yang digunakan sebagai tangga agar dapat mencapai pisang itu. Jika pisang itu diletakkan di atas lantai di luar kurungan pula, cimpanzi itu akan menggunakan kayu untuk mendapatkannya.
HASIL UJIKAJI

10

Perbuatan tersebut bukanlah melalui cuba jaya

seperti yang didakwa oleh Thorndike yang mengatakan haiwan belajar melalui rangsangan gerak balas dan hukum kesan. Sebaliknya cimpanzi tersebut dapat menyelesaikan masalah melalui pemahaman dan berkebolehan belajar melalui celik akal seperti yang dilakukan manusia. Pembelajaran berlaku disebabkan terdapatnya hubungan kesedaran dengan pengalaman celik akal.

11

Kohler

menggunakan model yang lebih dinamik terhadap tingkah laku manusia yang berfokus kepada organisasi persepsi. Pengetahuan bukan hanya datang daripada pengalaman, tetapi turut melibatkan individu itu sendiri dan setakat mana dia terdedah kepada organisasi data sensori. Pembelajaran berlaku disebabkan terdapatnya hubungan kesedaran dengan pengalaman celik akal bukan kaedah yang berterusan daripada pola cuba jaya. Tegasnya, pembelajaran melibatkan proses mental dan gabungan pelbagai elemen yang terdapat di persekitaran yang seterusnya distrukturkan bagi mencapai matlamat pembelajaran itu.
12

PEMEROLEHAN BAHASA Dalam otak manusia terdapat satu alat yang dinamakan alat pemerolehan bahasa. Melalui alat tersebut kanak-kanak berkemampuan untuk memperoleh bahasa yang didedahkannya dengan mudah. Mereka berpendapat pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak merupakan satu proses mental dan bukannya mekanikal. Namun demikian, alat pemerolehan bahasa kanakkanak perlu mendapat input terlebih dahulu sebelum mereka boleh berbahasa.

13

Terdapat seorang lagi ahli psikologi yang juga berpengaruh dalam

a) b)

teori kognitif pada abad ke-20, iaitu Jean Piaget (1896-1980). Beliau terkenal kerana kajian yang dilakukannya terhadap kanakkanak dan telah memperkenalkan teori perkembangan kanakkanak. Dalam kajian, beliau kurang memberikan perhatian terhadap kesalahan jawapan kanak-kanak tersebut, sebaliknya lebih berminat pada fakta bahawa kanak-kanak itu terus membuat kesalahan dalam pola yang sama. Piaget mengatakan proses kognitif kanak-kanak kecil berbeza dengan daripada orang dewasa walaupun kedua-dua ialah manusia. Piaget memperkenalkan teori global tentang tahap perkembangan yang menyatakan setiap orang memperlihatkan pola kognisi umum yang tersendiri dalam setiap perkembangannya. Terdapat dua perkara utamanya tentang teorinya iaitu : Proses perkembangan kognitif Tahap perkembangan kognitif
14

PROSES PERKEMBANGAN KOGNITIF


Terdapat dua proses digunakan oleh individu dalam usaha

penyesuaiannya : a) Asmilasi / penyerapan Merupakan proses yang menyesuaikan maklumat baharu kepada struktur kognitif sedia ada. b) Akomodasi / penyesuaian Merupakan proses menukarkan struktur menerima sesuatu daripada persekitaran.

kognitif

untuk

15

Operasion al formal

Sensorimoto r

TAHAP PERKEMBANGA N KOGNITIF

Operasion al konkrit

praoperasion al

16

SENSORIMOTOR
sensorimotor (bayi) pada tahap ini, inteligensia bayi dapat dilihat melalui aktiviti motor tanpa menggunakan simbol. Pengetahuan tentang dunia terhad. Bayi memperoleh pengekalan memori pada usia kira-kira tujuh bulan. Bayi mendapat pengalaman dunia melalui pergerakan dan pancaindera. Pada tahap ini, bayi tidak dapat melihat dunia dari sudut pandangan lain dan meneroka dengan menggunakan pancaindera.
Tahap

17

Terbahagi kepada 6 tahap :


UMUR Lahir-sebulan TINDAKAN Bayi menggunakan refleks mudah. Contoh : menghisap jari

1 hingga 4 bulan
4 hingga 8 bulan 8-12 bulan

Bayi belajar mengkoordinat dua jenis skema, iaitu habit dan tindak balas.
Bayi mula menyedari perkara yang berada di luar tubuh badan mereka dan lebih berorientasikan objek. Bayi boleh melakukan sesuatu perkara dengan bertujuan.

12-18 bulan
18-21 bulan

perasaan ingin tahu telah timbul


mereka mula berubah kepada pemikiran simbolik.

18

PRAOPERASIONAL
tahap praoperasional (bayi dan awal kanak-

kanak) - Inteligensia ditunjukkan melalui penggunaan simbol, iaitu menggunakan bahasa dengan lebih baik. - Memori dan imaginasi juga berkembang, tetapi pemikiran dilakukan dalam bentuk tidak logikal. - Pemikiran egosentrik lebih dominan.

19

OPERASIONAL KONKRIT
Tahap operasional konkrit ( kanak-kanak dan awal -

remaja) Dicirikan kepada 7 jenis pemuliharaan iaitu nombor, panjang, cecair, berat, kawasan, isipadu dan jisim. Inteligensia ditunjukkan secara logikal dan sistematik. Manipulasi simbol dihubungkan dengan objek konkrit. Pemikiran operasional diperkembangkan. Pemikiran egosentrik dikurangkan.

20

OPERASIONAL FORMAL
Tahap

operasional

formal

(remaja

dan

dewasa) - Pada tahap ini, inteligensia ditunjukkan melalui penggunaan simbol secara logik yang dihubungkan dengan konsep yang abstrak. - Pada peringkat awal, ia kembali kepada pemikiran egosentrik.

21

SEKIAN, TERIMA KASIH.

22

Anda mungkin juga menyukai