Anda di halaman 1dari 1

Refleksi ( TING SING LEONG )

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Shamsudin Bin Mohd
Shariff kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar
sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakan saya yang sudi membantu saya dalam kerja kursus ini.
Melalui tugasan 3, saya telah mengetahui kepentingan bersenam. Bersenam dapat
menyihatkan tubuh badan. Apabila kita menjalankan aktiviti fizikal seperti berbasikal,
senarobik, mendagu dan berjogging, badan kita akan mengeluarkan peluh dan
membakar lemak berlebihan yang terdapat dalam tubuh badan kita. Badan kita akan
menjadi sihat dan cergas serta tidak mudah berasa lesu semasa belajar di dalam
kelas. Selain itu, bersenam merupakan aktiviti untuk mengisi masa lapang secara
manfaat. Permainan dan riadah sering dijalankan pada waktu lapang. Kesibukan kita
menyertai sesi latihan dan beriadah dapat mengelakkan diri daripada kancah sosial.
Saya menyedari akan keburukan pengambilan arak. Pengambilan alkohol boleh
menyebabkan peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan
pergerakannya pula agak tidak terkawal. Minuman keras dapat menyebabkan
kekurangan keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan
fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Pengambilan minuman keras akan
menjejaskan keamanan sebuah rumah tangga apabila wang perbelanjaan keluarga
dihabiskan untuk menurut hawa nafsu ketagihan arak. Pertelingkahan akan sering
berlaku antara suami dengan isteri dan anggota keluarga. Suami yang mabuk pasti
tidak dapat lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua dalam rumah
tangga.
Saya berharap saya dapat memupuk minat bersukan dalam sanubari murid-murid.
Dengan ini, mereka pasti dapat memiliki tubuh badan yang sihat . Saya juga
berharap pihak kerajaan akan mendorong pihak sekolah untuk menganjurkan aktviti
bersukan seperti Satu Murid Satu Sukan. Melaui aktiviti ini, murid-murid akan
mengetahui kepentingan bersukan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara
satu sama lain. Saya jugs berharap setiap lapisan masyarakat dapt menghindari diri
daripada tingkah laku berisiko untuk mewujudkan kesejahteraan hidup.

Anda mungkin juga menyukai