Anda di halaman 1dari 15

3.

0 ISU-ISU KESANTUNAN DI MALAYSIA

Isu-isu kesantunan dalam masyarakat Malaysia juga termasuklah tentang isu


pendidikan, isu media, isu teknologi maklumat dan komunikasi, isu gejala
sosial, isu sikap ibu bapa dan masyarakat, serta isu pertembungan budaya.
Dengan itu, konsep kesantunan adalah kurang relevan jika perbincangannya
terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, dan haruslah
dikaitkan dengan konsep keihklasan. Sebagai contohnya, seseorang itu boleh
bertutur dengan perkataan yang sopan serta menunjukkan tingkah laku yang
sopan

dalam

sesuatu

situasi,

tetapi

perlakuannya

belum

pasti

menggambarkan keihklasan hatinya. Manusia boleh bertopengkan pelbagai


wajah untuk mencapai hasrat dan memuaskan hawa nafsunya, sedangkan
hakikatnya tiada sesiapa pun yang tahu dengan kebenarannya.

Isu
pendidikan

Isu gejala
sosial

Isu media

Isu-isu
kesantunan dalam
masyarakat
Malaysia
Isu
teknologi
maklumat
dan
komunikasi

Isu sikap
ibu bapa
dan
masyarakat
Isu
pertembunga
n budaya

RAJAH 1.1: ISU-ISU KESANTUNAN DALAM MASYARAKAT


MALAYSIA
3.1 PENGENALAN

Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Bahasa


Melayu sering dikaitkan dengan bahasa yang indah, sopan dan lembut yang

sering diperlihatkan melalui pertuturan kita. Kesantunan orang Melayu akan


terserlah dengan penggunaan penanda-penanda sopan, iaitu beradab
sebanyak mungkin kepada pendengar. Kesantunan bahasa ialah tatacara
atau peraturan yang wujud dalam berbahasa. Kesantunan bahasa sering kali
dapat dilihat dalam interaksi antara individu yang berkomunikasi.

Menurut Asmah Haji Omar (2002), semakin banyak penanda santun yang digunakan
dalam sesuatu ujaran, maka akan meningkatkan kesantunan penutur. Hal ini sesuai
dengan ciri-ciri kesopanan yang dimiliki oleh orang Melayu yang dianggap pemalu,
lembut dan penuh keprihatinan terhadap orang lain. Walau bagaimanapun,
kesantunan berbahasa dalam sesebuah masyarakat itu bersifat khusus. Apa yang
dianggap sebagai sopan dalam sesebuah bahasa atau masyarakat, mungkin
dianggap sebaliknya dalam bahasa atau masyarakat lain. Kenyataan ini telah
dibuktikan oleh Asmah Haji Omar(2002), bukan semua bahasa atau masyarakat
memberikan penekanan yang sama kepada sesuatu aspek kelakuan itu dalam
menentukan atau menetapkan soal kesopanan.

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak orang yang mempunyai bahasa tetapi tidak
berbahasa, iaitu tiada kesantunan bahasa, sama ada

orang tua, muda, orang

bawahan mahupun atasan. Perkara ini sering berlaku di tempat-tempat kerja seperti
kilang, firma swasta, pejabat-pejabat awam, dan turut berlaku di rumah, tempat
membeli-belah dan sekolah.

3.2 ISU-ISU KESANTUNAN DI MALAYSIA

3.2.1 ISU KESANTUNA SOSIAL


Antara isu gejala sosial yang semakin bermaharajalela dalam golongan
remaja di negara kita ialah melepak, gangsterisme, vandalisme, lari dari
rumah, lumba haram dan pembuangan bayi seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.1 yang berikut.

Gangsterisme
Vandalisme

Lumba
haram
Isu Gejala
Sosial

Lari dari
rumah

Pembuangan
bayi
Melepak

RAJAH 1.2: ISU GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA

3.2.2 ISU KESANTUNAN PENDIDIKAN

Melalui pendidikan, guru-guru diberikan tanggungjawab untuk membantu


anak dididik untuk mengembangkan daya berfikir secara kreatif untuk
menyelesaikan masalah. Tugas seorang guru adalah untuk mendidik
generasi dengan cara yang berkesan dengan menerapkan unsur-unsur nilai
kesantunan yang tinggi. Selain meneruskan transmisi ilmu pengentahuan,
guru menjadi suri teladan kepada anak didikannya. Guru perlu menjaga
keterampilan dan melaksanakan tugas-tugas manusiawi, iaitu memberi
penjelasan tentang transformasi diri, identifikasi diri dan pengertian tentang
diri sendiri.

3.3 ISU GANGSTERISME

Kamus Dewan Edisi Keempat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2010
halaman 458, gangsterisme didefinisikan sebagai kegiatan gangster atau
kumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk kegiatan jenayah tertentu.
Gangsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap menular dalam
kalangan remaja. Gangsterisme bukan sahaja berkemampuan menghalang
pencapaian remaja malahan boleh menjejaskan perkembangan remaja
dalam arus pembangunan negara. Oleh itu, isu gangsterisme boleh
mempengaruhi pembabitan pelajar dalam kegiatan lain seperti penagihan
dadah, ponteng kelas, keciciran sekolah, kekerasan, ketagihan alkohol dan
rogol perlu ditangani dengan segara setelah isu ini lama bersarung di negara
kita.
Sejarah awal gangsterisme bermula dengan penghijrahan masyarakat Cina
dan India ke Malaya pada abad ke-18 dianggap sebagai titik permulaan
penubuhan kumpulan gangster di Malaysia. Imigrasi masyarakat Cina
terutamanya dari wilayah Kwantung dan Fukian akibat keadaan politik serta
pernah menyertai aktiviti penggulingan Dinasti Manchu menyebabkan Malaya
turut diresapi oleh aktiviti tersebut. Mereka yang paling aktif adalah dari
kumpulan Ang Bin Hoay yang cuba mendapatkan ahli baru melalui sistem
Kapitan iaitu menyatukan ahli untuk memastikan kepentingan mereka
terpelihara. Aktiviti kumpulan-kumpulan ini tidak lagi berpusatkan kepada
memelihara kepentingan ahli semata-mata tetapi mula melakukan aktiviti
yang menyalahi undang-undang dan bersifat jenayah seperti mencuri,
membunuh

dan

mengancam

keselamatan

orang

ramai

untuk

mempertahankan kedudukan mereka sebagai kumpulan berpengaruh.


Dalam kalangan masyarakat India pula, istilah gangsterisme bermula sejak
tahun 1960-an, iaitu apabila ramai remaja India mula terlibat dengan aktiviti
yang menjurus kepada jenayah terutamanya terpengaruh oleh kumpulan
etnik Cina. Terdapat juga

kumpulan yang menyamai aktiviti ini seperti

mendapatkan wang perlindungan manakala ada pula yang bergaduh sematamata kerana isu wanita. Pada tahun 2000, 459 daripada 1560 buah sekolah
menengah berhadapan dengan pelajar berisiko terlibat dengan gangsterisme.

3.4 PUNCA ISU GANGSTERISME

a) Kekuatan Diri Sendiri


Sikap remaja sendiri penting untuk mengelakkan diri mereka daripada
terbabit dalam gangsterisme. Mereka yang terlibat dalam aktiviti ini
adalah remaja yang masih tidak mempunyai haluan dan terkapaikapai mencari jalan dalam kehidupan mereka. Desakan keluarga dan
kesempitan hidup boleh mendorong mereka tidak memberi perhatian
sepenuhnya ke atas pembelajaran mereka dan menganggap ponteng
sekolah merupakan amalan yang biasa. Mereka menganggap
pembelajaran di kelas sangat membosankan. Mereka juga sering
dibandingkan dengan pelajar cemerlang oleh guru mereka. Hal ini
secara tidak langsung telah menyebabkan mereka menanggung
kemaluan yang tidak diingini. Ketiadaan suri teladan yang sesuai
untuk dicontohi juga telah menyebabkan mereka terlibat dalam
gangsterisme dengan mudah.
b) Pengaruh Rakan Sebaya
Rakan sebaya sangat berpengarauh terhadap kehidupan seseorang
kerana kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang tidak berakhlak
mulia boleh menyebabkan seseorang remaja meninggalkan
kehidupan yang mulia dan suci dan lama-kelamaan menjadi anggota
kumpulan gangster. Aktiviti mereka bersifat memberontak seperti
mengganggu pengajaran guru-guru, ponteng sekolah, merosakkan
harta benda sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol. Mereka
berpegang teguh kepada ideologi kumpulan menyebabkan masingmasing menunjukkan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan sering
membantu antara sama satu lain untuk mengatasi sebarang masalah
yang melibatkan pergaduhan, kewangan atau mempertahankan
kesalahan ahli kumpulan. Situasi ini telah menggambarkan semangat
kesukuan yang lebih kurang sama dengan semangat asabiyah yang
melampau pada zaman gelap.

c) Institusi Kekeluargaan
Pada zaman moden ini, kebanyakan ibu bapa yang lebih bercenderung

untuk mengumpul kekayaan dan bekerja di luar rumah sehingga


mengabaikan anak mereka dan menyebabkan mereka ketandusan kasih
sayang. Sesetengah ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan terpaksa
bekerja untuk menampung kos sara hidup dan mencari nafkah untuk
meneruskan kehidupan. Ibu bapa yang sibuk mengejar kemewahan telah
melepaskan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka kepada orang
gaji. Sebagai seorang ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka haurslah
menjaga anak mereka bagai menatang minyak dengan penuh. Golongan
remaja melibatkan diri dalam gejala sosial adalah untuk menarik
perhatian ibu bapa.

d) Kesan Persekitaran
Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di
rumah yang kecil dan sempit serta pendapatan harian atau bulanan yang
kecil boleh menyebabkan golongan remaja lebih berminat untuk
meluangkan masa di luar rumah. Keadaan ini sering berlaku di tempat
yang mana kadar kemiskinan lebih tinggi, terutamanya di rumah
setinggan. Sesetengah remaja pula yang sengaja menggunakan gelaran
kawasan mereka untuk menimbulkan rasa takut dalam kalangan remaja
di sekolah mereka. Terdapat ketua gangster yang memberi kekuatan
kepada remaja di kawasan tersebut untuk bergaduh untuk memastikan
sokongan mereka serta menterjemahkan kuasa ke dalam bentuk tindakan
gangsterisme.

e) Kekurangan Didikan Agama

Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti


gansterisme. Jika didikan agama kukuh dalam sanubari seseorang, iman
seseorang akan lebih kukuh. Didikan agama bagai perisai yang berupaya
untuk menghalang segala maksiat yang akan menjatuhkan maruah
seseorang. Nabi Muhammmad S.A.W. mengingatkan kita agar
meninggalkan akhlak yang buruk demi melahirkan jiwa yang bersih dan
tenang. Menurut Albert Einstein, ilmu tanpa agama adalah buta, agama
tanpa ilmu adalah lumpuh.

3.5 KESAN ISU GANGSTERISME

3.5.1 DIRI SENDIRI


Seseorang insan yang dilahirkan di dunia ibarat kain putih yang tiada
kotoranya,hal ini terpulang kepada cara seseorang untuk mencorakkan
kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik
akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan
dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan diejek
oleh setiap lapisan masyarakat. Individu yang terlibat dalam gangsterisme
perlu menanggung kemaluan akibat kesalahan mereka.

3.5.2 KELUARGA

Sekiranya seseorang terlibat dalam gangsterisme, maka ahli keluarganya


akan dipandang rendah oleh masyarakat. Keadaan ini akan seterusnya
menjatuhkan

maruah

ahli

keluarga.

Akibat

daripada

wujudnya

ketidakharmonian dalam sesebuah keluarga, keluarga tersebut pastinya akan


huru-hara. Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari
institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat
itu

terbentuk.

Keruntuhan

sesebuah

institusi

kekeluargaan

akan

menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu


masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia
datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan
bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan
akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian
sesuatu institusi kekeluargaan itu.

3.5.3 MASYARAKAT

Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan


tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud
dalam masyarakat. Sifat saling mencurigai dalam sanubari masyarakat akan
wujud dan mengakibatkan kepercayaan antara satu sama berkurangan. Sifat
akan menyebabkan berlakunya perselisihan faham dalam masyarakat. Isuisu perkauman akan wujud sekiranya pergaduhan ini melibatkan antara

pelbagai kaum. Apabila keruntuhan akhlak dalam golongan remaja semakin


bermaharajalela, kadar jenayah dalam masyarakat juga akan meningkat.

3.5.4 NEGARA

Negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan.


Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut
dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala
sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi dalam kalangan masyarakat.
Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat
sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos
perbelanjaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya
anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi
muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling
utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur
dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti
pada hari ini tentulah serong dan buruk.

3.6 LANGKAH MENGATASI ISU GANGSTERISE

a) Peranan Ibu Bapa


Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam konteks
pembangunan sahsiah dan proses sosialisasi anak mereka. Walaupun ibu
bapa sibuk dengan pekerjaan dan kerjaya mereka, kepentingan anak juga
mesti diberi tumpuan. Ibu bapa mesti belajar untuk menjadi rakan kepada
anak remaja mereka. Ibu bapa yang mengambil inisiatif ini wajar
mengadakan perbincangan dengan anak-anak mereka. Ibu bapa bukan sahaj
perlu mengetahui kecenderungan mereka, tetapi juga berbincang mengenai
perkembangan remaja semasa supaya anak-anak mempunyai ruang untuk
meluangkan pandangan dan pada waktu yang sama memahami pandangan
orang tua mereka.

b) Peranan Sekolah
Pihak sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengatasi
kemelut gangsterism. Sekolah boleh mengadakan hubungan langsung
dengan ibu bapa terutama pelajar yang dikesan bermasalah atau disyaki

terlibat dengan kumpulan gangster. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan


kem atau program tertentu yang berterusan untuk memerhati atau memantau
tingkah laku pelajar serta memberi keinsafan tentang kesan buruk terlibat
dalam gangsterisme. Kem dan program haruslah diadakan dari semasa ke
semasa supaya dapt menunjukkan kesan yang lebih jelas. Kegiatan
kokurikulum di sekolah juga berperanan besar dalam mengadun sahsiah
seseorang pelajar. Aktiviti persatuan, kelab dan organisasi beruniform perlu
sentiasa diperbaharui supaya mampu memenuhi keinginan pelajar yang
bersikap ingin mencuba.

c) Peranan Kerajaan
Kerajaan

memainkan

peranan

penting

dalam

menangani

masalah

gangsterisme ini dengan mengambil tindakan keras supaya isu gangsterisme


dapat diatasi. Langkah yang efektif boleh diambil oleh kerajaan dengan
secara perlahan-lahan seperti mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas
dan jenayah. Undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan akan
mampu

menyedarkan

gangsterisme.

pelajar

Kesepaduan

supaya

tidak

terbabit

kementerian-kementerian

dalam

aktiviti

termasuklah

Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan


Sukan,

Kementerian

Hal

Ehwal

Dalam

Negeri

dan

Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengubahkan


persepsi ke atas pelajar yang sering dilayan secara negatif kebelakangan ini
akibat tindakan atau kelakuan pelajar berisiko.

d) Peranan Media Massa


Masalah gangsterisme juga boleh dirungkaikan jika media massa memainkan
peranan yang lebih proaktif. Walaupun diarah oleh pihak kerajaan untuk
menghentikan siaran yang ganas dan bersifat jenayah kurang adil kepada
industri media massa, tetapi media massa boleh mengurangkan siaran
sebegini atau sekurang-kurangnya keprihatinan media ditunjukkan melalui
penayangan program yang bersifat pembentukan keperibadian remaja yang
unggul. Pembabitan pelajar yang berjaya mesti ditonjolkan melalui supaya
mereka menjadi idola kepada pelajar yang lain. Rancangan-rancangan
sebegini yang harus diutamakan agar remaja dapat mencari suri teladan
yang bersesuaian untuk menjadi ikutan.

3.7 RUMUSAN
Kesimpulannya, gejala gangsterisme sangat dibimbangi kerana gejala ini
akan memusnahkan generasi muda kita yang merupakan bakal pemimpin
negara kita, bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Oleh itu, semua pihak haruslah menitikberatkan kancah gejala sosial
ini dan tidak mengamalkan sikap berprasangka buruk terhadap mereka yang
terlibat dalam gejala ini. Semua pihak harus berganding bahu untuk
menangani masalah tersebut tetapi bukan melontarkan cemuhan ke arah
mereka dan memaksa mereka ke jalan buntu, sebaliknya haruslah memberi
peluang kepada mereka agar mereka dapat kembali ke pangkal jalan.
Dengan itu, masyarakat Malaysia dapat menelurkan

generasi yang lebih

berwibawa pada masa hadapan. Pendidikan Malaysia yang menekankan


modal insan dalam membentuk individu adalah disokong. Dengan adanya
modal insan dalam diri remaja maka lahirlah negara yang cmerlang, gemilang
dan terbilang.

4.0 KEPENTINGAN MENANGANI ISU GANGSTERISME DALAM


MASYARAKAT MALAYSIA
1) Mengelakkan pembaziran wang dalam pembaikan harta awam
Pihak berkuasa dapat mengelakkan pembaziran wang untuk membuat
pembaikian terhadap kemudahan awam yang mengalami kerosakan seperti
telefon awam, pintu tandas dan taman permainan. Wang untuk pembaikian
sepatutnya dapat digunakan untuk membantu rakyat yang hidup dalam
kemiskinan. Wang tersebut juga boleh digunakan untuk menyediakan
kemudahan awam untuk kegunaan rakyat.
2)

Mewujudkan masyarakat yang selesa dan aman.


Apabila keruntuhan moral remaja menurun, kadar jenayah pun akan
menurun. Masyarakat pun dapat hidup dalam keadaan yang selamat. Sifat
saling mencurigai antara satu sama lain dapat dikikis daripada jiwa rakyat.
Dengan ini, silaturahim antara rakyat dapat dieratkan.

3) Imej negara tidak akan terjejas.


Kawasan dan tempat yang bersih dan tidak dipenuhi dengan tulisan-tulisan
tidak elok atau kerosakkan turut memberi suatu imej yang baik kepada
pelancong-pelancong luar. Tempat pelancongan yang bersih pasti dapat
menarik pelancong dari negara lain. Kebersihan dan keadaan aman akan

menjadi imej pertama kepada pelancong luar. Kemudahan awam yang


lengkap juga dapat menarik perhatian pelancong luar untuk melawat negara
ke negara kita.
5.0 KESIMPULAN
Golongan remaja adalah kumpulan berwibawa yang bakal memimpin dan
mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semula jadi
yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan
kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, keruntuhan akhlak dalam
kalangan remaja adalah antara salah satu daripada ancaman kepada sumber
tenaga manusia yang merugikan negara dalam jangka masa yang panjang.
Saya memilih isu gangsterisme dalam kerja kursus ini adalah untuk
menimbulkan kesedaran masyarakat terhadap kesan yang akan merugikan
antara satu sama lain jikalau isu ini tidak dirngkaikan dengan segara. Oleh
itu, ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan
menggembleng tenaga untuk memikul tanggungjawab mendidik anak-anak.
Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk
menyedarkan remaja supaya menghindarkan diri daripada gejala sosial yang
akan memudaratkan kesihatan dan nama baik diri sendiri dan keluarga
Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang
agar mereka akan mematuhi peraturan yang telah dikuatkuasakan.
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing
untuk merungkaikan isu gangsterisme sebelum masalah ini menjadi semakin
serius. Golongan remaja ditakrifkan sebagai aset yang paling bernilai bagi
sesebuah negara yang sedang membangun. Apabila isu gangsterisme dapat
diatasi,kestabilan serta ketamadunan Malaysia dapat dibentuk berdasarkan
sahsiah dan kecemerlangan yang terpuji masyarakat seiring mengapai hasrat
kerajaan mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

6.0 BROSUR

7.0 REFLEKSI
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kursus
GSB1012, Datin Hajah Mastura Binti Mohammed Berawi kerana telah banyak
menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang kerja kursus ini
dijalankan. Saya juga ingin megucapkan terima kasih kepada rakan saya yang sudi
membantu saya dalzm kerja kursus ini.
Semasa mengumpalkan dan menganalisis maklumat, saya mendapati bahan rujukan
yang didapati dari perpustakaan terhad. Oleh itu, saya mengadakan perbincangan

berkumpulan dengan rakan saya.untuk menyiapkan kerja kursus ini. Walaupun


perbincangan telah diadakan, tetapi setiap hasil tugasan kami adalah secara
individu. Walaupun mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan tugasan tetapi
bahan rujukan yang saya dapati lebih berkualiti berbanding dengan tugasan yang
dilakukan secara individu. Saya juga bertukar maklumat dengan rakan saya supaya
saya dapat maklumat yang berlebihan untuk menambahbaikan tugasan saya. Saya
juga melayari laman sesawang untuk mencari maklumat yang bersesuaian dengan
tugasan yang diberikan. Semasa saya merima tugasan ini, saya tidak mahir dalam
tajuk tugasan tersebut. Saya telah mengkaji tajuk tugasan tersubut dengan
mendalam dan meminta tunjuk ajar daripada rakan saya.
Melalui kerja kursus ini, saya telah mempelajari tentang kesantunan bahasa.
Kesantunan bahasa merupakan penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,
memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicaranya. Dengan mengamalkan sikap santun dalam Institut
Pendidika Guru, guru yang bersantun dapat di lahirkan. Merka dapat bertutur dengan
sopan supaya orang lain menghormati dan mencontohi mereka. Apabila rakyat
Malaysai mengamalkan kesantunan berbahasa, tanggapan pertama orang asing
terhadap negara kita ialah Malaysia merupakan negara yang bersantun dalam
pertuutran mereka.
Saya berharap iktibar dan panduan yang saya didapati semasa menyelesaikan
tugasan ini dapat membantu saya menempuhi cabaran pendidikan yang akan
datang.Melalui kursus Kesantunan Masyaraat Malaysia, saya dapat berkomunikasi
dengan orang lainn dengan bersikap santun. Saya menggunakan perkataan yang
sopan semasa bertutur supaya saya dapat mengelakkan perselisihan faham yang
tidak diingini.

6.0 BROSUR

Anda mungkin juga menyukai