Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN C

RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri
tanpa mengubah maksud petikan asal.

Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya
yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan
manusia yang menghidap pelbagai penyakit, khususnya penyakit berkaitan pernafasan akibat
menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang
dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru.
Hal ini boleh menyebabkan implikasi yang kronik terhadap sistem pernafasan manusia terutamanya
kepada mereka yang mwnghidap penyakit berkaitan pernafasan.

Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman dalam proses fotosintesis dan
tumbesaran. Udara yang mengandungi bahan pencemar akan mengakibatkan kekurangan karbon
dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Hal ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati.
Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang
terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Implikasinya tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada
pelbagai penyakit dan hasil keluarannya akan terancam.

Selain itu, pencemaran udara juga akan memberikan kesan kepada iklim global dan setempat.
Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air
dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini akan mengalir dan meresap ke dalam tanah
seterusnya memusnahkan galian dalam tanah menyebabkannya menjadi tidak subur. Kehadiran
bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang akan
memberikan kesan menyeluruh kepada bumi.

Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga akan merosakkan bangunan-bangunan. Bangunan-

bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Hal
ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan
bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai,
lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.

Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita akibat ampaian
bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon). CFC juga dikatakan telah mengakibatkan
lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Hal ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas
dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Keadaan ini
mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau
dan kepanasan bumi akan meningkat.

Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada

umat manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih ketat
perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka
agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada http://mazlan66.wordpress.com )

BAHAGIAN C

1

2

Malaysia terletak di garisan khatulistiwa yang mengalami iklim panas dan lembap
sepanjang tahun. Malaysia merupakan negara yang indah dan mempunyai tempat-
tempat menarik sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan. Contoh pulau
peranginan yang terdapat di Malaysia ialah Pulau Sipadan, Pulau Tioman, Pulau
Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Ketam. Di pulau-pulau tersebut, terdapat
banyak terumbu karang yang indah menanti para pelancong. Di samping itu, tempat
tersebut tenang dan selamat untuk aktiviti sukan air seperti jet ski, perahu layar dan
scuba.
Industri pelancongan ini banyak mendatangkan faedah kepada negara.
Antaranya dapat memajukan industri kraf tangan yang berkualiti untuk dipasarkan
bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara. Dengan sokongan dan bantuan
modal oleh kerajaan pula, industri pelancongan boleh beroperasi dengan lebih
meluas. Oleh itu, industri pelancongan akan menarik pelabur asing untuk membuat
pelaburan di Malaysia dalam industri pelancongan. Secara tidak langsung industri ini
akan dapat menambahkan lagi pendapatan negara.
Selain itu, tempat-tempat pelancongan yang menarik di Malaysia merupakan
daya tarikan kepada para pelancong asing. Kehadiran para pelancong boleh
memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ke serata
dunia. Di samping itu, industri ini juga memberi peluang pekerjaan terutamanya
kepada penduduk kampung. Misalnya industri kraf tangan di desa-desa memberi
pekerjaan kepada penduduk kampung mengusahakan hasil kraf seperti bakul, rotan,
dan tikar mengkuang. Seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar
bandar. Selain itu, kedatangan pelancong juga menyebabkan pusat-pusat
penginapan berkembang dan hal ini dapat memajukan industri perhotelan.
Oleh itu, rakyat Malaysia diseru supaya menyahut seruan kerajaan dengan
bersikap mesra dan berbudi bahasa kepada para pelancong seiring dengan Kempen
Budi Bahasa Budaya Kita. Dengan cara ini industri pelancongan dapat terus
menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara.

3
BAHAGIAN C
RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri
tanpa mengubah maksud petikan asal.

Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi , dan mental yang dialami
oleh seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi. Selain itu seseorang akan
mengalami tekanan apabila berdepan dengan sesuatu yang tidak menyenangkan
seperti bau busuk, bunyi yang kuat, terlalu banyak tugas yang perlu dibuat, dan
kata-kata kesat.
Jika tidak dikawal, stres atau tekanan yang berlebihan untuk jangka panjang
akan memudaratkan kesihatan dan meninggalkan risiko terhadap penyakit.
Seseorang yang sentiasa berhadapan dengan tekanan berkemungkinan menjadi
individu yang cepat berasa marah, murung dan prestasi kerja atau pelajaran
merosot. Sebenarnya, ada pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mengawal
stres. Setiap kali berasa stres bawalah bertenang kerana bertenang bolah
membantu mengurangkan kitaran stres negatif.
Seterusnya, stress boleh dikawal dengan melakukan latihan pernafasan.
Langkah ini dapat meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel
tubuh bagi mengurangkan ketegangan. Kita juga disarankan supaya melakukan
ibadat seperti berzikir dan bersembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.
Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasaan
seseorang. Kita juga boleh berkongsi perasaan dengan seseorang bagi melegakan
stres. Carilah orang yang boleh dipercayai dan dapat memahami perasaan anda.
Berehat dan mendengar muzik juga antara langkah yang berkesan. Pilihlah muzik
yang lembut dan menenangkan hati.
Selain itu, aktiviti riadah dan bersukan dapat membantu dalam mengurangkan
tekanan. Beriadah dan bersenam bukan sahaja dapat menyihatkan badan tetapi
juga menenangkan fikiran. Di samping itu, kita hendaklah sentiasa berfikiran positif
untuk meningkatkan harga diri sendiri. Kita perlu melihat kebaikan yang lebih
banyak dalam mana-mana situasai yang bersifat negatif. Setiap manusia tidak
dapat mengelakkan diri daripada tekanan. Namun, kejayaan kita menangani stres
membolehkan kita menjalani kehidupan dengan lebih positif, berjaya dan bahagia.

Anda mungkin juga menyukai