Anda di halaman 1dari 60

APA YANG ANDA TAHU TENTANG DASAR-

DASAR INI ?

DASAR PANDANG KE TIMUR

LIMA KORIDOR WILAYAH EKONOMI

RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS


OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Menyatakan dua objektif Dasar Pandang ke Timur dengan


baik;
Membanding beza kelima-lima Koridor Wilayah Ekonomi
dengan baik.
Menganalisis enam teras strategik RMK 11 dengan
terperinci;
Dasar Pandang ke Timur
PENGENALAN
 Dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
pada tahun 1982.
 Melalui dasar ini, kerajaan akan membuat kajian, penelitian
dan pemilihan contoh dan teladan yang terbaik dari Jepun serta
Korea Selatan dan kemudian mengubahsuaikannya dengan
keadaan di Malaysia.
OBJEKTIF

 Meninggikan prestasi pengurusan, pembangunan dan


produktiviti.
 Mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai
nilai – nilai dan etika kerja yang positif (kerajinan dan disiplin
kerja) untuk meninggikan kemajuan negara.
Perkara yang harus ditumpukan
melalui dasar ini:

 Kerajinan dan Disiplin bekerja


 Kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja.
 Keutamaan kepada kumpulan dan tidak pada diri sendiri.
 Tekanan terhadap daya pengeluaran (productivity) dan mutu yang tinggi (quality)
 Peningkatan kecekapan
 Pengurangan perbezaan antara eksekutif dengan pekerja am
 Sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata
peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek.
Stratergi Perlaksanaan
a. Perubahan Struktur
 kad perakam waktu kerja
 penggunaan tanda nama
 penubuhan Pasukan Meningkatkan Mutu Kerja
 konsep pejabat terbuka
 perkhidmatan kaunter atau perkhidmatan pembayaran bil setempat
 Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja
Stratergi Perlaksanaan

b. Perubahan Sikap
perkhidmatan cemerlang
konsep Bersih, Cekap dan Amanah
kepimpinan melalui teladan
Stratergi Perlaksanaan

c. Latihan dan Kursus


1. Latihan Perindustrian dan teknikal
 Tujuan program ini adalah untuk melatih
pekerja di bidang teknikal dalam usaha meninggikan
kecekapan dan menerap nilai kerja yangpositif dari Jepun
dan Korea dalam meninggikan penghasilan kerja.
Stratergi Perlaksanaan

c. Latihan dan Kursus


2. Program Pengajian Akademik
 Tujuan program ini adalah untuk memberi
peluang latihan teknikal lanjutan pada pelajar lepasan
SPVM dan Politeknik tempatan.
Stratergi Perlaksanaan
c. Latihan dan Kursus
3. Program Kemajuan Eksekutif
 Objektif program ini adalah untuk menyediakan latihan
kepada eksekutif dalam mempelajari kaedah pengurusan dan
pentadbiran kerajaan dan swasta di Jepun dan Korea. Mereka akan
ditempatkan di beberapa firma dan agensi Kerajaan di Jepun dan
Korea. Penekanan yang diberikan dalam program ini ialahlatihan
dalam bidang pengurusan Sogoshosha, Perjawatan, Q.C.C dan
pengurusan am.
Stratergi Perlaksanaan

c. Latihan dan Kursus


4. Hubungan di antara Institusi
 Program ini bertujuan untuk menyalurkan
permohonan latihan yang diperlukan oleh masyarakat
Malaysia kepada institusi pengajian tinggi di Jepun dan
Korea.
Stratergi Perlaksanaan
c. Latihan dan Kursus
5. Skim Latihan Pembangunan Usahawan
 Program yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan
dan Pelaksanaan. Jabatan Perdana Menteri memberi peluang dan
pendedahan usahawan bumiputera terhadap idea dan teknologi
baru serta pengetahuan untuk memajukan urus niaga mereka.
Program ini juga memberi peluang kepada mereka untuk
mewujudkan 'business contacts' dengan rakan perniagaan di sana.
KESIMPULAN

 Selaras dengan dasar ini, Kerajaan telah menyusun strategi dan


program bagi meningkatkan kecekapan, kekesanan dan penghasilan
kerja yang lebih baik dalam kalangan pegawai dan kakitangan.
Pegawai dan pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun dan Korea
untuk mempelajari selok belok teknikal dan aspek pengurusan di
kedua-dua negara tersebut.
PEMBANGUNAN OBJEKTIF
WILAYAH
Mengurangkan
Satu strategi yang
digunapakai kerajaan 01 ketidakseimbangan di
setiap wilayah
dalam menangani isu
ketidakseimbangan
pembangunan 02 Meningkatkan taraf hidup
semua anggota masyarakat
dalam lingkungan kawasan
pembangunan

03 Memastikan perancangan yang


cekap dan berkesan dari segi
penggunaan optimum sumber-
sumber di peringkat wilayah, negeri
dan antara negeri, bandar dan luar
bandar
5 KORIDOR WILAYAH
PEMBANGUNAN EKONOMI
Iskandar Malaysia (WPI)
01 Johor

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)


02 Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)


03 Terengganu, Pahang, Kelantan dan Mersing, Johor

Koridor Pembangunan Sabah (SDC)


04 Sabah

Koridor Pembangunan Tenaga Sarawak (SCORE)


05 Sarawak
Wilayah Pembangunan
Iskandar (WPI)

Agensi : Khazanah Nasional Berhad


Tumpuan : Bidang elektrik dan
elektronik, petrokimia dan oleokimia,
pemprosesan makanan dan pertanian,
perkhidmatan logistik serta pelancongan,
perubatan dan kesihatan, pendidikan,
kewangan.
Wilayah Ekonomi
Koridor Utara (NCER)

Agensi: Agensi Pelaksana


Koridor Utara (NCIA), Sime
Darby
Tumpuan: Sektor perkilangan,
Pertanian dan Perlancongan
Wilayah Ekonomi
Pantai Timur (ECER)

Agensi: PETRONAS
Tumpuan : Aktiviti
pelancongan, pertanian,
pendidikan, perikanan, dan
prasarana
Koridor Pembangunan
Sabah (SDC)

Agensi : Pihak Berkuasa


Pembangunan Pelaburan Sabah
Tumpuan : Sektor Pertanian,
Perlancongan, Perkilangan, dan
logistik dalam tempoh 18 tahun akan
datang
Koridor Pembangunan
Tenaga Sarawak (SCORE)

Agensi: Lembaga Pembangunan


Koridor Wilayah (RECODA)
Tumpuan: Pembangunan sumber-
sumber tenaga seperti petroleum,
minyak kelapa sawit, aluminium, besi
dan sebagainya dalam tempoh 22 tahun
PERINGKAT AGENSI/ WILAYAH YANG TERLIBAT:
PERINGKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN PERINGKAT KERAJAAN NEGERI

Melibatkan aspek penggubalan dasar, Menentukan daerah atau wilayah yang patut diberi
perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan keutamaan berdasarkan kepada kedudukan mundur
penilaian. majunya sesebuah daerah.
Menerangkan tentang perincian aktiviti-aktiviti Menentukan daerah atau wilayah yang sesuai
pada setiap peringkat dan disamping menerima sesuatu projek pembangunan dengan
mengenalpasti agensi-agensi yang berkaitan bagi mengambilkira kepentingan negara
setiap peringkat

Merancang dan membangunkan kawasan


dalam konteks pembangunan nasional
Merancang dan memandu kearah
membangunkan kawasan di bawah
pentadbirannya.

PERINGKAT KERAJAAN TEMPATAN


KEBERKESANAN RANCANGAN
PEMBANGUNAN WILAYAH

.
1.Rancangan Bagi Koridor Wilayah
Ekonomi Negara
 Menyediakan peluang pembangunan ekonomi bagi
negeri-negeri yang kurang membangun

 Dua strategi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi


negara iaitu:
a) kajian semula strategi pelan induk dengan
meninjau keutamaan koridor serta memfokuskan
bidang industri.

b) mempercepatkan pelaburan
KEBERKESANAN RANCANGAN
PEMBANGUNAN WILAYAH

2. Rancangan Wilayah Peringkat


.
Conurbation/Bandaraya (City Region)
Penyelarasan dalam penyediaan rangkaian utama
perkhidmatan perbandaran

Empat strategi khusus telah dirangka dan


dilaksanakan untuk empat wilayah ekonomi
Semenanjung Malaysia, iaitu
a) Wilayah Tengah c) Wilayah Utara
b) Wilayah Selatan d) Wilayah Timur
 Contoh pembangunan ekonomi : agropolitan
MEMPERKUKUH INKLUSIVITI KE ARAH
MASYARAKAT YANG SAKSAMA

 Inklusiviti (keterangkuman) sentiasa menjadi prinsip penting


agendapembangunan sosioekonomi negara.

 Komitmen ini membolehkan hasil pembangunan dikongsi bersama


dalam kalangan rakyat tanpa mengira gender, etnik, tahap
sosioekonomi dan lokasi.

 Komitmen ini adalah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang


kukuh bagi tempoh yang lebih panjang.
MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN
UNTUK SEMUA

Penekanan kepada pertumbuhan ekonomi dan


kesejahteraan rakyat.

Kesejahteraan penting bagi meningkatkan produktiviti


dan mengukuhkan perpaduan nasional.
MEMPERCEPAT PEMBANGUNAN MODAL
INSAN UNTUK NEGARA MAJU

Pembangunan modal insan penting bagi memacu


pertumbuhan ekonomi berintensif pengetahuan.
Pasaran buruh yang kompeten perlu untuk menarik
pelaburan bagi membolehkan pertumbuhan ekonomi.
MENUJU KE ARAH PERTUMBUHAN
HIJAU BAGI MENINGKATKAN
KEMAMPANAN DAN DAYA TAHAN

Pertumbuhan yang menggunakan sumber secara


cekap, bersih dan berdaya tahan.
Pertumbuhan hijau akan memastikan alam sekitar dan
sumber asli negara yang bernilai kekal dipelihara dan
dilindungi untuk generasi masa kini dan masa
hadapan.
MEMPERKUKUH INFRASTRUKTUR BAGI
MENYOKONG PERKEMBANGAN
EKONOMI

Memastikan rakyat mempunyai akses kepada kemudahan


asas dan perkhidmatan seperti pengangkutan, komunikasi,
elektrik dan air bersih.
Infrastruktur yang cekap dan bersepadu dapat mengurangkan
kos mengendalikan perniagaan, dan seterusnya
meningkatkan produktiviti dan daya saing negara.
MEREKAYASA PERTUMBUHAN EKONOMI
UNTUK PENINGKATAN KEMAKMURAN

Pertumbuhan ekonomi yang kukuh adalah penting


bagi mencapai aspirasi negara maju.
Asas ekonomi perlu terus diperkukuh bagi
membolehkan Malaysia berdaya tahan terhadap
cabaran luar tanpa menjejaskan kemakmuran rakyat.
AKTIVITI ANALISIS KANDUNGAN

 Analisis kandungan RUMUSAN RMK-11.


 Analisis tersebut harus mempunyai beberapa elemen iaitu matlamat,
kaedah pelaksanaan dan outcome bagi keenam-enam teras strategik
RMK-11.
 Masa diberi adalah selama 15 minit sahaja
 Pembentangan akan dilaksanakan selama 3-5 minit setiap kumpulan
1. MERANCAKKAN PERTUMBUHAN
EKONOMI

 Mengembalikan semula momentum pertumbuhan kesemua sektor


ekonomi, dan mewujudkan sumber pertumbuhan baharu.
 Melonjakkan pertumbuhan beberapa industri yang strategik dan berimpak
tinggi.
 Memperkasakan transformasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana
(PMKS).
 Mewujudkan dasar dan perundangan yang jelas serta persekitaran
perniagaan yang kondusif bagi menggalakkan lagi pelaburan yang
berkualiti.
 Mempergiatkan sektor pertanian dengan menggunakan teknologi pintar untuk meningkatkan produktiviti
dan mengukuhkan tahap sekuriti makanan negara.
 Merancakkan sektor pembinaan dengan penggunaan teknologi termaju bagi meningkatkan lagi
kecekapan dan produktiviti.
 Memberi penekanan kepada pengeluaran mineral diproses yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi,
aktiviti perlombongan yang lestari dan penghasilan bahan mineral baharu.
 Sektor pembuatan dijangka beralih kepada pengeluaran produk yang mempunyai nilai ditambah yang
tinggi dan industri Malaysia menjadi pemain penting dalam rantaian nilai global.
 Melonjakkan pertumbuhan produktiviti melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi, penggunaan teknologi
termaju, di samping mengurangkan kebergantungan kepada buruh kurang mahir.
 Memperkukuhkan perdagangan antarabangsa dengan mengenal pasti pasaran dan
produk baharu, menambah baik kecekapan fasilitasi perdagangan dan meningkatkan
daya saing industri eksport utama.
 Menggalakkan kerjasama perdagangan melalui ratifikasi perjanjian perdagangan
bebas (FTA) baharu seperti Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP).
 Memastikan sektor swasta kembali memainkan peranan lebih besar bagi membantu
negara memacu pertumbuhan ekonomi.
 Memperkukuh ekosistem bagi menyokong pelaburan swasta dan membangunkan
tenaga kerja mahir.
2. MEMPERKUKUH PEMANGKIN
PERTUMBUHAN

 Menerima guna teknologi baharu dan berusaha mencipta serta membangunkan teknologi sendiri.
 Memastikan infrastruktur diperkukuh dan bakat masa hadapan dibangunkan untuk memangkin pertumbuhan
ekonomi.
 Mempercepat penggunaan teknologi dan inovasi dengan penumpuan kepada pendigitalan dan teknologi
termaju, termasuk teknologi 41R (Revolusi Perindustrian Keempat).
 Melancarkan agenda MyDIGITAL dan diikuti dengan Dasar 4IR Negara. Perancangan dasar, pelaksanaan
dan pemantauan inisiatif 4IR serta pendigitalan negara diselaraskan melalui Majlis Ekonomi Digital dan 41R
Negara.
 Meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan digital bagi menangani pelbagai jurang digital dengan
melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA.
 Mewujudkan ekosistem yang menyokong perkembangan ekonomi gig seperti e-hailing dan p-hailing bagi
menggalakkan rakyat memanfaatkan sepenuhnya peluang ini.
 Merapatkan jurang digital, terutama antara luar bandar dan bandar disebabkan perbezaan prasarana jalur lebar,
melalui penyediaan kemudahan infrastruktur digital. Dalam hubungan ini, Pusat Internet, Pusat Internet Desa dan
Pusat Komuniti Desa akan ditransformasikan sebagai Pusat Digital Keluarga Malaysia.
 Mengakreditasi platform tempatan berdasarkan piawaian industriekonomi perkongsian antarabangsa.
 Menubuhkan Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU). Peranan RMU adalah untuk mengurangkan pertindihan fungsi,
memperkukuh kerjasama antara pihak industri, akademia dan kerajaan dalam pelbagai bidang.
 Mewujudkan infrastruktur dan utiliti asas yang berkualiti dan berdaya harap seperti jalan raya, rel, bekalan air dan
elektrik penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.
 Merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
 Mengeluarkan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri.
3. MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN
KELUARGA MALAYSIA

 Mengkaji semula keberkesanan sistem kesihatan sedia ada, dan dasar kesihatan negara akan
dirangka bagi meningkatkan kesiapsiagaan mengurus penyakit berjangkit serta krisis kesihatan.
 Memastikan kerajaan komited dalam penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti,
dan mampu milik demi kesejahteraan Keluarga Malaysia selaras dengan Dasar Perumahan
Negara.
 Menggerakkan seluruh kekuatan, untuk terus menyebarkan semangat patriotisme dan
kesukarelawanan dengan memanfaatkan platform digital dan media yang lain.
 Memperkasakan pemahaman serta penghayatan mengenai Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara dalam kalangan kanak-kanak dan golongan belia negara.
4. MEMANTAPKAN KESELAMATAN &
KETENTERAMAN AWAM

 Menambah baik kesiapsiagaan, kawalan sempadan dan


penguatkuasaan.
 Mempertingkatkan ketenteraman awam.
 Mengukuhkan keselamatan dan pertahanan siber serta
menjagakebajikan anggota.
5. MEMBASMI KEMISKINAN TEGAR DAN
MERAPATKAN JURANG PENDAPATAN

 Menubuhkan unit khusus pada peringkat Persekutuan dan di pejabar daerah. Unit ini akan bertanggungjawab menyelaras
pangkalan data secara bersepadu serta semua program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan & sektor korporat.
 Melaksanakan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat di luar
bandar untuk meningkatkan pendapatan, dan menangani kenaikan kos sara hidup isi rumah B40 serta kumpulan mudah
terjejas
 Meneruskan bantuan bersasar seperti pemberian wang tunai dan perlindungan sosial kepada mereka yang layak.
 Menggalakkan penglibatan sektor korporat dan orang perseorangan untuk membantu Keluarga Malaysia keluar dari
kepompong kemiskinan.
 Memberi peluang lebih ramai murid daripada keluarga B40 memasuki ke sekolah berprestasi tinggi dan pemberian
biasiswa.
 Memperluaskan akses kepada penjagaan kesihatan.
 Menangani isu kekurangan zat dan tumbesaran dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga B40.
6. MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA
DAN KELUARGA MALAYSIA

 Memperkasa agenda Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang
memberikan hak dan keistimewaan kepada orang Melayu dan anak negeri, iaitu peribumi Sabah dan Sarawak,
dan kepentingan sah kaum-kaum lain.
 Mencapai pembangunan sosioekonomi yang lebih adil, saksama dan inklusif selaras dengan semangat Keluarga
Malaysia.
 Menerapkan agenda ini dalam pelaksanaan semua dasar kerajaan pada segenap peringkat dan aspek
pembangunan.
 Melibatkan semua pihak, termasuk pihak Kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan
kerajaan dan sektor swasta
 Memperluaskan konsep sebagai strategi mempelbagaikan sumber kewangan untuk membiayai perniagaan dan
meningkatkan ekuiti Bumiputera.
 Memperkenalkan lebih banyak instrumen wakaf bagi menggembleng lebih banyak sumber untuk keusahawanan
dan membiayai program pembangunan sosioekonomi.
 Mewujudkan Pelan Induk Wakaf Nasional bagi memastikan pengurusan wakaf yang lebih cekap.
 Membantu kumpulan kaum Cina dengan meningkatkan akses dan menambah baik Skim Pinjaman Khas
Penduduk Kampung Baru. Kemudahan ini bertujuan untuk mereka mengembangkan perniagaan dan
terlibat dalam keusahawanan.
 Meneruskan program infrastruktur asas dan ameniti sosial bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk di
Kampung Baru Cina.
 Merangka pelan pembangunan sosioekonomi Orang Asli yang komprehensif meliputi aspek daripada
peningkatan pendapatan dan kesejahteraan.
 Membantu sebahagian masyarakat kaum India khususnya yang berpendapatan rendah selaras dengan
Pelan Tindakan Masyarakat India.
 Merangka pelan kebangsaan pemerkasaan ekonomi belia untuk memantapkan peranan anak muda dalam
pembangunan negara.
 Memupuk semangat patriotisme dan tanggungjawab kepada negara kepada golongan belia.
 Menaik taraf Akademi Pembangunan Belia Malaysia dan beberapa Kompleks Belia dan Sukan.
 Memperbanyakkan sistem sokongan kepada warga emas.
 Memperkasa orang kurang upaya (OKU) dengan melaksanakan program seperti Job Coach,
Pemulihan Dalam Komuniti, perkhidmatan Pusat Kehidupan Berdikari dan program
keusahawanan OKU.
 Memperkukuhkan pembangunan ekonomi usahawan wanita dengan meningkatkan akses kepada
pembiayaan dan aktiviti latihan kemahiran.
 Menggalakkan sahawan wanita menjalankan aktiviti perniagaan secara dalam talian untuk
memperluaskan pasaran.
7. MELONJAKKAN PEMBANGUNAN
SABAH, SARAWAK DAN NEGERI2
KURANG MEMBANGUN

 Menyelesaikan isu-isu berhubung tuntutan Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia
1963 (MA63). Hal ini termasuklah keperluan infrastruktur asas, kawal selia gas dan elektrik,
aspek pendigitalan dan keselamatan.
 Memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan jurang pembangunan ekonomi antara negeri,
antara wilayah serta antara bandar dan luar bandar.
 Menumpukan usaha melonjakkan pertumbuhan negeri kurang membangun.
 Mentransformasikan kawasan luar bandar, aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai ditambah yang
tinggi akan dirancakkan melalui platform e-dagang, pertanian pintar dan industri luar bandar.
 Melaksanakan Pelan Pemulihan FELDA untuk mengembalikan kegemilangan agensi ini dalam
membela nasib rakyat.
8. MEMPERCEPATKAN PERTUMBUHAN
HIJAU

 Menjadikan usaha mempercepat pertumbuhan hijau, mempertingkat kemampanan tenaga dan


mentransformasikan sektor air, sebagai teras pembangunan sosioekonomi negara.
 Memastikan komitmen Malaysia seiring dengan usaha negara lain untuk mencapai matlamat global dalam
menangani perubahan iklim dan meningkatkan daya saing negara.
 Memperkenalkan Dasar Tenaga Negara yang komprehensif untuk menyediakan hala tuju strategik jangka
panjang bagi menyokong aspirasi negara neutral karbon.
 Memperkenalkan akta berkaitan kecekapan dan konservasi tenaga bagi mengawal selia penggunaan tenaga
oleh pengguna berintensiti tinggi dalam sektor industri dan komersial.
 Memperkenalkan pelan hala tuju untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca dan pelan adaptasi
kebangsaan.
 Mempertingkatkan pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian khazanah semula jadi negara.
 Mentransformasikan sektor air bagi menjamin bekalan dan kemampanan. Tadbir urus air akan ditambah
baik.
PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM DAN
MEMASTIKAN PELAKSANAAN DASAR YANG
BERKESAN

 Memantapkan perkhidmatan awam yang menjadi nadi pentadbiran negara bagi meningkatkan
ketelusan dan kecekapan.
 Menyusun semula struktur dan fungsi kementerian dan agensi bagi mewujudkan organisasi yang lebih
mendatar dan mengurangkan kerenah birokrasi.
 Meningkatkan pendigitalan perkhidmatan awam. Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA)
2021-2025 yang baru dilancarkan.
 Memastikan pindaan perlembagaan yang membolehkan warganegara berumur 18 tahun dapat
mengundi dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
 Menjadikan Kerajaan sebagai sebuah Kerajaan berprestasi tinggi yang memenuhi harapan rakyat.
 Memperkenalkan Indeks Tadbir Urus Malaysia bagi mengukur prestasi tadbir urus jentera Kerajaan
dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.
TUJUAN RMK-12

 Membangun semula dan membina kembali ekonomi dengan lebih mantap.


 Menangani ketidaktentuan landskap ekonomi global.
 Mengatasi kelemahan dalam pendekatan pembangunan, tadbir urusdan
pelaksanaan.
 Memberi harapan dan keyakinan mengenai masa hadapan negara, terutama
kepada golongan belia.
BAGAIMANA INI DAPAT DICAPAI ?

 Mentransformasikan kepimpinan melibatkan keseluruhan peringkat Kerajaan.


 Memantau prestasi di peringkat nasional dan melaksanakan intervensi penyelesaian
masalah.
 Dasar yang mengutamakan rakyat diterapkan dalam perancangan sosioekonomi.
 Pendekatan keseluruhan negara digembleng bagi mencapai matlamat negara.
 Memperkukuh ekosistem tadbir urus.
 Sokongan politik untuk memastikan kejayaan perubahan dasar.
 Mempertingkat kerjasama dalam kalangan agensi kerajaan, sektor swasta, akademia, dan
rakyat.
 Memperkukuh identiti Malaysia, menerapkan nilai murni dan patriotisme.
BELANJAWAN 2019
Fokus pertama: melaksanakan reformasi
institusi

• Strategi 1: Memperkukuh Pengurusan Fiskal.


• Strategi 2: Menstrukturkan Semula dan
Merasionalisasikan Hutang Kerajaan.
• Strategi 3: Meningkat Hasil Kerajaan.
Fokus kedua: memastikan kesejahteraan
rakyat

• Strategi 4: Menjamin Kebaikan dan Kualiti Hidup.


• Strategi 5: Meningkat Peluang Pekerjaan dan Kebolehpasaran.
• Strategi 6: Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Kesihatan dan
Perlindungan Kebajikan Sosial.
• Strategi 7: Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna.:
• Strategi 8: Pendidikan Bagi Masa Hadapan yang Lebih Baik
Memupuk budaya negara keusahawanan

• Strategi 9: Mencetuskan Kuasa Ekonomi Baharu.


• Strategi 10: Merebut Peluang dalam Menghadapi
Cabaran Global.
• Strategi 11: Mendefinisikan Semula Peranan Kerajaan
dalam Perniagaan.
• Strategi 12: Memastikan Pertumbuhan Ekonomi yang
Saksama dan Mampan
BELANJAWAN 2020

Belanjawan 2020 yang bertemakan 'Memacu Pertumbuhan


Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama'
dengan bertunjangkan empat teras utama dalam usaha untuk
menstabilkan semula kedudukan kewangan negara dan
kerajaan.
Teras Pertama : Memacu Pertumbuhan
Ekonomi dalam Ekonomi Baharu dan Era
Digital

• Strategi 1: Menjadikan Malaysia sebagai Pilihan Utama Destinasi


Pelaburan.
• Strategi 2: Mempercepat Ekonomi Digital.
• Strategi 3: Memperkukuh Akses kepada Pembiayaan Perniagaan.
• Strategi 4: Mengukuhkan Kepelbagaian Ekonomi.
Teras Kedua : Meningkatkan Keupayaan
Modal Insan

• Strategi 5: Meningkatkan Peluang Pekerjaan Malaysia.


• Strategi 6: Memodenkan Pasaran Buruh.
• Strategi 7:Pelaburan dalam Pendidikan dan Baka untuk
Rakyat
Teras Ketiga : Mewujudkan Masyarakat yang
Bersatu, Inklusif dan Saksama

• Strategi 8: Pembangunan Inklusif dan Pembangunan Luar


Bandar.
• Strategi 9: Ke Arah Perkhidmatan Kesihatan yang Lebih Baik.
• Strategi 10: Meningkatkan Ekosistem Pengangkutan.
• Strategi 11: Meningkatkan Akses Kepada Perumahan.
• Strategi 12: Perpaduan Melalui Sukan.
• Strategi 13: Mempromosikan Kelestarian Alam Sekitar.
Teras keempat: memulihkan institusi dan
kewangan kerajaan

• Strategi 14 : Komitmen terhadap konsolidasi Fiskal.


• Strategi 15 : memperkukuh institusi, tadbir urus dan
integriti

Anda mungkin juga menyukai