Anda di halaman 1dari 15

SRSW2 Ambilan 2/K3/2020

INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SARAWAK

NPQEL AMBILAN 2022

SRSW3/2022

LOKASI: INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SARAWAK

NAMA INGGOL ANAK UTEK

NPQEL – Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak 1


SRSW2 Ambilan 2/K3/2020

Maklumat Penerbitan

JUDUL BUKU
KEPEMIMPINAN DAN KEBERKESANAN SEKOLAH
(Edisi Kedua)

NAMA PENGARANG
HUSSEIN MAHMUD

PENERBIT
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

TAHUN PENERBITAN
2016

Bilangan 399 halaman


Muka surat
Bab 1 Pendahuluan
Bab 2 Tugas dan Tanggungjawab Pengetua
Bab 3 Peranan Pengetua
Bab 4 Mengurus, Mentadbir dan Memimpin?
Bab 5 Kepimpinan Berkesan
Bab 6 Kepimpinan Pengajaran
Bab 7 Kepemimpinan Pengajaran: Kekangan
Bab 8 Membina Kecemerlangan Sekolah
Bab 9 Pembangunan Dalaman dan Penambahbaikan Sekolah

Sinopsis

NPQEL – Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak 2


SRSW2 Ambilan 2/K3/2020

Banyak buku dan penulisan telah mengenal pasti bahawa, pengaruh pemimpin sekolah
merupakan penentu penting dalam peningkatan kualitatif di peringkat sekolah, khususnya
peningkatan prestasi pelajar. Begitu juga dengan penulis buku ini, beliau juga telah menulis
tentang peranan seorang pemimpin sangat penting dalam penambahbaikan kualiti sekolah.

Kerangka konsepsi buku ini menekankan peranan kepemimpinan pengetua dalam konteks
pengurusan organisasi sekolah. Dalam perkara ini, pengetua sebagai pemimpin di sekolah
sewajarnya bertindak secara yang lebih dinamik. Tumpuan pengurusan pengetua,
sewajarnya kearah penguasaan persekitaran sekolah dan tidak semata-mata mengekalkan
persekitaran yang sedia ada.

Selaras dengan agenda semasa dalam perkembangan kualitatif pendidikan, kualiti


pengajaran dan pembelajaran di sekolah merupakan pemboleh ubah terpenting. Pengetua
sebagai pengurus, penyelaras pengajaran dan pembelajaran sepatutnya menampilkan
kepimpinan efektif. Perubahan di sekolah bergantung pada kebijaksanaan dan kecanggihan
kepemimpinan pengetua.

Oleh yang demikian penulis buku ini telah menerangkan apakah peranan seorang pengetua
sebagai pemimpin dan peneraju di sekolah. Buku ini menerangkan bagaimana seorang
pengetua harus berperanan dalam meneraju dan memajukan sekolahnya. Dalam buku ini
diterangkan bagaimana tanggungjawab seorang pengetua dalam mengurus, mentadbir dan
memimpin. Dalam buku ini juga menerangkan apakah strategi -strategi dan faktor-faktor
yang boleh membantu seorang pengetua untuk menambahbaik kemajuan sekolahnya.

Secara keseluruhannya, penulis buku ini merumuskan bahawa, jatuh bangunnya sesebuah
sekolah itu atau cemerlangnya sesebuah sekolah itu banyak dipengaruhi oleh pemimpinnya.
Seorang pemimpin yang cemerlang akan berjaya membawa ahli dalam sekolah itu untuk
bergerak ke arah kecemerlangan.

APLIKASI KANDUNGAN BUKU KEPADA PESERTA SEBAGAI PEMIMPIN SEKOLAH

NPQEL – Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak 3


SRSW2 Ambilan 2/K3/2020

BAB 1 – BAB 3

a. Kesesuaian dalam konteks pemimpin sekolah


Dalam Bab 1, pada kandungan buku yang bertajuk Kepimpinan dan Keberkesanan
Sekolah, Edisi kedua ini, menerangkan tentang permulaan atau pun pendahuluan berkaitan
dengan matlamat dan hasrat yang diinginkan oleh ibu bapa, masyarakat, sekolah dan
khususnya Kementerian Pendidikan dalam memastikan pelajar dapat melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi seterusnya menjadi warganegara yang boleh memberi
sumbangan terhadap pembangunan negara. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan
telah mengambil langkah yang bijak dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dalam usaha untuk
menangani masalah pendidikan supaya pelajar boleh mencapai tahap pendidikan seberapa
tinggi yang boleh.
Kepimpinan pengetua seringkali dilihat sebagai fokus utama dalam
mencemerlangkan organisasi. Mengikut kata Navaro (1986), kepimpinan pengetua sering
dilihat sebagai puna masalah atau pihak yang menimbulkan masalah atau sebagai
penyelesai masalah dalam pelaksanaan program pendidikan. Selain daripada itu, pengetua
juga adalah individu yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di
sekolah serta memainkan peranan yang amat penting dalam pencapaian kecemerlangan
pendidikan.
Mengikut Buku Panduan Umum (1982), pengetua juga haruslah memahami dasar
pendidikan, sistem dan matlamat pendidikan serta menyampaikannya kepada semua guru,
ibu bapa, murid dan juga masyarakat setempat. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh
Blasé (1987), menyatakan sekolah yang lemah pengurusannya, mempunyai pengetua yang
kurang berkesan kepimpinannya. Oleh yang demikian, pengetua perlulah mengetuai dan
memimpin guru dalam memastikan matlamat organisasi tercapai.
Dalam bab 2, sepertimana yang terkandung dalam buku ini menerangkan tentang
Tugas dan Tanggungjawab Pengetua di sesebuah organisasi. Sebagai seorang pemimpin,
kita hendaklah melaksanakan tugas dengan penuh amanah sepertimana yang telah
disediakan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan meliputi 7 bidang utama iaitu :
i. Pengurus bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid
ii. Pengurusan sekolah dalam pentadbiran, kewangan, perkhidmatan dan perjawatan
iii. Penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
iv. Perhubungan dengan ibu bapa/ penjaga dan masyarakat setempat
v. Kemajuan sekolah
vi. Pengajaran dan

NPQEL – Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak 4


SRSW2 Ambilan 2/K3/2020

vii. Kepimpinan pengajaran dan penyelidikan Pendidikan

Manakala tanggungjawab seseorang pemimpin pula adalah seperti :-


i. Berusaha bagi mencapai matlamat sekolah
ii. Berusaha bagi mencapai dasar pendidikan
iii. Mengurus dan mentadbir sekolah, kurikulum, kokurikulum, kebajikan pelajar, guru
dan staf sokongan
iv. Menyedia kidmat bantu yang secukupnya bagi meningkatkan PdPC
v. Mewujudkan dan memajukan iklim dan budaya sekolah

Seterusnya dalam Bab 3, menerangkan tentang peranan seorang pengetua dalam


sesebuah organisasi dalam memastikan sesebuah sekolah itu dapat berjalan dengan lancar
dan baik. Oleh itu, pengetua perlulah memastikan :
i. Pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat dijalankan dengan berkesan
ii. Memastikan tugas dalam bidang pentadbiran (pengurusan sekolah)
iii. Keberkesanan pengajaran- pembelajaran dalam pengurusan organisasi sekolah

Dalam aspek kepimpinan pengetua dalam bidang pendidikan pula, peranan kepimpinan
pengetua adalah seperti berikut :
i. Menentukan matlamat sekolah
ii. Mengelola sekolah
iii. Memajukan lagi sekolah
iv. Kebijaksanaan dalam membuat keputusan
v. Membaiki program pengajaran
vi. Melaksanakan perubahan pendidikan
vii. Berperanan sebagai pengubah nilai bagi mendorong perubahan nilai- nilai guru
viii. Menjelaskan peranan organisasi sekolah
ix. Memastikan matlamat sekolah difahami
x. Memastikan matlamat individu tercapai
xi. Sebagai agen perubahan di sekolah dan juga
xii. Berperanan sebagai pengurus sekolah dalam mentadbir organisasi

b. Kaitkan kesesuaian bidang kompetensi seperti yang dicadangkan


Kompetensi Berkomunikasi Berkesan dapat dikaitkan dalam bab yang kedua
dan ketiga di mana pengetua perlulah berkeyakinan dalam setiap komunikasinya secara
lisan atau pun bertulis dalam mencapai matlamat organisasi. Sebagai pemimpin, kita
perlulah sentiasa berkomunikasi dengan baik bersama dengan warga sekolah, ibu bapa,

NPQEL – Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak 5


SRSW2 Ambilan 2/K3/2020

pelajar dan juga komuniti. Pengetua juga perlulah mengadakan saluran komunikasi yang
berkesan dalam setiap program yang dijalankan untuk memastikan matlamat yang hendak
dicapai, dapat difahami dan jelas kepada seluruh warga sekolah.
Dalam bab 3 ini juga ada menyatakan kepimpinan pengetua yang proaktif dan
dinamik serta mempunyai wawasan yang jelas untuk sekolahnya adalah menggambarkan
seorang pengetua yang berkepimpinan tinggi dalam mencapai matlamat organiasasi. Ini
jelas menunjukkan kompetensi Berkepemimpinan amatlah penting untuk seseorang
pemimpin dalam membimbing seluruh warga sekolah ke arah kecemerlangan oraganisasi.
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Blasé (1987), menyatakan sekolah yang lemah
(tidak berkesan) mempunyai pengetua yang kurang berkesan kepimpinannya.
Berperanan sebagai seorang pengubah nilai dalam organisasi bagi tujuan
mendorong perubahan nilai- nilai guru, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang
kompetensi Berkeperibadian Tinggi. Kompetensi ini juga jelas menyatakan pengetua
sentiasa menggalakkan guru melibatkan diri dalam perubahan dan juga menyediakan
maklumat dan latihan kepada seluruh warga sekolah dalam mencapai matlamat organisasi
dan juga matlamat individu itu sendiri.

c. Refleksi Kendiri berasaskan bahan bacaan sebagai pemimpin sekolah


Daripada apa yang difahami pada bab 1 hingga bab 3 dalam buku ini, jelas
dinyatakan bahawa kepimpinan yang berkesan akan dapat membentuk sebuah organisasi
yang cemerlang daripada pelbagai aspek. Rata- rata kajian yang telah dijalankan teradap
pengetua, kebanyakannya menjelaskan tugas, tanggungjawab dan juga peranan pengetua.
Secara keseluruhannya, seseorang pengetua yang berkesan akan dapat menangani setiap
permasalahan yang ada dengan penuh sistematik. Seorang pengetua mestilah menjalankan
tugasnya dalam dua bidang utama iaitu dalam bidang pentadbbiran dan pengurusan
sekolah dan satu lagi iaitu memastikan keberkesanan pengajaran – pembelajaran dalam
pengurusan organisasi. Seorang pengetua juga hendaklah menjadi sebagai agen
perubahan dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah. Pengetua perlulah bijak dalam
menyusun tugas mengikut keutamaan dan berupaya untuk mengubah sekolah yang tidak /
kurang efektif kepada sekolah yang lebih efektif.

NPQEL – Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak 6


SRSW2 Ambilan 2/K3/2020

APLIKASI KANDUNGAN BUKU KEPADA PESERTA SEBAGAI PEMIMPIN SEKOLAH


BAB 4 – BAB 5

a. Kesesuaian Dalam Konteks pemimpin Sekolah


Dalam Bab 4, buku ini menerangkan tentang peranan seorang guru besar dalam
mengurus, mentadbir dan memimpin organisasinya bagi mencapai matlamat dan objektif
sekolah. Pemimpin berperanan sebagai individu yang berupaya mempengaruhi pengikut-
pengikutnya. Kepemimpinan membayangkan penyediaan wawasan, iaitu satu bayangan
keadaan masa hadapan yang ingin dicapai. Dengan demikian, idea kepemimpinan ini
adalah bersekutu dengan idea mempengaruhi dan memimpin orang lain kearah
merealisasikan wawasan yang ingin dicapai itu.
2 dimensi dalam kepimpinan: KEPIMPINAN PENGAJARAN DAN KEPIMPINAN
PENTADBIRAN.
Kepimpinan Pengajaran, membimbing guru mencapai matlamat dan objektif sekolah,
mewujudkan suasana dan kondusif di sekolah, melaksanakan pembangunan staf,
bimbingan, penekanan pencapaian akademik. Daripada kajian yang terkandung dalam Bab
4 ini, mendapati aspek kepemimpinan melibatkan empat bidang utama iaitu pembangunan
staf, bimbingan atau pengurusan pengajaran (perkembangan matlamat sekolah dan
prosedur yang berkaitan dengan hal-hal pengajaran), sokongan pengajaran (usaha-usaha
pihak pengetua bagi mengadakan dan mengekalkan iklim sekolah yang kondusif bagi
pertumbuhan para guru dan pelajar) serta kawalan mutu yang dilakukan melalui
pengesanan dan penilaian terhadap prestasi guru dan pelajar (lebih berbentuk formatif)
dengan kerjasama semua staf di sekolah.

Manakala, Kepimpinan Pentadbiran merangkumi kebolehan seorang pemimpin menjaga


sekolahnya agar berjalan lancar. Lebih cenderung membuat dan melaksanakan peraturan
serta mengharapkan staf bawah jagaannya mematuhi peraturan tersebut. Tujuannya adalah
untuk mengekalkan pencapaian-pencapaian matlamat sekolah, melalui disiplin kerja yang
kental.

Bab 5 pula menyatakan bahawa kepimpinan seseorang pemimpin sangat penting-


sebagai suri teladan kepada semua warga sekolah. Beliau memainkan peranan sebagai
pentadbir, humanitarian, pengurus program serta penyelesaian masalah. Di samping
berusaha untuk mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai untuk perkembangan
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang pengetua, sudah semestinya mahu menjadi
seorang pengetua yang berkesan. Seorang pengetua yang berkesan akan melahirkan guru,
sekolah dan pelajar yang berkesan. Sifat pengetua yang menekankan kepada jenis

NPQEL – Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak 7


SRSW2 Ambilan 2/K3/2020

kepemimpinan demokratik merupakan asas kepada keberkesanan seorang pengetua.


Seorang pengetua yang mengutamakan corak kepimpinan yang demokratik akan disayangi
dan mudah didampingi oleh guru. Dia mengambil kira dan turut berkongsi pengalaman serta
idea dengan orang-orang di bawah kumpulannya. Sifat menghargai dan sentiasa membawa
perbincangan dari idea-idea yang diketengahkan oleh kumpulannya adalah satu cara yang
amat penting dalam menjalankan urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan
sahaja dengan guru-guru tetapi seluruh kakitangan sokongan yang ada. Bagi orang-orang di
bawah kawalannya, mereka akan merasa amat gembira kalau pemimpinnya menghargai
idea mereka. Dengan ini akan lahirlah sikap mereka yang kuat dan rajin bekerja.

Sebagai seorang pengetua yang demokratik, dia juga hendaklah mampu


mempertingkatkan daya kreatif dan enovatif kakitangan di bawahnya. Dia adalah sumber
kepada mereka untuk terus membangunkan diri. Bagi pekerja-pekerja di bawahnya, seorang
pengetua hendaklah sentiasa dapat memberi dan menanamkan minat guru-guru dan
kakitangan yang lain supaya dapat menyumbangkan tenaga dan idea dari semasa ke
semasa. Dalam konteks ini, pengetua itu seharusnya mempunyai semangat kerja
berpasukan yang tinggi, sanggup menyertai sama dalam satu kumpulan kerja.

Sebagai seoarang pengetua yang mempunyai ciri-ciri demokratik, selain dari di atas tadi,
dia juga hendaklah menunjukkan sebagai seorang yang mempunyai minat berkomunikasi
secara terbuka, seorang yang peramah mesra. Sentiasa menunjukkan wajah yang
disenangi oleh pengikutnya. Mempunyai komunikasi dua hala.Tidak ada perasaan ego dan
tidak menekankan kepada sifat autokratik. Pengetua sebagai seorang yang mempunyai ciri-
ciri professional, hendaklah menggunakan saluran demokratik itu secara terpimpin, kalau
demokratik tanpa batasan akhirnya akan lahir satu bentuk kepemimpinan yang lain iaitu
laissez-faire. Teori kepemimpinan Laissez-faire ini akan banyak memberi kuasa otonomi
kepada pekerjannya. Pengikut atau pekerjanya mempunyai ruang yang amat bebas untuk
membuat keputusan. Suasana sekolah akan menjadi pincang, urusan pengajaran dan
pembelajaran tidak akan mencapai matlamat lagi.

b. Kaitkan kesesuaian bidang kompetensi

Tugas pemimpin di sekolah - Pengetua sekolah merupakan individu terpenting di peringkat


sekolah kerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus sekolah, berkaitan
juga dengan kepimpinan pengajaran dan memimpin pembelajaran. Dalam Bab 4 misalnya,
ada menyatakan kepemimpinan bertujuan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan
masalah yang menghalang kebolehan sesuatu kumpulan (pekerja) atau organisasi supaya
matlamat-matlamat organisasi dapat dicapai dengan berkesan dan cekap. Perkara ini

NPQEL – Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak 8


SRSW2 Ambilan 2/K3/2020

bersesuaian dengan Kompetensi Berkepimpinan di mana pengetua mampu membimbing


pasukan secara terancang ke arah matlamat yang sama. Dapat melaksanakan post mortem
bagi mendapatkan maklumat untuk penambahbaikan.
Selain itu, dalam Bab 5 ada dinyatakan bahawa seorang pengetua sewajarnya mahir
dan cekap dalam perhubungan manusia, dan perhubungan individu serta mampu
menggerakkan stafnya. Perkara ini amat berkait rapat dengan Kompetensi Berkomunikasi
Berkesan. Pengetua memainkan peranan clinical practioner, iaitu menyumbang kepakaran
dalam bidang Pendidikan dan persekolahan. Ini sangat kertetapatan dengan Kompetensi
Berkeperibadian Tinggi di mana pengetua berupaya berkongsi pengetahuan dan kemahiran
untuk membangun potensi orang lain untuk menyumbang kepada organisasi. Dalam konteks
sekolah, guru-guru di bawah seliaannya mungkin mempunyai pandangan dan idea yang
lebih bernas dari dia sebagai seorang pemimpin. Oleh itu pandangan dan sifat
kepemimpinannya tidak sepatutnya bersifat autokratik. Sifat ini tidak akan melahirkan corak
kepemimpinan yang berkesan tetapi di sebaliknya akan lahir guru-guru yang bersifat kayu
mati (dead woods) kerana mereka akan bosan dengan kerenah seorang pengetua yang
tidak mahu mendengar pandangan dan buah fikiran orang lain, kerana menganggap dia
adalah lebih bijak dan pandai dari orang di bawah kawalannya.

c. Refleksi

Kepimpinan Guru Besar merupakan faktor keberkesanan sekolah. Seseorang pemimpin


yang berkesan sentiasa turun padang dan mengambil bahagian dalam membuat keputusan
dan bertanggungjawab dengan keputusan. Guru besar sebagai pemimpin sekolah
memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan keberkesanan sekolah. Namun
demikian peranan guru-guru juga adalah penting kerana ia adalah sebahagian daripada
proses perubahan dan penambaikan sekolah. Pemimpin sekolah juga perlu cekap
mengesan dan mengenalpasti apa yang perlu dilakukan untuk membuat perubahan dan
penambahbaikan segala kekurangan atau kelemahan yang ada di sekolah.

Demi kecemerlangan organisasi, kepimpinan guru besar memainkan peranan yang


penting demi mencorakkan organisasi. Komitmen dan sikap guru besar yang menjalankan
peranan kepimpinannya yang berkesan dengan tujuan dan matlamat yang jelas.Juga
dengan kerjasama guru dan pelajar.

APLIKASI KANDUNGAN BUKU KEPADA PESERTA SEBAGAI PEMIMPIN SEKOLAH

NPQEL – Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak 9


SRSW2 Ambilan 2/K3/2020

BAB 6 – BAB 7

a. Kesesuaian dalam konteks pemimpin sekolah/institusi Pendidikan

Dalam Bab 6, yang bertajuk “Kepemimpinan Pengajaran” amat relevan serta begitu
sesuai dalam konteks pemimpin sekolah atau Institusi Pendidikan. Bab ini menjelaskan
kepemimpinan adalah faktor penting yang membezakan antara pengetua yang berkesan
dengan yang tidak berkesan. Satu kajian yang telah dijalankan (Hussein, 1989)
menunjukkan sekolah yang efektif dipimpin oleh pengetua yang berkesan dan begitu juga
sebaliknya. Kajian telah mendedahkan bahawa kepemimpinan pengetua mempunyai kesan
yang signifikan terhadap pelaksanaan inovasi Pendidikan dan juga pembelajaran pelajar.

Bab 6 ini juga menyentuh tentang dasar-dasar sekolah yang merupakan asas kepada
amalan yang memajukan tingkah laku para pelajar ke arah pencapaian dan pembinaan
konsep kendiri yang positif. Dalam Konsep Tekanan Akademik, dasar dan amalan sekolah
mempengaruhi tingkah laku guru dan para pelajar agar serasi dengan matlamat sekolah. Di
peringkat sekolah, dasar sekolah yang boleh memberi kesan terhadap pembelajaran pelajar
adalah yang berkaitan dengan fungsi sekolah dan strukturnya.

Beberapa aspek penting juga digarap begitu teliti dalam bab ini iaitu Kecekapan dalam
Kepimpinan Pengajaran, Menetapkan Wawasan Sekolah, Kurikulum dan Pengajaran,
Kemahiran Pengurusan, Hubungan Manusia dan Komunikasi serta Sikap.

Dalam Bab 7, yang bertajuk “Kepemimpinan Pengajaran: Kekangan” sangat sesuai juga
dalam konteks pemimpin sekolah atau institusi Pendidikan. Di antara perkara yang
dibincangkan ialah para pengetua perlu menilai dan mengkaji semula apa yang mereka
usahakan untuk memajukan pengajaran di sekolah masing-masing. Pengetua sekolah
seharusnya berperanan sebagai pemimpin pengajaran kerana kepemimpinan pengajaran
dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan (Cawelti,1980) dan prestasi akademik
(pelajar) yang cemerlang. Ini bermaksud, jika seseorang pengetua memainkan peranannya
sebagai pemimpin pengajaran, maka proses pengajaran-pembelajaran yang berkesan di
bilik darjah akan berlaku.

Selain itu, perkara yang dibincangkan juga ialah “Kekangan” penglibatan pengetua
dalam kepemimpinan pengajaran serta “Implikasi” untuk panduan dan perhatian pengkaji,
pembuat dasar dan pelaksana.

b. Kaitkan kesesuaian bidang kompetensi seperti yang dicadangkan.

NPQEL – Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak 10


SRSW2 Ambilan 2/K3/2020

Kedua-dua ini (Bab 6 dan 7) telah membincangkan kajian dan penulisan tentang sekolah
efektif di mana pengetua telah digambarkan dengan pelbagai ‘potret’ tentang
kepemimpinannya, berhubung dengan pengurusan sesebuah sekolah. Jadi, secara
langsung berkaitan dengan Kompetensi Berkepemimpinan. Lipham dan Hoeh (1974)
misalnya telah mengatakan bahawa yang membezakan anatara pengetua yang berkesan
dengan yang tidak berkesan ialah kepemimpinannya, iaitu “that behavior of the principal
which initiates a new structure in interaction within a social system, it initiates change in
goals, objectives, configurations, procedures, inputs, process and ultimately the outputs of
social systems.”(hlm.102)

Dalam Bab 6 misalnya, menyatakan banyak penulis dan penyelidik pendidikan yang
berkaitan menyebut dan membicarakan tentang peri mustahaknya kecekapan dalam
hubungan manusia, iaitu hubungan antara personal dan komunikasi dalam pengurusan
berkesan dan kepemimpinan pengajaran. Perkara ini amat bertepatan dengan Kompetensi
Berkomunikasi Berkesan yang perlu dikuasai oleh pemimpin sekolah atau institusi
Pendidikan.

Sikap seseorang itu memandu tingkah laku. Berkeyakinan tinggi bahawa pelajar boleh
mencapai kejayaan akademik yang baik. Hal ini jelas disebut dalam Bab 6 (halaman199)
yang amat berkaitan dengan Kompetensi Berkeperibadian Tinggi. Dalam halaman 213,
disebut dengan jelas dalam tajuk kecil: “Ciri-ciri Peribadi Pengetua” amat berkaitan dengan
Kompetensi Berkeperibadian Tinggi yang merupakan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang
pemimpin sekolah yang berkualiti serta berkesan. Mampu mempamerkan usaha untuk
memperkembangkan potensi diri melalui tugasan dan cabaran yang baharu.

c. Refleksi kendiri berasaskan bahan bacaan sebagai pemimpin sekolah

Melalui pembacaan kedua-dua bab ini, jelas bahawa kepemimpinan adalah faktor
penting yang membezakan antara pengetua yang berkesan dengan tidak berkesan.
Sekolah yang efektif dipimpin oleh para pengetua yang berkesan, manakala sekolah yang
kurang efektif pula dipimpin oleh para pengetua yang kurang berkesan dan kurang berminat
untuk memajukan diri dan meningkatkan profesionalisme mereka. Kepemimpinan pemimpin
sekolah mempunyai kesan yang signifikan terhadap pelaksanaan inovasi pendidikan dan
juga pembelajaran pelajar.

NPQEL – Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak 11


SRSW2 Ambilan 2/K3/2020

APLIKASI KANDUNGAN BUKU KEPADA PESERTA SEBAGAI PEMIMPIN SEKOLAH

BAB 8 – BAB 9

a. Kesesuaian Dalam Konteks pemimpin Sekolah

Dalam Bab 8, buku ini menerangkan tentang Prinsip-prinsip Penambahbaikan Kemajuan


Sekolah

Prinsip-prinsip ini bolehlah disimpulkan seperti berikut:

 Pelajar hendaklah dianggap boleh dibangunkan kebolehan mereka daripada


pelbagai aspek
 Persekitaran sekolah, iaitu cara kepimpinan,fizikal, persekitaran dan budaya penentu
kemajuan sekolah
Dalam bab 9 pula ianya menerangkan tentang strategi untuk Pembangunan dalaman
dan penambahbaikan dalam sekolah.

Semua fakta dan perkara yang diterangkan dalam kedua-dua bab ini sangat membantu
dalam proses untuk memajukan sekolah.

b. Kaitkan kesesuaian bidang kompetensi

Bab 8 adalah berkaiatan dengan kompetensi Memimpin Perubahan. Dalam bab ini
menerangkan bagaimana peranan seorang guru besar dalam memimpin sekolah untuk
membina kecemerlangan. Beliau haruslah tahu bagaimana untuk membawa semua ahli
dalm sekolah tersebut untuk berubah dan membina sekolah yang cemerlang.

Dalam bab 9 pula ianya adalah berkaitan dengan Kompetensi Membangunkan Kapasiti.
Dalam bab ini menerangkan bagaimana peranan seorang guru besar dalam
membangunkan kapasiti guru,staf AKP dan pelajar untuk membawa sekolah menjadi
sekolah cemerlang

c. Refleksi

Hasil daripada pembacaan kedua-dua bab ini, maka peranan seorang guru besar adalah
factor utama dalam membina kecemerlangan sekolah.Guru Besar adalah peneraju utama

NPQEL – Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak 12


SRSW2 Ambilan 2/K3/2020

dan hendaklah mendapat sokongan semua ahli dalam sekolah untuk mencemerlangkan
sekolah.

Dalam membina kecemerlangan sekolah dan menambahbaik pembangunan sekolah,


seorang guru besar hendaklah memainkan peranan utama, Beliau hendaklah mendaptkan
sokongan semua ahli dan boleh membawa semua ahli di sekolah dalam menjayakan
program sekolah. Beliau hendaklah mempunyai wawasan serta bersedia dengan segala
ilmu serta sokongan kepada semua ahli dalam memajukan sekolah.

RUMUSAN

Kepemimpinan Pendidikan adalah faktor terpenting penentu penambahbaikan


sesebuah organisasi pendidikan. Peranan pengetua diiktiraf sebagai amat penting dalam
kejayaan atau kegagalan sebarang pelaksanaan program pendidikan di sekolah. Darjat
pelaksanaan inovasi pendidikan oleh guru adalah secara langsung dipengaruhi oleh
kepemimpinan para pengetua. Pengetua mempunyai pengaruhterhadap pelaksanaan
sesuatu program baharu Pendidikan di sekolah.

Di sekolah, pengetua menjalankan pelbagai tugas dan tanggungjawab.


Tanggungjawab yang berkaitan dengan aspek pentadbiran, pengurusan penyeliaan,
kepemimpinan, pendidikan dan yang berkaitan dengan perjalanan organisasi sekolah.

Demi kecemerlangan organisasi, kepimpinan guru besar memainkan peranan yang


penting demi mencorakkan organisasi. Komitmen dan sikap guru besar yang menjalankan
peranan kepimpinannya yang berkesan dengan tujuan dan matlamat yang jelas. Juga
dengan kerjasama guru dan pelajar serta komuniti.

Pengetua disifatkan sebagai pemudah cara perubahan. Peranan serta


kepemimpinan yang dinamik dan bersifat proaktif oleh pengetua amatlah penting. Peranan
pengetua juga boleh dimetaforakan sebagai penasihat, pembantu, dan juga pemudah cara
bagi kumpulan yang mana kumpulan ini merujuk kepada guru serta warga sesebuah
organisasi.

Tingkah laku pengetua juga berkaitan dengan beberapa aspek, iaitu kedudukannya,
tuntutan dan harapan terhadap kepemimpinan, interaksi dengan staf dan orang lain, dan
juga hubungan pengetua dengan sifat-sifat semula jadi organisasi sekolah. Dalam keadaan
demikian, pengetua terpaksa atau perlu memainkan pelbagai peranan. Namun, tegasnya
nadi atau pusat kepengetuaan ialah kepemimpinan. Tanggung jawab ini adalah merupakan
faktor yang penting bagi menentukan kejayaan sesebuah sekolah.

NPQEL – Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak 13


SRSW2 Ambilan 2/K3/2020

Kepemimpinan pengetua mempunyai kesan yang signifikan terhadap pelaksanaan


inovasi pendidikan dan juga pembelajaran pelajar. Peranan pengetua boleh memberi kesan
terhadap organisasi pengajaran dan amalan pengajaran-pembelajaran di bilik darjah. Di
samping itu, para pengetua perlu menilai dan mengkaji semula apa yang mereka usahakan
untuk memajukan pengajaran di sekolah masing-masing. Tegasnya, usaha membina
kecemerlangan sekolah, memerlukan kepemimpinan yang hebat.

Rujukan

Abbot, M.G., 1974. “Principal Performance: A Synthesis” dlm. J.A. Culberston, C. Henson
dan R. Morrison (ed.), Performance Objectives for School Pincipals: Concept and
Intstrument. Berkeley, California: McCutchan Publishing Corrporation, hlm. 196-220.
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan- Peraturan Terpilih. Kuala Lumpur:
International Law Book Services.
Anderson, H.O., 1972. “Facilitating Curriculum Change: Some Thoughts for the principal”.
NASSP Bulletin, 56(360), lm.89-99
Anderson, J.R.., 1982. “Acquisition of Cognitive Skill”. Psychological Review, 89(4),hlm 369-
406
Bevoise, W.D., 1984. “Synthesis of Research on The Principal As in- structional Learders”.
Educational Leadership, hlm. 15- 20.
Cawelti, G., 1984. “Behaviour Patterns of Effective Principal”. Educatioal Leadership, 41 (5)
hlm. 3
Doggett, M., 1987. “Staff Development: Eight Leardership Behaviors for Principal”. NASSP
Bulletin, 71(497), hlm 1-10
George, P.S.,dan Oldaker,L.L.,1985/1986. “A National Survey of Middle School
Effectiveness”. Educational Leadership, 43(4), hlm.79-85.
Hallinger, P., dan Murphy,J., 1982.. “The Superintendent Role in Pro- moting Instructional
Leadership”.Administrator ‘ Notebook, Jilid 30(6), hlm.1-4
Hallinger ,P.,dan Murphy, J.F., 1985. “AssessingThe Instructional Management Behavior of
Principals”.The Elementary School Journal, 86(2), hlm. 217-247.
Hussein, Ahmad, 1979. Achievement, Social Environmental and Back – ground
Characteristicsin Lower Secondary school: Penisular Malaysia. Disertasi Kedoktoran
tidak diterbitkan, Universiti Stanford, Palo, Alto, California.

NPQEL – Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak 14


SRSW2 Ambilan 2/K3/2020

Kementerian Pendidikan Malaysia 1990. Pukal latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah


Menengah(KBSM) . Bahan Sumber Tambahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nor Azmi Ibrahim., 1988. In- serviseCourses and teachers” Profession: The Implementation
of KBSR in Malaysia. Disertasi kedok toran tidak diterbitkan, University.
Murphy, J.F., dan Hallinger, P.,1985 . “Effective High School – What are the Common
Characteris?” NASSPBulletin,68(477), hlm18-228
The National Commission on Exellence in Education Administration1987. Leaders for
America’s Schools. The Universiy Council for Education Administration.

NPQEL – Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak 15

Anda mungkin juga menyukai