Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PERASMI

BULAN BAHASA
SMK MALIM 2017

Tarikh : 3 April 2017


Masa : 7.40-8.40 pagi
Tempat: Dewan Tun Sri Lanang, Smk Malim
Yang Berusaha
Timbalan Komandan KRS SMK MALIM ;
Pn. Siti Zam bt. Dahlan
En. Saleh bin Abdul Wahid
Pn. Hjh Badariah bt. Joned
Tuan Haji Abdul Aziz bin Ismail

Yang Dihormati
Penolong Komandan KRS SMK MALIM;
Tuan Haji Fadzil bin Mokhtar
Pn. Faridah bt. Amat
Pn. Nor’aini bt. Aripin
Tuan Haji Azman bin Abu Kassim

Yang Disayangi;
Para Pegawai Kadet SMK MALIM.

Yang disayangi lagi Dihargai;


Para Kadet SMK MALIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakahtuh dan salam Sejahtera.

Salam Sejahtera , Salam Melaka Maju Negeri Kusayang, Negeri Melaka Bandar Teknologi
Hijau,
Salam 1 Malaysia, dan Melaka Maju Fasa 2.

Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya maka Majlis Sambutan Bulan
Bahasa dapat dilancarkan pada pagi yang hening ini. Semoga keheningan pagi ini turut
mencerna ketenangan dan keceriaan para kadet.

Tahniah saya ucapkan kepada GKMP Bahasa serta AJK Pelaksana Sambutan Bulan Bahasa atas
komitmen yang bersinergi merancang dan melicinkan majlis ini. Izharnya, program ini
dilaksanakan adalah untuk untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa agar dapat
menyemarakkan dan memartabatkan bahasa kebangsaan.
Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Tahun ini merupakan tahun ke-18 sambutan Bulan Bahasa disambut. Untuk makluman semua,
kali pertama bulan bahasa disambut adalah pada tahun 1999. Kerajaan telah meluluskan acara ini
sebagai acara negara berdasarkan pertimbangan bahawa pembangunan dan kemajuan Negara
tidak boleh diukur daripada aspek fizikal dan kebendaan semata-mata sebaliknya perlu
menyeluruh dan bersepadu. Dalam konteks ini, bahasa dan sastera sebagai unsur penting
kebudayaan dan tamadun bangsa & Negara tidak boleh dipandang sepi dalam arus pembangunan
Negara.

Dalam hubungannya dengan majlis kita pada hari ini, dasar bahasa Kebangsaan telah
memperlihatkan hasil yang nyata. Dengan adanya bahasa Kebangsaan perpaduan rakyat yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan telah dapat diwujudkan. Bahasa Kebangsaan telah
berperanan sebagai asas pembentukan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
Sambutan Bulan Bahasa ini akan diikuti dengan kempen berbahasa bukan sahaja memberi
tumpuan kepada aspek penggunaan bahasa tetapi juga melibatkan aktiviti yang turut
mengembangkan secara meluas dari aspek:

 Pemupukan bakat seni


 Kemahiran berkarya
 Kemahiran berfikiran secara kritis dan kreatif
 Membina ketajaman intelak
 Membudayakan ilmu

Dengan izin,

Ladies and gentleman,

This year, the English Language Panel is organising a new English programme called Highly
Immersive Programme for English Language (HIP). This programme will provide an English
learning environment in the school through projects like English corners in classrooms, English
Zones around the school and other speaking activities.

I encourage all of you to participate in the activities, as this will improve your skills in the
English language.
Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Akhirnya saya berdoa dan berharap agar Bulan Bahasa ini akan dapat menyedarkan seluruh
warga SMK Malim tentang pentingnya mengisi Dasar Bahasa Kebangsaan yang telah terbukti
dapat membentuk perpaduan rakyat dan dapat mengisi erti kemerdekaan yang kita capai melalui
pelaksanaan fungsinya sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa ilmu.
Bersama harapan itu saya dengan lafaz Bismillaahirrahmanirrahim, dengan sukacitanya
merasmikan Bulan Bahasa peringkat SMK Malim 2017 dan High Immersive Programme for
English Language.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh,

........................................................

(SITI NUR AZIRA BINTI IBRAHIM)

Anda mungkin juga menyukai