Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM 2022

Amirul Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Aisyah dan Assalamualaikum waramatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.


amirul
Aisyah Yang berusaha
Cg. Abdul rashid b. Mohd kassim, guru besar sekolah kebangsaan jitra 2

Yang dihormati,
Cg. Ahmad fuad b. Ishak,
Guru penolong kanan pentadbiran

Teacher maznura bt. Abd. Rahman,


Guru penolong kanan hal ehwal murid,

Cgu. Suhardi b. Md. Daud,


Guru penolong kanan kokurikulum.

Yang diraikan,
Barisan guru-guru pelatih

Barisan guru-guru dan rakan-yang yang dirahmati allah sekalian.

Amirul Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, dapat kita
berkumpul pada hari ini bagi menjayakan ”Majlis Lambaian Rindu Sentuhan
Kasih” Sempena perpisahan guru-guru pelatih yang kita kasihi.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dahannya berduri,
Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi menghadirkan diri.
Aisyah Hadirin yang dihormati,

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz bismillah memperkukuhkan tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi menambah keberkatan majlis kita,marilah sama-sama kita menadah tangan


mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh
____________________________________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Bacaan doa

Amin amin ya rabbal ‘alamin..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _____________________atas


bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dikasihi,.

 Anak Cina main gelombang,


Terlihat jauh di Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.

Sebagai pembuka acara, marilah kita sama-sama mendengar ucapan daripada wakil
murid. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
________________________ untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Amirul Terima kasih diucapkan kepada _______________________ atas ucapan yang


disampaikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Pakat bersama menunggang kuda


Biarpun seketika masanya cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti mengundang
perpisahan. Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan wakil guru pelatih.
Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan,
_________________________________ selaku wakil guru pelatih untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan guru praktikum

Aisyah Terima kasih diucapkan kepada ______________________________ atas


penyampaiah ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Tidak lengkap majlis jika tidak mendengar ucapan daripada barisan pentadbir. Untuk
itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
_______________________________ untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

Ucapan guru besar

Amirul Terima kasih diucapkan kepada ___________________ diatas ucapan yang


disampaikan sebentar tadi.

Kain songket cantik kilauan,


Dipakai oleh orang kenamaan,
Tidak terbalas budimu tuan,
Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis seterusnya adalah penyampaian sijil penghargaan sebagai tanda kenang-
kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini. Majlis dengan ini, menjemput
______________________________, __________________ untuk
_____________________, ______________ untuk menyampaikan sijil penghargaan
tersebut.

Dijemput,
1. Cikgu Amirul Naim b. Rossha@Rosaha
2. Cikgu Muhammad Yusri b. Yahya
3. Cikgu Siti Nur Aisyah bt. Abdullah@Haidzair
4. Cikgu Siti Nurhakimah bt. Roszainizam
5. Cikgu Nur Hazirah Izzati bt. Mahpop

Aisyah Seterusnya dijemput pula

6. Ustazah Sakinah bt Ramli


7. Ustazah Umie Suriani bt. Mohd. Sabri
8. Taecher Nur Ishami Marsya bt. Mohd. Yusri Yap
9. Teacher Rahimah Najibah bt. Anuar
dan yang terakhir
10. Cikgu Nur Liyana Zaihan bt. Mohd Hanafiah

Majlis seterusnya menjemput ___________________________ selaku wakil guru


pelatih untuk menyampaikan cenderahati kepada ____________________.
Dipersilakan.
Penyampaian hadiah

Amirul Majlis mengucapkan ribuan kepada __________________________ atas


penyampaian sijil penghargaan itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi itu tadi, maka majlis kita juga
bakal berlabuh tirai tidak lama lagi.

Kalau ada sumur di ladang,


Bolehlah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.

Tuan puteri pergi ke Rasah,


Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Tuhan bersua lagi.

Aisyah Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan
beratnya hati melepaskan pergi. Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Kami
mendoakan semoga cikgu-cikgu yang kami kasihi ini sentiasa dalam keadaan sihat
dan dapat menabur bakti kepada anak bangsa dengan baik dan cemerlang walaupun
di mana jua cikgu-cikgu bakal ditempatkan kelak. Amin…

 
Hadirin sekalian,
Berakhirlan majlis kita pada hari ini. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih
dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menyempurnakan majlis kita
pada hari ini.

Diminta semua guru pelatih untuk berada di atas pentas untuk sesi penyampaian
hadiah dan sesi bersalam-salaman dengan semua murid.

Untuk sesi ini, semua murid diminta berbaris mengikut kelas masing-masing dan
memberi hadiah yang di bawa. Selepas sesi ini, murid boleh terus bergerak ke dalam
kelas masing-masing.
 
Itu sahaja daripada kami. Kami memohon seribu kemaafan andai terdapat salah silap
sepanjang kami mengendalikan majlis pada hari ini.
Amirul dan Sekian.. Wabillhitaufik walhidayahwassalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.
Aisyah

Anda mungkin juga menyukai