Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERSARAAN CIKGU FATIMAH 2022

Marissa Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Cikgu Fatimah bt. Sarkun bersama keluraga
tercinta dengan diiringi oleh Encik Abdul Rashid b. Mohd. Kassim, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Jitra 2, Encik Abdul Hamid b. Sulaiman, Yang Dipertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Jitra 2 dan barisan Penolong-penolong Kanan.

Amal Semua hadirin diminta bersedia untuk mengalunkan selawat.

Selawat

Semua hadirin dipersilakan duduk.

Marissa
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Marissa dan Assalamualaikum waramatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.


Amal
Amal Yang berusaha
Cg. Abdul Rashid b. Mohd Kassim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jitra 2

Yang dihormati,
Encik Abdul Hamid b. Sulaiman, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Jitra 2

Cg. Ahmad Fuad b. Ishak,


Guru penolong kanan pentadbiran

Teacher Maznura bt. Abd. Rahman,


Guru penolong kanan hal ehwal murid,

Cgu. Suhardi b. Md. Daud,


Guru penolong kanan kokurikulum.
Yang diraikan,
Cikgu Fatimah bt. Sarkun dan keluarga tercinta

Barisan guru-guru dan rakan-yang yang dirahmati Allah sekalian.

Marissa Hadirin yang dikasihi,

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, dapat kita
berkumpul pada hari ini bagi menjayakan ”Majlis Seluhur Budi Sejambak Kenangan”
sempena persaraan Cikgu Fatimah bt. Sarkun yang bakal meninggalkan jejak kenangan
serta taburan budi yang tidak terhingga di sekolah ini.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan
oleh Cikgu Fatimah bt. Sarkun. Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira,
begitulah juga besarnya jasa Cikgu Fatimah sehingga tidak mampu kami untuk
membalasnya.

Amal Hadirin yang dihormati,

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz bismillah memperkukuhkan tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi menambah keberkatan majlis kita,marilah sama-sama kita menadah tangan


mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh saudara
________________________________________________.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Bacaan doa
Marissa Amin amin ya rabbal ‘alamin..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara


________________________________ atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dikasihi,.

Tak Molek jika ada alu tiada lesungnya,


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara.

Sebagai pembuka acara, marilah kita sama-sama mendengar ucapan daripada wakil
murid. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan saudara Mohamad Amirul Azizi b.
Rozali, Penolong Ketua Pengawas Sekolah untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan wakil murid


Amal Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohamad Amirul Azizi atas penyampaian
ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Tidak lengkap majlis jika tidak mendengar ucapan daripada barisan pentadbir. Untuk itu,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Abdul Rashid b.
Mohd. Kassim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jitra 2 untuk menyampaikan ucapan
sempena persaraan Cikgu Fatimah. Dipersilakan.

Ucapan guru besar


Marissa Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Abdul Rashid b. Mohd. Kassim atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bak Kata Pepatah, Tak Kenal Maka Tak Cinta

Jadi tidak lengkap majlis tanpa mengenal empunya diri insan yang diraikan pada pagi
yang damai ini.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Cg. Norhidayu bt. Abd. Razak
untuk membacakan biodata Cg. Fatimah bt. Sarkun iaitu guru yang kita raikan pada pagi
ini.

Biodata
Amal Terima kasih diucapkan kepada Cg. Norhidayu di atas perkongsian biodata itu tadi.

Hadirin sekalian,

Pakat bersama menunggang kuda


Biarpun seketika masanya cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan tayangan multimedia yang dihasilkan
oleh murid-murid kelas 6 Bestari khas buat guru yang mereka sayangi. Sama-sama
kita saksikan.

Tayangan multimedia
Marissa Hadirin yang dimuliakan sekalian,

Majlis seterusnya mempersilakan saudari Nur Aqilah Husna bt. Abdul Rahim untuk
mendeklamasikan sajak yang bertajuk
_________________________________________ Untuk makluman semua hadirin,
sajak ini merupakan hasil nukilan saudara Mohamad Amirul Azizi b. Rozali istimewa buat
guru Bahasa Melayu yang disayanginya. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Persembahan sajak

Amal Terima kasih diucapkan kepada saudari Nur Aqilah Husna di atas penyampaian sajak
yang meruntun jiwa itu tadi.

Para tetamu yang dihormati,

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan,
Buat kenangan sepanjang hayat.

Hadirin, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan multimedia istimewa yang


telah disediakan oleh pihak sekolah. Dipersilakan.

Persembahan multimedia

Marissa Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan tanyangan multimedia istimewa sempena
persaraan yang diraikan. Mudah-mudahan persembahan itu tadi dapat dijadikan kenang-
kenangan buat Cikgu Fatimah.

Para hadirin yang dimuliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan.

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan yang diraikan. Untuk itu, pihak
majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Cikgu Fatimah bt. Sarkun
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan Cikgu Fatimah

Amal Terima kasih diucapkan kepada Cgu Fatimah di atas ucapan beliau yang terakhir di
sekolah ini

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata


Benar kata pepatah melayu, yang patah akan tumbuh
Yang hilang akan berganti
Namun yang hilang tidak akan sama dengan yang berganti
Walau bagaimanapun yang hilang akan tetap diingati kekal abadi di dalam hati.

Hadirin sekalian,

Majlis seterusnya menjemput ______________________________________ dan


________________________ untuk membuat persembahan silat sebagai gimik
persaraan Cikgu Fatimah. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Persembahan silat

Marissa Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderhati sebagi kenang-
kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Cikgu Fatimah bt. Sarkun.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Abdul Rashid b. Mohd
Kassim, Guru besar Sekolah Kebangsaan Jitra 2 menjemput dan mengiringi Yang
Diraikan, Cikgu Fatimah bt. Sarkun untuk menerima cenderahati kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderahati daripada setiap tahun.

1. Dipersilakan Dinie Safiyya bt. Mustaffa mewakili Pra Sekolah untuk menyampaikan
tanda ingatan.

2. Dijemput Adnin Nuwairah bt. Mohamad Jasmin mewakili Tahun 1 untuk


menyampaikan tanda ingatan.

3. Dipersilakan Irdina Sadiya bt. Sahidan mewakili Tahun 2 untuk menyampaikan tanda
ingatan.

4. Dijemput Adam Rizki b. Abdul Muid mewakili Tahun 3 untuk menyampaikan tanda
ingatan.

5. Dipersilakan Nur Amniya Humairah bt. Mohd. Ridzuan mewakili Tahun 4 untuk
menyampaikan tanda ingatan.

6. Dijemput Ummu Maisarah bt. Che Mairudi mewakili Tahun 5 untuk menyampaikan
tanda ingatan.

7. Dipersilakan Muhammad Azfar Iman mewakili Tahun 6 Bestari untuk menyampaikan


tanda ingatan.

8. Dijemput Mohamad Anas b. Mohd Amin mewakili 6 Dinamik untuk menyampaikan


tanda ingatan.

Dan seterusnya yang terakhir dijemput Nur Muhammad Emil Rayyan b. Mazzuan
mewakili 6 Kreatif untuk menyampaikan cenderahati.

Amal Majlis diteruskan pula dengan cenderahati daripada setiap panitia:

1. Dipersilakan Teacher Noor Albi b. Md. Kassim untuk menyampaikan tanda ingatan
daripada Panitia Bahasa Inggeris.

2. Dijemput Cgu. Siti Mariyani bt. Mohamed Yusof untuk menyampaikan tanda ingatan
daripada Panitia Bahasa Melayu.

3. Dipersilakan Ustaz Sahrul Rizan b. Salim untuk menyampaikan tanda ingatan


daripada Panitia Pendidikan Isalam dan Bahasa Arab.

dan yang terakhir


4. Dijemput Cg. Norashida bt. Dahlan untuk menyampaikan tanda ingatan daripada
Panitia Sains dan Matematik

Seterusnya penyampaian hadiah daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah,


PIBG dan Pentadbir Sekolah.

1. Dipersilakan Ustazah Murni bt. Udzir untuk menyampaikan cenderahati daripada


Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.

2. Dijemput Encik Abdul Hamid b. Sulaiman, Yang Dipertua PIBG SK Jitra untuk
menyampaikan tanda ingatan daripada PIBG.

Dan yang terakhir dipersilakanCg. Abdul Rashid b. Mohd Kassim untuk menyampaikan
tanda ingatan daripada pentandbiran sekolah.

Penyampaian hadiah

Marissa Majlis merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas tanda ingatan dan
cenderahati yang diberikan dan semoga menjadi kenangan indah dalam kehidupan Cikgu
Fatimah bt. Sarkun.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderahati itu
tadi.

Umpama memanjat sudah sampai ke puncak


Yang ruas sudah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima.

Kita telah pun berada di penghujung majlis

Pantun ini khas untukmu Cikgu Fatimah bt. Sarkun…..

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkolam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Anak Cina main gelombang,
Terlihat jauh di Tanjung Jati,
Cikgu umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.

Tuan puteri pergi ke Rasah,


Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Tuhan bersua lagi.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan beratnya
hati melepaskan pergi. Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan
semoga Cikgu Fatimah yang kami kasihi ini sentiasa dalam keadaan sihat di samping
keluarga tercinta. Amin..

Amal dan SELAMAT BERSARA CIKGU. KAMI SAYANG CIKGU


Marissa
Amal Hadirin sekalian,

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam menyempurnakan majlis kita pada hari ini.

Pada kesempatan ini juga, kami ingin memohon sejuta kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang kami mengacarakan majlis ini.
 
Amal dan Sekian.. Wabillhitaufik walhidayahwassalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.
Marissa

Anda mungkin juga menyukai