Anda di halaman 1dari 10

2.

ASMA

2.1

Pengenalan

November tahun 2009, tersebar berita mengatakan David Beckham


menderita penyakit asma sejak kecil walaupun belum ada pengakuan
daripadanya sendiri. Puncanya, apabila Beckham dilihat menggunakan inhaler
(alat bantuan pernafasan) ketika perlawanan akhir piala Major League Soccer,
antara Los Angeles Galaxy melawan Real Salt Lake. Jika benar, David dilihat
berjaya mengawalnya kerana sebelum ini dia tidak pernah dilihat mempunyai
masalah pernafasan ketika bermain bola sepak.
Keadaan Amy Van Dyken ketika kecil amat teruk sehingga untuk naik
tangga pun dia tidak mampu. Namun pada usia enam tahun, dia mula belajar
berenang atas nasihat doktor kerana teknik pernafasan dan kelembapan udara
dapat membantu mengembangkan paru-parunya. Pada mulanya memang amat
sukar malah tidak pernah berjaya menghabiskan renangan sejauh 100 meter
sehinggalah Amy memasuki usia remaja. Walaupun kerap mengalami serangan
asma, dengan pengambilan ubat yang teratur, dia berjaya mengalahkan
perenang yang tiada masalah kesihatan dalam dua Sukan Olimpik.
Pelari maraton British, Paula Radcliffe pula disahkan menghidap asma
yang dicetuskan oleh senaman ketika remaja. Pun begitu masalah ini tidak
pernah menjadi penghalang kepada Paula untuk terus berlari sehingga berjaya
memenangi maraton sebanyak tujuh kali. Bahkan pemain tengah Manchester
United, Paul Scholes pernah berkongsi pengalamannya yang mengidap asma
tetapi berjaya mengawal asma dengan baik. Bahkan, ia tidak mengganggu
prestasi di padang bola. Scholes yang disifatkan sebagai amat pemalu orangnya
oleh para peminat, berjaya mengawal asma dengan begitu baik sekali.

Empat

nama

ini

adalah

sebahagian

kecil

daripada

ramai

atlet

antarabangsa yang menghidap asma. Paparan pendek empat atlet ini adalah
untuk menunjukkan seseorang itu masih boleh bergiat dalam sukan dan
menjalani hidup yang aktif meskipun menghidap asma. Mereka sudah
membuktikan asma tidak menjadi pagar yang membataskan usaha untuk berjaya
dalam sukan - satu bidang yang biasanya dihindari ramai pesakit. Malah ada
yang menjadikan asma sebagai alasan untuk tidak terbabit dalam apa-apa juga
aktiviti kokurikulum di sekolah atau universiti.
2.2

Definisi
Asma berasal dari perkataan bahasa Yunani asthma yang bererti sukar

bernafas. Asma juga dikenali sebagai lelah adalah sejenis penyakit kronik yang
diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran
pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran
bernafas pada paru-paru. Hal ini demikian kerana saluran pernafasan tersebut
amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu. Penyempitan saluran
pernafasan akibat serangan penyakit tersebut menyebabkan seseorang itu sukar
bernafas dan kelihatan termengah-mengah. Keadaan menjadi lebih teruk apabila
kahak pekat menutup saluran pernafasan dengan menghalang kemasukan
oksigen ke paru-paru. Rajah 4 di bawah menunjukkan bagaimana penyakit asma
berlaku:

Rajah 4 : Keadaan paru-paru penyakit asma

2.3

Serangan Asma
Sewaktu bernafas udara dibawa masuk melalui hidung. Selepas dipanas

dan ditapis, udara yang lembab disalurkan ke dalam trakea melalui kerongkong.
Trakea terbahagi kepada dua saluran yang besar iaitu bronkus kanan dan kiri. Ia
kemudian berpecah kepada ribuan lagi laluan udara yang kecil dikenali sebagai
bronkiol. Bahagian inilah yang dikaitkan dengan masalah asma. Simptom asma
berlaku dengan serangan yang akut sehinggalah ke peringkat kronik.
Sesetengah hanya mengalami gejala asma bermusim, melarat akibat
terdedah kepada faktor yang menyebabkan alergi dan ada yang menghidap
asma sepanjang masa. Asma melibatkan kondisi pengaliran udara ke paru-paru.
Sekiranya seseorang itu menghidap asma, bermakna berlaku inflamasi pada
saluran pernafasan dan ia akan menjadi kecil, merah dan membengkak. Ini
menjadikan ia sensitif kepada beberapa punca yang boleh merangsang
simptom-simptom asma. Penyakit asma dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

2.3.1 Asma Alergi


Berlaku kerap dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Biasa
berlaku dalam kalangan mereka yang berumur kurang dari 35 tahun. Asma akan
berlaku apabila seseorang itu terdedah kepada faktor-faktor yang menyebabkan
ia alergi seperti bulu binatang, debu, habuk dan sebagainya.

2.3.2 Asma Biasa


Kerap berlaku dalam kalangan orang pertengahan umur. Berlaku selepas
senaman, udara sejuk ataupun akibat jangkitan saluran pernafasan.

2.4

Tanda-tanda
Secara umumnya, seseorang yang menghidap penyakit asma akan

merasa sesak nafas, batuk berkahak dan berpanjangan, serta nafas berbunyi.
Biasanya, gejala ini akan timbul ketika waktu pagi menjelang waktu
subuh ataupun ketika keadaan cuaca sejuk. Hal ini demikian kerana, hormon
kortisol akan menjadi rendah pada waktu pagi. Ketika itu, pesakit akan berasa
sukar untuk bernafas kerana saluran pernafasan mereka akan menjadi sempit
dan menghasilkan bunyi-bunyian ketika mereka bernafas. Saluran pernafasan
mereka menjadi sempit kerana bahagian-bahagian tertentu ditutupi ataupun
diliputi oleh kahak.
Bagi gejala asma yang teruk, pesakit akan mengalami sakit dada yang
teramat sangat sehingga mereka berasa tidak boleh bernafas dan bibir mereka
akan kelihatan pucat kebiruan. Wajah menjadi pucat dan denyutan nadi menjadi
laju. Rajah 5 di bawah menunjukkan keadaan paru-paru penyakit asma :

Rajah 5 : Keadaan paru-paru penyakit asma


2.5

Punca-punca

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan penyakit asma. Antaranya ialah :


2.5.1 Alergi
Alergi dikatakan juga sebagai alahan. Alergi bermaksud reaksi badan
terhadap pendedahan kepada benda asing tertentu. Reaksi alergi ini berlaku
setelah sistem imuniti badan alami pensensitifan akibat pendedahan pertama
benda asing itu. Alergi ini boleh terjadi melalui saluran pernafasan dan jenis
makanan serta minuman. Alergi yang dikatakan melalui saluran pernafasan
terjadi dimana bahan-bahan seperti debunga, hama, debu, kulat serta bulu
haiwan peliharaan memasuki hidung dan menyebabkan alergi. Selain itu,
makanan dan minuman seperti kekacang, susu, telur, minuman cola, pengawet
makanan, L monosodium glutamate dan alkohol juga menjadi pencetus kepada
penyakit Asma.

2.5.2 Emosi
Menurut Daniel Golemen (1995), seorang Pakar Kecergasan Emosional,
yang diambil dari Oxford English Dictionary, memberi makna emosi sebagai
setiap kegiatan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu, setiap keadaan mental
yang hebat dan meluap-luap. Lebih lanjut lagi, beliau menyatakan bahawa emosi
merujuk kepada suatu perasaan dan fikiran. Fikiran yang khas, sutu keadaan
biologi dan psikologi serta serangkaian kecenderungan untuk bertindak.
Seseorang insan yang ketawa atau menangis secara keterlaluan juga boleh
menghadapi risiko penyakit Asma ini. Perasaan yang begitu keterlaluan
menyebabkan emosi seseorang insan terganggu. Emosi yang terganggu
menyebabkan risiko untuk menghidap penyakit Asma yang tertinggi.
2.5.3 Pekerjaan
Jenis pekerjaan juga menjadi faktor pencetus penyakit Asma. Seseorang
yang bekerja dalam industri plastik, percetakan, cat, bahan pengilap, elektronik,
logam dan kayu/papan, simen dan bangunan mempunyai risiko yang agar tinggi
untuk mengidap penyakit Asma.
2.5.4 Ubat-ubatan
Pengambilan ubat yang menjadi alahan juga menjadi punca penyakit
Asma. Antara ubat-ubatan yang menjadi pencetus peyakit yang berisiko ialah
Aspirin, Dextran, Hydro Cortisone dan Penicillin.
2.5.5 Jangkitan Virus
Virus didefinisikan sebagai zarah kecil yang boleh berjangkit selain
organisma biologi. Virus ialah PARASIT INTRACEL OBLIGAT, yang bermaksud
virus boleh membiak dengan cara menawan sel-sel lain kerana virus tidak
berupaya untuk membiak sendiri. Istilah virus biasanya merujuk kepada zarah-

zarah yang berjangkit melalui organisma multi sel dan organism unisel.
Biasanya, jangkitan ini terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Antara virus yang
telah dikenalpasti ialah RHINO, ADENO, PARAINFLUENZA DAN INFLUNEZA.
2.5.6 Persekitaran
Persekitaran yang terikat dengan unsur-unsur yang membahayakan
kesihatan sepeti binatang dan serangga yang merupakan pembawa penyakit
(tikus, lipas, lalat) serta air, udara, tanah yang tercemar juga menyebabkan
penyakit yang kritikal ini. Terutamanya, udara yang penuh dengan asap dan
bahan kimia menyebabkan kesesakan nafas yang membuka jaalan kepada
penyakit Asma ini.
2.5.7 Senaman dan Cuaca
Senaman dan cuaca juga menjadi antara puncanya. Sebagai contohnya,
senaman yang bertenaga seperti lumba lari, bola sepak. Cuaca yang terlalu
sejuk dan lembab juga menjadi pendedahan kepada penyakit yang kritikal ini.
Cara Mengawal Penyakit Asma

Cara alternatif mengawal asma ialah dengan minum banyak air panas
agar lendir yang terdapat di laluan penafasan cair dan keluar. Pesakit asma perlu
menghirup udara yang segar dan bersih agar ruang penafasan tidak tersekat dari
habuk dan kotoran sehingga boleh menyebabkan asma.

Selain itu, pesakit asma haruslah mengelakkan dari memelihara atau


mendekati haiwan yang berbulu seperti kucing, anjing, arnab dan lain-lain. Hal ini
kerana pesakit asma amat sensitif kepada bulu binatang. Bau najis binatang
yang kuat juga boleh menyebabkan saluran penafasan tersumbat.

Pesakit asma juga tidak digalakkan mandi lama-lama sebaliknya


basahkan kaki dahulu dan lap-lap sahaja bahagian badan. Eloklah mandi
dengan air suam dan elakkan diri dari tempat yang berhabuk, asap, jerebu dan
sebaliknya.
Apa yang patut dibuat jika menghidap penyakit asma
Langkah pertama:
Sebaik sahaja serangan asma berlaku, gunakan ubat sedutan dan lihat
kesan selepas pengambilan ubat secara sedutan dalam tempoh 15 minit hingga
20 minit. Pastikan pesakit sentiasa membawa ubat sedutan ke mana saja
Sekiranya tiada perubahan positif yang berlaku, ulang pengambilan ubat sedutan
seperti yang disyorkan mengikut arahan.
Langkah Kedua:
Selain pengambilan ubat secara sedutan, terdapat juga jenis ubat yang
perlu dimakan oleh pesakit asma iaitu ubat kawalan (khususnya antikeradangan
seperti glukokortikosteroid). Ubat yang dimakan akan mengambil masa selama
30 minit untuk menunjukkan keberkesanannya kepada pesakit.
Langkah ketiga:
Sekiranya pengambilan ubat secara sedutan dan secara makan tidak
memberikan sebarang kesan positif kepada pesakit, pesakit perlu berjumpa
dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan yang selanjutnya.

Bantu mula penyakit asma


Langkah pertama :
Tenteramkan mangsa dan arahkan dia menyedut nafas perlahan-lahan
dan dalam-dalam daripada alat sedut pelega.
Langkah kedua :
Dudukkan mangsa. Jangan benarkan mangsa berbaring.
Langkah ketiga:
Serangan asma biasanya berlanjutan tiga minit. Jika ia masih berlaku, ulang
langkah pertama dan dapatkan bantuan jika alat sedut tidak memberi kesan dan
mangsa menjadi semakin teruk.
Langkah empat :
Jika mangsa mula tidak sedarkan diri, periksa pernafasannya. Bersedia
memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

Langkah-langkah pencegahan pesnyakit asma


1. Ambil ubat seperti yang dicadangkan doktor dan jangan berhenti sehingga
dinasihati oleh doktor.
2. Jangan tunggu sehingga janji temu anda yang seterusnya bersama doktor
jika serangan asma semakin membimbangkan.
3. Bawa ubat ke mana-mana saja anda pergi terutamanya ubat penyedut
atau inhaler.
4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan dengan orang yang
menghisap rokok.
5. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan
menimbulkan serangan asma.
6. Setiap kali pesakit mahu bersenam atau menikmati makanan tertentu
yang boleh mencetuskan asma, ambil ubat pencegahan terlebih dulu.
7. Jika semasa bersukan berasa penat atau lelah, cuba berehat selama 15
minit.
8. Bukan setakat bantuan ubat-ubatan, gaya hidup sihat juga membantu
pesakit hidup dengan lebih selesa.
9. Duduk di dalam rumah saja jika cuaca terlalu sejuk atau panas.

Anda mungkin juga menyukai