Anda di halaman 1dari 3

MINIT CURAI

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS


TARIKH : 15 Januari 2015
HARI : Khamis
MASA : 2.00 ptg – 4.00 ptg
TEMPAT : PPD Kemaman, Bilik Mesyuarat Zamrud
PERKARA : Taklimat Dan Bengkel Lebihan / Kurangan Buku Teks Di Sekolah 2015
AGENDA :
1. Ucapan wakil PPD ( En. Aznan )
- Sekolah daerah Kemaman yang terlibat dengan banjir digalakkan mengagih buku
tekas pada awal tahun.
- Sekolah daerah Kemaman telah dilawati oleh beberapa orang menteri termasuk
Menteri Pendidikan.
- Seandainya ada pembekal buku yang menghantar buku ke sekolah, diharap pihak
sekolah dapat menerima buku tersebut walaupun tidak membuat pesanan.
- Bermula pada tahun 2015, pesanan buku akan dijalankan secara on-line bagi
keperluan buku 2016.
- Pesanan buku untuk kegunaan 2016 akan dijalankan pada bulan Mac, bergantung
kepada tarikh yang akan ditetapkan oleh PPD Kemaman.

2. Ucapan wakil JPNT (En. Wan Zainal )


- Pada tahun 2015, bilik BOSS dan buku teks daerah Kemaman selamat daripada
banjir.
- Sebuah sekolah menengah daerah Kemaman tidak menerima buku terbitan baru 2015
kerana tidak membuat pesanan.
- Bagi sekolah yang tidak menerima borang BTBT460, sila maklumkan kepada PPD
atau JPNT secepat mungkin.
- Bermula pada tahun 2015, Program eSPBT akan dilaksanakan untuk pesanan buku
2016.
- Setiap pesanan buku melalui Program eSPBT perlulah mendapat pengesahan
daripada Guru Besar. Seandainya pengesahan tidak dilakukan, pesanan buku teks
untuk kegunaan 2016 tidak akan diluluskan.

3. Hal-hal lain
- Wakil PPD, En. Aznan mempamerkan isi kandungan eSPBT untuk tatapan umum.
Pendedahan awal ini bertujuan sebagai peringatan atau tindakan Penyelaras SPBT
dimana program ini akan dilaksanakan pada bulan Mac.
- Proses pertukaran buku mengikut PKG dijalankan.
Disediakan oleh :

…………………………………………..

Mohd Saifulizam b. Samsudim

Penyelaras SPBT 2015

MINIT CURAI
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
TARIKH : 24 Febuari 2015
HARI : Selasa
MASA : 2.00 ptg – 4.30 ptg
TEMPAT : PPD Kemaman, Bilik Mesyuarat Zamrud
PERKARA : Taklimat Dan Bengkel Pesanan Buku Teks e-SPBT dan Pengurusan Buku Stok
2015
AGENDA :
1. Ucapan wakil PPD ( En. Aznan )
- Memaklumkan kepada semua sekolah tentang pelaksanaa e-SPBT bermula pada
tahun ini.
- Borang SPBT G yang telah siap perlu dibawa bersama pada hari mesyuarat iaitu 9
April 2015, surat akan menyusul kemudian.
- SPBT G adalah boring pesanan buku untuk kegunaan 2016.

2. Ucapan Jurulatih Utama (En. Azmi & En. Wan Izzudin )


- Pengisiaan Unjuran Enrolman Murid untuk kegunaan 2016.
- Penyelaras SPBT perlu membuat pendaftaran bagi pihak Guru Besar untuk
pengesahan pesanan buku teks 2016 yang akan dilakukan pada 9 April 2015.
- Mohon kerjasama Guru Besar mengedarkan Surat Turun Kuasa kepada Penyelaras
Buku Teks untuk pengesahan pesanan buku untuk kegunaan 2016.
- Pastikan SPBT G dan Unjuran Enrolmen Murid ditandatangani oleh Guru Besar.
- Untuk membuka laman web e-SPBT, pengguna perlu menggunakan Mozila sahaja.
ID PENGGUNA : TBA 2054
PASWORD : 123456

3. Hal-hal lain
- Semua Penyelaras SPBT perlu melengkapkan borang SPBT G dengan selengkapkan
sebelum dating ke mesyuarat pada 9 April 2015.

Disediakan oleh :
…………………………………………..

Mohd Saifulizam b. Samsudim

Penyelaras SPBT 2015

Anda mungkin juga menyukai