Anda di halaman 1dari 4

SMK SERI KEMBANGAN

Kertas Cadangan Hari Guru


dan RIMUP Hari Raya 2018
Tarikh: 31 MEI 2018
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KEMBANGAN
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
Tel: (603)-89486358 Fax: (603)-89482117

Kertas Cadangan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah & RIMUP Hari Raya 2018

Tajuk : Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah & RIMUP Hari Raya 2018

Pengenalan

RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) ialah satu program yang menggalakkan penglibatan
masyarakat setempat, para guru dan kerjasama pelajar dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama
kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Hari Guru pula disambut pada tarikh 16 Mei setiap
tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Dengan
pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga Negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu
membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru
Pemacu Transformasi Pendidikan”. Kerjaya suci dan murni seorang guru sememangnya tiada tandingan dan tidak
dapat dijual beli dengan apa jua sekali pun. Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, Kelab Guru
dan kakitangan SMK Seri Kembangan turut tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Hari Guru peringkat
sekolah dan RIMUP Hari Raya 2018.

Matlamat
Matlamat utama Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2018 adalah untuk meraikan dan membalas jasa guru-guru
SMKSK di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru-guru dan pelajar-pelajar dengan
menyambut Hari Raya di peringkat sekolah.

Objektif
o Meraikan guru-guru SMKSK sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2018 dan Hari Raya.
o Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti mendidik murid-murid SMKSK Memupuk
perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru
o Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan dan murid SMKSK Mewujudkan
sikap kerjasama antara guru dengan pelajar

Sasaran

Semua guru dan murid SMK Seri Kembangan.

Senarai AJK Sambutan

Rujuk Lampiran yang disertakan.

Tentatif Program
27 Jun 2018
(RABU) - Raptai
10.00 - 12.35 tengahari (Sesi Pagi)
2.30 – 3.30 petang (Sesi Petang)

29 Jun 2018 (Jumaat) – Acara Sambutan


7.30 - 10.30 pagi (Sesi Pagi)
2.30 - 4.30 petang (Sesi Petang)

Masa Program (pagi) Program (petang)


7.00 pagi /
Persiapan tempat Persiapan tempat
1.00 ptg
7.30 pagi /
 Ketibaan tetamu jemputan  Ketibaan tetamu jemputan
1.30 ptg
 Ucapan alu- aluan Pengerusi Majlis  Ucapan alu- aluan Pengerusi Majlis
8.00 pagi /
 Nyanyian Lagu Negaraku  Nyanyian Lagu Negaraku
2.00 ptg
Persembahan pembukaan: Persembahan pembukaan:
 Dendangan alunan kompang  Dendangan alunan kompang
Ucapan daripada: Ucapan daripada :
8.15 pagi /
2.15 ptg
 En. Tay Keng Lee,PPN  En. Tay Keng Lee,PPN
Tuan Pengetua, SMKSK Tuan Pengetua, SMKSK
 Ucapan VIP  Ucapan VIP
 Penyampaian cenderahati kepada tetamu
8.30 pagi /  Penyampaian cenderahati kepada
kehormat
2.30 ptg tetamu kehormat

8:40 pagi/  Persembahan  Persembahan


2.40 ptg
10:30 pagi/  Jamuan ringan  Jamuan ringan
4:30 ptg

Anggaran perbelanjaan:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1. Kain Rentang (Banner) RM149 x 1 RM149.00
2. Hamper (VIP) RM100 x 1 RM100.00
3 Hadiah Pertandingan

i. Pertandingan (guru sesi pagi) 1st : RM10.00 x 1 RM10.00


2nd : RM7.00 x 1 RM7.00
3rd : RM 5.00 x 3 RM15.00

ii. Pertandingan (sesi petang)


1st : RM10.00 x 1 RM10.00
2nd : RM7.00 x 1 RM7.00
3rd : RM 5.00 x 3 RM15.00

iii. Pertandingan Hiasan Kelas (sesi pagi) Hamper : RM70.00 x 11 RM770.00

iv. Pertandingan Hiasan Kelas (sesi petang) Hamper : RM70.00 x 7 RM490.00

v. Pertandingan Bilik Khas dan Papan Kenyataan Hamper:


1st : RM70.00 x 2 RM140.00
2 nd : RM60.00 x 2 RM120.00
3rd : RM50.00 x 2 RM100.00

8. Makanan & Minuman RM5.00 x 195 RM 975.00


JUMLAH RM2908.00

Sumber Kewangan

Tabung Kelab Kebajikan Guru dan Staf Sokongan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Penutup

Semoga program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah & RIMUP Hari Raya 2018 SMKSK ini dapat mencapai objektif terutama bagi
meraikan guru-guru dan warga SMKSK. Diharapkan program ini dapatdijalankan dengan sifat silaturrahim yang erat
dan kerjasama yang padu dari semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Diluluskan oleh,

………………………….. ………………………………… ………………………


(NOR AQMAR BINTI ZULKIFLI) (NORIZAH BINTI ABDULLAH) (TAY KENG LEE,PPN)
Penyelaras RIMUP, Penolong Kanan Kokurikulum Pengetua,
SMK Seri Kembangan. SMK Seri Kembangan. SMK Seri Kembangan.

Anda mungkin juga menyukai