Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmaanirrahiim (Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha

Penyayang

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis
sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada
seti ap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon


sesuatu dengan BISMILLAH. Aku ti dak akan meninggalkannya sekejap mata pun
sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah


barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan
terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, ti daklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang
sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan ti daklah BISMILLAH dibacakan di atas
sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH seti ap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada
19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat
neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali seti ap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga ti ap huruf


berkata, Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah
kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan


mengangkat namanya di syurga yang sangat ti nggi dan diampunkan segala dosa
kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung


kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali keti ka hendak ti dur,
maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut
mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang


yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah
keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
...............................

Khilafiah: Perbezaan pendapat dalam dunia Islam adalah suatu rahmat. Tutup Ruang
Perpecahan!

1. Hikmah khilafiah umat telah lahirkan suatu budaya ilmuan Islam yang berkembang.
Khilafiah atau beza pandangan telah dilahirkan dalam bentuk diskusi, toleransi, saling
berkongsi pengetahuan, bertukar-tukar pendapat dan idealisma. Islam itu sentiasa dinamik
pada setiap masa, tempat, individu, dan peredaran zaman yang sentiasa berubah-ubah.

2. Khilafiyah menjadikan Islam yang dianuti tidak rigid dan bebas daripada kejumudan
pemikiran. Perihal Khilafiyah bukan perang persepsi atau perang propaganda dari kumpulan
tertentu untuk kumpulan tertentu. Lebih malang masjid dijadikan wadah propaganda
khilafiah. Ada yang lebih teruk hingga mencaci-maki dan kafir mengkafir!. Dalam ketika
masyarakat masih kurang memahami beza pendapat akibat kekurangan ilmu telah
meluaskan permusuhan di kalangan umat Islam masa kini. Mengapa kita tinggalkan ilmu
yang perlu disantuni terhadap beza pendapat dan peluasan pandangan-pandangan bersifat
keilmuan demi sebuah penyatuan.

3. Wajarkah berkeras dengan sesuatu pandangan atau memaksa menyuruh orang lain
mengikuti satu pendapat sahaja? Wajarkah berbalas serangan? Tentunya tidak salah jika
medium untuk menjawab digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan yang
dibangkitkan. Berilah penjelasan tetapi jangan pula menindas pandangan yang satu lagi
dengan kecamam yang tidak sepatutnya . Amat tidak sepatutnya berlaku perkara ini berlaku
dalam kalangan umat Islam yang berilmu, menyukai ilmu serta menikmati keluasan fiqh
Islam. Tidak seharusnya terujaan melampau dengan sesetengah ulama yang
membentuk keagungan ijti had menolak ijti had yang lain . Janganlah
Memperbesar-besarkan ijti had perihal khilafi yah sebagai ikti kad atau syariat
ketetapan Allah .

Saya suka dengan pandangan Prof. HAMKA yang sedia terkenal alim dengan usul fiqh ,
Suatu ijtihad tidak dapat disalahkan oleh ijtihad yang lain.

Ulamak dahulu berbeza mazhab tak pun bermusuh dan menyalahkan mazhab lain. Janganlah
kita terlebih...

Wallaahu Taaalaa Alam.


::fb politik fikir terbuka::

(kalaulah perihal peribadatan pun berlaku khilaf, apatah lagi politik Melayu)

Anda mungkin juga menyukai