Anda di halaman 1dari 7

REKOD PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH KELAS.

Tarikh Masa Tajuk Tahun

: 30.11.2010 : 09.00 10.00 pagi : Keluarga Ceria : 2 Berlian ( 30 orang murid : 12 lelaki, 18 perempuan )

Pakej / Modul: Kemahiran Bertutur, Membaca dan Menulis.

FU

: 2.0 5.0

Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca, atau dialami. Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai. Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan Intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

FS

: 2.1 5.1

HP

: Pada akhir pembelajaran murid dapat: 1. Bercerita tentang keluarga pengalaman sendiri. berdasarkan gambar atau

2. Membaca teks cerita Keluarga Badrul dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik. 3. Menyusun kata-kata menjadi ayat yang betul berpandukan gambar dan teks cerita Keluarga Badrul .

Pengisian Kurikulum Sistem Bahasa i. Sebutan dan intonasi ii. Sistem ejaan iii. Kosa kata Kemahiran Bernilai Tambah i. Kecerdasan Pelbagai linguistik, muzik, kerohanian, logikmatematik, ii. iii. Kemahiran Berfikir - menjana idea, menyelesaikan masalah Pembelajaran Konstruktivisme

Strategi Pengajaran i. Kepelbagaian teknik ii. Koperatif dan Kolaboratif iii. Kepelbagaian bahan sumber Kemahiran Generik: i. Pembelajaran kontekstual

Bahan Sumber P&P 1. Kad bergambar 2. Bahan bercetak - gambar-gambar manusia - gambar-gambar keluarga, teks Keluarga Badrul .

Pengetahuan sedia ada 1. Murid-murid sudah mengetahui serba sedikit tentang konsep keluarga. 2. Murid-murid pernah mengalami suasana keluarga ceria.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah dan Masa Set induksi ( 5 minit )

Isi Kandungan 1. Gambar- gambar rumah 2. Kad bergambar manusia: Datuk Nenek Ayah Emak Abang Kakak Adik lelaki Adik perempuan ( rujuk lampiran 1 ) 3. Soalan: i. Apakah kepentingan rumah kepada kita? ii.Dengan siapakah murid-murid tinggal sekarang ?

Aktiviti P & P a. Murid-murid ditunjukkan gambargambar rumah dan kad bergambar manusia oleh guru. b. Guru bersoaljawab dengan murid tentang gambar-gambar rumah dan kad bergambar manusia. c. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini.

Catatan

Kemahiran Berfikir Kecerdasan Pelbagai Kontekstual -menghubung kait isi pelajaran dengan pengalaman murid. Teknik : Sumbangsaran

Langkah 1 ( 15 minit ) 1. Pengalaman murid bersama keluarga

a. Guru menceritakan tentang keluarganya kepada murid-murid. b. Kemudian, beberapa orang murid-murid diminta oleh guru untuk menceritakan perihal keluarga masing-masing seperti nama, umur dan bilangan ahli keluarga mereka kepada kelas. c. Murd-murid ditunjukkan beberapa contoh gambar keluarga serta rakaman video berkaitan keluarga oleh guru bagi memantapkan pemahaman mereka tentang konsep keluarga . a. Guru membaca teks dengan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai. b. Murid-murid diminta untuk Verbal Linguistik Logikalmatematik

2. Gambar ( rujuk lampiran 2 ). 3. Rakaman video

Langkah 2 ( 15 minit )

Teks cerita Keluarga Badrul . ( rujuk lampiran 3 )

Keluarga Badrul Badrul murid Tahun dua. Dia menetap di Taman Orkid. Ayah Badrul seorang tentera . Ibu Badrul seorang guru. Badrul mempunyai seorang abang dan kakak. Keluarga Badrul suka melakukan kegiatan-kegiatan berfaedah pada masa lapang . Badrul sayang akan keluarganya.

Ibu dan Ayah pulang kerja. Ibu dan ayah pulang kerja Ibu dan ayah membeli hadiah Adikku senyum, rasa gembira Terima kasih, ibu dan ayah.

Selamat pulang, ibu dan ayah Kakak dan abang turut gembira Ibu, kakak, adik, abang dan ayah

Saya sayang akan semua.

Anda mungkin juga menyukai