Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM:
PISMP (AMBILAN JANUARI Dan JUN
2014)

NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS:
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDU3063)

SEMESTER: 1/2016

TARIKH MULA:

5 Feb 2016

TARIKH HANTAR: 4 Mac 2016

Hasil Pembelajaran Kursus :


1. Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia.
2. Menghuraikan konsep ketaksamaan peluang pendidikan dengan merujuk kepada
pelbagai sumber yang releven.
3. Menganalisis kepelbagaian sosiobudaya dan implikasinya terhadap pengajaran
dan pembelajaran melalui temubual.
4. Menghasilkan pelan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra
budaya.
5. Merangka langkah-langkah untuk menangani isu-isu kepelbagaian budaya dan
bahasa secara berpasukan di dalam bilik darjah.
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3 dan 5.

Objektif Projek:
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Mengenal pasti konsep dan kepelbagaian kelompok dan budaya di Malaysia.
2. Mengendalikan satu temubual terhadap beberapa orang penduduk yang dipilih
daripada sekurang-kurangnya dua kaum atau etnik untuk mengetahui tahap
kesedaran mereka terhadap kepentingan dan ketaksamaan peluang pendidikan
yang disediakan.
3. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan
bagi kaum atau etnik yang dipilih dengan membuat perkaitan melalui unsurunsur budaya yang mempengaruhi amalan guru, murid dan pengurusan sekolah.
1

4. Menganalisis kepelbagaian sosiobudaya dan implikasinya terhadap pengajaran


dan pembelajaran melalui temubual.
5. Merangka langkah-langkah untuk menangani isu-isu kepelbagaian budaya dan
bahasa secara berpasukan di dalam bilik darjah sekolah di Malaysia.
Tugasan Projek (100% )
Bakal guru Abad Ke-21 bukan hanya perlu menguasai isi kandungan kurikulum yang
diajar dengan baik, namun perlu juga memahami perbezaan ciri-ciri dari segi kognitif
dan kepelbagaian sosiobudaya muridnya supaya mereka lebih bersedia dan
berkeyakinan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan dan menyeronokkan.
a

Secara berpasangan sediakan satu rakaman video temubual untuk


mengetahui tahap kesedaran terhadap kepentingan dan ketaksamaan
peluang pendidikan bagi kelompok yang terdiri daripada sekurang-kurangnya
2 kaum atau etnik yang dipilih. Sertakan satu laporan temubual dalam bentuk
soft copy yang sama .
(20%)

Berdasarkan hasil dapatan temubual, analisis maklumat berkaitan


kepelbagaian sosiobudaya dan implikasinya terhadap pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Seterusnya rangkakan langkahlangkah untuk menangani isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa secara
berpasukan di dalam bilik darjah sekolah di Malaysia.
(30%)

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus:


1. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berpasangan (soalan bahagian a) dan
secara Individu (soalan bahagian b).
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7

Muka depan hendaklah mengikut templet terkini.


Font Arial
Saiz huruf: 11
Langkau 1.5 baris
Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
Lampiran adalah wajib
Jawab dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris sahaja.

4. Panjang penulisan laporan tugasan bahagian a adalah 600 perkataan dan


bahagian b adalah 1000 perkataan.
2

5. Amalan plagiat tidak dibenarkan


6. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat minggu.
7. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50 %.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
(mengikut kehendak soalan tugasan)
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut,
a. Pemahaman yang mendalam berkaitan dengan aspek yang dibincangkan.
b. Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan.
i.

Keseluruhan persembahan dan


keaslian dan sokongan ilmiah.

pengolahan

perlu

menunjukkan

ii.

Format dan organisasi perlu jelas dan koheran.

iii.

Penulisan laporan/esei harus menunjukkan kefasihan bahasa,


kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal.

3. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan (buku, internet, jurnal dan bahan bercetak yang lain)
Kriteria Pemarkahan
Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.
Disediakan oleh:

Disemak oleh:

...........................................................
(SARIPAH RABEAAH BT SYED ALI)
Penyelaras Budaya dan Pembelajaran
(EDU3063)
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus IPOH

...........................................................
(
)
Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh:
.....................................................
(ZULKUFLI B MAHAYUDIN)
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Ipoh

Anda mungkin juga menyukai