Anda di halaman 1dari 15

PRAKTIKAL 1

Tajuk

Ekosistem tanah Biota Tanah dan jaringan makanan.


Tujuan

Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui di dalam jenis tanah
yang berbeza.
Hipotesis

Lokasi tanah 1 sekitar taman matematik mempunyai bilangan makrofauna yang lebih
banyak berbanding dengan lokasi tanah 2 sekitar asrama IPG.
Pembolehubah :
i.

Dimanipulasi

ii.

Bergerak balas : Bilangan dan jenis makrofauna

iii.

Dimalarkan

Teori

: Jenis tanah
: Suhu persekitaran, teknik mengumpul makrofauna

:
Makhluk hidup dalam ekosistem membentuk organisasi tertentu. Organisasi

terkecil dalam ekosistem disebut individu. Individu-individu sejenis berkumpul dan


berinteraksi membentuk organisasi yang lebih besar yang disebut populasi. Beberapa
populasi makhluk hidup dalam suatu lingkungan berinteraksi membentuk komuniti.
Komunit dan lingkungannya selalu berhubungan dan membentuk ekosistem. Beberapa
ekosistem membentuk bioma dan keseluruhan ekosistem yang ada di bumi merupakan
biosfera. Kesemua ini saling bergantung dan bersandaran antara satu sama lain bagi
memastikan ekosistem alam sentiasa seimbang dan dapat memenuhi keperluan
organisma yang ada di muka bumi. Contoh bagi saling kebergantungan ini termasuk
persaingan, pemangsaan dan hubungan parasit-perumah.
Ekosistem mengandungi semua organisma yang hidup bersama dalam satu
komuniti

dan berinteraksi

dengan faktor abiotik. Dalam sesebuah ekosistem,

komponen yang terlibat iaitu komponen biotik merupakan komponen hidupan yang

teridiri daripada pengeluar, pengguna (konsumer) dan pengurai serta komponen abiotik
iaitu komponen bukan hidupan yang terdiri daripada cahaya, nilai pH, kelembapan,
suhu, udara dan air. Ekosistem merupakan satu sistem ekologi yang terbentuk oleh
hubungan

saling

bergantung

antara

hidupan

dengan

persekitarannya

untuk

mempertahankan keseimbangannya. Sebagai contohnya, tumbuhan (pengeluar)


mengumpul tenaga hasil dari proses fotosintesis dan menyimpan tenaga dalam bentuk
karbohidrat. Haiwan herbivor (pengguna primer) pula memperolehi tenaganya dari
memakan tumbuhan dan menyimpannya dalam bentuk lemak. Haiwan karnivor
(pengguna tertier) juga dikenali sebagai pemangsa mendapat tenaga dengan memakan
pengguna primer. Aras pertukaran tenaga semakin berkurang apabila menaiki tangga
rantaian makanan.
Biota adalah merujuk kepada semua flora dan fauna dalam sesebuah kawasan.
Biota tanah adalah kumpulan jasad hidup yang menjadikan tanah sebagai ruang hidup
untuk menjalankan seluruh kegiatan ekologinya. Biota tanah adalah komponen yang
tidak dapat dipisahkan dengan tanah kerana biota tanah dan tanah bergantung antara
satu sama lain. Biota tanah merupakan faktor pembentukan tanah yang menjalankan
pelbagai proses yang membentuk struktur atau keadaan tanah, antara proses yang
terlibat

ialah

mineralisasi,

menghancurkan

dan

merombak

bahan

organik

(humifikasi,mineralisasi) dan mencapur bahan penyusun tanah(pedoturbasi).


Makrofauna didefinisikan sebagai semua haiwan invertebrata yang diasingkan
menggunakan penapis dengan saiz jaringan 0.5 atau 1.0 mm. Makrofauna bertindak
sebagai pengurai akan menguraikan tisu tumbuhan atau haiwan yang telah mati dan
mempercepatkan proses penguraian bahan organik kepada cebisan-cebisan kecil
supaya mudah untuk diuraikan. Sebahagian daripada tenaga tersebut akan diserap ke
dalam tanah dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan. Selain itu, makrofauna turut
berperanan dalam meningkatkan struktur tanah serta terlibat dalam kitaran nutrien.
Dalam sesebuah ekosistem tanah, perbezaan pH, kelembapan, kepadatan tanah dan
jenis makanan yang terdapat pada satu ekosistem serta struktur tanah mempengaruhi
kehadiran makrofauna. Sebagai contoh, fauna pada ekosistem tanah terdiri daripada
makrofauna

dan

mikrofauna.

Makrofauna

terdiri

daripada

herbivor

seperti

annelida(cacing tanah), dipoloda(kaki seribu) dan serangga. Manakala mikrofauna


teridiri daripada protozoa dan rotifera.
Organisma makrofauna boleh diasingkan menggunakan corong Tulgren. Sampel
tanah yang digunakan akan diletakkan di atas jaring dawai pada mula dan kemudian
lampu akan dihidupkan selama dua hingga tiga hari. Organisma akan bergerak
menjauhi cahaya di dalam corong Tulgren dan masuk ke dalam silinder kon berisi
formalin yang berperanan sebagai bahan pengawet. Teknik corong Tulgren adalah
berdasarkan tindak balas negatif haiwan-haiwan terhadap cahaya yang terang, suhu
yang tinggi dan kelembapan yang rendah. Lampu yang digunakan adalah terang serta
bertujuan untuk menghalau organisma tanah ke bawah dan seterusnya jatuh ke dalam
bikar yang berisis larutan formalin.
Rantai makanan merupakan laluan dimana makanan iaitu tenaga dan bahan
dalamnya dipindahkan dari satu aras trofik ke aras yang lain. Kebanyakan organisma
mempunyai lebih daripada satu jenis makanan. Oleh hal demikian, rantai makanan
akan berkait dan membentuk jaringan makanan. Sumber tenaga berpindah daripada
autotrof kepada heterotrof. Autotrof seperti tumbuhan dan alga merupakan organisma
yang boleh memsintesis molekul organik daripada bahan organik yang ringkas dan
sumber tenaga. Pengeluar iaitu autotrof ialah asas tenaga untuk ekosistem. Heterotrof
seperti haiwan merupakan organisma yang

tidak boleh mensintesis bahan organik

kompleks tetapi makan bahan organik daripada organisma lain untuk mendapatkan
tenaga dan keperluan molekular untuk proses metabolisma dan pertumbuhan. Rantai
makanan

peragut

ini

terus

bergantung

kepada

tumbuhan

hijau

manakala dalam rantai makanan pengurai, makanan asas adalah bahan mereput.
Bahan

Sampel tanah dari Taman Matematik dan asrama IPG, larutan formalin, kertas pH dan
air paip.
Radas

Corong tulgren, kaki retort, bikar, lampu, corong turas, kain kasa, piring petri, forseps
dan kanta pembesar.

Gambar rajah

Rajah 1
Prosedur

Rajah 2

1. Dua sampel tanah diambil daripada dua kawasan yang berlainan, iaitu pada
kawasan taman matematik dan kawasan asrama IPG.
2. Sampel tanah yang diambil dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat
secara ketat. Beg plastik itu dilabel dengan lokasinya.
3. Ciri-ciri bagi setiap tanah direkodkan di dalam Jadual 1.
4. Sedikit tanah dituangkan ke dalam bikar kecil dan dicampurkan dengan air
serta diujikan dengan kertas pH bagi direkodkan di dalam Jadual 1.
5. Spesimen hidup bagi setiap tanah turut diperhatikan dan dicatat di dalam
Jadual 2.
6. Tanah dimasukkan ke dalam Corong Tulgren seperti gambar Rajah 1 dan
dibiarkan selama tiga hari.
7. Sebuah bikar yang mengandungi larutan air dengan larutan formalin
diletakkan di bawah saluran tersebut.
8. Selepas tiga hari, saluran dibersihkan dan makrofauna kecil yang
terperangkap di dalam bikar air diperhatikan.

9. Semua organisma dikenalpastikan dan dikelaskan mengikut kriteria


tersendiri
10. Jumlah individu dalam setiap kumpulan dikirakan.
11. Keputusan

daripada

jadual

digunakan

untuk

mengira

kumpulan

makrofauna per liter tanah dan bilangan individu dari setiap kumpulan per
liter tanah dan direkodkan ke dalam jadual 3.
Keputusan :
i.

Jenis lokasi

Ciri-ciri Lokasi

Lokasi 1

Lokasi 2

Habitat

Di bawah pokok besar


dan pokok renek di taman
matematik

Di bawah pokok angsana


berhampiran asrama

Jenis tumbuhan

Tumbuhan menjalar

Pokok angsana

Tahap keteduhan

Sangat Tinggi

Tinggi

Warna tanah

Hitam coklat

Perang tua

Kekeringan/kelembapan

Sederhana

Kering

Kepadatan tanah

Sederhana

Padat

Tekstur tanah

Sedikit berpasir dan


sedikit poros

Pasir

pH Tanah

Jadual 1

ii.

Makrofauna bersaiz besar dan bersaiz kecil yang diperhatikan di Lokasi 1 dan
Lokasi 2 ;

Kumpulan
Bilangan makrofauna
besar di lokasi 1

Bilangan makrofauna
besar di lokasi 2

Makrofauna Kecil

Bilangan makrofauna
kecil di lokasi 1

Bilangan makrofauna
kecil di lokasi 2

Semut merah kecil

10

18

12

Makrofauna Besar
Ulat gonggok
Semut merah besar
Ulat sampah

Semut hitam
Kutu tanah
Jumlah bilangan
makrofauna besar dan
kecil

Jadual 2

iii.

Kriteria makrofauna

Makrofauna

Lokasi 1

Lokasi 2

Bilangan kumpulan ulat gonggok per liter tanah

Bilangan kumpulan semut merah besar per liter


tanah

15

Bilangan kumpulan ulat sampah per liter tanah

Bilangan kumpulan semut merah kecil per liter


tanah

20

Bilangan kumpulan semut hitam per liter tanah

40

30

Bilangan kumpulan kutu tanah per liter tanah

10

Jumlah tanah bagi lokasi 1 = 250g


Jumlah tanah bagi lokasi 2 = 200g
Jadual 3

Pengiraan

Lokasi 1
Jumlah tanah bagi lokasi 1 = 250g
Bilangan kumpulan ulat gonggok per liter tanah
1
250g

1000g =

Bilangan kumpulan semut merah kecil per liter tanah :


5
250g

1000g =

20

Bilangan kumpulan semut hitam per liter tanah

10
X 1000g =
40
250g
Bilangan kumpulan kutu tanah per liter tanah

2
250g

1000g =

Lokasi 2
Jumlah tanah bagi lokasi 2 = 200g
Bilangan kumpulan semut merah besar per liter tanah :
3
200g

1000g =

15

Bilangan kumpulan ulat sampah per liter tanah


1
200g

1000g =

Bilangan kumpulan semut hitam per liter tanah

6
X 1000g =
30
200g
Bilangan kumpulan kutu tanah per liter tanah

2
200g

1000g =

Perbincangan

10

1. Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna


yang ditemui pada tanah daripada kedua-dua lokasi berbeza? Cadangkan mengapa
adanya perbezaan tersebut? Apakah parameter tanah yang boleh diguna untuk
menjelaskan perbezaan tersebut.
Daripada hasil keputusan, tanah dari lokasi 1 mengandungi lebih makrofauna
apabila dibandingkan dengan sampel tanah lokasi 2. Jenis makrofauna adalah
berbeza di lokasi berbeza yang disebabkan oleh faktor tahap keteduhan lokasi,
kelembapan, kepadatan, pH tanah, warna tanah serta tekstur tanah. Tanah lokasi 1
adalah diambil dari kawasan bawah pokok besar dan di bawah pokok renek di
taman matematik mempunyai keadaan permukaan tanah yang lebih teduh
berbanding dengan lokasi 2 di bawah pokok angsana berhampiran asrama. Dengan
hal demikian, lokasi 1 mempunyai kelembapan yang lebih tinggi dan tidak terdedah
kepada sinaran matahari yang membolehkan mikroorganisma mengalami dehidrasi.
Seterusnya, lokasi 1 yang sederhana padat dan tekstur tanah yang sedikit poros
dan sedikit pasir lebih sesuai bagi pembiakan makrofauna. Warna tanah lokasi 1
yang lebih dalam iaitu hitam coklat juga menunjukkan bahawa lebih banyak bahan
organik dalamnya. Namun, pH tanah bagi kedua-dua lokasi adalah sama iaitu 6.
Populasi biodiversiti, bahan organik, suhu dan kelembapan boleh digunakan
sebagai parameter tanah.

2. Jelaskan peranan makrofauna di dalam tanah.


Makrofauna memainkan peranan penting dalam dekomposisi bahan oraganik
tanah, memelihara sifat-sifat fizikal dan biologikal tanah. Antara makrofauna di
dalam tanah adalah seperti jadual di bawah :

Jenis

Ciri dan peranan organisma kepada tanah

organisma

Bakteria

Terlibat di dalam proses pereputan sisa organik

Penting dalam membantu peredaran karbon, nitrogen,


fosforus dan sulfur di dalam tanah.

Aktinomisit
Kulat

Beperanan dalam proses pereputan sisa organik.

Bersimbiosis dengan akar tumbuhan sebagai


pereputan bahan organik

CacingTanah

Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain.

Mencampurkan hasil reputan daun di atas tanah.

Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang


yang digalinya.
Najisnya mengandungi kalsium yang menyuburkan tanah.

Nematod

Alga

Beperanan dalam pereputan bahan organik.

Menggunakan cahaya matahari untuk menjalankan


fotosintesis.

3. Berdasarkan rantai makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh : kulat,
nematod), apa yang dilakukan oleh mereka dan jelaskan bagaimana tenaga
mengalir; dimana ia bermula dan berakhir (contoh : di bahagian atas rantai
makanan). Apa yang berlaku kepada tenaga dan nutrien apabila organisma di
bahagian atas mati?

Matahari

Arthropod
Tumbuhan

Arthropod

Nematod

Fungi

Binatang
pemangsa

Kulat
Fungi
Nematod
Amoeba
Flagellates
cilliates
Protozoa

Nematod

Binatang
pemangsa

Sisa
Matahari
sumber utama dalam kitaran tenaga bagi siratan atau rantai
bahan merupakan
Bakteria
makanan. Tumbuhan berada pada aras trofik pertama (pengeluar) memerangkap
tenaga cahaya untuk membina makanannya sendiri melalui proses fotosntesis.
Tenaga yang diperangkap akan dipindahkan kepada pengguna seterusnya iaitu
pengguna primer, sekunder dan tertier (heterotrof). Misalnya, nematod ialah
pengguna primer, arthropod ialah pengguna sekunder, arthropod ialah pengguna
tertier manakala burung ialah pengguna di aras tertinggi. Pemangsa selalunya
merupakan pengguna kedua dan ketiga mereka menggunakan tenaga yang hasil
daripada pengeluar dan merupakan akhir bagi sesuatu rantaian makan.
Contoh rantai makanan :
Tumbuhan Nematod Arthropod Arthropod besar Burung pemangsa
Bahan mati merupakan sumber pertama yang dimakan oleh detrivor. Detrivor seperti
nematode,bakteria dan fungi berfungsi untuk menguraikan bahan mati dan menjadi
bahan organik. Dalam proses pemindahan tenaga ini, 90% tenaga akan hilang
kepada persekitaran sebagai tenaga haba. Oleh hal demikian, hanya 10% tenaga
yang digunakan pada setiap kali pemindahan tenaga. Jika organisma yang berada
pada bahagian atas mati seperti burung, nutrien dan tenaga tidak akan hilang begitu
sahaja tetapi ia akan kembali semula ke tanah sebagai sumber nutrien tanah. Ulat-

ulat dalam tanah menguraikan dengan memakan bangkai-bangkai haiwan yang


telah mati secara semula jadi.
4. Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna? Apakah kumpulan
organisma yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua
kumpulan ini?
Kumpulan organisma yang membentuk mesofauna adalah organisma yang
mempunyai ukuran panjang badan antara 0.18mm hingga 10.4mm dan ketebalan
antara

100m

hingga

2mm.

Sebagai

contoh,

hama

(mites),

collembola,

enchytraeids, cacing tanah, arthropods dan nematode yang besar banyak terdapat
dalam tanah. Organisma ini dapat dilihat oleh mata kasar ataupun dengan
menggunakan kanta pembesar. Manakala kumpulan organisma yang membentuk
mikrofauna adalah organisma yang mempunyai ukuran panjang antara 0.02mm0.17mm dan ketebalan kurang daripada 100m. Kebanyakan mikrofauna adalah
unisel protozoa dan nematod yang heterotrofik, cacing kecil tidak bersegmen dan
tardigrade iaitu mikrofauna yang berkaki lapan. Namun, sebahagian mikrofauna
dipanggil cryptozoa iaitu haiwan yang tidak dapat dijelaskan oleh sains. Fungsi
utama kedua-dua organisma ini ialah mengurai kebanyakkan benda hidup secara
semula jadi. Kumpulan mesofauna memakan bakteria, fungi dan alga serta
memakan kembali najis mereka dan najis organisma lain untuk menggunakan
nutrien dan bahan lain dalam aktiviti harian mereka. Mesofauna mengurai bahanbahan organik yang terdapat dalam tanah iaitu mencampurkan dengan sisa-sisa
bahan oraganik sehingga menjadi pecahan-pecahan kecil yang siap untuk
didekompossisi oleh makrobia tanah. Mikrofauna membantu dalam penyerapan
nutrient bagi untuk tumbuhan dengan menguraikan bahan mati kepada bahan yang
lebih ringkas. Mikrofauna mengurai sesuatu bahan melalui memakan dan
memproses partikel organik yang kecil dalam tanah. Mikrofauna juaga mendiami
usus organisma lain yang lebih besar daripadanya untuk menguraikan bahan
selulos.

5. Jaringan makanan dapat menunjukkan kerumitan biologi, dan juga kesihatan tanah.
Terangkan bagaimana pengurusan tanah dapat mengekalkan kesihatan tanah.
Mengurangkan penggunaan racun serangga serta racun rumpai. Antaranya adalah
penggunaan lada hitam dan bawang putih. Bagi menyediakan racun organik ini, lada
hitam dan bawang putih dikisar bersama dan dicampurkan dengan air yang panas.
Penggunaan baja organik seperti najis kelawar, ayam dan lembu juga dapat
menambah kesuburan tanah malah mengandungi semua jenis nutrient yang
diperlukan oleh tanaman serta sayur-sayuran. Pengunaan baja organik akan
meningkatkan pengudaran tanah dan juga tidak akan menjejaskan komposisi tanah.
Kawalan biologi juga merupakan salah satu pengurusan tanah iaitu mengawal
populasi haiwan perosak dengan tanpa menggunakan racun serangga iaitu bahan
kimia. Sebagai contohnya, burung hantu dan ular digunakan untuk memburu dan
memakan tikus di ladang kelapa sawit. Hal ini tidak akan mencemarkan alam sekitar
dan tidak akan mendatangkan kesan buruk kepada organisma lain kecuali perosak.
Penanaman bergilir juga boleh diamalkan oleh petani untuk menjaga serta
mengekalkan kesuburan tanah supaya mineral tertentu dalam tanah tidak akan
dihabiskan. Penggunaan sisa tanaman seperti jerami padi dan pelepah kelapa sawit
sebagai bahan sungkapan pada batas sayur juga mampu menambahkan kesuburan
tanah apabila berlaku pereputan dan menjadi humus untuk kesuburan tanah.
6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi tanah di dalam
ekosistem. Apakah kawalan ekosistem yang dilakukan?
Biota tanah membantu dalam proses penguraian bahan-bahan organik dalam
ekosistem. Hal ini kerana tanah mengandungi pelbagai jenis organisma yang boleh
dikelaskan kepada makrofauna,masofauna dan mikrofauna. Kumpulan organisma
ini membantu bangkai-bangkai haiwan dan tumbuhan dengan menguraikannya
kepada hama. Dalam hal ini, ia dapat menambahkan kelembapan tanah dan
meningkatkan kesuburan tanah. Biota tanah juga mengekalkan proses-proses
penting seperti penyimpanan karbon, kitaran nutrient dan diversiti spesis tumbuhan.
Dengan hal demikian, produktiviti pertanian dapat ditingkatkan melalui kitaran
nutrien asas yang diperlukan dalam semua eksosistem seperti nitrogen, fosforus,

potasium dan kalsium. Tanah yang mempunyai tahap oksigen yang tinggi sesuai
untuk pertanian. Sebagai contoh, saluran atau aliran oksigen daripada lubang
cacing membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan ke dalam tanah. Seterusnya,
kawalan ekosistem yang boleh dilakukan ialah pengurangan penggunaan bahan
kimia yang menyebabkan tanah menjadi asid, penggunaan baja secara organik
yang mesra alam untuk meningkatkan nutrient dalam tanah tanpa mengubah
komposisi tanah serta penggunaan kaedah kawalan biologi yang tidak membawa
kesan sampingan kepada organisma yang lain.
Kesimpulan :
Tanah daripada lokasi berbeza mengandungi pelbagai jenis makrofauna yang berbeza
di dalamnya. Di lokasi 1, tanahnya mengandungi ulat gonggok, semut merah kecil,
semut hitam dan kutu tanah manakala di lokasi 2, tanahnya mengandungi semut merah
besar, ulat sampah, semut hitam dan kutu sampah. Bilangan makrofauna dalam tanah
lokasi 1 lebih banyak berbanding dengan tanah di lokasi 2 kerana mempunyai tahap
keteduhan lebih tinggi, lebih lembap, tekstur tanah yang sedikit poros dan pasir, warna
tanah yang lebih hitam dengan kandungan bahan organik yang lebih banyak serta
kepadatan yang sederhana iaitu sesuai bagi hidupan makrofauna.

Rujukan
Lee, S. C, Liew, S. L. & Choong, N. M. (2004). Success in Biology for STPM.
KualaLumpur: Fajar Bakti.
Lum, H. K. (2000). Biology The Living Science. Singapura: Pearson Sdn. Bhd.
Miller G.T., Spoolman S. (2008). Environmental Science 8 th Edition. Kanada: Brooks/
cole Thompson learning.
Allan Suman Pillai. (2011). Pembangunan Pertanian yang Mesra Alam. Dicapaikan
pada 10 Ogos 2015 daripada http://www.agc.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=818:pembangunan-pertanian-yang-mesraalam&catid=71:admin%20ag&Itemid=91&lang=en

Ambar. (2012). Makrofauna Tanah. Dicapaikan pada 10 Ogos 2015 daripada


http://renny-ambar.blogspot.com/2012/04/makrofauna-tanah.html
Hailmi. (2013). Kawalan Biologi: Kebaikan dan Keburukan. Dicapaikan pada 10 Ogos
2015 daripada http://www.cikguhailmi.com/2013/04/kawalan-biologi-kebaikan-dankeburukan.html

Anda mungkin juga menyukai