Anda di halaman 1dari 5

Kumpulan : Lee Suh Jeng, Ling Tong Zhen, Michael Kong Hung Xi

Tutorial

1. Huraikan ciri-ciri dalam persediaan mengajar.


i.
Komponen persediaan
ii.
Komponen penyampaian
iii.
Komponen penutup
Komponen Persediaan Mengajar
Persediaan mengajar merujuk kepada satu perancangan yang terdiri daripada
langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Ia
terdiri daripada butiran am, tajuk pelajaran, objektif, kemahiran serta bahan bantu
mengajar. Pengetahuan sedia ada pelajar perlu juga dipertimbangkan sebelum
memulakan sesi pengajaran. Selain itu, penerapan ilmu dan penerapan nilai-nilai
murni kepada para pelajar bagi seperti kerjasama, kerajinan, keberanian dan
amanah penting kerana masing-masing dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan
memberikan pengalaman baru kepada pelajar serta dapat membentuk akhlak terpuji
yang dapat diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.
Set induksi merupakan pra permulaan proses pengajaran. Ia juga harus dirancang
sebelum memulakan sesi pengajaran. Teknik mengajar yang disediakan adalah
mengikut kaedah pengajaran yang dipilih, contohnya jika guru ingin memilih kaedah
bercerita bagi subjek Sejarah. Kaedah ini dapat menarik minat pelajar untuk
mendengar dan memahami situasi sebenar peristiwa yang berlaku sekiranya teknik
(gaya) penceritaan guru tersebut bersesuaian dan kena pada tempatnya. Langkah
pengajaran seterusnya adalah langkah perkembangan dan diakhiri dengan sesi
penutup atau kesimpulan. Namun tindakan susulan perlu dilakukan oleh guru dan
guru harus bersedia dan merancang tindakan yang akan dilakukan sebelum
menamatkan sesi pengajaran seperti pemberian kerja rumah, penerangan tentang
serba sedikit tentang topik yang akan diajar pada sesi seterusnya serta meminta
pelajar membaca petikan teks yang diberikan dan lain-lain.
Komponen Penyampaian Pengajaran
Guru perlu merancang elemen penyampaian pengajaran agar ianya bersesuaian
dengan tahap kebolehan pelajar dengan mengambil kira penggunaan kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran, masa, pemeringkatan isi serta pemilihan
sumber dan ralat. Perkara lain yang harus dipertimbangkan juga dalam usaha untuk
menyampaikan pengajaran adalah kesesuaian aktiviti dengan topik pengajaran,
kualiti guru itu sendiri di mana gabungan ilmu pengetahuan, kepakaran dan

pengalaman guru harus diambilkira serta mempunyai sistem penghantaran


maklumat untuk penyampaian yang efektif seperti penggunaan teknologi. Dalam
komponen ini, guru harus mengaitkan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan
mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar.

Komponen Penutup
Langkah terakhir dalam komponen persediaan mengajar adalah penutup. Ia
merangkumi pemilihan jenis penutup yang bersesuaian, aktiviti susulan, penilaian
objektif pelajaran, aktiviti membuat rumusan, serta perubahan mengikut kesesuaian
dari segi pendekatan, kaedah, strategi, bahan dan alat bantu mengajar dan lain-lain
dalam sesi pengajaran yang seterusnya.
Aktiviti susulan merupakan pemberian kerja rumah, latihan dan lain-lain sebelum
sesi pembelajaran ditamatkan. Manakala, dalam persediaan penilaian, pelbagai cara
seperti kaedah pemerhatian, soal jawab, perbincangan, kerja bertulis dan kerja
rumah dapat digunakan. Oleh itu, guru harus merancang kaedah yang akan
digunakan bagi menilai tahap kebolehan dan keupayaan pelajar dalam penguasaan
subjek serta keberkesanan kaedah dan aktiviti yang dilaksanakan oleh guru.
Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian
formatif

digunakan untuk mengukur hasil pembelajaran selepas satu unit

pembelajaran atau pada akhir sesuatu bab dalam buku teks. Manakala, penilaian
sumatif merupakan peniliaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus. Penilaian
sesuatu topik pengajaran juga boleh dibuat di langkah penutup iaitu bahagian
terakhir dalam sesuatu proses pengajaran pembelajaran. Penentuan jenis penilaian
yang sesuai dengan tujuan dan langkah pengajaran adalah berdasarkan Taksonomi
Bloom, Krathowl dan Simpson. Tujuan penilaian adalah untuk mengesan
penguasaan, kemajuan dan tahap pencapaian pelajar-pelajar.
Aktiviti membuat rumusan pula boleh dibuat oleh pelajar dan seterusnya guru
memberi pandangan bagi menyimpulkan keseluruhan proses pengajaran yang telah
dilaksanakannya pada hari tersebut dengan meyampaikan penerangan secara
ringkas.

Secara am, ciri-ciri dalam persediaan mengajar diringkaskan :


Komponen
Komponen persediaan

Maklumat
Butiran am
Butiran standard kurikulum
kandungan,
kesepaduan

Komponen penyampaian

standard
tunjang/

standard

pembelajaran,

elemen

merentas

kurikulum (EMK)
Objektif pembelajaran
Pengetahuan sedia ada
Penerapan : nilai murni, kemahiran berfikir,

kecerdasan
Bahan bantu mengajar
Set induksi
Perkembangan : isi pelajaran, penerapan
nilai dan kemahiran, strategi pengajaran
(aktiviti

Komponen penutup

murid

dan

guru),

penggunaan

sumber
Jenis dan cara penutup
Penilaian objektif pelajaran
Rumusan
Aktiviti susulan

2. Bincang kaedah pengajaran dan pembelajaran.


Kaedah pendedahan (Ekspositori)
Kaedah pendedahan bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam
konteks pengajaran ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi
kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu,
kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan,bercerita
atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.Dalam model ekspositori ini,guru
memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga
mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku
rekod mereka.Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep,
fakta,hokum,prinsip atau teorem matematik.Dari segi implikasi sesuai untuk
peringkat perkembangan.Guru juga mendapat manfaat dari segi menjimatkan masa
ketika menyampaikan pelajaran kerana dengan kaedah ini guru dapat terus
menyampaikan semua maklumat tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan
murid-murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja.
Eksperimen

Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains.Murid
menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau ideasains yang
tertentu.

Kaedah

saintifik

digunakan

semasa

eksperimen.Menjalankan

eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran prosesdan kemahiran


manipulatif.Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen
adalahseperti yang berikut:
-Mengenal pasti masalah
-Membuat hipotesis
-Merancang eksperimen
-mengawal pemboleh ubah
-menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
-menentukan langkah menjalankan eksperimen,
-kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
-Melakukan eksperimen
-Mengumpulkan data
-Menganalisis data
-Mentafsirkan data
-Membuat kesimpulan
- pelaporan
Demonstrasi
Demonstrasi atau tunjukcara adalah satu kaedah pengajaran yang sering dilakukan
baik semasa mengajar di dalam bilik darjah mahupun di dalam makmal. Tujuan
kaedahini adalah untuk membolehkan para pelajar melihat dan mengikuti satu siri
langkah,

peristiwa,

atau

fenomenon

dalam

keadaan-keadaan

yang

tidak

memungkinkan pelajar- pelajar mendapatkan maklumat tanpa penglibatan anda.


Kaedah ini sering kali digunakan bersama-sama dengan kaedah-kaedah pengajaran
yang lain seperti kuliah dan amali(eksperimen).
Perbincangan

Perbincangan adalah aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakanpendapat


berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan,murid perlu
mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain.Perbincangan perlu
dijalankan

semasa

dan

selepas

menjalankan

eksperimen,projek,

aktiviti

mengumpulkan dan mentafsirkan data, simulasi, penggunaansumber luar bilik


darjah, penyelesaian masalah dan lain-lain.
Simulasi
Simulasi adalah aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Simulasiboleh
dilaksanakan melaui main peranan, murid melakonkan sesuatu peranansecara
spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainanpula
mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untukmempelajari
sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuatkeputusan. Model
boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar.Murid dapat
membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsepdan prinsip yang
dipelajari.
Sumbang saran/ Pencambahan fikiran
Sumbangsaran adalah merupakan satu aktiviti perbincangan yangdijalankan secara
berkumpulan, Topik perbincangan adalah ditentukan oleh guru, tetapi tajuk yang
dipilh mestilah sesuai dengan minat dan kebolehan,serta sesuai dengan peringkat
umur pelajar. Tempoh masa untuk mengemukakan idea ditentukan oleh guru.
Kebiasaannya masa yang ditentukan oleh guru adalah 20 minit. Dalam sesi
sumbang saran ini, murid-murid diberikan peluang untukmengemukakan seberapa
banyak idea atau pendapat mengenai tajuk perbincangan. Semua idea yang diberi
oleh pelajar adalah dianggap betul,dan dicatat di papan hitam. Dalam perbincangan
kumpulan, ahli-ahli kumpulan digalakkan untuk memberi idea dari pelbagai sudut
pandangan.
Kajian lapangan
Merupakan suatu kaedah inkuiri sains yang sesuai dengan pengajaran topik-topik
persekitaran dalam sains. Membolehkan seseorang memahami fenomena yang
dikaji itu dengan sedalam mungkin. Kerja lapangan merupakan kerja yang dilakukan
di luar bilik darjah. Kerja lapangan ialah kajian yang melibatkan pengumpulan data.

Anda mungkin juga menyukai