Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

BMMB 3063

Nama : IBRAHIM BIN YUSRI


No. K/P : 000111010747
Angka Giliran : 2020122340074
Program : 2 PISMP
Ambilan : JUN 2019
Unit : BAHASA MELAYU
Nama Pensyarah : DR ZAIN BIN
KONSON
Tarikh Hantar : 7 OGOS 2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: ibrahim Tarikh : 7/8/2021

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop
Tarikh Tarikh

Tugasan 1: Membuat analisis pelaksanaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik


pengajaran. (20 markah)
Anda diminta menganalisis pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah sewaktu menjalani
sesi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

-Penulisan analisis ini tidak melebihi 600 patah perkataan.


1.0 Pengenalan

Selama 5 hari menjalani sesi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelbagai perkara
baharu yang dapat saya pelajari sebagai seorang guru pelatih selama seminggu daripada 2
hingga 6 Ogos 2021. Seperti yang sedia maklum, PBS kali ini dijalankan dalam pelbagai
kekangan seperti penularan wabak yang memperlihatkan kepada kita tiada murid di sekolah.
Namun, Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) secara dalam talian dapat memberi input-
input penting berkaitan cara pelaksanaan sesi PDP subjek Bahasa Melayu ini walaupun
secara maya. Dapat saya amati pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang
telah dilakukan bagi memastikan sesi PDP dijalankan dengan berkesan walaupun secara
maya melalui kaedah segerak dan tidak segerak.

2.0 Pendekatan

Menurut Juriah Long et al.(1992), pendekatan ialah proses pengendalian pengajaran


secara keseluruhannya di dalam bilik darjah. Pendekatan yang paling ketara sewaktu
semasa proses PDP secara maya subjek Bahasa Melayu di SK Bertam Hulu adalah
pendekatan komunikatif. Walaupun kelas dijalankan dengan menggunakan aplikasi google
meet iaitu secara segerak, guru-guru bahasa Melayu di sekolah ini sangat menekankan
kemahiran bertutur dalam intipati pengajaran mereka. Menurut Kamarudin Husin (1998),
kegunaan bahasa merujuk kepada murid-murid boleh membina ayat yang tepat dengan
menggunakan pengetahuan tentang rumus-rumus tatabahasa .Sebagai contoh, murid-
murid diminta membina ayat dan membacakannya. Bimbingan akan diberikan terutamanya
dari segi struktur ayat agar mereka dapat membina dan membacakan ayat yang gramatis.

3.0 Strategi

Jika membicarakan soal strategi dalam PDP, pasti pelbagai strategi yang boleh digunakan
oleh guru yang berpengalaman seperti Puan Zainab ini. Namun, antara strategi yang
menarik yang digunakan beliau adalah strategi pemusatan murid. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran beliau, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti
pembelajaran murid. Sesuai dengan fakta bahawa ciri kepimpinan guru bersifat demokratik
dan murid digalakkan memberi pendapat mereka, dapat saya lihat sewaktu beliau mengajar,
murid-murid dalam kelas beliau sangat aktif dan selalu memberi pendapat dan pandangan
masing-masing. Beliau juga ada mengadakan kuiz tatabahasa, ia secara tidak langsung
dapat menguji pemahaman mereka berkaitan tatabahasa bahasa Melayu. Dari situ,
pemikiran mereka ini akan menjadi lebih kreatif dan berkembang.

4.0 Kaedah

Antara kaedah pengajaran bahasa Melayu yang suka saya katakan adalah kaedah oral-
aural kerana inilah kaedah yang digunakan oleh guru-guru bahasa Melayu di sekolah SK
Bertam Hulu ini. Pada pendapat saya, tenaga pengajar sekolah ini melihat kaedah ini
sebagai satu kaedah yang boleh memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa
iaitu; mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Umumnya, kaedah ini menitikberatkan
kemahiran mendengar dan bertutur. Sebagai contoh, semasa pemerhatian saya dalam satu
sesi PDP secara dalam talian sewaktu PBS lepas, guru bahasa Melayu iaitu mentor saya
sendiri Puan Zainab telah menggunakan kaedah oral-aural ini. Beliau telah memaparkan
satu cerita berkaitan seorang pahlawan lalu membacakan susur galur cerita tersebut ayat
demi ayat dan meminta murid-muridnya mengikutinya. Kemudian mereka diminta
membacakannya semula secara individu secara individu. Beliau dan murid-murid lain akan
memeriksa kesalahan bacaan yang dilakukan.

6.0 Teknik

Menurut Kamaruddin Hj. Husin et al. (1997), teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian
suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif. Teknik yang dipraktikkan dalam kelas bahasa Melayu yang
dinahkhodai oleh Puan Zainab ini adalah teknik latih tubi. Beliau sememangnya ingin
memastikan pelajar faham mengapa mereka perlu menguasai sesuatu konsep atau
kemahiran dan ianya dapat dipermudahkan melalui latih tubi yang diberikan oleh beliau.
Waktu tidak segerak akan digunakan sebaiknya apabila beliau akan membekalkan kerja
rumah untuk muridnya. Dalam kelas yang lepas, beliau telah memberi latih tubi berbentuk
google form berkaitan kesalahan ejaan dan minta mereka menjawabnya dalam waktu tidak
segerak. Latih tubi yang berbentuk menguji kecekapan dan pengetahuan ini dapat menarik
minat murid-murid dan tidak membosankan.

6.0 Kesimpulan

Sedangkan pisau yang lama akan tumpul jika tidak diasah inikan pula seorang murid
sebagai seorang insan yang biasa. Murid-murid bak pisau manakala guru-guru adalah batu
asahnya. Jika batu asah tidak menjalankan tugasnya, pisau tidak akan tajam. Tinggallah di
dalam almari hanya menunggu masa untuk menjadi karat. Begitulah perumpamaan yang
terlintas difikran jika membicarakan tentang PDP secara maya ini. Jika guru tidak memberi
sepenuh komitmen terutamanya dalam keadaan yang sekarang ini, logiklah untuk saya
katakan bahawa murid-murid yang dilahirkan tidak mempunyai kemahiran-kemahiran yang
bagus dari pelbagai aspek terutamanya pelajaran.

RUJUKAN
Juriah Long et al. (1994). Perkaedahan Bahasa Melayu (Edisi Ke-4). Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd

Kamarudin Hj. Husin et al. (1997). Pengajian Melayu 3. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur

Anda mungkin juga menyukai