Anda di halaman 1dari 3

SLOT ARAS INKUIRI

Pengenalan
Empat aras inkuiri berfokus kepada setakat mana maklumat dan bimbingan diberi kepada murid.
Pelbagai aras inkuiri memberi peluang kepada murid pelbagai aras untuk memperoleh ilmu,
membina kefahaman dari pengalaman dan penemuan masing-masing. Hal ini memerlukan masa
dan berlaku secara berperingkat.

Menurut Banchi dan Bell (2008), aras inkuiri dibezakan dari segi amaun maklumat dan
bimbingan yang diberi oleh guru.

1. Inkuiri pengesahan (con rmation inquiry)


Murid mengesahkan sesuatu pengetahuan sains yang mana keputusannya sudah diketahui.

2. Inkuiri berstruktur (structured inquiry)


Murid menyiasat soalan yang telah dikemukakan oleh guru berdasarkan prosedur yang diberikan.

3. Inkuiri terbimbing (guided inquiry)


Murid menjalankan penyiasatan berdasarkan soalan yang diberi oleh guru tetapi perancangan dan
prosedur ditentukan oleh murid.

4. Inkuiri terbuka (open inquiry)


Murid mengemukakan soalan dan merancang prosedur penyiasatan.

ARAHAN TUGASAN
1. Lakukan keempat-empat aktiviti berikut.

2. Semasa melakukan aktiviti, peserta diminta mengenal pasti 3 kriteria berikut bagi mengenal
pasti aras inkuiri bagi setiap aktiviti.

(1) Soalan

(2) Prosedur

(3) Penyelesaian

fi
AKTIVITI 1
Alat dan bahan
1. Bikar 100ml – 1

2. Tabung didih – 3

3. Rak tabung didih – 1

4. Silinder penyukat 10 ml

5. Ais

6. Minyak masak

7. Penimbang elektronik

AIR DAN MINYAK


1. Air lebih tumpat daripada ais dan minyak lebih tumpat daripada ais.

2. Apakah akan berlaku kepada ais dan titisan air yang lebur daripada ais apabila ais diletak di
atas minyak?

3. Isi satu tabung didih sebanyak 80% dengan minyak masak.

4. Letakkan seketul ais di atas minyak.

5. Perhatikan apa yang berlaku apabila ais melebur. Catatkan pemerhatian anda.

6. Ketumpatan ais dan ketumpatan air berbeza. Yang mana satu lebih tumpat? Mengapa?

7. Satu gram air memenuhi isipadu satu mililiter, oleh itu ketumpatan air = 1 g/ml.

8. Apakah jisim 10 ml air? Gunakan penimbang untuk menentusah jawaban anda betul.

9. Apakah ramalan anda tentang ketumpatan 10 ml minyak masak dibanding dengan 10 ml air?

10. Catatkan ramalan anda dan gunakan penimbang untuk menentusahkan ramalan anda.

11. Tuliskan penjelasan anda mengapa jisim 10 ml minyak masak adalah sedemikian.

AKTIVITI 2
Alat dan bahan
1. Cawan plastik lutsinar – 2

2. Kismis – 15 biji

3. Minuman soda tidak berwarna (contoh Sprite) – 1 tin

KISMIS YANG MENARI


1. Tuang sebanyak lebih kurang 150 ml air soda ke dalam satu cawan plastik lutsinar yang berisi
empat atau lima biji kismis.

2. Perhatikan apa yang berlaku di dalam cawan dan catatkan pemerhatian anda di dalam buku
nota sains.

3. Mengapakah butiran kismis kelihatan naik dan turun di dalam air soda?

4. Ambil dua cawan plastik lutsinar dan sekotak kismis.

5. Isi satu cawan dengan 150 ml air dan masukkan empat atau lima biji kismis.

6. Lukiskan gambarajah susunan radas ini di dalam buku nota sains dan catatkan pemerhatian
secara teliti.

7. Ulang prosedur di atas dengan menggunakan air soda dan kismis di dalam cawan yang lain.

8. Lukiskan gambarajah susunan radas di dalam buku nota sains dan catatkan pemerhatian
secara teliti.

9. Kongsikan catatan pemerhatian anda dan sebarang penjelasan anda dengan rakan.

10. Apakah yang berlaku kepada kismis yang membolehkannya timbul ke permukaan?

11. Tuliskan penjelasan anda di dalam buku nota sains.

AKTIVITI 3
Alat dan bahan
1. Tangki akuarium plastik berukuran 33 cm x 18 cm x 23 cm (dalam) – 1

2. Minuman Coke biasa – 1 tin

3. Minuman Coke diet – 1 tin

TIN SODA TIMBUL


1. Isi tangki plastik dengan air sehingga lebih kurang 80% penuh.

2. Perhatikan satu tin soda biasa dan satu tin soda diet.

3. Ramalkan apa yang berlaku apabila setiap tin soda ini dimasukkan ke dalam air di dalam
tangki. Catatkan ramalan anda di dalam buku nota sains berserta dengan penjelasan.

4. Kongsi ramalan anda dengan rakan.

5. Buat pemerhatian yang teliti apa yag berlaku apabila setiap tin soda diletakkan di dalam air.

6. Mengapakah tin soda diet timbul lebih banyak daripada tin soda biasa?

7. Di dalam kumpulan anda, sumbangsaran aktiviti yang anda boleh lakukan untuk mendapat
penjelasan bagi fenomena yang diperhatikan.

8. Catatkan perancangan anda di dalam buku nota sains dan kongsi dengan rakan.

9. Apabila perancangan anda sudah selesai, dapatkan kebenaran guru untuk memulakan
penyiasatan.

AKTIVITI 4
Alat dan bahan
1. Tangki akuarium plastik berukuran 33 cm x 18 cm x 23 cm (dalam) – 1

2. Plastisin – 1⁄2 kotak

3. Pembaris plastik, 15 cm – 1

4. Pembaris kayu, 15 cm – 1

5. Buah oren – 1

6. Kiub kayu – 1

7. Straw minuman – 1

8. Kayu sate – 1

9. Pemberat 10 g – 1

10. Pemberat 50 g – 1

11. Botol minuman kosong 500 ml – 1

TIMBUL DAN TENGGELAM


1. Isi tangki plastik dengan air sehingga 80% penuh.

2. Perhatikan objek-objek yang dibekalkan kepada anda.

3. Rekod semua objek ini di dalam buku nota sains.

4. Ramalkan sama ada setiap objek akan timbul atau tenggelam. Catatkan ramalan anda di dalam
buku nota sains.

5. Sahkan ramalan anda dengan meletakkan objek tersebut ke dalam air satu demi satu.

6. Buat pemerhatian yang teliti untuk mengesahkan ramalan anda.

7. Selepas itu, tulis lima pernyataan bermula dengan “Saya ingin tahu...” berdasarkan penyiasatan
anda.

8. Tinjau semula soalan yang telah anda senarai. Pilih satu soalan yang menarik dan dapat
dilaksanakan dengan menggunakan sumber yang ada untuk dibuat penyiasatan.

9. Untuk menjalankan penyiasatan, anda perlu menyediakan satu masalah yang terfokus,
ramalan, satu perancangan yang teliti bagaimana anda akan melakukan penyiasatan, serta
jadual data (jika perlu)

10. Apabila anda telah bersedia dengan semua yang diperlukan, dapatkan kebenaran guru anda
untuk memulakan penyiasatan.

Anda mungkin juga menyukai