Anda di halaman 1dari 35

SAINS TAHUN 4 (SK)

UNIT 1 KEMAHIRAN SAINTIFIK


Memahami Kemahiran Proses
Sains
1.MEMERHATI
Menggunakan deria
penglihatan,
pendengaran,
sentuhan, rasa atau
bau untuk
mengumpulkan
maklumat tentang
objek atau fenomena.
MEMERHATI
Menggunakan deria dengan berkesan.

Kenal pasti ciri umum sekumpulan item, ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan.

Memerihalkan perbezaan, persamaan yang dikesan dan perubahan yang berlaku.

Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci.


MANUSIA

2. MENGELAS
Menggunakan
pemerhatian untuk
mengasing dan
mengumpulkan TUMBUHAN
objek atau
fenomena
berdasarkan ciri
yang sama.
HAIWAN
MENGELAS
3.MENGUKUR
MENGGUNAKA
N NOMBOR

Membuat
penerhatian secara
kuantitatif dengan
menggunakan
nombor serta alat
berunit piawai atau
yang diseragamkan
sebagai unit rujukan.
MENGUKUR MENGGUNAKAN
NOMBOR
Mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan dengan mudah.

Merekod fenomena dan membandingkan objek-objek dengan menggunakan nombor dan alat yang
betul.

Mencatat bacaan dan unit dengan tepat dan betul.

Membandingkan masa, jarak, luas dan isi padu dengan unit yang berkaitan.

Menggunakan skala dan menerangkan nisbah.


4.MEMBUAT
INFERENS

Membuat
kesimpulan awal
yang munasabah,
yang mungkin benar
atau tidak benar
untuk menerangkan
sesuatu peristiwa
atau pemerhatian.
MEMBUAT INFERENS
Menggunakan maklumat daripada
MEMBUAT
pemerhatian untuk membuat
INFERENS
kesimpulan awal yang munasabah.

Membuat pelbagau tafsiran yang


MEMBUAT
mungkin daripada satu
INFERENS
pemerhatian.
5. MERAMAL
Membuat jangkaan
awal tentang
sesuatu peristiwa
berdasarkan
pemerhatian dan
pengalaman lalu
atau berdasarkan
data.
MERAMAL
6.BERKOMUNIKASI

Menerima, memilih,
menyusun dan
mempersembahkan
maklumat atau idea
dalam bentuk
tulisan, lisan, jadual,
graf, rajah atau
model.
BERKOMUNIKASI
7. MENGGUNAKAN
PERHUBUNGAN
RUANG DAN MASA

Memerihalkan
perubahan parameter
seperti lokasi, arah,
bentuk, saiz, isi padu
dan jisim dengan masa.
MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG
DAN MASA
Perhatian peubahan yang berlaku kepada ketulan ais yang diletakkan pada suhu bilik.

Akhirnya, bentuk ais menjadi tidak sekata dan saiznya mengecil. Jadi, perhubungan ruang dan masa
dalam situasi di atas ialah perubahan bentuk dan saiz ais selepas 5 minit. Perubahan bentuk dan saiz
dikenali sebagai parameter.
MENTAFSIR DATA
Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau
pola daripada data yang dikumpulkan.

Mengumpulkan pelbagai data melalui pemerhatian untuk membuat


pernyataan tentang maksudnya.

Menyatakan hubungan di antara maklumat.


MENDEFINISI SECARA OPERASI
Memberi taksiran tentang sesuatu konsep dengan
menyatakan perkara yang dilakukan dan
diperhatikan.
Mentakrif istilah dalam konteks pengalaman
sendiri.
Membuat pernyataan apa yang dilakukan dan apa
yang diperhatikan.
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH
Mengenal pasti pemoleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah
bergerakbalas dan pemboleh ubah yang dimalarkan.

Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk


memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah bergerakbalas

Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.


MEMBUAT HIPOTESIS

Membuat sesuatu penyatan umum tentang hubungan antara


pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu
perkara atau peristiwa.

Penyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.


MENGEKSPERIMEN
Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu
hipotesis, mengumpulkan data, mentafsir data sehingga mendapat
rumusan daripada penyiasatan itu.
Langkah-langkah
mengeksperimen.
MERANCANG EKSPERIMEN

4. Menyenaraikan
2. Membuat hipotesis. Dimanipulasi - kuantiti air.
alat dan bahan.
Bergerak balas masa
Adakah kuantiti air yang untuk garam larut.
bertambah boleh Dimalarkan kuantiti Bikar, sudu,
1. Mengenal mengurangkan masa garam, suhu air, cara 10g garam,
pasti garam lart di dalam air? mengacau dan jenis garam kuantiti air
masalah Semakin bertambah yang digunakan. yang berbeza
kuantiti air, semakin (50ml, 100ml,
berkurangan masa untuk 150ml, 200ml)
garam larut. 3. Menentukan
pemboleh ubah.
MENJALANKAN EKSPERIMEN DAN
MENGUMPUL DATA
Tuang kuantiti air yang berbeza (50ml, 100ml, 150ml, 200ml) ke dalam 4 bikar secara berasingan.

Masukkan 10g garam ke dalam bikar yang mengandungi 50ml air.

Kacau dan catatkan masa yang diambil untuk garam larut sepenuhnya.

Ulang langkah 2 hingga 3 bagi bikar yang mengandungi 100ml, 150ml dan 200ml air

Masa untuk garam larut dicatat dalam bentuk jadual. Data tersebut boleh dipersembahkan dalam bentuk carta
palang.
MENTAFSIR DATA
Berdasarkan carta palang, masa untuk garam larut berkurangan apabila kuantiti air bertambah.

4.5 masa (minit)

4
3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0
50 100 150 200
MEMBUAT KESIMPULAN
Berdasarkan keputusan eksperimen dantafsiran data yang dibuat, hipotesis diterima.
MELAPORKAN KEPUTUSAN EKSPERIMEN
Membuat laporan eksperimen dengan lengkap.
MEMAHAMI KEMAHIRAN MANIPULATIF
Kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara
berikut:

Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.

Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.

Mengendalikan specimen dengan betul dan cermat.

Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

Melakar specimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.


Menggunakan dan mengendalikan
peralatan dan bahan sains dengan betul.

Digunakan untuk Pakai sarung


mengamati Letakkan mata tangan makmal
benda-benda selaras dengan semasa
kecil sehingga skala yang mengendalikan
lebih besar. hendak dibaca bahan sains
Menyimpan peralatan dan bahan sains
dengan betul dan selamat.

Semua bahan kimia Menyimpan bahan- Pastikan penutup Radas kecil seperti
perlu dilabelkan bahan yang diketatkan pada tabung specimen,
dan bertarikh berbahaya daripada bekas bagi piring petri, slaid
haba dan cahaya mengelakkan mikroskop boleh
matahari. kebocoran dan disimpan dalam
penyejatan kotak, atau laci
kandungan. yang tertutup dan
dilabel.
Mengendalikan specimen dengan betul
dan cermat.

Tumbuhan: Specimen Haiwan:


mengambil dikembalikan ke letakkan haiwan
hanya tumbuh- tempat asalnya kecil dalam
tumbuhan yang piring petri.
diperlukan ke Jika masih
makmal hidup, bebaskan
haiwan
tersebut.
Melakar specimen, peralatan dan bahan
sains dengan tepat
1. Lukis dengan besar dan jelas supaya butir-butir penting mudah dibaca.
2. Labelkan di sisi gambar tanpa melintasi garisan label lain.
Membersihkan peralatan sains
dengan cara yang betul
Bersihkan semua alat dengan betul dan berhati-hati
selepas digunakan.

Bersihkan peralatan dengan sabun dan air untuk


pembersihan asas.

Pastikan peralatan kering sebelum disimpan ke


tempat asalnya.
Soalan:
1. Nyatakan langkah-langkah merancang eksperimen:
i. Mengenal pasti masalah
ii. Membuat hipotesis.
iii. Menentukan pemboleh ubah.
iv. Menyenaraikan alat dan bahan.

2. Nyatakan kemahiran manipulatif:


I. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
II. Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.
III. Mengendalikan specimen dengan betul dan cermat.
IV. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
V. Melakar specimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

Anda mungkin juga menyukai