Anda di halaman 1dari 6

Minit Mesyuarat Agung PIBG ke -40

Persatuan Ibu bapa dan Guru


Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru, 41050 Klang, Selangor

Tarikh : 15 Mac 2014


Masa : 10.15 – 11.45 pagi
Tempat : Dewan Bestari, SK Sungai Binjai
Kehadiran : 236 orang

Agenda 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG

Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2013/2014, Tuan Haji Abdul Majid bin Md Yunos. Beliau
mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan penjaga yang meluangkan masa untuk hadir.

Beliau berharap mesyuarat ini berjalan lancar dan dapat dipercepatkan kerana ada acara
perasmian surau selepas ini.

Agenda 2 : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke – 39

Setiausaha, Encik Hajar Aswad bin Kassim membentangkan Minit Mesyuarat Agung ke -39
untuk disahkan dari muka surat 5 hingga 10.

Pn. Nik Amna binti Nik Ibrahim mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung ke -39 disahkan.
Disokong oleh Pn. Ros Aida binti Abd Razak.

Agenda 3 : Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan sesi 2013/2014

Setiausaha, Encik Hajar Aswad bin Kassim @ Sapa membentangkan Aktiviti Tahunan sepanjang
2013/2014.
- Keahlian PIBG sekolah bagi sesi 2013/2014 adalah seramai 2368.
- Derma yang dikenakan kepada setiap murid yang bersekolah di sekolah ini adalah
sebanyak RM 40.00 untuk satu keluarga bagi tahun 2014.
- Sepanjang 2013/2014 Ahli Jawatankuasa telah bermesyuarat sebanyak 3 kali iaitu pada :
 30 Sept 2013
 25 Feb 2014
 5 Mac 2014
 Beberapa mesyuarat khas berkaitan surau dan aktiviti surau
- Perjumpaan dan aktiviti / sumbangan
 Mesyuarat agung kali ke 39 pada 16 Mac 2013 ( Sabtu )
 Latihan dan pertandingan tenpin bowling
 Kejohanan merentas desa
 Kejohanan ragbi rimau
 Kejohanan bola sepak MSSD
 Ko-akademik SJKC Soo Jin
 Softball
 Sukan Tahunan
 Kursus pengawas
 Kursus asas PRS 1
 Program anakku sayang 1
 Program guru penyayang
 Program sekolah selamat
 Program peningkatan bahasa Inggeris
 Konvesyen Bahasa Inggeris Antarabangsa
 Karnival Kemahiran Hidup
 Perkhemahan tahun 6
 Perkhemahan unit beruniform tahun 5
 Pertandingan kawad kaki Selangor/Kebangsaan
 Sambutan Maulidur Rasul
 Kem Bestari Solat
 Sumbangan Hari Guru, guru berpindah dan guru ganti
 Anugerah Pelajar Cemerlang 5A 2012 – 68 orang
 Derma / sumbangan Bacathon
 Jamuan solat hajat & bacaan Yasin murid-murid tahun 6
 Pembiayaan makan dan minum muri-murid & pengawas peperiksaan UPSR
( 3hari )
 Gotong-royong dan jamuan ( mengecat tembok sekolah )
 Pagar hijau menyambungkan Kuarter Guru dan bangunan Prasekolah
 Pemasangan kipas di kantin (3 kipas siling, 2kipas dinding )
 Buletin sekolah ( 1500 unit )
 Garaj basikal (bumbung. Konkrit lantai dan kerja membaiki longkang )
 Elaun lalu lintas
 Perkhemahan tahun 6
 Program kesihatan pendidikan khas daerah Klang
 Bakathon SMK Raja Lumu
 Setem murid-murid tahun 6 ke asrama penuh
 Tambakan laluan basikal
 Bantuan murid bermasaalah
 Olahraga MSSD
 Tar di dataran budi

Agenda 4 : Pembentangan dan Menerima Penyata Kewangan PIBG 31 Disember 2013

Bendahari PIBG, Encik Edi Azrine bin Mohd Arshad membentangkan Penyata Kewangan PIBG
di muka surat 13-20.

Disahkan oleh Encik Jailani bin Mat Som.


Disokong oleh Puan Norhaiza binti Mohd Said.

Agenda 5 : Perkara berbangkit.

Tiada perkara berbangkit.

Agenda 6 : Pembubaran AJK PIBG sesi 2013 / 2014

Yang Di pertua PIBG Tuan Haji Abdul Majid bin Md Yunos telah mengumumkan pembubaran
AJK PIBG yang telah dilantik bagi sesi 2013/2014.

Agenda 7 : Pelantikan Pengerusi Sementara.


Encik Khalimi bin Dalhan selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Sungai Binjai telah
dilantik sebagai pengerusi sementara.Dicadangkan oleh Encik Azmi bin Ismail.

Encik Khalimi bin Dalhan mengucapkan terima atas lantikan beliau. Beliau menerangkan syarat-
syarat mesyuarat agung dan berharap mesyuarat dapat berjalan dengan baik.

Agenda 8 : Pelantikan AJK PIBG sesi 2014/2015

AJK PIBG SK Sungai Binjai sesi 2014 / 2015 adalah seperti berikut :

JAWATAN NAMA CADANGAN/SOKONGAN


Penasihat Encik Azman bin Mingan
Yang Dipertua Tuan Haji Abdul Majid bin Md Cadangan: Tuan Haji Tuhimin bin
Yunos Paiman
Sokongan: Puan Sutinah binti Sahari
Naib Yang Tuan Haji Jaya Kasuma bin Haji Cadangan: Encik Azmi bin Jalani
Dipertua Rusman Sokongan: Encik Asmadi bin Mohd
Yusof
Setiausaha Encik Hajar Aswad bin Kassim
Kehormat
Bendahari Encik Edi Azrine bin Mohd Arshad
Kehormat
AJK Wakil 1. Tuan Haji Nordin bin Omar Cadangan: Encik Rosmahadi bin Omar
Ibu bapa / Sokongan: Tuan Haji Jaya Kasuma bin
Penjaga Haji
Rusman
2. Encik Azhar bin Ahmad Cadangan: Encik Radznee bin Abdullah
Sokongan: Encik Lahmudin bin Mohd
Amin
3. Encik Rosmahadi bin Omar Cadangan: Tuan Haji Jaya Kasuma bin
Haji
Rusman
Sokongan: Tuan Haji Tuhimin bin
Paiman
4. Puan Mahanum binti Adnin Cadangan: Puan Siti Habibah binti Mohd
Amin
Sokongan: Puan Roswani binti Ismail
5. Puan Sutinah binti Sahari Cadangan: Tuan Haji Tuhimin bin
Paiman
Sokongan: Puan Aslin binti Taslim
6. Puan Aslin binti Taslim Cadangan: Puan Hajah Norihan binti
Ismail
Sokongan: Puan Salina binti Dollah
AJK Wakil 1.Encik Lahmudin bin Mohd Amin
Guru
2. Encik Mohd Azli bin Mohd Ali
3. Encik Zulhisham bin Idris
4. Puan Hajah Site Sukarsih binti Ahmad
5. Puan Norshahada binti Sharit
Juru Audit 1. Encik Azmi bin Jalani Cadangan: Encik Asmadi bin Mohd
Yusof
Sokongan: Encik Azmi bin Jalani
2. Tuan Haji Esnani bin Subari Cadangan: Tuan Haji Nordin bin Omar
Sokongan: Tuan Haji Tuhimin bin
Paiman

Agenda 9 : Perbahasan Usul dan cadangan

Tiada usul yang dibahaskan. Semua usul yang disediakan dalam lampiran akan dibawa ke
mesyuarat dalaman PIBG kelak.
Agenda 10 : Hal-hal lain

1. Guru Besar Encik Azman bin Mingan :

a. Guru Besar Encik Azman bin Mingan menjemput AJK PIBG dari kalangan guru ke
hadapan. Beliau memaklumkan akan terdapat beberapa perubahan namun jawatan berikut
dikekalkan pada ahli yang sama :

1) Setiausaha Kehormat : Encik Hajar Aswad bin Kassim @ Sapa


2) Bendahari Kehormat : Encik Edi Azrine bin Mohd Arshad

b. Pagar belakang berhampiran rumah guru :


Beliau turut memaklumkan PIBG telah membelanjakan sebanyak RM6000 untuk
memasang pagar di kawasan belakang sekolah berhampiran rumah guru berikutan
terdapat 2 kes pecah rumah guru tersebut. Malangnya pagar tersebut telah dipotong. Tuan
Guru Besar memohon kerjasama ibu bapa untuk menyebarkan maklumat supaya kejadian
tersebut tidak berulang
kembali.

c. Tembok yang runtuh :


Encik Azman bin Mingan memaklumkan bahawa tindakan telah diambil dan perlu
diganti dengan pagar jenis garvanish kerana struktur tanah yang lembut. Beliau turut
memberitahu bahawa pagar B perlu ditutup untuk mengelakkan murid lari keluar pagar
dalam waktu persekolahan.

d. Keselamatan murid ketika melintas jalan :


Sekolah tidak menyediakan khidmat penjaga lalu lintas secara khusus. Penjaga yang
sedia ada adalah atas ehsan mereka sendiri. Guru besar memohon kerjasama ibu bapa
untuk melintaskan anak sendiri juga.

e. Penggunaan Komputer :
Tuan Guru Besar memaklumkan bermula tahun 2014 semua murid akan ada hands-on
PC. Peruntukan sedia ada adalah untuk memperbaiki penyaman udara makmal untuk
memberi keselesaan pada murid. Buat masa ini sekolah telah menerima bantuan 82 buah
chrome book untuk membantu murid dalam penggunaan computer.

f. Kerjasama daripada ibu bapa :


Tuan Guru Besar memohon kerjasama daripada ibu bapa yang mempunyai kepakaran
dalam bidang tertentu supaya memberi maklumat diri untuk dihubungi pihak sekolah.
Beliau juga meminta kerjasama daripada ibu bapa agar hadir berbincang dengan
pihaknya jika kedapatan kes yang melibatkan guru.

2. YDP PIBG membentangkan kadaran Yuran PIBG Sesi 2015

Tuan Haji Majid bin Md Yunos membentangkan bayaran Yuran PIBG, Yuran Komputer, HAPC,
PBS dan aktiviti sekolah sesi 2014 dan memohon sokongan daripada ibu bapa:

(a)
Bil Perkara Tahun 6 Tahun 5 Tahun 4 Tahun 3 Tahun 2 Tahun 1
.
1 Yuran Komputer RM 6 RM 6 RM 6 RM 6 RM 6 RM 6
(setiap murid)
2 Hari Anugerah RM 3 RM 3 RM 3 RM 3 RM 3 RM 3
Kecemerlangan
3 Tanda Nama - - - - - RM4
4 Program Intensif RM 100 - - - - -
UPSR (Thn 6
sahaja)
5 Program - RM 50 - - - -
Akademik
(Tahun 5)
6 Buku PBS - - - RM 40 RM 40 RM 40
JUMLAH RM 109 RM 59 RM 9 RM49 RM49 RM 53
(b)
Bil Perkara Tahun 6 Tahun 5 Tahun 4 Tahun 3 Tahun 2 Tahun 1
.
1 Yuran PIBG RM 40
(setiap keluarga)
Disokong ahli mesyuarat sebulat suara.

3. Puan Rosida binti Bakri memohon penjelasan sekolah tentang amalan berdiri ketika
perhimpunan serta murid yang perlu berkongsi kerusi bas ketika lawatan. Tuan Guru Besar
memaklumkan murid hanya perlu berdiri ketika lagu-lagu rasmi dinyanyikan serta pembacaaan
ikrar.

4. Encik Asmadi bin Muhd Yusuf memohon penjelasan tentang pegawai RELA dan pembayaran
mereka. Beliau juga meminta khidmat pegawai RELA disambung semula. Guru Besar
memaklumkan RELA dihantar khas daripada Kementerian Dalam Negeri dan untuk tahun 2014,
tiada peruntukan disediakan untuk mereka. Walau bagaimanapun, pihak sekolah berminat untuk
meneruskan khidmat RELA ini dan akan dibincangkan kemudian.

UCAPAN PENANGGUHAN

Tuan Haji Abdul Majid bin Md Yunos selaku Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima kasih
atas kehadiran ibu bapa dan beliau sangat berpuas hati dengan kelancaran mesyuarat. Beliau juga
mengharapkan kerjasama yang berterusan daripada semua ahli terutamanya ahli jawatankuasa
PIBG bagi sesi 2014/2015.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.45 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………… ………………………………………
Hajar Aswad bin Kassim Azman bin Mingan
Setiausaha Kehormat Guru Besar / Penasihat
PIBG SK Sungai Binjai, Meru, PIBG SK Sungai Binjai, Meru,
Klang Klang

Disahkan oleh,

………………………………………….
Tuan Haji Abdul Majid bin Md. Yunos
YDP PIBG
SK Sungai Binjai, Meru
Klang

Pencatat :
Puan Norbaiti binti Miskan
Puan Norhasnida binti Yaakub
Puan Rabiatul Adawiyah Ismail

Anda mungkin juga menyukai