Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1439H


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALABAKAN

1.0 PENDAHULUAN

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat
pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan
dengan tujuan untuk mendapatkan keredaan Allah dan memohon agar ibadah yang
dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan
dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.

Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk


menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang
lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui Program Ihya’ Ramadhan 1439H
ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.
Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat
membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif-
objektif yang di rancang.

2.0 MATLAMAT

Tujuan Program Ihya’ Ramadhan 1439H ini dijalankan adalah untuk:

2.1 Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan..

2.2 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap
individu.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melatih individu agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.

3.2 Untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

3.3 Membentuk individu yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam
setiap situasi.

3.4 Melatih individu melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Program ini akan diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh: 17 Mei – 8 Jun 2018


Hari :Hari Isnin hingga Jumaat
Masa : waktu persekolahan
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan

1
5.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua pelajar tingkatan 1-5


Semua Guru dan Kakitangan digalakkan menyertainya.

6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

6.1 Memperoleh mandat daripada Guru Besar.


6.2 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa Panitia Agama Islam.
6.3 Menyediakan kertas cadangan dan membentuk struktur jawatankuasa pelaksana.
6.4 Membentang kertas cadangan dan memberi taklimat pelaksanaan dalam
mesyuarat pembentukan jawatankuasa.
6.5 Menerima kertas cadangan dan mengesahkan pelantikan jawatankuasa pelaksana.
6.6 Mengadakan perbincangan terperinci dan ‘brainstorming’ bagi setiap
jawatankuasa kecil.
6.7 Membentangkan hasil perbincangan dan forum penambah baik dalam mesyuarat
khas program Ihya’ Ramadhan.
6.8 Menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan.
6.9 Pelaksanaan aktiviti.
6.10Penilaian dan laporan aktiviti.

2
7.0 SUMBER KEWANGAN / PERBELANJAAN

 Kewangan PCG
 Sumbangan individu

Berikut merupakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERBELANJAAN KUANTITI HARGA JUMLAH


(RM) (RM)
1 Hamper alat tulis Kuiz 5 28 140
Terkumpul
2 Hamper alat tulis Teka 5 28 140
Silang Kata
3 Hamper alat tulis tokoh 2 28 56
Ramadan 2018
4 Hamper alat tulis melukis 5 28 140
& Mewarna
5 Hamper alat tulis 5 28 140
membuat poster Ramadan
6 Hamper alat tulis pameran 3 28 84
7 Banner 1 150 150
JUMLAH 850

3
8.0 JAWATAN INDUK

Pengerusi : Tuah Hj. Arbin bin Setta

Timbalan Pengerusi : En. Wepin Bin Saimin

Naib Pengerusi I : Puan. Arobiiah binti Abdul Rahman

Naib Pengerusi II : En. Piri ak Bantil

Naib Pengerusi III : En. Anton bin Supu

Penyelaras : Ust. Muhammad Mukhtadin bin Suripto

Timb. Penyelaras : Ust. Mohd Abdul Halim bin Mohd Ariffin

Setiausaha : Ust. Hasbi bin Hj Muh Ali

Bendahari : Ust. Siti Nur Mazdillah binti Abd Salleh

AJK :

Persiapan pentas P.A Sistem


Pn. Arnizah binti Ardi En. Abd Azis bin Rasid
Pn. Norlitaevawani binti Ambar En. Muhamad Azmi bin Hussin
Pn. Isnawiyah binti Ali
En. Baharun

Persiapan dewan/dataran Publisiti


En. Adzhari bin Serdin @ Shahruddin Semua Guru kelas, ketua kelas dan
En. Razlee bin Robinson penolong ketua kelas.
En. Irwan bin Japar
En. Sahama bin Salleh
Pengacara Majlis Disiplin dan kawalan pelajar
En. Mohd. Fakrul Radzi bin Mohamed En. Azekar bin Talib
Esa En. Asruddin bin Abdul Jabar
En. Abd Rahman bin Nasaruddin
Cik Ardianawati binti Ishak
Jemputan Penceramah Hadiah
Ust. Hasbi bin Hj Muh Ali Ust. Siti Nur Mazdillah binti Abd Salleh
Cik Nor Hasyimah binti Abd Salleh
Pn. Masnah binti Basiri
Pn. Liz binti Asip
Pn. Norhidayah binti Ruslan
Gambar dan Dokumentasi
Muhammad Shafiq
Pn. Faridah binti Pawe

4
9.0 Tentatif Program Ihya’ Ramadhan 1431H

Bil Aktiviti Butiran Tindakan

1 Perasmian Ihya Jumaat (18.5. 2018)


Ramadan
1 Munajat  Memperdengarkan Alunan En. Abd Rahman bin
Ramadhan zikir/Asmaul husna/nasyid/bacaan Nasaruddin
al-Quran melalui pembesar suara Pn. Nor Hayati Haliza
sekolah. binti Mohd
Waktu awal pagi dan Rehat Cik Nor Hasyimah binti
Sepanjang Ramadhan Abd Salleh

 Memperdengarkan Alunan En. Sapri bin Kassim


zikir/Asmaul husna/nasyid/bacaan Pn. Norhidayah binti
al-Quran melalui pembesar suara Ruslan
sekolah. Pn. Liz binti Asip
Waktu Rehat Petang
Sepanjang Ramadhan
2 Pameran Islam Sepanjang bulan Ramadan Muhammad Mukhtadin
bin suripto
Pameran berkaitan dengan puasa Pn. Faridah binti Pawe
dilaksanakan di pondok SPBT. Cik Ardianawati binti
Ishak
Pameran Islam yang merangkumi Kartun
Islam, Adab Islam/Fiqh akan ditukar setiap
2 hari
(sepanjang ramadan)
3 Kuiz terkumpul  Soalan akan di tampal di sudut dalam Muhammad Mukhtadin
pameran di pondok SPBT. bin suripto
Pn. Faridah binti Pawe
(1 hari satu soalan bermula 18 mei Cik Ardianawati binti
hingga 7 jun 2018 = 10 soalan) Ishak
4 Kuiz teka silang Penyertaan terbuka Semua ketu kelas
kata
5 Membuat poster Penyertaan terbuka Muhammad mukhtadin bin
sempena ramadan suripto
@ hari raya Tarikh hantar 5 jun 2018
5 Buletin  Akan ditampal di setiap kelas Muhammad Mukhtadin
Ramadhan bin Suripto
semua

6 Jom 10 sen  Tabung akan diletakkan dan dikutip En. Muhammad Razali
selepas waktu perhimpunan atau dari Che‘llah
kelas ke kelas. Pn. Sarimah binti Baco
 Duit terkumpul akan di masukkan ke En. Azekar bin Talib
dalam masjid terdekat.
(Sepanjang Ramadan)

5
7 Solat Dhuha Pelajar dan guru akan melaksanakan solat Semua pelajar muslim
dhuha di surau sekolah
(keterlibatan guru dan
(sepanjang ramadhan) AKP amat di galakkan)
8 Pertandingan Pelajar kelas belakang akan dibuka En. Baharun
melukis dan pertadingan mewarna untuk menarik En. Abd Rahman bin
mewarna penyertaan mereka di dalam program ihya’ Nasaruddin En. En.
ramadhan. Sahama bin Salleh
Ust. Hasbi bin Hj. Muh Ali
Tarikh hantar 5 jun 2018 Pn. Masnah binti Basiri

8 Tadarus Al-Quran Guru-guru dan kakitangan perlu Semua Guru dan AKP
Lampiran A menghabiskan bacaan masing-masing
sebelum hari Jumaat (8 jun 2018).

Guru dan AKP digalakkan untuk membaca


al-quran bersama-sama pelajar untuk
menghabiskan bahagian anda

9 Majlis Khatam 8 Jun 2018 (Jumaat) pagi Lihat Jawatan Induk


Al-Quran dan
Ceramah ambang  Majlis khatam al-Quran akan
Aidilfitri dilaksanakan pada waktu pagi dan
ceramah yang akan disampikan oleh
Ust/Ustz jemputan serta penyampaian
hadiah kepada para peserta

8 Jun 2018
Majlis Khatam al-Quran dan Ceramah
Ambang Aidilfitri serta penyampaian
hadiah bagi pertandingan

0730 Majlis Khatam al-Quran


0830 Solat Dhuha berjemaah
0900 Ceramah Ambang Ramadan
1030 Gotong Royong
11.15 bersurai

6
Lampiran A

Kumpulan Tadarus Guru-Guru dan Kakitangan


SMK Kalabakan

JUZUK NAMA
1 Ust. Hasbi bin Hj. Muh Ali
2 En. Wepin bin Saimin
3 Pn. Arobiiah binti Abdul Rahman
4 En. Anton bin Supu
5 En. Abd Azis bin Rasid
6 Pn. Isnawiyah binti Ali
7 En. Irwan bin Japar
8 En. Razlee bin Robinson
9 En. Sapri bin Kassim
10 En. Sahama bin Salleh
11 Pn. Liz binti Asip & Pn. Norhidayah binti Ruslan
12 En. Adzhari bin Serdin @ Shahruddin
13 En. Asruddin bin Abdul Jabar
14 Pn. Sarimah binti Baco & Pn. Norlitaevawani binti Ambar
15 Pn. Arnizah binti Ardi & Pn. Masnah binti Basiri
16 Pn. Nor Hayati Haliza binti Mohd
17 En. Azekar bin Talib
18 En. Muhammad Razali Che‘llah
19 Ust. Mohd Abdul Halim bin Mohd Ariffin
20 En. Mohd. Fakrul Radzi bin Mohamed Esa
21 Ust. Muhammad Mukhtadin bin Suripto & En. Baharun
22 Ust. Siti Nur Mazdilah Mazlan
23 En. Mohd. Shafiq bin Ruslan
24 Hj. Arbin bin Setta
25 Cik Nor Hasyimah binti Abd Salleh
26 Pn. Faridah binti Pawe & Cik Ardianawati binti Ishak
27 En. Abd Rahman bin Nasaruddin
28 En. Muhamad Azmi bin Hussin
29 Pn. Siti Hasna binti Yusuf
30 Pn. Surailah binti Amit & Pn. Putri binti Chongge

7
10.0 PENUTUP

Semoga program ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada warga
SMK Kalabakan Khususnya para pelajar dalam menghayati dan mengamalkan segala
amalan yang wajib dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat
yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seterusnya untuk mencari keredaanNya di
dunia dan di akhirat. Insya-Allah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. ………………………….....................
(Muhammad Mukhtadin bin Suripto) (Mohd Abdul Halim bin Mohd Ariffin)
Penyelaras Ihya’ Ramadhan 1439H Ketua Panitia Pendidikan Islam
SMK Kalabakan SMK Kalabakan

Disahkan oleh,

…………………....
(Hj. Arbin bin Setta)
Pengetua
SMK Kalabakan

Anda mungkin juga menyukai