Anda di halaman 1dari 3

MODUL PDPR SAINS TAHUN TIGA

SASARAN:MURID TAHUN 3
TEMPOH : 1 MINGGU
JUMLAH MURID:10 Orang
STANDARD KANDUNGAN : 7.1 Objek atau bahan yang lebih tumpat atau kurang tumpat daripada
air.
STANDARD PEMBELAJARAN :
7.1.3 Menyelesaikan masalah bagi mengenal pasti kaedah untuk menjadikan air lebih tumpat.
7.1.4 Menjelaskan pemerhatian tentang objek atau bahan yang lebih tumpat dan kurang tumpat
daripada air melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif.
OBJEKTIF
MURID DAPAT :
 Membuat kesimpulan cara yang membolehkan air menjadi lebih tumpat.
 Mengaplikasikan pengetahuan tentang ketumpatan dengan menjalankan projek atau
aktiviti.

AKTIVITI :

1. Murid-murid lakukan aktiviti ujikaji ini di rumah dengan bantuan ibu atau bapa.

Kaedah:

1. Sediakan 2 gelas berisi air.

2. Masukkan telur ke dalam gelas pertama. (pemerhatian: telur


tenggelam)

3. Larutkan garam ke dalam gelas kedua. Masukkan telur ke


dalam air garam (pemerhatian: telur terapung)
1. Objek atau bahan di sekeliling kita ada yang boleh timbul di permukaan air dan ada
yang boleh tenggelam di dasar air.
2. Timbul dan tenggelam sesuatu objek adalah berhubung kait dengan ketumpatan objek
tersebut terhadap ketumpatan air.
3. Ketumpatan setiap objek adalah berbeza.
4. Objek yang kurang tumpat daripada air akan timbul.
5. Objek yang lebih tumpat daripada air akan tenggelam.
6. Air boleh menjadi lebih tumpat apabila garam atau gula ditambah.
7. Aplikasi ketumpatan dalam kehidupan harian adalah seperti
• Sauh besi,
• Jaket keselamatan perenang, dan
• Pelampung pada sangkar ternakan ikan.

LATIHAN:
5. Berdasarkan aktiviti yang telah kamu lakukan bersama ibu bapa kamu, mengapakah
telur dalam gelas pertama tenggelam. Mengapakah pula telur dalam gelas kedua
terapung? Jelaskan.

Anda mungkin juga menyukai