Anda di halaman 1dari 6

Tujuan

: Mengenal pasti keadaan yang diperlukan untuk mengapung, terapung dan tenggelam

Aktiviti

: Menyiasat mengapa sesuatu jasad terapung atau tenggelam didalam cecair

Hipotesis

: Semakin tinggi kepekatan larutan, semakin tinggi daya untuk mengapungkan objek

Teori

: Prinsip Archimedis 1. Apabila seketul gabus dilepaskan, gabus itu akan naik ke permukaan air dengan serta merta. Ini kerana gabus itu mengalami daya tujah ke atas yang disebabkan oleh air. 2. Fenomena keapungan yang sama turut membolehkan kita berenang kerana wujudnya daya tujah atas yang bertindak ke atas badan kita. 3. Objek yang berketumpatan kurang daripada ketumpatan cecair yang menampungnya,daya tujah ke atas akan menyebabkan objek tersebut terapung. 4. Sekiranya objek itu lebih tumpat daripada cecair yang menampungnya, ia akan tenggelam walaupun daya tujahan tetap wujud. Ini kerana magnitud daya tujah atas yang bertindak tidak mampu untuk menyokong berat objek . Sumber : http://fizik2004.tripod.com/prinsip1.htm

Bahan bahan

: dua silinder penyukat, larutan saline, 2 biji telur, dan 5 bola plastisin (50g setiap satu)

Prosedur

: 1. 2 silinder penyukat diisi penuh oleh air paip dan satu lagi diisi dengan larutan garam. Telur diletakkan dan perubahan diperhatikan 2. 3 bola plastisin diambil dan setiap satu ditimbang supaya 50gram. Plastisin tersebut dibentukkan kepada bentuk perahu, satu dengan dinding yang rendah dan satu lagi dengan dinding yang tinggi 3. Bola seberat 50 gram dan dua bot tersebut ditempatkan didalam bikar berisi air 4. 2 biji bola seberat 50g yang lain diambil dan diletakkan secara perlahan lahan ditengah tengah bot. Pemerhatian dicatatkan 5. Inferens dicatatkan untuk setiap pemerhatian 6. Laporan ditulis untuk eksperimen ini

Keputusan :

Pemerhatian terhadap telur : Air Paip Telur Tenggelam Air Garam Telur terapung

Pemerhatian terhadap plastisin yang diletakkan dalam air :

Bentuk plastisin Plastisin diletakkan dalam air

Perahu sisi rendah

Perahu sisi tinggi

Bola plastisin 50g

terapung

terapung

tenggelam

Apabila bola 50g ditambahkan ditengah bot tenggelam Terapung -

Perbincangan : 1. Kenapa objek timbul atau tenggelam didalam cecair Sesuatu objek timbul didalam cecair apabila ketumpatannya adalah kurang daripada cecair tersebut. Sesuatu objek juga akan tenggelam apabila ketumpatan objek tersebut adalah melebihi cecair yang menampungnya.

2. Bolehkan objek yang lebih tumpat dari air terapung diatas air? Jelaskan Tidak boleh. Kerana sekiranya objek itu lebih tumpat daripada cecair yang menampungnya, ia akan tenggelam walaupun daya tujahan tetap wujud. Ini kerana magnitud daya tujah atas yang bertindak tidak mampu untuk menyokong berat objek . 3. Senaraikan faktor yang mempengaruhi keapungan objek

Factor yang mempengaruhi keapungan sesuatu objek adalah : 1. Isipadu objek yang terendam didalam cecair tersebut 2. Ketumpatan cecair. 3. Pecutan graviti

Kesimpulan : Keapungan sesuatu objek dipengaruhi oleh ketumpatan dan isipadu sesuatu objek atau cecair tersebut.

Mastery of Knowledge And Skill Questions Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan berikut : a) Apakah yang kamu belajar daripada aktiviti ini? Daripada aktiviti ini saya dapat belajar bahawa daya keapungan sesuatu objek adalah dipengaruhi oleh kadar ketumpatan cecair dan sesuatu objek. Daya keapungan juga dipengaruhi oleh Isipadu objek yang terendam didalam cecair tersebut. Plastisin yang dibentuk menjadi kapal yang bersisi tinggi adalah mempunyai isipadu yang lebih kurang berbanding kapal yang mempunyai sisi yang rendah, jadi ia mempunyai kadar keapungan yang lebih tinggi.

b) Pada bahagian manakah kukurikulum sekolah rendah mengajar tajuk seumpama ini? Finding out the thing and float or sink, tahun 1 dan tahun 2 c) Bincangkan bagaimana kamu boleh menggunakan aktiviti ini didalam proses pengajaran dan pembelajaran Aktiviti ini boleh diaplikasikan dalam proses P&P dengan mengadakan aktiviti seperti eksperimen dan demonstrasi. Pada mulanya kita harus mengadakan set induksi seperti tayangan powerpoint atau animasi mengenai tajuk keapungan untuk merangsang minat murid. Setelah itu kita boleh mengadakan aktiviti dalam bentuk kumpulan dengan menjalankan eksperimen seperti menguji keapungan pelbagai objek didalam air. Kita harus membiarkan murid merasai sendiri hasil eksperimen ini supaya mereka lebih mudah untuk faham konsep tajuk ini.

d) Apakah peranan guru didalam aktiviti ini? Peranan guru ialah menerangkan pelajar konsep dan mencipta masalah untuk pelajar selesaikan. Guru perlu mengemukakan situasi masalah yang perlu

diselesaikan oleh pelajar. Kemudiannya memberikan penerangan susun atur bagaimana untuk menjalankan aktiviti. Untuk meningkatkan pemahaman pelajar, guru seterusnya berperanan sebagai demonstrator dengan menunjukkan cara aktiviti dilaksanakan. Semasa aktiviti dijalankan, guru harus memantau setiap perkembangan dan mengemukakan soalan soalan yang berkaitan. Ini penting untuk merangsang minda murid dan supaya mereka tidak tersilap konsep menganai tajuk keapungan ini. Diakhir aktiviti, guru harus mengadakan perbincangan dengan murid murid. Guru harus meminta pandangan serta pendapat murid dan membetulkan silap faham dikalangan murid jika ada. Guru juga harus berpesan kepada murid jangan membuat eksperimen ini bersendirian dikawasan berbahaya seperti sungai atau tali air.

Anda mungkin juga menyukai