Anda di halaman 1dari 1

DOA PROGRAM ROAD TO PT3

Assalamualaikum w.b.t
Kepada hadirin yang beragama Islam, marilah bersama-sama kita menadah tangan
mengaminkan doa, manakala kepada hadirin yang bukan beragama Islam diminta untuk
bertafakur seketika.

Bimillahirrohmanirrohim.
Alhamdulillah hirobbil alamin, wassola tuwassala asyrofil anbiya iwal mursalin,
wa ala alihi wasohbihi ajmain.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas
kurniaanMu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa
bersyukur samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah
kepada kami .
Allah Humma Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini, di dalam Program Road
To PT3 kerana ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi
kami sebagai hambaMu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa
kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga
dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Allah, Ya Zal Jala li Wal Ikram,
Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani kepada
kami. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan
pengetahuan serta bimbingan guru-guru kami yang kami kasihi.
Ya Allah, Ya Fatta hu Ya Alim,
Kurniakanlah juga kepada kami kecergasan minda dan ketenangan jiwa.
Berikanlah kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi perjuangan kami menimba dan
mencari ilmu pengetahuan. Anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami
dalam semua ujian dan pencapaian.
Robbana atina fiddun ya hasanah, wa fil akhiroti hasanah, wa khina aza bannar,
Walhamdulillahi robbil alamin.

Anda mungkin juga menyukai