Anda di halaman 1dari 8

MAKLUMAT UMUM

Sekolah Kebangsaan Sungai Layar merupakan sekolah yang saya hadiri untuk PBS siri
4. Tugasan yang diberikan kepada kami pelajar elektif PSV adalah menjalankan temuramah
bersama guru Pendidikan Seni di sekolah ini. Perkara yang perlu dikenal pasti semasa
menjalankan temuramah adalah pemasalahan yang dihadapi oleh guru semasa menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran subjek pendidikan seni visual.
Kami meminta izin untuk melihat sendiri proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru
berkenaan menjalakan PdP. Dengan pemerhatian kami dapat melihat sendiri masalah yang
timbul semasa PdP dijalanakan. Oleh itu pemahaman kami akan menjadi lebih jelas berkenaan
masalah yang akan dibincangkan dalam tulisan ini.
Sekolah ini merupakan sekolah luar bandar oleh itu pelajar sekolah ini kebanyakannya
berlatarbelakangkan keluarga kampung. Kelas tahun 4 Bulan menjadi subjek pemerhatian saya
untuk mencari pemasalahan yang timbul semasa proses PdP dijalankan. Kelas ini merangkumi
24 orang murid yang memiliki variasi abiliti. Tajuk kolaj menjadi tajuk pembelajaran pada hari
tersebut.

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


DALAM KELAS
Kelas hari tersebut dimulakan dengan set induksi oleh guru tersebut. Set induksi
merupakan satu bahagian proses pembelajaran dimana guru menghubungkait maklumat sedia
ada dengan maklumat baharu untuk menyediakan pelajar untuk subjek pada hari itu. Guru
tersebut memaparkan gambar-gambar sayur sayuran yang dihasilkan menggunakan teknik
kolaj. Set induksi juga bertindak sebagai penarik perhatian kepada topik pembelajaran pada
hari itu. Gambar yang digunakan oleh guru tersebut merupakan gambar cili hijau yang dibuat
menggunakan teknik kolaj. Selain daripada itu guru tersebut juga memaparkan hasil karya yang
lain berasaskan kolaj kepada murid-murid.
Seterusnya merupakan peringkat persembahan oleh guru mengenai teknik kolaj.
Peringkat persembahan merupakan peringkat dimana guru memberi input mengenai topik yang
akan dipelajari pada hari tersebut. Persembahan amat penting bagi memastikan murid
menerima info yang mencukupi mengenai teknik kolaj yang akan mereka pelajari pada hari itu.
Selain daripada itu, peringkat persembahan juga merupakan satu peringkat yang akan
menentukan keberkesanan prose PdP pada hari itu. Guru tersebut menggunakan teknik
demonstrasi untuk proses pengajaran. Guru tersebut memulakan demonstrasi dengan
menunjukkan gambar sebiji cili yang tidak mempunyai warna di atas kertas majung, selepas itu
beliau mengambil beberapa keeping kerta berwarna merah yang telah dipotong dan
melekatkannya diruangan kosong yang terdaapt di gambar cili tersebut. Penyusunan warna
adalah mengikut warna sebenar sayur sayuran tersebut.
Peringkat praktis adalah peringkat yang seterusnya. Pada peringkat ini guru
memberikan gambar yang tidak berwarna bersama potongan potongan kertas. Murid akan
menghasilkan karya menggunakan teknik kolaj dengan bantuan guru. Pada peringkat ini aktiviti
yang dijalankan mengandungi klu-klu atau tutorial yang jelas mengenai apa yang perlu
dilakukan dari masa ke semasa. Pada masa ini murid-murid merasai sendiri bagaimana
caranya menghasilkan karya menggunakan teknik kolaj. Selain daripada itu peringkat ini juga
menjadikan murid-murid semakin biasa dengan teknik kolaj menjadikan mereka bersedia untuk
menjalani peringkat aktiviti yang seterusnya.
Selepas peringkat praktis, peringkat penghasilan mengambil tempat. Peringkat ini
merupakan peringkat dimana murid-murid menggunakan teknik dan ilmu yang dipelajari pada
peringkat sebelum-sebelumnya dan menghasilkan sebuah karya daripadanya. Pada peringkat

ini, guru hanya membekalkan kertas hitam kepada murid-murid. Murid-murid dikehendaki
menghasilkan karya kolaj diatas kertas tersebut berdasarkan objek yang mereka sukai. Guru
akan memantau murid-murid semasa penghasilan karya. Guru juga memberikan bantuan
kepada pelajar yang memerlukan bantuan semasa proses penghasilan karya. Peringkat ini
memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu yang baru dipelajari lalu memberikan
lebih kefahaman dan keseronokan kepada mereka kepada proses pembelajaran pada hari itu.
Penutup merupakan proses terakhir kepada sebuah PdP yang dijalankan didalam kelas
bagi memastikan murid-murid dapat merasional ilmu-ilmu yang dipelajari pada hari tersebut.
Guru menyatakan nilai-nilai yang bole dipelajari melalui aktiviti yang mereka jalankan pada hari
itu. Kesabaran dan ketelitian akan menghasilkan sebuah karya yang cantik dan memuaskan
hati merupakan nilai yang dinyatakan oleh guru tersebut. Guru mengakhiri kelas pada hari
tersebut dengan memberikan kerja rumah kepada murid-murid.

PEMASALAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Masalah merupakan satu unsur yang tetap akan ada dalam sesebuah perkara. Pada
pemerhatian saya semasa guru in menjalankan PdP beliau di kelas terdapat beberapa masalah
yang timbul dan menarik perhatian saya semasa proses PdP dijalankan didalam kelas.
Permasalahan yang pertama adalah guru kurang sensitif dengan keadaan semasa
murid-murid. Keadaan semasa murid-murid merujuk kepada kesediaan murid-murid untuk
belajar. Semasa kelas masih bising, guru tersebut menerangkan berkenaan kolaj tanpa
mengambil peduli kesediaan murid-murid kepada proses pembelajaran. Ini menunjukkan
bahawa guru tersebut mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang lemah.
Permasalahan yang kedua pula adalah pemilihan alat bantu mengajar yang lemah.
Proses demonstrasi yang dijalankan pada peringkat persembahan menggunakan kertas majung
sebagai medium pemapar. Seperti yang kita tahu kertas majung adalah sangat nipis, rapuh dan
mudah ditiup angin. Semasa proses mempersembahkan demonstrasi tersebut, jertas majung
tersebut tidak berada didalam kedudukan yang tetap kerana ditiup angin, ini akan menjejaskan
fokus pelajar dan boleh menyebabkan pelajar merasakan guru tersebut tidak Sirius semasa
mengajar. ini dapat dibuktikan apabila terdapat beberapa orang pelajar tidak menumpukan
terhadap apa yang dilakukan oleh guru tersebut dihadapan kelas.
Murid-murid yang tidak menunjukkan minat terhadap kelas menjadikan proses PdP
mengambil masa yang lebih panjang semasa proses praktis kerana pada peringkat ini guru
perlu memberi panduan kepada pelajar semasa proses penghasilan karya. Apabila terdapat
murid-murid yang tidak menumpukan perhatian maka guru terpaksa memberikan arahan yang
lebih jelas dan terperinci kepada mereka. Maka masa yang tinggal untuk pelajar yang lain untuk
peringkat seterusnya berkurangan.
Selain daripada itu, guru tersebut kelihatan seperti tidak bersedia dari segi pengetahuan
dan teknik mengenai penghasilan kolaj. Ini menunjukkan ketidak sediaan guru tersebut untuk
mengajar. Maklumat yang disampaikan kepada pelajar haruslah sahih, benar dan tepat bagi
mengelakkan konsep yang salah dalam sesebuah perkara.
Keadaan bilik darjah yang kurang kondusif juga merupakan antara masalah lain yang
timbul di dalam kelas tersebut. Kelas tersebut tidak mempunyai pengudaraan dan pencahayaan

yang baik. Untuk kelas seni pencahayaan dan pengudaraan merupakan perkara yang amat
penting bagi menjamin keselesaan pelajar menghasilkan karya.
Permasalahan-permasalahan yang timbul merupakan permasalahan yang boleh diatasi
dengan mudah sekali oleh para guru. Dengan meminimakan permasalahan di dalam sesebuah
PdP proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan bermakna.

REFLEKSI

Aktiviti yang dipilih oleh guru tersebut adalah amat bersesuaian dengan topic kolaj. Oleh
itu, untuk menjadikan pembelajaran pada hari itu lebih bermakna adalah dengan mengatasi
permasalahan-permasalahan yang timbul semasa proses PdP dan meminimakan kemunculan
pemasalahan-pemasalahan baru.
Guru sepatutnya meletakkan murid-murid sebagai nombor satu didalam kelas kerana
mereka umpama pelanggan yang dating kekedai ingin membeli (ilmu). Sebagai seorang guru,
segala aspek perlu diambil kira agar murid-murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan
lebih berkesan dan bermakna.
Untuk pemilihan ABM pula, pada pendapat saya adalah bernas jika guru tersebut
menggunakan papan hitam atau papan putih yang terdapat didalam kelas tersebut. Ini kerana
saiz papan tersebut adalah besar dan murid-murid dan memberikan perhatian dengan lebih
mudah kepada guru yang sedang mengajar dihadapan. Selain daripada itu, guru juga perlu
peka dengan keadaan pelajar. Guru boleh memberikan arahan supaya bertanya jika ada apaapa yang tidak difahami. Ini menjadikan interaksi dua hala lebih berkesan dan menjadikan
pembelajaran pada hari itu lebih berkesan dan bermakna.
Selain daripada itu, guru juga perlu lebih bersedia dengan topik yang ingin diajar pada
hari tersebut agar segala pertanyaan dapat dijawab serta murid-murid akan menunjukkan
perhatian yang lebih jika guru tersebut berkeyakinan semasa mengajar. Atmosfera kelas juga
akan bertambah baik dan mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pelajar.
Kesimpulannya, perancangan yang baik tidak semestinya menjamin proses PdP yang
baik. Guru perlu sentiasa meramal permasalahan yang akan timbul semasa PdP sedang
berlansung. PdP yang baik adalah perancangan yang baik serta kesedian guru yang baik.
Tugasan ini banyak memberi pengalaman dan ilmu baharu kepada saya sebagai bakal guru.
Saya rasa dengan ilmu-ilmu seperti ini saya dapat menyiapkan diri saya untuk menjadi seorang
guru yang baik dimasa hadapan.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai