Anda di halaman 1dari 3

TEKS JURU ACARA

PROGRAM SAINS MATEMATIK (SaMa), UNIT SAINS MATEMATIK, SEKTOR


PEMBELAJARAN, JPN SELANGOR
TARIKH : 02 SEPTMEBER 2021 (Jumaat)
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : GOOGLE MEET

Bil Tentatif JK
1 Aluan Juru acara En. Mohd Johari bin Jamaludin (PP Unit Sains
Matematik)
2 Bacaan Doa En. Mohd Johari bin Jamaludin
3 Ucapan Pembukaan Puan Hjh. Rashidah binti Mohamad Yusof (KPPK
USM,SPB JPN Sel)
4 Sesi Taklimat oleh penceramah Muhammad Rashiddiq B. Hassan
Guru Sains Tambahan (SMK Kuala Selangor)
5 Rumusan Datin Hjh. Nor faridah binti A Bakar ( Timb. Pengarah
Sektor Pembelajaran, JPN Selangor)
Atau wakil
6 Penutup

Agenda Butiran Catatan


Aluan Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillahirobil Alamin…..
Juruacara
Salam takzim mulanya ucapan. Program Sains Matematik diberi
gelaran. SaMa 2.0 jadikan singkatan. Platform Google Meet dan You
tube medium tontonan. Di petang ini tibalah giliran Sains Tambahan.
Penceramah hebat jadi jemputan. En. Muhammad Rashiddiq B. Hassan
membuat penampilan.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam JPN


Selangor terbilang.

1. Yang berusaha – Datin Nor Faridah binti A Bakar ( Timb. Pengarah


SPB, JPN Selangor)
2. Yang dihormati – Puan Hjh. Rashidah binti Mohamad Yusof (KPPK,
USM, SPB JPN Sel)
Salutasi 3. Yang dihormati – Puan Norolhuda binti Abd Rani (KPP, USM, SPB JPN
Selangor)
4. Yang dihormati – Penceramah – En. Muhammad Rashiddiq B. Hassan
5. Yang dihormati – Pegawai-pegawai daripada JPN Selangor, Pegawai-
pegawai daripada PPD Negeri Selangor, guru-guru dan murid-murid
 Tuan-tuan dan Puan-puan, Saudara dan Saudari Yang dirahmati Allah
SWT.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke
hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmatNya, kita
diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Program Sains Matematik
(SaMa) 2.0 Unit Sains Matematik, Sektor Pembelajaran, JPN Selangor.
Untuk itu saya mengalu-alukan kehadiran semua hadirin ke program
pada petang ini.
Bagi memulakan dan memuliakan progrma pada petang ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar
segala urusan mendapat rahmatNya.
Bacaan Doa Bacaan doa oleh diri sendiri – tak perlu jemput
Amin, amin Ya Rabbal Alamin semoga dengan bacaan doa itu program
pada petang ini akan berjalan lancar dan sempurna.

Terbang di awan burung Jentayu,


Kerana penat, gugur ke bumi,
Tampil lah tuan, Kami merayu,
Ucapan Bersama amanat bekalan kami.
Saya dengan sukacita nya menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha Puan Hjh Rashidah binti Mohamad Yusof (KPPK, USM, SPB JPN
Sel) untuk menyampai ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Berusaha Puan Hjh. Rashidah di atas ucapanyang telah
disampaikan.
Biodata
Pencerama
h Sebelum kita teruskan agenda program pada petang ini, izinkan saya
memperkenalkan serba sedikit latarbelakang penceramah pada petang
ini.
Nama : Muhammad Rashiddiq B. Hassan
Pengalaman mengajar : 15thn
Sekolah : SMK SULTAN ABDUL AZIZ 2007-2011
SMK KUALA SELANGOR 2012-sekarang
Subjek mengajar : Sains, biologi & sains tambahan

Bagi meneruskan program pada petang ini saya dengan rendah diri dan
Pencerama
sukacitanya menyerahkan teraju dan haluan pengacaraan kepada
h penceramah yang arif lagi bijaksana. Untuk itu saya menjemput dan
mempersilakan En. Muhammad Rashiddiq B. Hassan bagi meneruskan
agenda program. Dengan segala hormatnya dipersilakan cikgu….

Pesan Imam Bukhari:


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah
waktu untuk bermain, itu adalah rahasia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah
waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah
waktu untuk mencintai dan dicintai, karena itu adalah hak istimewa
yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju
kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan
hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidup terasa berarti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah
waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju surga.

Anda mungkin juga menyukai