Anda di halaman 1dari 3

‫هللا ْالرَّ حْ ٰم ِن ْالرَّ ِحيْم‬

ِ ‫ِبسْ ِم‬

‫الحمد هلل ربّ العالمين والصالة والسّالم على َس ِّي ِد َنا محم ٍد َو َع َلى ﺁلِ ِه َوأَصْ َح ِاب ِه أَجْ َم ِعي َْن‬

‫اغفِرْ َل َنا ُذ ُن ْو َب َنا َو َك ِّفرْ َع َّنا َس ِّي َئا ِت َنا‬ْ ‫ َر َّب َنا َف‬.‫ان أَنْ ﺁ ِم ُن ْوا ِب َر ِّب ُك ْم َفا َم َّنا‬ ِ ِ‫َربَّنا ﺇ َّن َنا َس ِمعْ َنا ُم َنا ِديًا ُي َنا ِديْ ل‬
ِ ‫ال ْي َم‬
ُ‫ك الَ ُت ْخلِف‬ َ ‫ َر َّب َنا َوﺁ ِت َنا َما َو َع ْد َت َنا على ُر ُسل َِك َوالَ ُت ْخ ِز َنا َي ْو َم ْالقِ َيا َم ِة ﺇ َّن‬.‫ار‬ َ
ِ ‫َو َت َو َّف َنا َم َع ْاألب َْر‬
‫ ْال ِمي َْعا ِد‬.
‫ يا غ ّفار‬،‫ يا عزيز‬،‫الله ّم يا رحمن‬

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini secara maya di rumah


masing-masing, bagi melahirkan rasa syukur kami kepada mu Ya Allah
di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba
Mu yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang melimpah ruah kepada
kami.

‫الله ّم يا ربّ العالمين‬

Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan sempena


Sambutan Kemerdekaan ke -64 , Tahun 2021 ini, kami memohon
ihsan daripada Mu Ya Allah, agar engkau kurniakan kepada kami
dan negara kami nikmat kesejahteraan, keamanan, kestabilan,
ketenangan dan keselamatan yang berterusan, dan engkau
lindungilah kami semua dan negara kami daripada segala
keburukan, porak peranda, kacau bilau, ketidakstabilan,
kemungkaran dan kejahatan musuh-musuh kami.

‫يا حي يا قيوم‬
Engkau peliharalah tanahair kami Malaysia yang kami cintai ini.
Engkau peliharalah perpaduan di antara kami demi kepentingan
kepentingan negara Malaysia yang kami kasihi. Ya Allah kami
bersyukur kepadaMu kerana dapat hidup dalam keadaan aman
damai harmoni saling percaya mempercayai, hormat
menghormati serta tolong menolong di antara rakyat yang
menjadi tunjang kepada kemakmuran negara kami.
‫اللهم اجعل هذا البلد آمنا مطمئنا سخيا رخيا وسائر بالد المسلمين‬

Ya Allah Engkau jadikan lah negara kami ini dan seluruh negara
umat islam negara yang aman sentosa dengan limpahan
kebaikan dan kesenangan.

‫اللهم ولي أمورنا خيرنا ووال تولي علينا شررنا‬

Ya Allah Engkaulah lantik lah yang terbaik ‫يشقهحشيش نشمشىلشى‬


sebagai pemimpin kami dan jangan lah hendaknya Engkau lantik
yang jahat dan buruk akhlaknya sebagai pemimpin kami.

‫اللهم أصلح أئمتنا ووالة أمورنا اللهم حبب الينا واليهم اإليمان وزينه في قلوبنا وقلوبهم وكره‬
‫الينا وإاليهم الكفر والفسوق والعصيان واجعلنا وإياهم من الراشدين‬

Ya Allah engkau Islahkan lah dan engkau perelokkan lah


pemimpin dan pemerintah negara kami . Engkau masukkan lah
keimanan ke dalam diri kami dan mereka, Engkau hiasilah hati
kami dan hati mereka dengan hiasan keimanan kepada Mu Ya
Allah. Engkau datangkan Lah kepada kami dan kepada mereka
rasa benci kepada kekufuran, kefasikan, kemunafikan dan
kemaksiatan. Ya Allah engkau jadikan diri kami dan juga mereka
dari kalangan yang mendapat petunjuk Mu Ya Allah.

‫اللهم أصلح ذات بيننا والف بين قلوبنا واهدنا سبل السالم‬

Ya Allah perelokkanlah hubungan sesama kami, Jinakkan lah


hati-hati kami sesama kami, dan Engkau tunjukkan lah kami
jalan-jalan kesejahteraan.

‫اللهم دافع البالء إدفع عنا البالء والوباء واألمراض وسئ األسقام عن بالدنا خاصة وعن سائر‬
‫البالد المسلمين‬
Ya Allah Tuhan yang mampu menolak segala bala bencana

Engkau hindarkan lah segala bala bencana, segala wabak dan


segala penyakit yang menakutkan dari Negara kami khususnya
dan seluruh Negara-negara umat islam amnya.

Ya Allah bagi Mu segala kepujian yang dengan nya kami memuji


dan memujaMu, Bagi Mu segala kebaikan yang dengannya kami
memohon dan merayu. BagiMU segala penyelesaian yang
dengan nya kami mengadu segala permasalahan kami
Ya Allah Engkau angkatlah dengan segera wabak Covid 19 ini
dari bumi mu ni Ya Allah.

‫صلَّى هللاُ َع َلى َس ِّي ِد َنا محم ٍد‬ َ ‫ َو‬.‫اب ال َّنار‬ َ ‫َر َّب َنا ﺁ ِت َنا فِى ال ُّد ْن َيا َح َس َن ًة َوفِى ْاألخ َِر ِة َح َس َن ًة َو ِق َنا َع َذ‬
‫ ﺁ ِمي َْن َيا َربَّ ْا ٰلع َل ِمي َْن‬.‫ك َيا أرْ َح َم الرَّ ا ِح ِمي َْن‬َ ‫ ِب َرحْ َم ِت‬.‫و َع َلى ﺁلِ ِه َوأَصْ َح ِاب ِه أَجْ َم ِعي َْن‬.َ

Anda mungkin juga menyukai