Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TEBEDU

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SERIAN

KERTAS KERJA
PEMBELIAN PERALATAN AUDIO
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI
(PPKI)

Tahun 2021
1.0 PENGENALAN

Keperluan terhadap peralatan sistem audio bagi program PPKI di Sekolah


Kebangsaan Tebedu adalah menjadi keutamaan. Ini adalah untuk memastikan
setiap kegiatan serta aktiviti yang berasaskan proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) melibatkan murid-murid berkeperluan khas dapat dijalankan
dengan sebaiknya. Sehubungan dengan itu, sumber kewangan untuk membeli
peralatan dan kemudahan sistem audio tersebut adalah amat diperlukan. Ini
bagi memastikan misi dan visi program PPKI di SK Tebedu dapat dicapai serta
perkembangan pelajar dapat ditingkatkan dari masa ke masa.

2. 0 OBJEKTIF

1. Menyediakan prasarana sistem audio yang baik untuk kegunaan PPKI.

2. Menjadi platform utama untuk program Intervensi murid-murid


berkeperluan khas (Latihan bercakap di khalayak ramai).

3. Meningkatkan kualiti dan keberkesanan proses P&P bagi guru dan murid
PPKI.

4. Melaksanakan terapi yang dirancang untuk MBK.

3.0 SASARAN

 Murid-murid Berkeperluan Khas di PPKI SK Tebedu.

4.0 SUMBER KEWANGAN

 Wang Peruntukan Tahunan PPKI SK Tebedu.

Anda mungkin juga menyukai