Anda di halaman 1dari 2

TASKA KEMAS PERDA-TECH,

NO.44, LORONG PANCHOR UTAMA 6, TAMAN PANCHOR UTAMA,


14300 NIBONG TEBAL, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG

Rujukan kami :TSKKP-TECH/NT/100/ (4)


Tarikh : 15 Februari 2023
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan,
14200, Sungai Jawi,
Pulau Pinang.

Tuan,

MEMOHON PAMERAN KENDERAAN POLIS KE TASKA KEMAS PERDA TECH

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak TASKA KEMAS PERDA-TECH


memohon lawatan pameran kenderaan daripada pihak tuan. Lawatan ini adalah untuk
menambahkan pengetahuan kanak-kanak dan pengalaman dalam pelbagai bidang.

2 Kanak-kanak juga dapat meneroka dan melihat bahagian dalam kenderaan Polis. Selain
itu juga dapat mengetahui skop pekerjaan sebagai anggota Polis supaya dapat menarik minat
kepada kanak-kanak tentang pekerjaan seorang anggota Polis.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami telah memilih lawatan daripada pihak tuan untuk
memberikan pendedahan baharu kepada kanak-kanak tentang pekerjaan polis dan melihat
secara dekat kenderaan polis. Maka, kami berharap pihak tuan dapat bekerjasama dengan pihak
TASKA untuk lawatan ini.

3. Pihak kami memohon lawatan daripada pihak tuan seperti makluman berikut.

Tarikh : 28 Februari 2023


Hari : Selasa
Masa : 10.00 pagi
Tempat : TASKA KEMAS PERDA-TECH No 44, Lorong Pancur
Utama 6, Taman Pancur Utama, 14300 Nibong Tebal,
Pulau Pinang.
Bilangan kanak-kanak : 5 orang dan 3 orang pendidik masyarakat.
4. Oleh itu, kami berharap agar pihak tuan dapat pertimbangkan dan meluluskan
permohonan kami ini. Diharapkan pihak tuan dapat memberikan jawapan dalam tempoh
terdekat ini bagi memudahkan kami untuk membuat tindakan yang selanjutnya. Segala
kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat kami hargai

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“LUAR BANDAR SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..

(MUSHAFIZA BINTI MUSFASHAR)


0132332056
Pendidik Masyarakat
TASKA KEMAS PERDA-TECH

Anda mungkin juga menyukai