Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2014

HBHE1203

PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

NO. MATRIKULASI : 810220135164001


NO. KAD PENGNEALAN : 810220-13-5164
NO. TELEFON : 0198744764
E-MEL : emllyudinggau@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : MIRI LEARNING CENTRE


HBHE 1203 2

SENARAI KANDUNGAN

1. Pengenalan 3

2. Isi kandungan

Bahagian I

Esei

 Pengenalan

 Isi kandungan

 Kesimpulan

Bahagian II

Rancangan Pengajaran Harian

 Huraian Rancangan Pengajaran Harian

3. Kesimpulan keseluruhan

4. Lampiran

5. Rujukan
HBHE 1203 3

PENGENALAN

Cetusan transformasi pendidikan secara drastik berlaku apabila Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia(2013 – 2025) telah diperkenalkan yang mana antaranya mensasarkan
kanak – kanak agar memiliki kemahiran berfikir menjelang abad ke – 21 . Oleh itu, langkah
ke arah pemupukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi mula dipergiatkanterutamanya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains , Matematik dan Sejarah .
Menurut Tomei (2005) , berdasarkan pernyataan dalam buku Pentaksiran Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diterbitkan pada tahun 2013, Kemahiran Befikir Aras
Tinggi melibatkan kemahiran kognitif yang tertinggi seperti kemahiran
menganalisis,sintesis,menilai dan seterusnya penghasilan sesuatu idea baharu . Manakala ,
takrifan Kementerian Pelajaran Malaysia pula adalah seperti berikut ;
“Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,membuat
keputusan,berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu”
Petikan daripada : Buku Pentaksiran Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi , 2013.
Oleh itu , Kemahiran Berfikir Aras Tinggi boleh didefinisikan sebagai kemahiran yang
membolehkan murid – murid untuk berfikir pada tahap yang tertinggi iaitu dengan
menggunakan kemahiran mengaplikasi , menganalisis , menilai dan mencipta dalam
menyelesaikan satu permasalahan baharuyang mereka hadapi.

ISI KANDUNGAN

Oleh yang demikian, bagi memastikan sistem pendidikan Malaysia semakin


berkembang maka Kemahiran Berfikir Aras Tinggi juga perlu disebarluaskan dalam
matapelajaran lain seperti Pendidikan Kesihatan . Penyebarluasan ini boleh dijalankan
melalui 5 peringkat iaitu set induksi,penggunaan bahan asas atau bahan bantu mengajar , aras
soalan atau teknik menyoal , aktiviti atau gerak kerja dan latihan bertulis menurut kenyataan
yang dibuat oleh Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (Berita Harian ,2012). Justeru itu ,
kemahiran ini boleh dikembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Kesihatan secara berkesan melalui 5 kaedah iaitu melalui teknik penyoalan , alat berfikir ,
HBHE 1203 4

strategi pengajaran dan pembelajaran , aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan soalan –
soalan bertulis ataupun soalan pentaksiran .
Menurut Wilen (1995) , soalan – soalan yang baik akan dapat menjana pemikiran aras
tinggi . Ini kerana , objektif utama soalan – soalan diajukan kepada murid adalah bertujuan
untuk meningkatkan kognitif dan metakognitif murid dan memastikan murid terlibat untuk
berfikir secara kreatif . Oleh yang demikian , bagi mengalakkan pemikiran aras tinggi ini
maka bentuk soalan yang dikemukakan oleh guru hendaklah berdasarkan aras tinggi iaitu
mengaplikasi , menganalisis , menilai dan mencipta seperti mana yang terdapat dalam
Taksonomi Bloom oleh LorinAnderson (2001) setelah ditambahbaik.
Bagi aras mengaplikasi , guru boleh mengemukakan soalan yang memerlukan murid
untuk menggunakan prinsip atau maklumat dan membuat generalisasi tentang sesuatu
terhadap sesuatu masalah atau situasi baharu .Antara stem soalan yang boleh digunakan
secara lisan seperti “ Beri contoh lain bagi … , Adakah ini berlaku dalam….?dan Apakah
faktor yang akan anda ubah jika ….”.
Dengan berdasarkan kepada standard pembelajaran berikut ;
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan 1.2.1 Menyatakan batas sentuhan untuk
kemahiran untuk menangani pengaruh Menjaga keselamatandan
dalaman serta luaran yang mempengaruhi kehormatan diri.
kesihatan diri dan reproduktif

Maka contoh soalan yang boleh diajukan oleh guru kepada murid seperti ini , Gambarkan
situasi bagaimana seseorang murid tersebut menjaga batas sentuhan sewaktu dalam situasi
kecemasan.
Bagi aras menganalisis pula , guru boleh bertanyakan soalan yang memerlukan murid
mencerakinkan atau menstruktur maklumat kepada komponen – komponen yang lebih kecil
bagi memahami dan menentukan bagaimana bahagian struktur keseluruhan atau maklumat
berkaitan antara satu sama lain . Contoh stem soalan adalah seperti “Apakah fungsi….?,
Apakah pendapat anda tentang …? dan Apakah andaian anda mengenai…?” . Contoh soalan
, Nyatakan perbezaan batas – batas sentuhan bagi rakan lelaki dan rakan perempuan .
Bagi aras menilai , guru boleh mengemukakan soalan yang memerlukan murid untuk
melakukan pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard melalui pemeriksaan dan kritikan.
Contoh stem soalan “Apakah kesan ke atas …, Apakah cadangan anda tentang…? Dan Beri
HBHE 1203 5

alasan”. Contoh soalan , Apakah kesan yang akan berlaku apabila seseorang bertindak
melampaui batas sentuhan terhadap seseorang ? Bahaskan .
Bagi aras mencipta pula , soalan lisan yang dikemukakan hendaklah soalan yang
membolehkan murid untuk menggabungkan elemen untuk membentuk sesuatu , menyusun ,
menjana , merancang atau menghasilkan semula elemen kepada corak atau struktur yang
baharu . Contoh stem soalan seperti “Bolehkah anda merekabentuk ….. dan Gunakan cara
anda sendiri”. Contoh soalan , Dengan menggunakan gambaran anda sendiri , ceritakan
batas – batas sentuhan yang ada pada seorang murid yang berlainan jantina dari anda .
Oleh yang demikian , melalui soalan – soalan lisan seperti ini maka secara tidak langsung
murid akan mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan seterusnya dapat memupuk
kemahiran ini dapat dipraktikkan dengan berkesan .
Alat berfikir seperti peta pemikiran juga turut membantu dalam memastikan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dapat diperluaskan dalam matapelajaran Pendidikan
Kesihatan . Peta pemikiran digunakan bertujuan untuk meningkatkan daya pemikiran ,
mengaplikasikan pengetahuan , pengalaman secara lebih praktik sama ada di dalam atau di
luar bilik darjah dan menghasilkan idea atau ciptaan yang lebih kreatif dan inovasi . Peta
pemikiran yang digunakan terdiri daripada 8 jenis seperti berikut ;
HBHE 1203 6

Gambarajah 1 : Peta pemikiran


Berpandukan Dokumen Standard Kandungan Pelajaran Tahun 2 seperti di bawah;

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli 2.2.1 Menyatakan perbezaan fizikal
keluarga serta kepentingan institusi perempuan dan lelaki.
kekeluargaan dalam aspek kesihatan
keluarga.

Maka , sebagai contoh peta pemikiran jenis Peta Buih Berganda akan dihasilkan oleh murid .
Dalam menghasilkan peta pemikiran ini maka murid – murid akan membanding bezakan dua
perkara yang wujud di samping mengaplikasikan kemahiran menganalisis .

Berkaki
Mempunyai dua Mmempunyai
zakar
farajayudarar

Mempunyai Tidak
Mempunyai Perempuan dua tangan
Lelaki mempunyai
payudara payudara

Tidakbermisai T Mempunyai dua Bermisai


mata

Gambarajah 2 : Perbezaan fizikal di antara lelaki dan perempuan

Oleh yang demikian , dengan penggunaan peta pemikirandalam pengajaran dan


pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan akan dapat membantu murid untuk berfikir pada
aras tinggi di samping dalam mempastikan kemahiran ini diterap secara tidak langsung agar
dapat diaplikasikan dengan berkesan .
HBHE 1203 7

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan dalam Pendidikan


Kesihatan adalah berasaskan kepada pembelajaran secara kendiri , akses kendiri dan terarah
kendiri . Maka , model pembelajaran secara konstruktivisme adalah yang paling sesuai
diaplikasikan kerana ia bertumpu kepada proses yang mana murid akan meneroka dan
menemui secara kendiri pengetahuan apabila melakukan aktiviti penyelesaian masalah (Sells
dan Glasgow,1998).
Ciri pembelajaran konstruktivisme yang berpusatkan kepada murid akan mengalakkan
murid untuk berfikir di samping mencabar pemikiran pada aras yang tinggi dan mencuba idea
baharubagi memastikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dapat dikembangkan secara
berkesan. Di samping itu , aktiviti“hands-on” dan “minds-on” juga turut mengalakkan murid
untuk menggunakan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikirselain mengaplikasikan idea
baharu dalam situasi yang berlainan bagi mengukuhkan pemahaman mereka sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran .
Selain itu , teknik atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan kaedah
penyelesaian masalah juga merupakan satu langkah dalam memastikan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi dapat berkembang luas dalam matapelajaran Pendidikan Kesihatan . Kaedah
penyelesaian masalah mula diperkenalkan oleh Robert Delisle (1997) menerusi bukunya
yang bertajuk “How to use problem based learning in the classroom”.
Kaedah penyelesaian masalah adalah satu proses pendidikan yang memberi peluang
kepada murid – murid untuk menggunakan kemahiran berfikir berasaskan sesesuatu topik
yang diberikan (Thomas , 2000) . Oleh itu , dalam menyelesaikan masalah yang diberikan,
pelajar terlebih dahulu akan menganalisis masalah dengan memanipulasikan pengetahuan dan
kemahiran yang didapati dari peristiwa di dalam atau di luar bilik darjah mahupun melalui
sebaran alat komunikasi dan seterusnya menilai langkah penyelesaian yang akan diambil .
Contohnya :
Dokumen Standard Kandungan Pelajaran Tahun 2

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


3.3 Mengetahui keselamatan diri di rumah, 3.3.7 Menunjukkan cara meminta bantuan
sekolah, taman permainan dan tempat semasa berlaku kecederaan
awam. (termasuk penderaan) dan kecemasan.

Berdasarkan standard pembelajaran di atas , guru akan mengemukakan satu masalah untuk
diselesaikan oleh murid – murid . Contoh masalah ;

Sewaktu kamu berjalan di koridor sekolah kamu ternampak seorang murid Tahun 1 terjatuh
dan tidak sedarkan diri . Nyatakan tindakan yang kamu patut lakukan .
HBHE 1203 8

Oleh itu , sewaktu menyelesaikan masalah ini maka murid terlebih dahulu akan
menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi seperti berikut ;
1. Mengaplikasi - Murid akan menggunakan pengetahuan atau maklumat bahawa murid
terjatuh dan seterusnya tidak sedarkan diri kerana mengalami
kecedaraan .
2. Menganalisis - Murid akan menganalisis situasi baharu ini dan tindakan sesuai yang
patut diambil .
3. Menilai - Membuat pilihan terhadap pilihan penyelesaian yang sesuai diambil
seperti memberitahu guru atau rakan .
4. Mencipta - Murid telah mampu memberikan pertolongan kecemasan sebelum
menanti pertolongan tiba .
Dengan ini , maka jelaslah bahawa kaedah penyelesaian masalah boleh membantu
memperkembangkan lagi penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam subjek
Pendidikan Kesihatan.
Seterusnya , soalan – soalan bertulis ataupun soalan pentaksiran yang bercirikan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi juga dapat mengembangkan lagi keberkesanan kemahiran ini
dalam subjek Pendidikan Kesihatan . Ini kerana , item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
adalah item – item yang akan mentaksir kemahiran kognitif murid – murid seperti
menganalisis , menilai dan mencipta manakala kemahiran mengaplikasi pula apabila
terdapatnya penyelesaian masalah bagi sesuatu situasi baharu . Selain itu ,soalan pentaksiran
yang bercirikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi juga mampu mengujikeupayaan murid
dalam mengaplikasikan pengetahuan , kemahiran dan penilaian bagi menaakul dan membuat
refleksi bagi menyelesaikan masalah , membuat keputusan , berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu . Selain itu , soalan – soalan ini juga mampu merangsang murid berfikir
pada aras tinggi dengan skop yang luas , kaedah dan bahan rangsangan yang mencabar
dengan mengaplikasikan pengetahuan asas yang telah dipelajari
melalui pengalaman mahupun bacaan . Contoh soalan adalah
seperti berikut ;

Berdasarkan gambar di sebelah .


HBHE 1203 9

a) Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Rendah


Apakah perayaan yang disambut oleh kaum ini ?

b) Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


Nyatakan cara kita menghormati perayaan yang disambut
oleh kaum ini .

Kesimpulannya , maka Kemahiran Berfikir Aras Tinggi boleh ditebarluasdengan lebih


berkesan dengan adanya unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam teknik penyoalan , alat
berfikir , strategi pengajaran dan pembelajaran , teknik atau kaedah pengajaran dan
pembelajaran dan soalan – soalan pentaksiran . Jelaslah , bahawa penggabungan elemen
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ke dalam 5 kaedah ini akan mampu membudayakan generasi
abad ke-21 ini kepada budaya berfikir bagi memastikan generasi ini mampu bersaing pada
peringkat global .

BAHAGIAN II
HBHE 1203 10

Rancangan Pengajaran Harian

Matapelajaran : Pendidikan Kesihatan


Kelas :Tahun 3
Tema / Tajuk : Penyalahgunaan bahan
Masa : 30 minit
Waktu : 0820 – 0850 pagi
Standard Kandungan : 1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta
berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri,keluarga
dan masyarakat.
Standard Pembelajaran: 1.4.4 Berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan rokok .
Objektif Pembelajaran: Di akhir pembelajaran murid dapat ;
a) Mengenalpasti simbol larangan merokok
b) Berkata TIDAK kepada ajakan untuk mengambil dan
membeli rokok dalam pelbagai situasi .
c) Mengamalkan sikap menolak kepada ajakan untuk membeli
menerima ajakan merokok .
Akitiviti Pengajaran dan
Pembelajaran :
a) Perbincangan dalam kumpulan untuk menyelesaikan
masalah berdasarkan situasi yang pelbagai .
b) Nyanyian “tak nak merokok”.
Elemen Merentas Kurikulum :
a) Kreativiti
b) Nilai Murni
Bahan Bantu Belajar : Poster/ simbol , Komputer riba , LCD , Kad situasi , Manila Kad ,
lagu , Peta pelbagai alir dan Pen marker .
Penilaian pengajaran dan
Pembelajaran :
HBHE 1203 11

Langkah/Masa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi 1. Guru akan mempamerkan satu keping gambaratau poster yang BBB :
(5 minit) menunjukkan simbol tertentu kepada murid – murid . 1.Poster / Simbol
2. Murid – murid akan mengenalpasti gambar atau poster tersebut.
3. Guru akan menyoal murid untuk menilai pengetahuan sedia ada *KBAR
murid dengan objektifpembelajaran yang akan diajar . Kemahiran berfikir
Contoh soalan : Aras Rendah
a) Di manakah kamu pernah ternampak simbol ini ?(KBAR) *KBAT
b) Apakah maksud simbol ini ?(KBAR) Kemahiran Berfikir
c) Apakah yang berlaku apabila kita mengendahkan larangan Aras Tinggi
tersebut ?(KBAR)
d) Pada pendapat anda , mengapakah kita harus mematuhi larangan
ini . (KBAT)
e) Adakah anda patut menerima ajakan untuk merokok ? (KBAT)
4. Seterusnya , guru akan mengaitkan jawapan murid dengan isi
kandungan pelajaran pada hari itu .
Langkah 1. Murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan yang mana BBB:
perkembangan mengandungi 4 orang ahli . 1. Kad situasi
(20 minit) 2. Guru seterusnya akan mengedarkan kad manila yang mengandungi 2. Kad manila
Peta Pelbagai alir dan Pen marker kepada setiap kumpulan . 3. Peta pelbagai alir
3. Setiap ketua kumpulan dari semua kumpulan akan memilih secara 4. Pen Marker
rawak 1 kad situasi untuk dibincangkan di dalam kumpulan .
4. Setiap kumpulan akan menyelesaikan masalah yang terdapat di
dalam kad situasi yang telah dipilih .
5. Hasil perbincangan di dalam kumpulan ataupun langkah
penyelesaian akan ditunjukkan dengan menggunakan Peta pemikiran
jenis Peta pelbagai alir .
6. Setiap kumpulan akan mencatatkan sebab dan kesan atas langkah
penyelesaina yang telah dipilih melalui perbincangan di dalam
kumpulan .
7. Guru hanya akan bertindak sebagai fasilitator sewaktu murid
berbincang .
8. Seterusnya , murid akan mempersembahkan hasil kerja mereka di
hadapan kelas .
HBHE 1203 12

Penutup 1. Guru seterusnya akan menayangkan lagu “Tak nak merokok” BBB:
(5 minit) dengan menggunakan komputer riba dan LCD sebagai langkah 1. Komputer riba
pengukuhan di samping menilai tahap pemahaman murid . 2. LCD
2. Murid – murid akan menyanyikan lagu tersebut sambil menunjukkan 3. Lagu “Tak nak
gaya “Tak nak merokok”. ( merokok”
3. Guru merumuskan isi pelajaran untuk hari tersebut .

HURAIAN :
Berdasarkan kepada Rancangan Pengajaran Harian yang telah dirancang maka
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi akan diajar dengan cara penyebatian separa iaitu dengan
mengaplikasikannya semasa peringkat set induksi dan juga peringkat perkembangan .
Pada peringkat set induksi , murid – murid akan disoal dengan soalan – soalan yang
berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi namun sebelum itu murid – murid akan disoal
dengan soalan yang berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Rendah . Soalan – soalan diajukan
bagi memastikan bentuk penyoalan adalah berbentuk induktif iaitu dari soalan yang
berbentuk umum kepada spesifik .
Seterusnya,pada peringkat perkembangan pula murid – murid akan diberikan aktiviti
penyelesaian masalah bagi mengalakkan murid untuk berfikir pada aras tinggi dengan
berpandukan alat berfikir iaitu peta pelbagai alir . Guru menyediakan peta ini terlebih dahulu
bagi membantu murid – murid tahun 3 berfikir dengan berpandukan peta tersebut . Peta
pelbagai alir dipilih bagi mengalakkan murid untuk berfikir langkah penyelesaian dengan
bertumpu kepada sebab mereka memilih dan kesan atas pilihan yang telah dipilih . Secara
tidak langsung murid akan menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi iaitu menilai ,
menganalisis dan mengaplikasi dalam menyelesaikan masalah ini .
KESIMPULAN KESELURUHAN

Jelaslah bahawa Kemahiran berfikir Aras Tinggi boleh dikembangkan dengan meluas
dalam semua matapelajaran terutamanya Pendidikan Kesihatan . Ini kerana , selain daripada
memastikan murid seimbang dari segi jasmani , emosi , rohani , intelek dan sosial murid juga
harus memiliki keupayaan dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dari semua
aspek termasuk dalam persekitaran sosial yang mana turut melibatkan keutuhan mental . Oleh
yang demikian , ini menunjukkan betapa pentingnya seseorang itu memiliki Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi bagi membolehkan dia menyelesaikan masalah yang dihadapi bukan
HBHE 1203 13

sahaja semata – mata dalam alam pekerjaan malahan persekitaran sosial yang semakin
mencabar .
( 2510 patah perkataan )

Lampiran

1. Poster / simbol
HBHE 1203 14

2. Kad situasi

Situasi 1

Kamu dan rakan baik kamu berjalan balik ke rumah selepas menghadiri kegiatan ko-
kurikulum . Dalam perjalanan pulang , kamu ternampak sekumpulan rakan sekelas kamu
sedang merokok . Rakan – rakan ini mengajak kamu dan rakan baik untuk merokok .
Rakan baik kamu menerima ajakan rakan – rakan lain untuk merokok . Apakah tindakan
HBHE 1203 15

3. Peta Pemikiran – Peta pelbagai alir


HBHE 1203 16

4. Lirik lagu “Tak nak merokok”

Tak nak merokok


HBHE 1203 17
HBHE 1203 18

Rujukan

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121229/re_01/Kemahiran-berfikir-dalam-
pendidikan

Anda mungkin juga menyukai