Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)LADANG BANOPDANE

JALAN TELUK INTAN,


35500 BIDOR,
PERAK DARUL RIDZUAN

____________________________________________________________________________________________________
Ruj Tuan :
Ruj Kami : Bil(03)HEM/SJKTLB
Tarikh : 11 Februari 2020

Kepada:
TKP Kamarudzaman Bin Hj. Mamat
Pengarah Penjara Tapah
KM 12, Tapah Road
35400, Tapah.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah SJK(T) Ladang Banopdane ingin mengadakan
sesi ceramah “Mesej Dari Penjara” sempena Majlis Perwatikahan Pengawas pada ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Februari 2020 (ISNIN)


Masa : 7.35 pagi -11.00 pagi
Tempat : SJK(T) Ladang Banopdane

3. Pihak sekolah dengan berbesar hati ingin menjemput Encik Ruben A/L Asurajan, Inspektor
Penjara Tapah untuk memberikan ceramah kesedaran kepada para murid. Kandungan ceramah
perlulah berunsur memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya jenayah, dadah dan gangsterism.
Tujuan utama mengadakan ceramah ini adalah untuk melahirkan insan yang mempunyai sifat sayang
pada diri sendiri, mengurangkan masalah disiplin di sekolah dan mewujudkan rasa bertanggungjawab
terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

4. Semoga dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan dapat membantu bagi melancarkan
lagi perjalanan program ini. Jasa baik pihak tuan, kami dahului dengan ucapan penghargaan dan
jutaan terima kasih. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan boleh hubungi kami di talian 016-
5567247.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

......................................
(SARAVANAN A/L RAJAN NAIDU)
Guru Besar.

Anda mungkin juga menyukai