Anda di halaman 1dari 1

.. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG GETAH TAIPING, 34800 TRONG Perak.

Tel/ Fax : 05-8577607 Kod Sek. ABD 6116 E.Mail : sjktlgtpg@ppdlms.edu.my

"1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" Bil Kami Tarikh Yang Berhormat Datuk Haji Rosli Bin Hussin, DMSM;KMN;AMP;PPT Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N.15 Trong 34800 Trong Perak Darul Ridzuan. Yang Berhormat Datuk, : SJKTLGT/03/09/007 : 16.01. 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2013 Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara seperti di atas. 2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah SJK(T) Ladang Getah Taiping, Trong , akan mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2013, kepada para ibu bapa dan penjaga murid-murid sekolah ini. 3. Oleh yang demikian, pihak sekolah amatlah berbesar hati menjemput YB Datuk sebagai tetamu kerhormat bagi menyerahkan bantuan tersebut kepada para penerima. 4. Sehubungan dengan ini, pihak sekolah memaklumkan kepada YB Datuk supaya dapat memilih suatu tarikh yang bersesuaian dengan kelapangan YB Datuk mulai dari 16 hb Januari sehingga 28 hb Januari 2013 untuk menghadiri majlis ini pada sebelah petang pada hari persekolahan. 5. Kehadiran YB Datuk amatlah diharapkan bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( MEENACHEAMAH A/P SINNATHAMBY) Guru Besar SJK(T) Ladang Getah Taiping 34800, Trong Perak

Anda mungkin juga menyukai