Anda di halaman 1dari 9

NAMA:……………………………………..

Tarikh: ………………………

Latihan Tatabahasa
Kata Adjektif
1. Adik tidak suka makan ubat yang __________________ itu.
[pahit /manis /pedas.]

2. Kami memerlukan galah yang lebih ____________ untuk mengait buah


rambutan itu.
[lembut /panjang /usang]

2. Dinding rumah kedai yang lama itu telah ________ .


[hancur /retak /pecah]

3. Pokok-pokok yang ____________ di sepenajang jalan itu mestilah ditebang


dengan segera.
[condong /bongkok /jatuh]

4. Gulai ikan yang dimasak oleh ibunya semalam telah _____________________.


[tengik /busuk /basi]

5. Ikan yang disiang-siang oleh tukang masak itu berbau ___________________.


[garing /hangus /hanyir]

6. Kedua-dua tangan saya hampir ____________ kerana cuaca terlalu sejuk.


[keras /kaku /beku]

7. Ubi keledek yang ____________ ini memang sesuai untuk dijadikan hidangan
jamuan ringan.
[empuk /lemau /lembik]

8. Biskut di dalam tin ini cepat ______________ jika tidak ditutup dengan ketat.
[retas /rangup /lemau]

9. Jalan yang menuju ke ladang itu agak _______________.


[regang /sempit /longgar]

10. Nordin sentiasa _____________ belajar kerana dia berazam cemerlang dalam
peperiksaan.
[tekun /malas /benci]

NAMA:…………………………………….. Tarikh: ………………………


Latihan Tatabahasa
Kata Adjektif

1. Janganlah kita bersikap ____________ walaupun kita sudah kaya-raya.


[ramah /angkuh /kejam]

2. Malam ini ____________ benar.


[rajin /pesar /gelap]

3. Buah pokok durian itu ______________sekali.


[lebat /banyak /garau]

4. Pelajar yang _____________________ akan berjaya dalam hidupnya.


[pandai /malas /bingung]

5. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan ________________________


[hening /gopoh /hijau]

6. Tindak-tanduk pemain itu terhadap lawannya amat


______________________
[kasar /pelik /bodoh]

7. Baju ___________________________ itu kepunyaanku.


[merah /redup /cerah]

8. Warna ________________________- tidak digemari oleh ramai orang.


[hangit /perang /renek]

9. Pahlawan itu sentiasa berkeris ____________ ke mana-mana saja dia


pergi.
[panjang /singkat /labuh]

10. Ayam jantan itu berbulu ___________________________.


[kerdil /hitam /parau]

NAMA:…………………………………….. Tarikh: ………………………

Latihan Tatabahasa
Kata Adjektif

1.Orang Eskimo sentiasa berbaju _____________ kerana iklim negeri itu


sejuk.
(sendat /tebal /kempis)

2. Pokok itu ____________ kerana kekurangan baja.


(renik /pendek /buncit)

3. Kemerdekaan Negara itu tercapai hasil satu perundingan meja


______________ .
(bulat /hijau /tebal)

4. Bola ragbi berbentuk ____________.


(lonjong /dalam /dangkal /perak)

5. Kotak hadiah itu berbentuk empat segi _____________


(merdu /bujur /gelap)

6. Gasing ___________ kesayangannya telah pecah.


( payau /leper /cetek /panjang)

7. Matanya ____________ seperti buah badam.


(kerdil /kelam /bundar)

8. Perut Si Abu …………….


(leper /buncit /bundar)

9. Tayar …………………itu segera ditukarnya.


(kurus /kempis /bulat)

10. Pemuda itu mudah dicam kerana berdagu ……………


(lekuk /hitam /rending /parau)

NAMA:…………………………………….. Tarikh: ………………………

Latihan Tatabahasa
Kata Adjektif
1. Kami tidak akan pergi kerana waktu amat ………………….
(lama /singkat /cemburu /tajam)

2. Tiada kenderaan berenjin pada zaman ……………………


(lampau /kini /sekarang)

3. Usah dikenang waktu yang ……………………..


(lama /silam /baharu /sejarah)

4. Mereka segera pulang kerana hari sudah ……………………


(segera /lampau /lewat /cepat)

5. Jam dinding itu ……………………..setengah jam.


(suntuk lambat /segera)

6. Pemain …………………itu berasal dari utara.


(renek /gopoh /lampai /rending)

7. Dia selalu …………….peperiksaan.


(daif /gopoh /bakhil /berat)

8. Gadis itu terlalu ……………………untuk bertanya.


(segan /pekak /berahi)

9. Anak raja itu ……………… akan Puteri Bongsu.


(berahi /nyaris /renek)

10. Dia masih ………………….terhadap kejujuran pembantunya.


(sangsi /kecur /khusyuk)

NAMA:…………………………………….. Tarikh: ………………………

Latihan Tatabahasa
Kata Adjektif

1. Pisang muda rasanya …………………..


(tawar /manis /kelat /lemak)
2. Ubat ……………….itu untuk ayah.
(pahit /lazat /gopoh)

3. Air perigi di rumah saya sangat …………………..


(lincah /alpa /payau /empuk)

4. Di pulau itu ada tasik air ………………….


(tawar /kasih /ragu /gembur)

5. Gulai itu tidak ………………….kerana kekurangan santan.


(lemak /masin /pahit /kelat)

6. Kakaknya akan berkahwin dengan pemuda …………………….itu.


(tampan /cantik /manis /kelu)

7. Penyanyi itu mempunyai suara yang ……………….


(hanyir /lunak /comel /licin)

8. Penyanyi bersuara …………… itu baru berusia 5 tahun.


(payau /mersik /manis /kelu)

NAMA:…………………………………..

Kata kerja

Gariskan kata kerja yang sesuai.

1. Habibah ( mencuci , menggosok ) giginya sehingga bersih.


2. Ranjit dan Siva ( menonton , memancing ) ikan di tepi sungai.

3. Jehan ( mengutip , memijak ) kaca-kaca itu lalu


memasukkannya ke dalam tong sampah.

4. Anis ( membawa , mncampak ) buah tangan semasa menziarahi


sahabatnya.

5. Ibu ( memberus , menyimpan ) baju di dalam laci.

6. Puan Chan ( membelah , memotong ) sayur dangan sebilah pisau.

7. Nana (menangis , menunggu ) ibunya di luar kedai Ah Seng.

8. Budak nakal itu ( memanjat , menolak ) tiang bendera.

9. Kucing itu sedang ( mengejar , menolak ) seekor tikus.

10.Amir ( menonton , mengulang kaji ) pelajarannya dengan tekun.

NAMA:………………………………………………………….

terlanggar menyusun mencari mencuci


menggantung terjatuh menambat menangis
1. Rajesh ____________ sekaut-kuat hatinya kerana ketakutan.

2. Fauzan ____________ di tengah padang.

3. Puan Mahesh _____________ sayur bayam itu hingga bersih.

4. Kereta abang Haris remuk kerana ___________ pokok.

5. Zuhairi _____________ kambingnya pada sebatang pokok.

6. Ayah sedang _____________ surat khabar lama di dalam stor.

7. Aizat ___________ seluar sukannya di tepi dinding.

8. Jalilah ____________ anak kucingnya di belakang rumahnya.

NAMA : ………………………………………………..

Gariskan kata hubung dengan betul.

1. Dia mengambil majalah itu __________( lalu , serta )


membacanya.
2. Mereka bersiar-siar __________( dan , sambil ) menghisap
udara segar.

3. Bangunan bersejarah perlu dipelihara __________( atau , dan )


dikekalkan.

4. Farid kekenyangan _________( kerana , dan ) minum air terlalu


banyak.

5. Zalela ________( atau , dan ) ibunya makan di Restoran


Singgahlalu.

6. Kamu suka makan daging ayam ________ ( sambil , atau )


kambing?

7. Baju itu sudah lama _________ ( tetapi , dan ) masih cantik.

8. Nazri membuka laci _________ ( lalu , sambil ) mengambil duit


syiling.

9. Rosli kurus _________ ( atau , tetapi ) dia kuat makan.

10. Budak itu terjatuh _________ ( atau , lalu ) menangis.

KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu
benda, keadaan, atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif.

Jenis Kata Adjektif

1. Kata adjektif sifatan / keadaan


Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar,
jahat, licin, garang, buas, condong
2. Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu

3. Kata Adjektif Ukuran


Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal,
panjang, kecil

4. Kata Adjektif Bentuk


Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok

5. Kata Adjektif Jarak


Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris

6. Kata Adjektif Waktu


Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,

7. Kata Adjektif Perasaan


Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu,
sedih, pilu

8. Kata Adjektif Cara


Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering

9.Kata Adjektif Pancaindera


Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat,
masin, masam, nyaring, gemersik

Anda mungkin juga menyukai