Anda di halaman 1dari 4

Uji Minda (Pengukuhan)

1. Mana satu yang betul? Gariskan.

a. bihun / mihun

b. calon/ calun
Ejaan yang
c. atlit / atlet betul

d. bistari / bestari

e. cop / cap

f. bermacam / bermacam-macam

g. beserta / berserta
Kumpulan 1 ( Lengkapkan tempat kosong dengan imbuhan pinjaman yang sesuai berdasarkan maksud yang
diberi)

1. sebelum akhir = pra..........


2. kata pendahuluan = pra.............
3. belum cukup masak atau belum cukup tempoh = pra...............
4. sebelum mencapai zaman moden = pra.......................
5. sebelum sejarah = pra.....................
6. tadika = pra..........................
7. syarat awal = pra...............
8. tayangan sebelum tayangan rasmi = pra...............
9. sebelum masuk universiti, pengajian sebelum memasuki universiti = pra..................
10. mukadimah, kata pendahuluan = pra......................

Kumpulan 2 (Baca ayat-ayat di bawah. Gariskan perkataan berimbuhan pinjaman.)

1. Encik Mazlan merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaan yang diceburinya
sejak lima tahun lepas.
2. Hartawan itu seorang yang merendah diri dan beliau amat disenangi oleh jiran-jirannya.
3. Datuk Siti Nurhaliza merupakan seniwati yang disegani ramai.
4. Banyak wartawan asing hadir pada majlis tersebut.
5. Abang Syafiq merupakan seorang jurutera lulusan luar negara yang berwibawa.
6. Jamilah merupakan seorang peragawati yang terkenal
7. Nabila belajar membaca sejak di kelas prasekolah lagi.
8. Kami akan belajar tatabahasa pada setiap hari Selasa.
9. ``Cuba jauhi prasangka buruk terhadap kawan-kawan kamu,’’ pesan Cikgu Marina.
10. Buku yang tebal biasanya didahului dengan prakata.

Kumpulan 3 (Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan
tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.)

1. Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung.


........................
2. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera.
.........................
3. Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu.
.........................
4. Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu.
..........................
5. Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya.
...............................
6. "Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut," sembah Bendahara
Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
.................................
Kumpulan 4 (Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan
tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.)

1. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya menempa nama dalam bidang
perniagaan.
............................
2. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan rumahnya.
............................
3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
........................
4. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian.
.........................
5. Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu.
..........................
6. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung.
..........................

Kumpulan 5 (Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan
tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.)

1. Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hilal itu.
............................
2. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu tempoh hari.
..........................
3. Keropok lekor itu sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos.
..........................
4. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00 pagi.
.........................
5. Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar.
........................
6. Manisha sangat sukakan biskut yang saya bakar.
........................
7. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat.
..............................

Kumpulan 6 (Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan
tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.)

1. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami.


................................
2. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang.
...............................
3. Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden rompakan bank
pagi semalam.
..............................
4. Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan.
..............................
5. Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya.
...............................
6. Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan bergotong-royong membuat
persiapan hari raya.
...............................

Anda mungkin juga menyukai