Anda di halaman 1dari 14

EKSPERIMEN 2

UJIAN MAKANAN

TUJUAN

Menguji kandungan makanan bagi kanji,karbohidrat ,gula penurun,gula bukan penurun,protein


dan lipid.

PEMBOLEH UBAH

Pembolehubah manipulasi : Jenis sampel makanan dan bahan uji

Pembolehubah bertindak balas : Perubahan warna ke atas ujian makanan

Pembolehubah dimalarkan : Isipadu bahan uji

RADAS

Tabung uji, rak tabung uji, penyepit, penitis, tungku kayu tiga, penunu Bunsen, bikar, kasa
dawai, pemetik api

BAHAN

Tepung, gula, susu, albumin, mentega, minyak kelapa, larutan Iodin, larutan Benenict, larutan
Etanol, asid hidroklorik, natrium hidroksida, reagen Milon, kertas turas, air suling
PERINCIAN BAHAN DAN RADAS

UJIAN MAKANAN BAGI KARBOHIDRAT Tabung uji,penitis, larutan iodin, larutan


kanji
UJIAN LARUTAN BENEDICT ( GULA Tabung uji, rak tabung uji,bikar,penunu
PENURUN) Bunsen,penitis,kukus air, larutan
Benedict,sampel makanan
UJIAN LARUTAN BENEDICT ( GULA Tabung uji, rak tabung uji,bikar,penunu
BUKAN PENURUN A) Bunsen, penitis, kukus air, larutan Benedict,
larutan sukrosa
UJIAN LARUTAN BENEDICT ( GULA Tabung uji, rak tabung uji,bikar,penunu
BUKAN PENURUN B ) Bunsen, penitis, kukus air, larutan Benedict,
larutan sukrosa,larutan HCL, serbuk
Natrium Hidrogen Karbonat
UJIAN MAKANAN BAGI PROTEIN Tabung uji, rak tabung uji, bikar, penunu
Bunsen, penitis, larutan Millon, larutan
albumen,kukus air
UJIAN MAKANAN BAGI LIPID Minyak,kertas turas, penunu Bunsen,
penyepit kayu,penitis
PROSEDUR DAN KEPUTUSAN UJIAN

UJIAN MAKANAN BAGI KARBOHIDRAT PEMERHATIAN DAN KESIMPULAN


1. UJIAN IODIN BAGI MENGKAJI Pemerhatian
KEHADIRAN KANJI Larutan tadi bertukar warna menjadi biru
 Letakkan dua titis larutan gelap
iodin ke dalam tabung uji
yang mengandungi 2ml Kesimpulan
larutan kanji Warna biru gelap tersebut menandakan
kehadiran kanji dalam eksperimen
2. UJIAN LARUTAN BENEDICT BAGI Pemerhatian
MENGKAJI KEHADIRAN GULA Larutan Benedict yang bewarna biru
PENURUN bertukar ke hijau,kuning,jingga dan
 2ml sampel makanan akhirnya membentuk mendakan merah
dimasukkan ke dalam bata
tabung uji
 2ml larutan Benedict
ditambah ke dalam tabung Kesimpulan
uji tadi Warna mendakan merah bata yang
 Tabung uji digoncang dan terbentuk menunjukkan kehadiran gula
diletakkan ke dalam kukus penurun
air selama 2 minit
3. UJIAN BAGI MENGKAJI
KEHADIRAN GULA BUKAN
PENURUN
A)
 2ml larutan Benedict Pemerhatian bagi A
ditambah ke dalam larutan Warna larutan kekal biru
sukrosa dengan isi padu
sama di dalam satu tabung Kesimpulan
uji Sukrosa bukannlah gula penurun
 Tabung uji diletakkan di
dalam kukus air selama dua
minit
B)
 2ml larutan sukrosa dituang ke
dalam satu lagi tabung uji
 Beberapa titis HCL cair ditambah . Pemerhatian bagi B
Campuran itu di didihkan selama 1 Laruran biru bertukar warna ke
minit dan dibiarkan sejuk. hijau,kuning, jingga dan akhirnya
 Serbuk natrium hidrogen karbonat membentuk mendakan merah bata
ditambah untuk meneutralkan asid
sehingga tiada lagi pembuakan Kesimpulan

 2ml larutan Benedict dimasukkan Mendakan merah bata yang terhasil

ke dalam tabung uji dan dididihkan menandakan kehadiran gula penurun

selama 2 minit. melalui proses hidrolisis gula bukan


penurun ( sukrosa)

UJIAN MAKANAN BAGI PROTEIN PEMERHATIAN DAN KESIMPULAN


1. UJIAN MILLON Pemerhatian
 1ml larutan Millon ditambah Pada mulanya, mendakan putih terbentuk
ke dalam tabung uji yang sebelum menggumpal disebabkan
mengandungi 2ml larutan kepanasan dan menyebabkan campuran
albumen tadi bertukar menjadi merah
 Campuran tadi dipanaskan
di dalam bikar yang Kesimpulan
mengandungi air yang Mendakan merah membuktikan kehadiran
mendidih. protein
 Tunggu selama beberapa
minit untuk melihat
perubahan yang terjadi
kepada campuran tadi

UJIAN MAKANAN BAGI LIPID PEMERHATIAN DAN KESIMPULAN


1. UJIAN TITIK GRIS Pemerhatian
 setitis minyak dititiskan ke Titik lutsinar mula kelihatan setelah
atas kertas turas beberapa minit.
 Dengan menggunakan
penyepit kayu, pegang Kesimpulan
kertas turas tadi dan Titik lutsinar tersebut menandakan
letakkan di atas nyalaan kehadiran lipid/lemak
penunu Bunsen.
 Kertas turas tersebut
hendaklah diletakkan jauh
daripada nyalaan api supaya
tidak terbakar.

PERBINCANGAN

Bagi ujian Benedict, eksperimen ini bertujuan untuk mengetahui dan membezakan
gula penurun dan gula bukan penurun berdasarkan beberapa faktor seperti kepekatan
larutan. Hasil diperolehi apabila gula penurun menunjukkan mendakan merah bata. Larutan
Benedict yang bewarna biru bertukar ke hijau,kuning,jingga dan akhirnya membentuk
mendakan merah bata. Manakala bagi gula bukan penurun buka, larutan Benedict yang
berwarna biru kekal dan tidak menunjukkan apa-apa perubahan pada warna. Pada
eksperimen ini, glukosan dan sukrosa sebagai larutan gula. Larutan gula ini digunakan bagi
mengenal pasti yang mana satu gula penurun dan gula bukan penurun. Pada akhir
eksperimen didapati glukosa merupakan contoh gula penurun apabila larutan benedict
bertukar warna menjadi mendakan merah bata dan sukrosa pula menunjukkan keputusan
yang sebaliknya. Hal ini disebabkan glukosa mengalami pengoksidaan disebabkan kuprum
(Cu2+) kerana glukosa termasuk dalam golongan aldose yang memiliki komponen aldehid
bebas. Glukosa juga akhirnya dapat dikenalpasti sebagai golongan gula penurun. Larutan
Benedict juga turut dikaji secara kuantitatif kerana semakin banyak gula dalam larutan
ataupun sampel makanan, maka semakin gelap warna mendapan yang terbentuk .

Bagi larutan sukrosa pula, keputusannya adalah negatif apabila larutan Benedict tidak
menunjukkan sebarang perubahan warna. Hal ini disebabkan kerana sukrosa tidak memiliki
komponen aldehid dan komponen keton yang bebas. Sukrosa juga termasuk dalam jenis
kumpulan disakarida. Sukrosa memiliki ikatan yang sangat kuat sehingga memerlukan ianya
perlu melalui proses hidrolisis terlebih dahulu dengan menggunakan larutan asam sebelum
boleh bertindak balas dengan larutan Benedict. Apabila melalui proses hidrolisis, sukrosa
akan di pecah menjadi glukosa dan fruktosa. Ini dapat dilihat pada eksperimen gula bukan
penurun (B) apabila mendakan merah bata terhasil setelah larutan sukrosa melalui proses
hidrolisis.

Eksperimen kanji, sampel makanan yang digunakan adalah air beras/tepung. Tepung
ataupun beras merupakan contoh makanan yang mengandungi kanji. Larutan makanan
bertukar warna menjadi biru gelap apabila 2 titis larutan iodin diletakkan ke dalam sampel
makanan tadi. Warna biru gelap yang terhasil menandakan kehadiran kanji di dalam
eksperimen. Hal ini disebabkan iodin melekat pada molekul beta amilosa kerana kelarutan
mereka. Kanji menolak iodin ke dalam talian di tengah-tengah gegelung amilosa dan
mewujudkan pemindahan caj antara iodin dan kanji. Hal ini menyebabkan perubahan dalam
susunan elektron dan tahap penjarakkan. Jarak yang terwujud berkebolehan untuk menyerap
cahaya dan terhasilnya warna biru gelap.

Seterusnya, bagi eksperimen untuk menguji kehadiran protein, mendakan putih


terbentuk sebelum menggumpal disebabkan suhu panas menyebabkan campuran tadi
bertukar menjadi merah. Mendakan merah bata yang terhasil membuktikan kehadiran protein.
Semasa menjalankan eksperimen ini, perubahan warna pada sampel makanan adalah
berbeza dengan warna yang ditunjukkan dalam teori. Menurut teori, warna yang terbentuk
bagi ujian protein adalah pekat dan gumpalan albumin terbentuk di dalam tabung uji tersebut.
Setelah melakukan uji kaji, didapati perubahan itu disebabkan oleh sampel makanan yang
digunakan. Sampel makanan yang digunakan mengandungi kandungan protein yang sangat
tinggi berbanding yang biasa. Gumpalan albumin yang mengandungi kuantiti protein yang
tinggi itu terbentuk kerana ianya tidak dapat bertindak balas dengan isipadu kecil larutan
Millon yang terdapat dalam tabung uji ketika melakukan eksperimen.

Akhir sekali, langkah berjaga-jaga yang perlu diambil perhatian ketika menjalankan
eksperimen ini ialah sentiasa berwaspada semasa menggunakan penunu Bunsen. Tabung uji
yang digunakan semasa pembakaran di dalam kukus air yang mendidih hendaklah sentiasa
dipegang menggunakan penyepit kayu. Hal ini kerana, jika tabung uji diletakkan ke dalam
bikar yang mengalami pemanasan di bawah penunu bunsen, tabung uji tersebut dikhuatiri
akan pecah akibat tekanan di bawah pemanasan. Tabung uji tidak dapat menahan
pemanasan haba yang terhasil daripada pembakaran penunu Bunsen. Seterusnya, pelajar
hendaklah berhati-hati semasa menggunakan larutan Million kerana larutan ini mengandungi
kandungan racun yang boleh membahayakan kulit. Akhir sekali ialah pembakaran kertas
turas. Kertas turas yang telah dititikkan titisan minyak hendak dibakar kira-kira sejengkal
daripada api yang terhasil daripada penunu Bunsen. Hal ini kerana , jika kertas turas dibiarkan
berada dalam jarak yang dekat dengan penunu Bunsen, dikhuatiri kertas turas akan terbakar
dan menyebabkan kegagalan dalam eksperimen untuk menguji kehadiran lemak dalam
sampel makanan. Keputusan yang ingin dilihat daripada ujian lemak adalah hasil lutsinar yang
menandakan adanya kehadiran lemak dalam sampel makanan yang digunakan.

SOALAN

1. Selain ujian larutan Benedict, apakah larutan lain yang boleh digunakan bagi menguji
kehadiran gula penurun dan gula bukan penurun?
Larutan Fehling

2. Mengapakah larutan gula sukrosa dapat menghasilkan keputusan mendakan merah bata
sedangkan larutan sukrosa merupakan contoh gula bukan penurun?

Larutan sukrosa hendaklah melalui proses hidrolisis terlebih dahulu sebelum dapat
menghasilkan keputusan mendakan merah bata. Hal ini disebabkan larutan sukrosa
mempunyai ikatan yang kuat dan ikatan tersebut perlu dileraikan terlebih dahulu menjadi
glukosa dan fruktosa.

3. Selain melalui proses pembakaran, adakah cara lain yang boleh digunakan untuk
mendapatkan hasil lutsinar dalam eksperimen menguji kehadiran lemak/lipid?

Selain proses pembakaran, penggunaan kaedah kedua iaitu dengan meletakkan kertas turas
yang mengandungi titisan minyak tadi ke suatu tempat dan membiarkannnya selama
beberapa minit sehingga hasil yang dikehendaki terbentuk.

KESIMPULAN

Hasil ujian/eksperimen bahan kimia ini, kita dapat meneliti dan mengenal pasti
kandungan makanan yang diambil dalam nutrisi seharian kita. Aspek pemakanan yang
seimbang perlulah mengambil kira unsur dan kuantiti yang perlu diambil bagi keperluan
karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan sebagainya untuk dijadikan sumber utama dalam
pemakanan seharian manusia. Melalui eksperimen ini, dapatlah diketahui bahawa tepung
merupakan antara contoh sampel makanan yang mengandungi kanji, larutan albumin
mengandungi protein dan sebagainya. pemakanan yang tidak seimbang akan mendatangkan
pelbagai masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, penyerapan makanan
,pelawasan dan penyakit-penyakit kronik. Oleh itu, setiap individu hendaklah peka dengan
apa yang diambil sebagai sumber gizi dalam diet pemakanan seharian.

References
Tab, Y. (2014/2015). College Matriculation Biology. Selangor: SAP Education.

LAMPIRAN
EKSPERIMEN UNTUK MENGUJI KEHADIRAN LIPID/LEMAK

Rajah A : Keadaan kertas turas sebelum melakukan ujikaji sampel makanan untuk lipid

Rajah B : Bahagian lutsinar dapat dilihat pada bahagian tengah ketas turas

EKSPERIMEN UNTUK MENGUJI KEHADIRAN GULA PENURUN DAN GULA BUKAN


PENURUN
EKSPERIMEN UNTUK MENGKAJI KEHADIRAN PROTEIN
EKSPERIMEN UNTUK MENGUJI KEHADIRAN KANJI
Rajah 1.1 : Larutan iodin

Rajah 1.2 : Warna biru gelap terbentuk menandakan sampel makanan yang digunakan
mempunyai kanji

Anda mungkin juga menyukai