Anda di halaman 1dari 8

AMALI 1: MENENTUKAN FREKUENSI ASAS DAN FREKUENSI RESONAN BAGI SATU

MODEL PETIKAN BERTALI

1.0 TAJUK
Menentukan frekuensi asas dan frekuensi resonan bagi satu model petikan bertali
2.0 TUJUAN
Menentukan frekuensi arus ulang alik menggunakan sonometer.

3.0 PENGENALAN

Sonometer adalah sebuah alat yang digunakan bagi mengukur frekuensi resonan dengan
menyelaraskan ketegangan dan jisim wayar. Penggunaan sonometer membolehkan getaran
melintang yang terhasil dari wayar yang diregang dikaji. Arus ulang alik yang mengalir melalui
gegelung elektromagnet akan menghasilkan medan magnet di sekeliling gegelung. Seterusnya
apabila elektromagnet tersebut didekatkan di bahagian tengah wayar sonometer, wayar
sonometer akan ditarik dan berayun mengikut kitaran kemagnetan elektromagnet tersebut. Oleh
itu jika frekuensi asli wayar sonometer bersamaan dengan frekuensi arus ulang alik mengalir
melalui gegelung elektromagnet maka wayar sonometer akan berayun dengan amplitud yang
paling besar yang dikenali sebagai resonans. Oleh kerana kedua-dua hujung wayar sonometer
ditetapkan, maka akan terjadi suatu gelombang pegun dengan panjang gelombang λ = 2l ( di
mana l adalah panjang wayar sonometer). Apabila wayar sonometer ditegangkan dengan daya
tegangan T maka halaju perambatan gelombang melintang melaluinya, v dirumuskan sebagai:

𝑇
v = õ

di mana µ adalah jisim per unit panjang wayar. v boleh dihubungkan dengan panjang l dari wayar
yang berayun tersebut sebagai:
v = f λ = 2l f

di mana λ = 2l ialah panjang gelombang di dalam wayar. T adalah bersamaan dengan berat
beban, W. Oleh itu rumus untuk frekuensi resonans f diberikan sebagai:

1 𝑚𝑔
f = 2𝑙 √ µ
4.0 RADAS DAN BAHAN
Sonometer dengan wayar besi keluli yang diregangkan di atasnya, elektromagnet,
transformer injak turun, penyangkut slot pemberat, penimbang, dua baji, takal dan sekotak
pemberat/beban.

5.0 PEMBOLEH UBAH


Dimanipulasi : Ketegangan wayar
Bergerak balas : Frekuensi
Dimalarkan : Jumlah arus ulang alik

6.0 PROSEDUR
1. Sonometer disediakan dengan wayar AB diregangkan oleh pemberat atau beban yang
diletakkan di atas penyangkut pemberat.
2. Satu kutub elektromagnet didekatkan ke tengah wayar sonometer.
3. Suis bekalan kuasa ulang alik dihidupkan
4. Panjang wayar AB diubahsuai dengan menggerakkan baji w atau w’ sehingga amplitud
ayunan wayar AB menjadi maksimum.
5. Panjang wayar AB yang berayun diukur dengan amplitude maksimum beserta dengan
nilai ketegangan wayar tersebut.
6. Langkah 1 hingga 5 diulang dengan menggunakan nilai pemberat/beban yang berbeza.
7. Suis bekalan kuasa ditutup dan ikatan wayar sonometer ditanggalkan. Jisim wayar
tersebut diukur dengan penimbang untuk menentukan nilai jisim per unit panjang wayar
sonometer.

7.0 KEPUTUSAN EKSPERIMEN


Jadual Pemerhatian menentukan
nilai frekuensi arus ulang alik
Pemberat/beban Ketegangan Panjang wayar AB ketika resonans, Min f
termasuk wayar AB
penyangkut, l (cm) l dalam (Hz)
T = mg (N) meter
m (kg)
Bacaan 1 Bacaan 2 Bacaan 3 Min

1.22 11.596 12 17 16 15 0.15 418.68

1. m= 1.22 Kg
T= mg
T= 1.22 x 9.8
T= 11.956 N
Berat wayar = 0.38 gram
= 0.00038 kg
Panjang wayar = 0.5 m

2. p = m/l
= 0.00038 / 0.5
= 7.6 X 10-4 kgm

1 𝑚𝑔
3. f(Hz) f = 2𝑡 √ µ

1 11.956
= 2(0.15) √7.6 𝑥 10^−4

= 418.68 Hz
8.0 PERBINCANGAN
Eksperimen dilakukan bagi menentukan frekuensi arus ulang alik dengan menggunakan
sonometer. Elektromagnet digunakan bagi menghasilkan getaran terhadap wayar. Panjang
wayar telah diubah bagi memastikan amplitud berada pada tahap maksimum. Apabila wayar
sonometer bergetar pada amplitud maksimum, frekuensi yang dikenakan oleh arus ulang alik
adalah sama dengan frekuensi semulajadi wayar. Hasil dari eksperimen yang dijalankan adalah
purata wayar yang mencapai amplitud maksimum adalah 0.15m. Pada tahap tersebut wayar
bergetar pada tahap maksimum menyebabkan kertas yang diletakkan di tengah wayar terjatuh
1 𝑚𝑔
menunjukkan berlakunya resonan. Dengan menggunakan formula f = õ, frekuensi bagi
2𝑡

wayar adalah 418.68 Hz. Magnitud frekuensi wayar berikut adalah sama dengan frekuensi
semulajadi wayar yang menyebabkan berlakunya resonan.
Arus ulang alik yang mengalir melalui gegelung elektromagnet akan menghasilkan medan
magnet di sekeliling gegelung. Seterusnya apabila elektromagnet tersebut didekatkan di
bahagian tengah wayar sonometer, wayar sonometer akan ditarik dan berayun mengikut kitaran
kemagnetan elektromagnet tersebut. Oleh itu jika frekuensi asli wayar sonometer bersamaan
dengan frekuensi arus ulang alik mengalir melalui gegelung elektromagnet maka wayar
sonometer akan berayun dengan amplitud yang paling besar yang dikenali sebagai resonans.
Bagi menentukan tahap resonans tersebut, satu cebisan kertas diletakkan di tengah dawai
sonometer. Bongkah yang terdapat di bawah dawai sonometer dilaraskan jaraknya sehingga
cebisan kertas tersebut jatuh.
Sewaktu menjalankan eksperimen ini, terdapat beberapa masalah yang dihadapi,
pertama sekali adalah kekurangan bahan. Bagi melaksanakan eksperimen ini, sebuah sonometer
telah dibina sendiri oleh saya yang diubahsuai dari beberapa bahan. Perubahan ini menyebabkan
jumlah data yang diperoleh adalah terhad kerana kekurangan bahan. Seterusnya terdapat juga
ralat yang mempengaruhi eksperimen ini antaranya ialah faktor angin. Sewaktu eksperimen
dijalankan di dalam makmal kipas angin tidak ditutup menyebabkan kertas yang diletakkan di
antara dawai sonometer terbang dengan sendiri. Antara langkah bagi mengelakkan ralat ini
adalah dengan memastikan bahawa tiada kipas yang dihidupkan atau tiada sumber angin di
sekeliling kawasan eksperimen.
9.0 KESIMPULAN
Frekuensi resonans yang diperoleh adalah bermagnitud 418.68 Hz. Magnitud frekuensi
bagi wayar tersebut adalah sama dengan frekuensi yang dihasilkan arus ulang alik AC. Pemboleh
ubah bergerak balas akan berubah dengan perubahan dari faktor panjang wayar resonans dan
ketegangan wayar. Frekuensi getaran oleh wayar yang ditegangkan adalah berkadar terus
dengan panjang wayar resonans.
10.0 RUJUKAN

Abdullah, D. S. (2015). Physic. Selangor: Open University Malaysia.

Young, H. D., & Fredman , R. A. (2014). University Physics. United states of America: Pearson.
11.0 LAMPIRAN

Rajah 1 : Bongkah pada sonometer dilaraskan sehingga mencapai resonan

Anda mungkin juga menyukai