Anda di halaman 1dari 3

Gerakerja kokurikulum adalah sangat penting bagi setiap orang pelajar.

Penglibatan
yang teratur dan penuh kesungguhan semua pihak dapat memberikesan yang positif ke arah
pembentukan nilai-nilai murni kepada setiap pelajar. Aktiviti kokurikulum juga secara tidak
langsung boleh membantu pelajar menyediakan diri untuk menghadapi masa depan dengan
penuh berdisiplin dan bertanggungjawab. Oleh yang demikian di pendidikan peringkat tinggi,
pelbagai persatuan dan kelab ditubuhkan agar pelajar dapat memilih persatuan yang sesuai
dengan minat seterusnya melibatkan diri dengan aktif.

Tugasan projek WAJ 3113 Kokorikulum Persatuan semester 6 ini ialah merancang
sebuah aktiviti Kelab dan Persatuan. Tujuan tugasan ini dijalankan adalah bagi menjadi kayu
ukur sejauh mana aktiviti yang dirancang dan dijalankan dapat membantu kami semasa
berkerja di sekolah. Sepanjang tahun 2015, 2 aktiviti kecil dan 1 aktiviti yang besar yang telah
dapat dilaksanakan. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti
setiap aktiviti yang dijalankan kerana ianya memberi banyak pengalaman dan input yang
berguna kepada saya sebagai seorang pendidik. Sebagai guru, saya hendaklah memberi
galakkan kepada para pelajar agar melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum kerana ianya
dapat memperkasakan minda dan badan pelajar

Tujuan asas kelas kami memilih menganjurkan ekspolorace ialah bagi mengeratkan
hubungan silaturahin antara junior dan senior. Walaupun dalam sesuatu kumpulan mempunyai
ahli yang dari kelas yang sama dan ada juga ahli kumpulan dari kelas yang berlainan.
Walaubagaimanapun mereka dapat berkerjasama antara satu sama lain. Dengan ini saya dapat
bergaul dengan junior. Walaupun di dalam kampus ada perselisihan faham tetapi dalam aktiviti
ini kumpulan yang ada senior dan junior berkerjasan untuk menjayakan kumpulan mereka.

Pertama sekali saya belajar untuk menghormati pandangan orang lain. Hal ini kerana
setiap individu mempunyai pandangan atau pendapat yang berlainan. Jika kita menghormati
pandangan orang lain maka mereka juga akan menghormati pandangan kita. Oleh itu, semasa
pegerusi memberi pendapat mengenai ekspolorace dijalankan di luar kampus, saya berfikir
aktiviti ini boleh juga dilaksanakan di dalam kampus. Tetapi selepas mendapat keterangan
pengerusi, saya bertukar fikiran. Hal ini kerana ekspolorace ini ada aktiviti air. Jika kita
mengendalikan aktiviti ini di dalam kampus, ianya sukar untuk menjalankan aktiviti air. Oleh itu
kami sekelas bersetuju dengan pandangan dia. Melalui ini apabila kita mendengar pandangan
orang lain, kita mendapat maklumat yang berbeza dari fikiran. Maka sebelum mengeluarkan
suara untuk membantah, saya perlu mendengar pandangan yang rasional orang lain.
Selain itu, dalam kursus ini juga saya telah mempelajari pelbagai jenis aktiviti yang
dianjurkan oleh setiap kumpulan. Antaranya ialah mereka cipta alat mengemas rumah, mencari
getah dalam tepung, memanjat tali dan sebagainya. Aktiviti sebegini boleh dan sesuai jika
dianjurkan di sekolah apabila saya menjadi seorang guru. Melalui pemerhatian serta menjadi
peserta, saya telah mempelajari mengenai cara-cara untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut
seperti tempat untuk mejalankan aktiviti tersebut, barang yang diperlukan dan sebagainya.
Pengetahuan yang diperoleh untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut akan memudahkan
saya untuk menganjurkan aktiviti- aktiviti sebegitu di sekolah pada masa kelak.

Tambahan pula, saya juga telah dapat mempelajari bahawa sesuatu aktiviti yang ingin
diadakan perlu mempunyai perancangan yang rapi dan kelulusan daripada pihak tertentu
terlebih dahulu. Saya mendapati apabila mengadakan aktiviti kumpulan dua perkara tersebut
adalah penting sangat. Kedua-kedua perkara tersebut telah membantu ekspolorace ini menjadi
baik dan lancar. Dengan ini saya menyedari bahawa apabila saya ingin mengadakan sesuatu
program saya perlu membuat perancangan yang rapi terlebih dahulu dan mendapat kelulusan
daripada pihak tetentu supaya tidak mendatangkam sebarang masa dalam aktiviti yang ingin
dijalankan. Contohnya untuk aktiviti ekspolorace ini Surenthiran banyak bantu dalam mendapat
kelulusan daripada IPG. Walaubagaimanapun saya ambil Suren sebagai contoh untuk
membuat kerja dengan tekun dan bijak.

Disamping itu, kerjasama antara kumpulan kami telah menjadi kekuatan asas untuk
menjayakan penganjuran pertandingan ekspolorace ini. Perkara ini demikian kerana kami telah
bersatu padu dalam mengagihkan kerja supaya lebih senang untuk menjalankan. Kami juga
tidak hanya memberi fokus kepada tugas kami tetapi apabila kami sudah siap kerja yang
ditugaskan setiap orang telah membantu antara satu sama lain untuk meyiapkan kewajipan
yang lebih susah.

Selain daripada itu, saya juga telah mempelajari bahawa kita juga perlu memberikan
tumpuan kepada peserta yang mengambil bahagian dalam acara yang kita anjurkan. Saya
mendapati bahawa tidak ada orang menyediakan peti kecemasan semasa mengadakan aktiviti
ekspolorace ini. Peti kecemasan merupakan salah satu alat yang penting semasa
mengadahkan aktiviti secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan. Walaupunpun tiada ada
kecederaan tetapi untuk aktiviti sebegini pembawaan peti kecemasan merupan salah satu
perkara yang penting. Oleh itu saya juga akan memastikan membawa peti kecemasan untuk
aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di sekolah ataupun di ipg kita.
Pertandingan ekspolorace ini meningkatkan nilai ketabahan dan nilai kerjasama dalam
mempertahankan kejayaan kumpulan mereka. Walaupun kumpulan saya tidak menang dalam
dua aktiviti yang telah dianjurkan, kami bertabah untuk berjaya di aktiviti yang ketiga. Selain itu,
kami juga berkerjasama dalam menjalankan aktiviti ini. Walaupun saya seorang sahaja senior
dalam kumpulan itu, adik-adik junior memberi kerjasama yang amat baik.

Kami juga memilih pertandingan ekspolorace ini kerana cuma pertandingan ini sahaja
yang melibatkan pergerakan fizikal yang banyak dan mempunyai strategi yang bagus dalam
menyelesaikan setiap misi yang diberikan. Contohnya untuk aktiviti terakhir kami perlu
menggunakan pergerakan fizikal untuk menaik tali. Untuk ini kami gunakan pergerakan pantas
untuk mendapat kejayaan.

Pada masa yang sama pertandingan ekspolorace ini juga dapat membina displin dalam
diri seseorang pelajar dalam mengikuti arahan yang diberi. Semasa ketua untuk setiap aktiviti
menerangkan peratura-peraturan, kami semua mendengar dengan diam dan teliti. Hal ini
kerana, apabila mendengar kita boleh mendapat maklumat tentang aktiviti tersebut malah ia
juga merupakan salah satu disiplin. Apabila mendengar arahan dari ketua, kita tidak ada
peluang untuk membuat kesilapan dan ini boleh mengakibatkan kumpulan perserta boleh
mendapat kemenangan. Walau bagaimanapun, orang yang diberi arahan perlu mempunyai
intonansi barulah orang lain dapat dipatuhi. Dengan itu, saya mempelajari untuk membina
displin diri sebagai guru untuk mendengar arahan dan juga memberi arahan.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bagi kursus
WAJ 3113 iaitu En. Faizol kerana beliau sudi menjadi pembimbing bagi aktiviti yang dijalankan
dalam persatuan ini. Beliau juga sudi meluangkan masa beliau untuk membantu kelas kami
bagi menjalankan aktiviti ekspolorace ini. Tanpa beliau sudah pasti aktiviti ini tidak akan dapat
dijalankan. Saya juga berharap segala ilmu yang saya pelajari dalam persatuan ini akan dapat
membantu saya untuk diaplikasikan di sekolah apabila menjadi seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai