Anda di halaman 1dari 15

HBMT2203_V2

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

SEMESTER SEPTEMBER 2019

HBMT2203_V2

PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN II

NO. MATRIKULASI : 810629065042001


NO. KAD PENGNEALAN : 810629065042
NO. TELEFON : 0129643083
E-MEL : cywong542@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : TEMERLOH LEARNING CENTRE


HBMT2203_V2

1.0 Pengenalan

Penyelesaian masalah ialah sebuah proses di mana individu menggunakan


pengetahuan sedia ada dan kemahiran untuk mengenal pasti suatu keadaan yang berbeza dan
luar biasa dari keadaan lazimnya berlaku. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk
mengajar kanak-kanak menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah mempunyai peranan
penting di dalam bilik darjah dan boleh membantu pelajar mengembangkan kefahaman
konsep matematik serta mengalami proses pengetahuan matematik yang telah dibina. Oleh
itu, guru harus memastikan murid dapat menyelesaikan masalah dengan menggunakan
strategi-strategi tertentu.

Masalah merujuk kepada kenyataan atau situasi kehidupan seharian yang memerlukan
penyelesaian yang mana jalan penyelesaiannya tidak nyata atau tidak ketara. Dengan kata
lain, masalah adalah satu situasi di mana seorang individu yang menghadapinya tidak
mempunyai cara tertentu untuk menyelesaikannya. Oleh yang demikian, pengetahuan yang
dimiliki oleh orang itu mestilah digabungkan dengan cara baru untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.

Sesuatu masalah harus memenuhi tiga syarat iaitu penerimaan, sekatan dan
penerokaan. Seseorang itu harus menerima masalah itu dan mempunyai motivasi luaran atau
dalaman yang tinggi serta keinginan untuk mengalami keseronakan dalam menyelesaikan
masalah itu. Penglibatan peribadi individu dalam mencari penyelesaian harus melibatkan cara
baru dengan meneroka untuk mengatasi masalah tersebut. Pelajar perlu menguasai kemahiran
untuk menetukan cara yang terbaik mengatasi sesuatu masalah. Dalam bidang pendidikan,
pendekatan, strategi, kaedah dan teknik merupakan perkara yang penting dalam proses
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar.

Secara ringkasnya, penyelesaian masalah adalah apa yang dilakukan bila kita tidak
tahu apa yang hendak dibuat. Penyelesaian masalah timbul apabila murid berdepan dengan
suatu masalah dan tidak pasti cara bagaimana menyelesaikannya. Adalah penting untuk
membezakan antara mengajar penyelesaian masalah dengan menggunakan penyelesaian
masalah sebagai strategi pengajaran. Penyelesaian masalah sebagai strategi pengajaran adalah
teknik pengajaran yang mana masalah digunakan sebagai cara untuk membantu pelajar
memahami atau memperoleh kecelikan dalam meneroka matematik.
HBMT2203_V2

2.0 Ringkasan Mengenai Penyelesaian Masalah Dalam Matematik

Masalah-masalah dalam kehidupan sebenar selalunya tidak bersifat tertutup dan tidak
mempunyai hanya satu jawapan yang betul. Ada pelbagai cara untuk menyelesaikan sesuatu
masalah dalam kehidupan sebenar. Pelajar perlu menguasai kemahiran untuk menetukan cara
yang terbaik mengatasi sesuatu masalah. Dalam bidang pendidikan, pendekatan, strategi,
kaedah dan teknik merupakan perkara yang penting dalam proses menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada pelajar.

2.1 Jenis Masalah

Penyelesaian masalah merupakan satu aspek yang sangat penting dan merupakan
objektif utama dalam pembelajaran matematik. Masalah matematik berayat sememangnya
merupakan komponen penting dalam kurikulum matematik KSSR. Pelajar menghadapi
kesukaran dalam masalah matematik yang dinyatakan dengan perkataan berbanding masalah
yang melibatkan simbol dan angka. Bahasa matematik juga menjadi kesulitan kepada pelajar.
Banyak istilah matematik digunakan dalam kurikulum matematik yang tidak dapat difahami
oleh pelajar. Kekeliruan tentang istilah merupakan satu masalah yang dihadapi oleh pelajar
yang menyebabkan mereka tidak dapat memahami maksud istilah tersebut.

Melalui Montague (1993) melaporkan bahawa murid yang berpencapaian rendah


menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian kepada langkah yang terlibat dalam
pencapaian masalah. Kesukaran ini boleh membawa kepada ketidakupayaan murid untuk
menyelesaiakan masalah yang melibatkan banyak langkah penyelesaian. Selain itu, murid
juga menghadapi kesukaran mengingat dalam menguruskan maklumat untuk penyimpanan.
Kesukaran mengingat meghalang murid daripada menyimpan fakta dengan lama. Mereka
juga menghadapi masalah menguruskan maklumat, membuat perancangan, membuat
pengesanan terhadap proses penyelesaian masalah.

2.2 Kemahiran Penyelesaian Masalah

Dalam mengajar murid menyelesaikan soalan penyelesaian masalah, guru digalakkan


menggunakan Model Polya. Menurut Polya (1957), penyelesaian masalah terdiri daripada
empat langkah. Langkah pertama ialah memahami masalah. Tanpa memahami masalah,
HBMT2203_V2

pelajar tidak akan dapat mencari penyelesaian yang tepat. Setelah pelajar memahami masalah,
mereka merancang strategi penyelesaian.. Langkah ketiga adalah melaksanakan strategi yang
baik. Seorang penyelesai masalah yang baik akan meyemak semula penyelesaian kepada
masalah tersebut. Model Polya menunjukkan penyelesaian masalah sebagai proses langkah
demi langkah. Ia kelihatan mencadangkan bahawa penyelesaian masalah matematik boleh
dilaksanakan secara terpisah-pisah pada suatu hirarki.

Langkah 1: Memahami masalah


Berikut adalah soalan yang boleh digunakan untuk membantu murid memahami masalah:
 Adakah anda faham ayat tersebut?
 Bolehkah anda menyatakan semula masalah tersebut dengan ayat anda sendiri?
 Apakah maklumat yang anda dapat daripada masalah tersebut?
 Apakah yang tidak diketahui?

Langkah 2: Merancang strategi


Soalan-soalan berikut boleh dijadikan panduan ketika merancang strategi penyelesaian
masalah:
 Apakah perhubungan antara data dengan perkara yang tidak diketahui?
 Adakah masalah ini sama dengan masalah yang pernah anda selesaikan sebelum ini?
 Apakah strategi yang boleh anda gunakan?

Langkah 3: Melaksanakan strategi.


Berikut adalah panduan yang boleh digunakan dalam melaksanakan strategi penyelesaian
masalah:
 Laksanakan strategi yang telah dipilih dan selesaikan masalah tersebut.
 Semak setiap langkah yang telah dilaksanakan.
 Pastikan langkah-langkah yang dipilih adalah tepat.

Langkah 4: Menyemak Semula


Langkah ini sering diabaikan dalam penyelesaian masalah. Sebagai guru matematik, anda
perlu sentiasa mengingatkan pelajar menyemak jawapan mereka. Gunakan panduan berikut
ketika melaksanakan langkah ini:
HBMT2203_V2

 Baca semula soalan.


 Adakah anda menjawab soalan yang dikemukakan?
 Adakah jawapan anda betul?
 Adalah jawapan anda munasabah?
Sebagai seorang guru matematik, anda perlu mengajar pelajar anda cara untuk menyelesaikan
masalah matematik. Penggunaan model penyelesaian Polya merupakan langkah pertama
menyelesaikan masalah masalah dengan baik. Pada Langkah 2 model ini, anda harus
mengetahui pelbagai strategi penyelesaikan masalah. Pada bahagian seterusnya anda akan
mengenalpasti beberapa strategi yang boleh digunakan.

2.3 Strategi Menyelesaikan Masalah Dalam Matematik


Strategi umum merujuk kepada prosedur yang akan membantu guru untuk memilih
pengetahuan dan kemahiran yang digunakan di semua langkah penyelesaian masalah. Strategi
yang dipilih harus fleksibel agar dapat digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.
Berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan seperti:
 Teka dan uji
 Mengurus Maklumat dalam Carta, Jadual atau Graf.
 Mencari Pola
 Memudahkan Masalah
 Simulasi atau melakonkan

 Melukis Gambarajah

2.4 Pendekatan Untuk Mengajar Penyelesaian Masalah Dalam Matematik


Pendekatan adalah cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk mencapai
objektifnya. Pemilihan pendekatan yang sesuai bukan sahaja dapat menimbulkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan, malah dapat meningkatkan
keberkesanan pembelajaran matematik.
Pembelajaran kolaboratif membolehkan pembelajaran berlangsung tanpa pemantauan
guru tetapi masih perlu mencapai objektif pembelajaran. Semasa proses pembelajaran
koperatif berlangsung, para pelajar akan bekerja secara aktif dalam kumpulan kecil untuk
memecahkan suatu masalah dan menyelesaikan suatu tugas. Guru berperanan sebagai
fasilitator yang memantau aktiviti pelajar dalam kumpulan.
HBMT2203_V2

Pendekatan penyelesaian masalah amat digalakkan dalam pengajaran dan


pembelajaran kerana lebih mudah. Guru boleh membantu dengan mengemukakan masalah
yang bermakna dan bernas kepada pelajar mengikut tahap mereka, serta membimbing pelajar
mengikuti langkah penyelesaian masalah. Masalah yang diberi seharusnya mencabar,
memerlukan pelbagai kemahiran dan prosedur yang dapat diperkukuhkan lagi semasa proses
penyelesaian masalah.
Inkuiri penemuan membantu memperluaskan pengetahuan pelajar dan menggalakkan
pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Menurut Munford dan Honey (1986), pelajar yang
suka melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu aktiviti pembelajaran mempunyai perasaan
ingin tahu yang tinggi terhadap perkara-perkara baru di alam sekitar untuk menyelesaikan
masalah sendiri. Pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya suka melibatkan diri
dalam latihan amali, permainan, sukan dan aktiviti kokurikulum.
Pendekatan Heuristik merangkumi semua bidang penyelesaian masalah baik masalah
teknikal (rutin) dan bukan teknikal (bukan rutin). Penyelesai masalah mengunakan heuristik
untuk meneroka konsep matematik untuk menyelesaikan masalah. Heuristik juga boleh
dikatakan sebagai proses memikirkan cara penyelesaian masalah yang kadang kala tidak
disedari atau dikenali sebagai heuristic oleh penyelesai masalah tersebut.
Berikut adalah beberapa heuristik yang biasa digunakan dalam Matematik:
1. Membentuk masalah yang setara
2. Mengubahusuai masalah
3. Memilih notasi berkesan
4. Meneroka simetri
5. Membahagikan kepada kes tertentu
6. Menggunakan situasi yang bercanggah
7. Menyemak persamaan
8. Mempertimbangkan kes ekstrim
9. Membuat Generalisasi

Pembelajaran berasaskan permainan merupakan satu permainan dunia maya di mana


gabungan bermain sambil belajar diterapkan dalam kalangan pelajar. Keseronokan dalam
bermain menyebabkan pelajar tidak merasakan mereka sedang belajar. Situasi ini dapat
menjana kemahiran dan motivasi pelajar akan meningkat di mana ia dapat menarik minat para
pelajar dan menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih bermakna dan berkesan. Tumpuan juga
HBMT2203_V2

akan diberikan sepenuhnya kepada apa yang mereka pelajari seterusnya membantu dalam
meningkatkan strategi pembelajaran dan keupayaan pelajar.
3.0 Kepentingan Mengajar Penyelesaian Masalah Di Sekolah Rendah

Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan banyak memberi


kepentingannya yang tersendiri kepada individu. Matematik sering wujud dan banyak
digunakan dalam kehidupan seharian. Matematik yang berperanan untuk menyelesaikan
masalah kewangan di setiap syarikat dan perniagaan. Tanpa matematik , tidak akan wujud
urusan perniagaan di seluruh negara.

Di samping itu, kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan


seharian dapat merangsang perkembangan intelek seseorang individu. Ia meningkatkan lagi
perkembangan kognitif dalam perkembangan seseorang supaya lebih cepat untuk
menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan. Ramai peniaga-peniaga yang
wujud di dunia ini tidak pandai menulis tetapi pandai mengira dengan lancarnya. Itulah
kepentingan matematik dalam kehidupan seharian kerana wujud praktikal jika diamalkan
selalu.

Penyesuaian diri itu amat penting kerana kepekaan terhadap aspek perubahan
ekonomi yang wujud di dunia ini kerana kemodenan banyak meningkatkan kos taraf hidup
manusia. Oleh itu, sebagai seorang yang boleh berfikir dan boleh merancang perbelanjaaan
diri, kita perlu mengelakkan dan merancang penggunaan wang kita agar tidak berlaku
masalah kewangan yang akan membebankan kita.

Matematik wujud ke arah kepentingan yang paling umum dan menjadi rutin yang
sebati dalam kehidupan kerana ia membantu untuk memudahkan kehidupan seharian. Proses
yang melibatkan operasi matematik seperti akaun, fizik, kimia yang menjadikan pengiraan
sebagai langkah untuk mahir dalam subjek ini. Oleh itu, pakar-pakar Intelek mengatakan
bahawa matematik adalah subjek yang peting yang membawa kepada kecerdasan otak kiri
yang menjadikan seorang itu cenderung untuk melakukan kira-kira abakus sebagai contoh
teknik mengira yang paling kreatif di dalam dunia. Kaedah ini membantu ramai individu di
dalam penyelesaian masalah yang melibatkan operasi tambah dan tolak.

Matematik ini pasti akan memberi impak yang positif kepada seseorang supaya tahap
kecerdasan intelek seseorang itu dapat mengimbangkan kehidupannya untuk menjadi individu
yang berguna pada masa akan datang, dan matematik juga memainkan peranan yang amat
besar dalam proses pertukaran barang yang sangat diperlukan oleh manusia untuk
HBMT2203_V2

meneruskan kehidupan seharian. Tanpa matematik maka mundurlah pembangunan manusia,


pincang pemikirannya dan bantutlah perkembangannya.

3.1 Cabaran Mengajar Penyelesaian Masalah Matematik Di Sekolah Rendah

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran


Matematik adalah untuk membina pemahaman pelajar tentang konsep nombor,
kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan
berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara
berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
Namun begitu, masa bagi matapelajaran Matematik adalah kurang iaitu hanya 180
minit sahaja. Oleh itu, masa untuk pengajaran dan pembelajaran matematik tidak
mencukupi ditambah pula dengan topik yang semakin bertambah. Oleh kerana
kekangan masa, maka kemahiran berfikir yang cuba diterapkan di dalam soalan yang
melibatkan penyelesaian masalah harian diabaikan. Terdapat guru berpendapat bahawa
pengajaran kemahiran berfikir ini akan mengambil masa yang agak lama dan akan
membebankan guru.
Guru berpendapat bahawa semua pelajar perlu mengetahui semua fakta dan
konsep terlebih dahulu. Bagi memastikan pengajaran konsep dan fakta diberikan kepada
pelajar sepenuhnya, maka pengajaran lebih mementingkan corak hafalan formula dan
kurang menekankan proses, teknik dan strategi berfikir yang berkesan. Guru juga
didapati tidak tahu bagaimana cara untuk meningkatkan daya pemikiran pelajar kerana
bagi mereka memadai bagi pelajar untuk menguasai fakta dan konsep asas matematik.
Sikap taksub kepada peperiksaan dan terlalu banyaknya peperiksaan seragam
dalam sistem pendidikan kebangsaan menjadi faktor utama pelajar yang berfikiran kritis
dan kreatif tidak dapat dicapai secara maksimum. Ini menyebabkan pelajar tidak
mempunyai masa mengembangkan bakat, kebolehan dan potensi mereka. Bentuk soalan
peperiksaan yang terdapat di peringkat sekolah sekarang lebih menjurus kepada
mengingat semula fakta dan formula yang telah dipelajari. Guru juga berpendapat
bahawa mengajar pelajar menguasai maklumat untuk peperiksaan dan
memperkembangkan daya pemikiran pelajar adalah dua matlamat yang berlainan dan
bercanggah.
Pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan untuk meningkatkan
kemahiran berfikir juga menjadi satu cabaran bagi guru matematik untuk melahirkan
pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif ini. Guru kurang pengetahuan dan
berkebolehan untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir dalam mata pelajaran
matematik. Guru lebih yakin tentang kemahiran penyampaian pengajaran yang mereka
HBMT2203_V2

miliki berbanding kemahiran pedagogi untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi.

4.0 Cadangan Memperkembangkan Kemahiran Penyelesaian Masalah


Pemilihan strategi penyelesaian masalah adalah banyak bergantung kepada jenis
masalah yang ingin di selesaikan. Strategi-strategi yang kerap digunakan dalam
menyelesaikan masalah matematik di sekolah rendah adalah seperti mengenal pasti ’subgoal’,
membina jadual, melukis gambar rajah dan memudahkan masalah. Berasaskan pengalaman
dalam pendidikan matematik di Institut Perguruan, strategi melukis gambar rajah merupakan
satu strategi yang amat berguna dan dapat membantu pelajar membuat perwakilan atau model
matematik secara separa konkrit (semi-concrete) dan seterusnya membantunya
menyelesaikan masalah.
Permainan juga merupakan satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan
daya kreativiti dan memupuk minat terhadap matematik. Penggunaan permainan digital
semata-mata tanpa diintegrasikan dengan kaedah pengajaran yang berkesan tidak dapat
melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis (O’Neil et al., 2005). Ia juga dapat
mengurangkan rasa bosan dan jemu khususnya semasa menyelesaikan masalah matematik.
Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam dan
luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar.
Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam matematik boleh ditunjukkan melalui
aktiviti permainan dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan
harian. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian dalam
rekreasi matematik (Nooriza, 2013). Kebanyakan permainan digital memerlukan konsentrasi
dan penggunaan pemikiran yang kreatif semasa bermain. Pemain perlu memberikan fokus
dan perhatian sepenuhnya dan ini turut melibatkan mereka dalam pemikiran yang kompleks
dan penyelesaian masalah. Pemikiran kompleks ini merupakan mekanisme penting dalam
pembelajaran abad ke-21 di mana pelajar perlukan pemikiran yang kompleks dalam membuat
keputusan (Ad Norazli & Jamil, 2014) selari dengan kemahiran berfikir aras tinggi yang
diterapkan dalam kalangan pelajar masa kini.
Dengan permainan, pelajar dapat mengurangkan kebimbangan mereka terhadap
matematik yang selama ini mereka anggap ia sesuatu yang sukar. Selain itu, pelajar juga
dapat mengetahui tahap pencapaian rakan-rakan mereka yang lain melalui permainan. Dari
situ, timbulnya persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar untuk melakukan sesuatu yang
HBMT2203_V2

lebih baik (Hsiao et al., 2014; Sayed Yusoff et al., 2014). Menggunakan permainan dalam
pembelajaran matematik boleh membantu pelajar membangunkan pemahaman yang lebih
baik dalam konsep dan aplikasi matematik.
Contoh- contoh Strategi Dalam Mengajar Penyelesaian Masalah Matematik

a) Strategi Melukis Gambar Rajah


Untuk kuatiti kecil yang berbentuk diskrit , maklumat boleh diwakilkan dengan menggunakan
bentuk-bentuk mudah seperti bulatan dan segiempat sama. Misalnya, dalam contoh 1,
bilangan epal dan oren yang diberi adalah kecil dan ia boleh wakilkan dengan bulatan.

Contoh 1:
Harga bagi 6 biji epal dan 10 biji oren ialah RM 13. Jika harga bagi setiap 2 biji epal itu ialah
RM 1.50, berapakah harga bagi 3 biji oren itu ?
HBMT2203_V2

Contoh 2:
Cikgu Kassim ada 176 batang pensel. Dia memeberi 26 batang pensel kepada Muthu. Baki
pensel itu dibahagikan secara sama banyak kepada Siti, Kim Seng, dan Shanti. Tentukan
bilangan pensel yang diterima oleh Siti.

Contoh 3:
Seorang pekedai mempunyai segulung tali yang panjangnya 42 m. Dia memotong tali itu
kepada 12 potongan yang sama panjang. Panjang setiap potongan tali ialah 3.3 m. Berapakah
panjang, dalam m, tali yang tinggal?
HBMT2203_V2

b) Strategi Mencari Pola


Apabila menggunakan strategi ini, murid dikehendaki mencari pola dalam data atau
maklumat yang diberikan. Seterusnya, buat ramalan dan generalisasi berdasarkan analisis
sendiri. Suatu pola ialah pengulangan sistematik yang tetap. Ia mungkin dalam bentuk angka,
visual atau perlakuan. Dengan mengenal pasti pola, anda boleh meramalkan apa akan berlaku
seterusnya.

Contoh 1:
Cari dua nombor seterusnya dalam siri berikut:
7 10 14 19 25

Penyelesaian:
Perhatikan nombor dalam siri berikut. Apakah hubungan di antara dua nombor berturutan.
Cari pola untuk mencari nombor-nombor yang seterusnya.

7 10 14 19 25 32 40

+3 +4 +5 +6 +7 +8

Oleh itu, dua nombor yang seterusnya ialah 32 dan 40.


HBMT2203_V2

5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, seseorang pelajar yang tidak menunjukkan penguasaan konsep dan
kemahiran matematik akan menghadapi masalah pemahaman dalam matematik. Ramai
pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah atas sebab-sebab tidak menguasai konsep yang
sebenar atau berlakunya kesalahfahaman konsep. Sesuatu pelajaran matematik yang baik lagi
efektif harus mengandungi unsur - unsur seperti eksposisi atau penyampaian isi pelajaran oleh
guru, perbincangan antara pelajar dan guru serta perbincangan antara pelajar itu sendiri.
Di samping itu, pelajaran itu juga seharusnya mempunyai kerja praktik yang sesuai,
latih tubi bagi kemahiran asas, aktiviti penyelesaian masalah dan aktiviti menyelidik pelbagai
cara penyelesaian masalah matematik. Oleh yang demikian, pedagogi yang betul ialah dengan
menyedari pelbagai pemasalahan yang mungkin timbul dan bagaimana menggunakan daya
kreatif untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran untuk menangani cabaran yang
mendatang.
Pengaruh guru terhadap pembelajaran adalah besar maknanya, oleh itu pengetahuan
guru dalam merancang strategi pengajaran dengan baik amat perlu. Pelajar rata-rata
menunjukkan bahawa mereka tidak mampu fahami soalan, tidak tahu merancang strategi dan
sudah tentu tidak tahu melaksana strategi. Pembelajaran adalah suatu proses yang aktif.
Pelajar perlu membina skim-skim matematik berasaskan penggunaan kalkulator atau
pengalaman sendiri. Selain itu, pelajar juga perlu diberi peluang berbincang dan bertukar-
tukar fikiran semasa menyelesaikan masalah.
Pemilihan strategi penyelesaian masalah adalah banyak bergantung kepada jenis
masalah yang ingin di selesaikan. Berasaskan pengalaman dalam pendidikan matematik,
strategi melukis gambar rajah merupakan satu strategi yang amat berguna dan dapat
membantu pelajar membuat perwakilan atau model matematik secara separa konkrit (semi-
concrete) dan seterusnya membantunya menyelesaikan masalah.
HBMT2203_V2

Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam matematik boleh ditunjukkan melalui


aktiviti permainan dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan
harian. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian dalam
rekreasi matematik (Nooriza, 2013). Dalam kehidupan seharian kita tidak dapat lari daripada
pelbagai masalah dan ianya memerlukan penyelesaian yang berkesan. Seharusnya dalam
pendidikan matematik, penyelesaian masalah perlu diberikan penekanan yang lebih supaya
pelajar akan lebih memahami kepentingan dan keindahan pendidikan matematik.
2806 patah perkataan
6.0 Rujukan
1. Problem Solving in Mathematics:
http://library.thinkquest.org/25459/learning/problem/
2. Problem Solving in Elementary School:
http://www.indiana.edu/~reading/ieo/bibs/probele.htm
3. Mohd. Uzi Dollah (2006). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Melalui
Penyelesaian Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. National Council of Teachers of Mathematics. (2000). Principles and standards for
school matbematics. Diperoleh pada April 10, 2015, daripada lamanweb NCTM:
http://standards.nctm.org/document/chapterl/index.htm
5. Noor Mazlan Ahmad Zanzali dan Noraziah binti Kassim@Aziz. Penggunaan ICT
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dikalangan Guru-Guru Pelatih UTM.
Diakses daripada http://eprints.utm.my/10133/1/Noraziah_binti_Kassim@Aziz.pdf
6. Nurul Amirah Mohd Razali dan PM Dr Zaidatun Tasir. Rekabentuk Sistem
Pembelajaran Konsep Nombor Berasaskan Pendekatan Permainan yang Menerapkan
Teori Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak.
Diakses daripada http://teknologimalaysia.academia.edu/amirahrazali
7. Stephen Norton, Campbell J. McRobbie, dan Tom J. Cooper (2002). Teachers'
Responses to an Investigative Mathematics Syllabus: Their Goals and Practices.
Mathematics Education Research Journal, 14 (1), 37 - 40. Diakses daripada
https://media049.files.wordpress.com/2012/01/merj_14_1_norton.pdf
8..https://ipgkbm.edu.my/ipgkbm/images/Program/PPG/80650934-topik-1-
penyelesaian-masalah-waj3105-ppg.pdf
9. https://www.slideshare.net/afiha/strategi-penyelesaian-masalah-52808085
10. https://www.slideshare.net/ameerchann/isu-pendekatan-pengajaran-math
HBMT2203_V2

11. http://www.geocities.ws/pluto_stewart/sinopsis_1.htm
12. http://elwafasran.blogspot.com/2012/05/masalah-pembelajaran-matematik.html
13.http://iniblogmereka.blogspot.com/2015/05/pendekatan-dalam-pengajaran-
dan.html
14. https://www.academia.edu/4487281/MASALAH_PEMBELAJARAN

Anda mungkin juga menyukai