Anda di halaman 1dari 2

Bahan Sokongan Pembelajaran 1.5.

Kemahiran-kemahiran Dalam Coaching


1. Kemahiran Mendengar

Apabila anda mendengar, anda akan mengintrepitasikan apa yang diperkatakan


kepada anda dan seterusnya anda akan menilai dan membuat keputusan. Anda juga
akan menganalisis makna perkataan dan ayat yang dituturkan mengikut kefahaman
anda. Dalam banyak keadaan fikiran anda bercelaru dengan suara dan perbualan
dalaman semasa proses mendengar. Keadaan ini menghasilkan kefahaman dan
intrepitasi yang kurang tepat. Mendengar secara berkesan bermaksud memberikan
tumpuan sepenuhnya kepada apa yang diperkatakan kepada anda serta mengambil
berat tentangnya. Apabila ini dilakukan anda telah menjalin pertalian dan membina
hubungan yang menyokong. Kesan coaching boleh dimaksimumkan dengan
menggunakan telinga dan hati untuk mendengar.

2. Kemahiran Menyoal

Menyoal merupakan proses coaching yang asas. Apabila anda menyoal untuk
mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara, anda sebenarnya mencipta ruang
untuk coachee menentukan potensi diri mereka sendiri.Mulakan dengan soalan-soalan
terbuka yang berbentuk bukan-nilai dan neutral. Cara ini akan membuka ruang kepada
coachee untuk membuka dan melihat situasi dari perspektif yang berbeza. Soalan yang
ringkas akan membantu coachee untuk menjawab soalan manakala soalan yang sukar
dan panjang akan mengalihkan fokus coachee untuk memahami soalan. Soalan yang
baik akan membantu coachee membuka ruang baru dalam minda dan seterusnya
meneroka peluang-peluang perubahan dan penambahbaikan.

3. Memberi Maklum Balas

Maklum balas menawarkan peluang kepada coach dan coachee belajar sesuatu. Ia
juga boleh menjadikan hubungan antara coach dan coachee menjadi lebih terbuka dan
lebih baik. Apabila memberikan maklum balas pastikan ia khusus merujuk kepada
tingkah laku sebenar yang yang anda perhatikan atau yang dipamerkan oleh coachee.
Elakkan daripada membuat kritikan atau penilaian tentang personaliti atau tingkahlaku
yang ditunjukkan.

Apabila maklum balas berkaitan dengan emosi, anda perlu berhati-hati terhadap kesan
tutur kata dan tindakan anda kepada coachee. Anda perlu menggunakan perkataan
yang menggalakkan kerjasama dan melahirkan kepercayaan. Masa adalah sangat
penting. Oleh yang demikian adalah penting untuk anda berkongsi maklum balas di
peringkat awal sesuatu peristiwa berlaku. Elakkan melihat coachee dari sudut
kekurangan. Fokuskan kepada masa hadapan serta bagaimana melakukan sesuatu
dengan cara yang lebih berkesan dan mendatangkan hasil yang lebih baik.
Bahan Sokongan Pembelajaran 1.5.2

4. Memerhati

Memerhati adalah satu proses untuk mengumpul maklumat dan bukti berkaitan sesuatu
perkara. Seseorang pemerhati mesti berkeupayaan untuk mengenalpasti bukti,
berkebolehan mendokumentasi serta mentafsir secara tepat bukti-bukti yang signifikan.
Semasa coaching seseorang coach semasa memerhati sebenarnya mengkaji situasi
serta mencari petunjuk daripada perkara-perkara kecil yang biasa. Coach bekerja
daripada bukti dan petunjuk untuk membawanya coachee mengenalpasti masalah atau
perkara yang menjadi fokus. Coach seterusnya membimbing coachee untuk mencari
jalan penyelesaian atau melakukan sesuatu dengan pendekatan dan kaedah yang
baru.

Anda mungkin juga menyukai