Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENDAHULUAN
Moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin mores yang membawa maksud
sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupaka satu perkara yang lebih merujuk
kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk
memperbaiki sesuatu keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin
yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula
bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut.
Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah
ilmu yang mengkajinya.
Mengikut kamus Oxford Advanced Learners, Edisi keenam, moral bermaksud kesedaran
tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal.
Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan
masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Pertimbangan moral juga
bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem
sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Kesedaran moral mempunyai hubung kait
dengan hati nurani atau dalam bahasa asing disebut conscience, conscientia, gewissen,
geweten dan dalam Bahasa Arab disebut qalb, fuad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga
perkara iaitu kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan
objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah
muncul dalam bentuk kebebasan.
Sebagai contoh, dalam kehidupan bermasyarakat, kesedaran moral dapat mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan progresif. Hal ini kerana, kesedaran moral yang wujud dalam
setiap diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong-menolong dan

lain-lain nilai yang baik. Perkara ini seterusnya akan membantu dalam melahirkan sebuah negara
yang aman dan tenang di mana setiap rakyat akan sentiasa berasa selamat dan sejahtera dengan
adanya masyarakat yang mempunyai kesedaran moral yang tinggi.
Contoh diatas jelas menyokong kata-kata Thomas Hobbes yang telah menggambarkan
kepentingan hidup bermoral seperti berikut,
Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang tidak berkesudahan dan
persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat, bersifat buas dan
angkuh. (Mohd. Janib Johari, 1994).
2.0 PERTIMBANGAN MORAL
Mengapa moral menentukan kemajuan dan peradaban suatu bangsa?
J.J. Rosseau: kemajuan seni dan teknologi tidak akan menjamin sempurnanya peradaban
bangsa.F. Fukuyama: trust (kepercayaan) adalah penentu peradaban dankeberhasilan suatu
bangsa. Kwik K.G.: karena tingkat kepercayaan yang rendah, biaya keamanan dan biaya
transaksi menjadi tinggi.
Persoalan moralitasapa yang benar dan apa yang salahdalam hubungan antara
manusia adalah persoalan pokok untuk zaman kita ini. Beberapa persoalan yang biasanya dikira
lebih penting daripada soal tersebut di atas, umpamanya: Bagaimana manusia harus bersikap
menghadapi teknologi, bagaimana bangsa-bangsa harus bertindak untuk memelihara perdamaian,
dan persoalan hari kemudian dunia yang beradab, semua itu juga merupakan soal moralitas. Isuisu moral dengan cepat telah menjadi perhatian kehidupan kemanusiaan. Pelajaran etika sekarang
diberikan tidak hanya dalam kurikulum sekolah menengah tetapi juga dalam sekolah-sekolah
profesional. Tabib, ahli hukum, para pendidik dan pamong praja berduyun-duyun mendatangi

seminar tentang soal-soal moralitas. Adalah suatu kenyataan bahwa teknik dan kemampuan kita
telah berkembang lebih cepat daripada pemahaman kita tentang apa yang kita anggap sebagai
tujuan kita dan nilai-nilai. Barangkali perhatian yang telah diperbarui terhadap tujuan-tujuan
tersebut akan membantu kita dengan jawaban-jawaban yang sangat kita perlukan untuk
menjawab krisis dan keresahan yang merupakan bagian dari dunia modern.
Peribadi-peribadi selalu mengadakan pertimbangan terhadap tingkah laku mereka sendiri
dan tingkah laku orang-orang lain. Ada tindakan-tindakan yang disetujui dan dinamakan benar
atau baik. Tindakan-tindakan lain dicela dan dinamakan salah atau jahat. Pertimbangan moral
selalu berhadapan dengan tindakan manusia, khususnya tindakan-tindakan mereka yang bebas,
dari segi benar atau salah. Tindakan-tindakan yang tidak bebas, yang pelakunya tidak dapat
mengawal, jarang dihubungkan dengan pertimbangan moral, karena seseorang tidak dapat
dianggap bertanggung jawab tentang tindakan yang tidak ia kehendaki.
Istilah moral atau etika mempunyai hubungan erat dengan arti asalnya. Istilah moral
berasal dari kata Latin: moralis, dan istilah ethics berasal dari bahasa Yunani: ethos. Keduanya
bererti: kebiasaan atau cara hidup. Istilah-istilah tersebut kadang-kadang dipakai sebagai
sinonim. Sekarang, biasanya orang berminat untuk memakai morality untuk menunjukkan
tingkah laku itu sendiri, sedang ethics menunjuk kepada penyelidikan tentang tingkah laku. Kita
berkata: moral act dan ethical code.
Istilah benar (right) dan baik (good) sering dipakai dalam etika dan perlu dijelaskan.
Kata right berasal dari bahasa Latin rectus, yang berarti lurus. Dalam pemakaian biasa kata
tersebut mengandung arti sesuai dengan suatu ukuran. Istilah good menunjuk kepada sesuatu
yang mempunyai kualitas yang diinginkan, memuaskan suatu hajat dan bernilai untuk manusia.

Banyak filosof yang mengatakan bahawa dalam bidang etika, benar atau salah itu tidak
dapat dierti menjadi sesuatu yang lain dan hal tersebut dapat dimengerti secara langsung. Teori
seperti tersebut di atas bertentangan dengan etika yang didasarkan atas nilai dan yang
menjadikan kebaikan (goodness) sebagai konsep etika pusat. Teori-teori teleologi menopang
pandangan bahawa tindakan yang benar harus memberi sumbangan kepada kebaikan manusia
dan dunia.
Dalam moralitas dan etika terdapat beberapa permasalahan. Pertama, terdapat
penyelidikan yang dinamakan etika deskriptif (descriptive ethics). Di situ kita mempelajari
tingkah laku peribadi-peribadi atau personal morality; tingkah laku kelompok atau social
morality; kita menganalisis bermacam-macam aspek dari tingkah laku manusia seperti motif, niat
dan tindakan-tindakan terbuka. Pemeriksaan di sini hanya bersifat deskriptif tentang apa yang
terjadi; ini harus dibezakan dengan etika normatif (normative ethics) yang mendasarkan
penyelidikannya atas prinsip-prinsip yang harus kita pakai dalam kehidupan kita. Semenjak
orang-orang Yunani kuno, prinsip-prinsip penjelasan sudah dibentuk dan teori etika sudah
disusun. Plato menjelaskan pentingnya prinsip-prinsip tersebut semenjak lebih dari 2000 tahun
yang lalu. Kerana engkau lihat, hai Callicles, bahawa perbincangan kita adalah mengenai suatu
subjek yang mendapat perhatian dari orang yang hanya mempunyai sedikit kecerdasan yaitu,
cara hidup bagaimanakah yang terbaik.
Terdapat juga bidang etika kritik atau metaethics. Di sini perhatian dipusatkan kepada
analisa dan erti dari istilah dan bahasa yang dipakai dalam diskusi, serta corak fikiran yang
dipakai untuk membenarkan suatu pernyataan etika. Bidang ini mendapat perhatian yang besar
pada akhir-akhir ini, akan tetapi melibatkan soal-soal teknik yang sulit. Kita akan lebih

memperhatikan etika deskriptifbahan-bahan dari situasi moraldan etika normatif kerana kita
ingin membentuk ukuran-ukuran yang biasa dipakai untuk mempertimbangkan apakah suatu
tindakan itu benar atau salah. Sudah bertahun-tahun orang mencoba membentuk ukuran bagi
pertimbangan moral seperti kecondongan alamiah (natural inclination), pendapat umum, hukum,
kekuasaan keagamaan, akal dan hati sanubari. Seringkali ukuran-ukuran itu bertentangan dalam
hal semacam itu orang memerlukan tingkatan-tingkatan nilai yang dapat memimpinnya kepada
keputusan moral yang memuaskan.
2.1 PERNYATAAN NORMATIF MORAL DAN PERNYATAAN DESKRIPTIF MORAL
Pengenalan
Sebagai seorang pelajar yang mula memahami aspek asas etika dan jenis nilai moral
adalah penting untuk memahami pernyataan normatif dan pernyataan deskriptif ini dengan lebih
mudah dan secara langsung. Etika dan moral biasanya dilihat sebagai sama dalam konteks
Malaysia yang bermaksud cara berkelakuan. Oleh kerana etika berasal daripada perkataan Greek
dan moral berasal daripada perkataan Latin, latar belakang kedua-dua tempat dan masa perlu
difahami. Semasa falsafah Greek berkembang, tidak ada banyak fakta tentang agama dan
kebanyakan agama belum lahir pada masa itu. Maka, etika biasanya dikaitkan dengan pemikiran
rasional, logikal dan sebagainya.
Pada zaman Pemerintahan Roman, konsep moral sudah mula dipengaruhi oleh
keagamaan dan kerohanian. Di Malaysia kedua-dua konsep ini juga dipengaruhi oleh agama
Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan pelbagai agama lain yang dipraktikkan oleh masyarakat
bukan Islam sejak turun-temurun lagi.

2.2 PERNYATAAN NORMATIF


Normatif mempunyai maksud spesifik berdasarkan bidang disiplin yang berbeza. Oleh
kerana Pendidikan Moral boleh dianalisis dari perspektif falsafah dan perspektif psikologi,
pernyataan normatif akan diterangkan dalam konteks tersebut. Ini adalah untuk memudahkan
pemahaman pelajar tentang satu konsep yang kompleks dan mengelakkannya menjadi lebih
kabur sekiranya dicampuraduk dalam pelbagai bidang disiplin.
Secara umum, normatif merujuk kepada standard atau model yang ideal. Dalam keadaan
di Malaysia, normatif merujuk kepada standard berdasarkan masyarakat yang pluralistik.
Grassian,V.(1981) mengatakan bahawa percubaan untuk memberikan jawapan yang
koheren atau logik, sistematik, dan wajar kepada persoalan-persoalan moral dipanggil etika
normatif. Ini bererti etika moral tertumpu kepada kenyataan normatif yang mempunyai implikasi
kepada perlakuan manusia. Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa penyataan normatif
adalah satu pertimbangan nilai baik atau buruk, salah atau betul, diterima atau ditolak. Sebagai
contoh, Pengguguran ialah perbuatan yang tidak bermoral ialah pernyataan normatif.
Etika normatif berbeza daripada kajian falsafah tentang moral, iaitu etikameta yang
mengandungi sesuatu penyataan terhadap erti dan logik bahasa moral (Grassian,V.1981).
Penyataan normatif biasanya adalah dalam bentuk pertimbangan nilai. Mengikut Frankena,W.K.
(1973), ada pelbagai jenis pertimbangan moral atau etika. Pertimbangan moral itu boleh
dibahagikan kepada pertimbangan khas dan am.
Mengikut beliau, dalam sesetengah pertimbangan moral, kita boleh mengatakan sesuatu
tindakan atau jenis tindakan adalah secara moral baik atau buruk, betul atau salah, wajib atau
tidak wajib,perlu atau tidak perlu dilakukan. Pertimbangan ini dinamakan pertimbangan
kewajiban moral atau pertimbangan deontik.

Kita dapat membincangkan perkara yang bukan tindakan atau jenis tindakan, tentang
seseorang insan, motif, tujuan, dan sifat (trait) kelakuan atau peribadinya. Begitu juga kita boleh
mengatakan

bahawa

mereka

adalah

secara

moralnya

baik,

buruk,

mulia,

jahat,

bertanggungjawab, boleh dipersalahkan, bersifat wali, keji, dan sebagainya. Penilaian ini
dipanggil pertimbangan nilai moral atau pertimbangan aretaik. Rajah di bawah telah
meringkaskan penjelasan tentang kedua-dua pernyataan normatif ini.
2.2.1 PERNYATAAN NORMATIF DALAM BIDANG FALSAFAH
Dalam bidang falsafah, pernyataan normatif menentukan bagaimana sesuatu perkara atau
situasi sepatutnya berada atau berfungsi, bagaimana untuk menilai sesuatu, yang mana baik dan
yang mana tidak, perlakuan yang mana betul dan perlakuan yang mana tidak betul.

PERNYATAAN NORMATIF : Pertimbangan Deontik dan Pertimbangan Aretaik

Sebagai contoh, pernyataan Orang ramai tidak patut membeli dan menjual saham
dengan cara dan niat untuk berjudi ialah pertimbanan deontik, kerana niat berjudi ini adalah
sesuatu perkara dan perbuatan yang tidak boleh diterma di sisi undang-undang atau agama.
Sebagai seorang insan yang bermoral, orang ramai dinasihati supaya tidak membeli dan

menjual saham dengan cara dan niat untuk berjudi. Kita menggunakan perkataan dinasihati,
kerana perbuatan jual dan beli saham tidak salah di sisi undang-undang dan agama, tetapi
caranya (umpamanya, dengan cara contra) dan niatnya (semata-mata hendak mendapat untung
dengan cepat) secara moralnya tidak boleh diterima. Oleh yang demikian, menjadi kewajipan
kita untuk tidak melibatkan diri dalam perbuatan berjudi ini.
Satu contoh pernyataan normatif dengan pertimbangan aretaik ialah Pelabur yang bijak
tidak pernah berjudi dalam jual-beli saham. Pernyataan ini sebenarnya menilai atau
membicarakan tentang personality pelabur yang bijak dan dikaitkan dengan cara dia melabur di
pasaran saham, iaitu tidak berjudi ketika melibatkan diri dalam kegiatan jual-beli saham. Kita
boleh membuat andaian bahawa mungkin pelabur ini hanya melabur di kaunter-kaunter saham
yang mempunyai asas yang kukuh dan mungkin dia berasa lebih selamat dan lebih beruntung
sekiranya dia berbuat demikian. Perbuatan ini dianggap sebagai bijak dan bukan berbentuk
perjudian. Pernyataan pertimbangan aretaik ini tidak menyentuh kewajipan seseorang sebaliknya
hanya menilai dari sifat kemoralan, iaitu sifat bijak (tidak berjudi) yang ada pada seorang
pelabur.
Walau

bagaimanapun,

pernyataan

normatif

bukan

sentiasa

dikaitkan

dengan

pertimbangan nilai moral. Pretimbangan nilai dalam domain bukan moral ini adalah menilai
perkara-perkara yang lain daripada yang disebutkan tadi. Ia adalah berkaitan dengan kereta,
lukisan, pengalaman, bentuk kerajaan, dan sebagainya. Kita boleh mengatakan ia baik atau buruk
(contohnya, ini sebuah novel yang menarik.), perlu atau tidak perlukan ( contohnya, Kita
perlu belajar melalui kaedah pembelajaran yang betul.), dan lain-lain. Kita tidak bermaksud
mengatakannya secara moral sama ada baik atau buruk, perlu atau tidak perlu dan sebaganya. Ini
bermaksud ia adalah bebas daripada nilai moral.

2.2.2 CONTOH-CONTOH PERTANYAAN NORMATIF


1.

Pernyataan Normatif dengan Pertimbangan Moral


Khas

Pertimbangan
kewajipan moral
(Pertimbangan
deontik atau
obligasi)

a. Saya tidak suka mencaci orang.


b. Anda perlu menjadi seorang
guru yang berdedikasi.
c. Apa yang dilakukan oleh Alu
adalah salah.

Am
a. Kita perlu menunaikan
perjajian kita.
b. Semua pemimpin dictator
pandai menipu rakyat.
c. Semua manusia memerlukan
hak kebebasan.

d. Awak tidak patut memaksa anak


awak berkerja sehingaa larut
d. Rasuah adalah salah di sisi
malam.
undang-undang.

Pertimbangan nilai
moral

a. Bapa saya penghulu kampung


yang baik hati.

a. Orang yang baik tidak


menipu atau mencuri.

(Pertimbangan
aretaik)

b. Dia sentiasa bertanggungjawab


terhadap tugasnya.

b. Benevolence adalah sesuatu


yang mulia.

c. Anda patut didenda

c. Jealousy is an ignoble
motive.

d. Motif Ali adalah baik.

d. Orang yang dapat


memaafkan kecuaian ini
adalah seorang wali.

2. Pernyataan Normatif dengan Pertimbangan Bukan Moral


bukan moral
dalam dirinya.
b. Kehidupannya tidak bahagia.
b. Demokrasi adalah bentuk
(Pertimbangan
c. Saya tidak memberus gigi
kerajaan yang terbaik.
aretaik bukan moral)
dengan cara yang betul.
c. Demonstrasi aman dibenarkan
d. Kamarul mencuba
di kebanyakan Negara barat.
mempertahankan hujahnya
dengan perdebatan itu.
d. Makanan manis tidak baik
untuk kesihatan badan kita.

Selain pernyataan normatif dengan pertimbangan moral dan bukan moral yang baru
dibincangkan, kita juga boleh mengenal pasti pernyataan normatif yang mempunyai sesuatu
kesan langsung atau implikasi terhadap tingkah laku manusia. Contohnya, Isteri tidak boleh
berahsia dengan suami, oleh itu, isteri mesti memberitahukan semua hal yang berkaitan dengan
dirinya kepada suaminya. Kita juga ada pernyataan normatif yang berbentuk arahan dan

perintah, iaitu mengarahkan atau memerintahkan seseorang individu atau

semua orang supaya

mematuhi sesuatu peraturan atau undang-undang. Contohnya, ibu bapa mesti dihormati.
2.2.3

PERBEZAAN

ANTARA

PERNYATAAN

NORMATIF

MORAL

DENGAN

PERNYATAAN NORMATIF BUKAN MORAL


Pernyataan normatif dalam bidang selain daripada bidang falsafah berbeza dengan
pernyataan normatif dalam bidang falsafah. Itu yang membeza dan mewujudkan konsep
pernyataan normatif moral dengan pernyataan normatif bukan moral. Namum begitu, dalam
karya Barat dan karya falsafah Greek, pernyataan normatif merujuk kepada pernyataan normatif
moral.
Contoh:
Pernyataan
Ayat
Pernyataan Normatif Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya.
Bukan Moral
Pernyataan

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya yang

Normatif

bersopan santun dan bertata susila.

2.3 PERNYATAAN DESKRIPTIF


Pernyataan bukan normatif disebut pernyataan deskriptif dan tidak berkaitan dengan
pertimbangan nilai-nilai moral. Contohnya, Di Malaysia, rombakan cabinet adalah di bawah
kuasa Perdana Menteri, ialah satu pernyataan deskriptif yang neutral dalam nilai, dan ia hanya
menjelaskan satu fakta yang logik mengikut keadaan di Malaysia tanpa apa-apa pertimbangan
nilai. Pernyataan deskriptif ini berbentuk fakta yang tidak melibatkan sebarang pertimbangan
nilai atau kewajipan. Oleh itu, bukanlah pernyataan normatif.

2.3.1 PERBEZAAN ANTARA PERNYATAAN DESKRIPTIF DENGAN PERNYATAAN


NORMATIF
Setelah memahami maksud normatif, mudah untuk membezakan dengan pernyataan
deskriptif. Pernyataan deskriptif menerangkan sesuatu benda, watak atau keadaan.
Contoh:
Pernyataan
Pernyataan

Ayat
Pendidikan Moral ialah mata pelajaran wajib bagi pelajar bukan beragama

Deskriptif

Islam.

Pernyataan

Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang membantu pelajar

Normatif

mengenali moral masyarakat Malaysia dan mengamalkan moral tersebut


dalam kehidupan seharian

2.4 PERNYATAAN NORMATIF DAN KEHIDUPAN BERMASYARAKAT


Pernyataan normatif dan norma masyarakat merupakan sebahagian daripada kehidupan
kita di Malaysia. Terdapat beberapa cara pemikiran tentang status pernyataan normatif dan
rasionalnya. Dari aspek tradisi, tokoh falsafah Greek seperti Aristotle berpendapat bahawa cara
merasionalkan sesuatu pemikiran atau tingkah laku adalah dengan berbincang secara rasional.
Pemikir moden seperti Habermas mecadangkan komunikasi aktif dapat menentukan kebenaran
sesuatu pernyataan normatif. Kedua-dua pemikir ini walaupun hidup pada zaman berbeza tetapi
menyentuh satu cara pemikiran yang menggunakan akal fikiran dan kerasionalan dalam
kehidupan bermasyarakat. Tetapi perlu difahami bahawa kerasionalan ini bergantung kepada
situasi dan norma dalam masyarakat tersebut.

2.5 KEPENTINGAN PERNYATAAN NORMATIF

Apakah kegunaan Pernyataan normatif dalam Pendidikan Moral? Pernyataan normatif


adalah akar umbi untuk menentukan matlamat dalam mengurus dan merancang pemikiran,
kepercayaan, perasaan, dan perlakuan dalam kehidupan. Pernyataan normatif merupakan asas
kepada diskusi etika dan politik yang mengambil tempat dalam kehidupan harian.
2.6 BAGAIMANA PERNYATAAN NORMATIF DAN PERNYATAAN DESKRIPTIF
DIAPLIKASIKAN DALAM PERGAULAN SOSIAL

Situasi ini merupakan pernyataan normatif. Pergaulan antara dua orang di dalam gambar
telah memaparkan nilai kesabaran. Watak A merupakan seorang yang mempunyai EQ yang
rendah, tidak dapat mengawal perasaan sendiri, bertindak mengikut perasaannya.Sebaliknya,
Watak B pula mempunyai kesabaran yang tinggi, dia cuba untuk menasihati dan menghalang
Watak A supaya tidak bertindak secara terburu-buru. Watak B mengatakan bahawa segala
perbuatan yang salah di sisi undang-undang akan diambil tindakan oleh undang-undang. Hal ini
telah menunjukkan satu teladan yang baik dan boleh dicontohi oleh masyarakat.
2.7 PERBEZAAN PERNYATAAN NORMATIF MENGIKUT BUDAYA MESYARAKAT
Cara bagaimana seseorang individu atau sesuatu masyarakat menentukan jenis amalan
yang bermoral, mengikut standard normatif mereka berbeza mengikut budaya, agama dan

kepercayaan masing-masing. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat kita di Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai amalan agama, kepercayaan, dan kebudayaan.
Pernyataan normatif menyuarakan penakulan sesuatu situasi sama ada sesuai atau tidak.
Contoh, bandaraya akan lebih aman sekiranya tidak ada kes ragut. Tidak ada cara untuk
menyatakan pernyataan ini tidak benar, dalam keadaan di mana banyak berlaku kes ragut,
seseorang tidak boleh menafikan pernyataan di atas.

Situasi yang ditunjukkan juga merupakan satu pernyataan normatif. Kedua-dua watak
berbual-bual dan bersetuju bahawa Negara kita adalah kaya dengan moral dan etika. Mereka
berasa bangga kerana walaupun Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dengan agama dan
kebudayaan yang kepelbagaian, tetapi perpaduan masih dapat diwujudkan dengan adanya nilai
moral yang kukuh. Ia berkaitan dengan moral dan etika yang diamalkan oleh setiap rakyat
Malaysia telah berjaya mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni. Hal ini telah
mencapai hasrat Satu Malaysia.

Law, E. ( 2010, November 23 ). Pernyataan normatif moral dan pernyataan deskriptif moral.
Capaian 28 November 2014, dari http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/pernyataan-normatifmoral-dan.html

Hoon, C.L. ( 2013, September 19 ). Konsep asas dalam pendidikan moral. Capaian 28 November
2014, dari http://psv3.blogspot.com/2013/09/konsep-asas-dalam-pendidikan-moral.html

Anda mungkin juga menyukai