Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 1- Penulisan Esei Individu (30%)

Cadangkan satu langkah yang sesuai untuk mencapai matlamat yang tersebut di
atas. Hujah anda perlu disokong dengan bukti.

1.0 Pengenalan
Penumpuan terhadap pendidikan dalam sistem pendidikan negara kita adalah
jelas berdasarkan apa yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
bagi melahirkan insan yang baik, menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi,
rohani, dan intelek. (Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid , 2010). FPK juga
mempunyai harapan yang tinggi untuk melahirkan manusia seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek ringkasnya JERI berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. (Salhad Abdullah , 2009) Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. Persoalannya, apakah langkah yang sesuai
untuk melahirkan insan yang sembang dan harmonis dengan elemen FPK?

2.0 Langkah yang sesuai untuk mencapai matlamat

Untuk mencapai matlamat tersebut dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek ialah guru tidak patut berpuas hati dengan kebolehan sendiri malah sentiasa
berusaha meningkatkan potensi diri sendiri dalam pengajaran terhadap murid-murid.
Hamzah B.Uno (2008) menyatakan guru adalah orang secara sadar mengarahkan
pengalaman dan tingkah laku dari seseorang individu sehingga dapat terjadi
pendidikan. Pendapat tersebut menunjukkan bahawa guru merupakan profesion yang
bertugas memberikan dorongan dan arahan kepada anak didiknya. (Apriliani,
2015)Guru mempunyai kompetensi tertentu untuk mengembangkan kemahiran dan
pengetahuan pelajar. Menurut Cheah & Lim (2010), mengajar adalah profession yang
unik. (Muzirah Ab Mokhti & Nurhana Mohamad Rafiuddin , 2013) Guru memerlukan
suatu bentuk program sokongan yang berterusan terhadap pembangunan
professional supaya mereka dapat memperkembangkan kemampuan guru dan
melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka terhadap murid-
murid bagi membentuk modal insan yang seimbang.

1
2.1 Dari aspek jasmani

Jasmani bermaksud kesihatan tubuh badan individu dan memanfaatkan


tenaga fizikal secara berdikari. (KPP, 2014) Oleh itu, cara meningkatkan jasmani
murid-murid ialah guru jasmani boleh mereka pelbagai aktiviti untuk menarik minat
murid-murid dalam bidang jasmani. Sebagai contoh, guru pendidikan jasmani boleh
menggunakan kaedah terbaru iaitu kaedah TGFU (Teaching Game For
Understanding) semasa pengajaran. TGFU merupakan satu pengajaran permainan
untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau
di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. Melalui TGFU, dapat
memberikan murid-murid tersebut supaya lebih fokus terhadap pemahaman yang
menyeluruh pada setiap permainan. (Fatin Nurhazwani Ariffin , 2012). Jika murid-
murid bermula ditarik minat oleh TGFU dan disukai, mereka akan bermula bermain
dan juga akan meningkatkan jasmani mereka. Secara ringkasnya, seseorang yang
menguasai jasmani dengan baik dapat menjalankan aktiviti harian dengan senang
dan memanfaatkan tenaga fizikal diri sendiri.

2.3 Dari aspek emosi

Menurut Othaman (1994), emosi penting dalam menggerakkan individu yang


bekerja ke arah yang lebih cemerlang. Emosi juga digunakan untuk membuat pilihan
dengan mengimaginasikan kemungkinan yang akan berlaku. (Ani, 2013) Seseorang
yang tidak beremosi akan mempunyai masalah dalam membuat keputusan. Oleh itu
jika masalah membuat keputusan susah terhadap murid-murid, mereka akan berfikir
secara negatif dan berasa berputus asa atau malas untuk membuat pilihan dalam
masa depan. Sebagai contoh, Dalam Sukan Olimpik di Rio de Janerio pada 20 Ogos
2016, rakyat Malaysia menaruh harapan yang tinggi terhadap Dato Lee Chong Wei
utnuk mendapat pingat emas tetapi tewas dalam perlawanan akhir dan memperoleh
pingat perak dalam Kejohanan Badminton Dunia. Beliau menegaskan bahawa
memohon maaf dan kekecewaan tewas di tangan Chen Long tetapi tidak berputus
asa dan akan sertai beberapa kejohanan lagi dan cuba lakukan sesuatu jika
berpeluang bertemu Chen Long. (Indahono, 2016) Hal ini menunjukkan walaupun
beliau tidak dapat pingat emas Sukan Olimpik, dia dapat mengawal emosi dengan
tidak bermarah serta tidak berputus asa dan meneruskan berusaha cuba lakukan
sesuatu jika bertemu Chen Long. Guru dapat menanamkan sikap mengawal emosi

2
dan tidak mudah berputus asa semasa menghadapi masalah. Pada proses
pembelajaran, guru dapat memberikan kesempatan kepada murid-murid berbincang
tentang bagaimana memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal
dalam aktiviti luar atau pengajaran. Secara amnya, semangat tidak berputus asa dan
mengawal emosi merupakan salah satu cara bagi melahirkan modal insan yang
seimbang.

2.4 Dari aspek rohani

Menurut Kamus dewan, kerohanian merujuk kepada perkara-perkara yang


berkaitan dengan roh iaitu bahagian dalam manusia yang mempunyai daya berfikir
manakala rohani yang sempurna selalu juga dikaitkan dengan aktiviti beragama
individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu.
(Pieda, 2012) Guru pendidikan moral menekan penerapan nilai-nilai murni dan
perbuatan yang baik dalam jiwa murid-murid. Sebagai contoh, guru moral boleh
menerangkan bahawa semua agama menekan perbuatan yang baik akan mendapat
pahala dan perbuatan yang tidak baik seperti gejala sosial, lumba haram, lepak,
pergaulan bebas dan lain-lain. Jika melakukan perbuatan yang tidak baik, akan
mendapat akibatnya di dunia akhirat. Oleh itu, setiap orang harus melakukan
perbuatan yang baik. Melalui cara ini, murid-murid dapat mempunyai rohani yang baik
diklasifikasikan oleh penentuan dan kepercayaan umum mengenai hal kelakuan
kebaikan individu itu secara total. Di samping itu, murid-murid dapat menanamkan
nilai-nilai murni melalui kesedaran terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan
dalam subjek Pendidikan Moral. Pada umumnya, murid-murid harus percaya dan
patuh kepada Tuhan dengan menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta dan
dapat memupuk dan membina disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang mulia
bagi melahirkan modal insan yang harmoni.

2.5 Dari aspek intelek

Intelek ialah kemampuan daya berfikir, memahami dan menganalisis dan


memberi peluang kepada murid-murid untuk mengalami pengalaman dalam
pertandingan atau perlawanan. Unsur intelek yang dapat memberikan tumpuan
kepada daya berfikir yang meliputi ciri-ciri seperti menguasai kemahiran asas 3M
mendapat, meningkat dan menyebarkan ilmu, berfikir secara kritis dan kreatif serta
memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain. Pada masa kini, murid-murid kurang

3
berfikir secara kreatif dalam .subjek pendidikan seni dan kehidupan. Oleh itu, guru
harus menganjurkan pertandingan yang dapat memberi tumpuan kepada ciri daya
berfikir secara kritis dan kreatif. Contohnya, guru pendidikan seni dapat menganjurkan
pertandingan melukis poster Hari Merdeka dan mengenakan ganjaran yang lumayan
kepada pemenang. Melalui cara ini, peserta akan berusaha dengan gigih untuk
melukiskan poster yang lebih kreatif dan menarik bagi menjadi pemenang dalam
pertandingan. Secara amnya, intelek merupakan unsur yang penting dalam
melahirkan modal insan.

3.0 Kesimpulan dan Refleksi

Kesimpulannya, modal insan adalah aset terpenting kepada organisasi dan


negara. Pembangunan modal insan perlu diutamakan dalam proses pembangunan
sesebuah negara kerana ia adalah pemangkin yang bakal mencorak tahap kemajuan
dan kemunduran bangsa itu. (Baharom Mohamad & Mohamad Johdi Salleh , 2009)
Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu untuk memainkan peranan penting
dalam pembentukan akhlak cemerlang dalam masa depan. Sifat menuding jari antara
kita perlu dielakkan dalam melahirkan insan seimbang dan harmoni. (Najahudin Lateh ,
Hanifah Musa Fathullah Harun, & Siti Noorbiah Md Rejab , 2015)

4
RUJUKAN
Ani, R. C. (2013). Kecerdasan emosi dalam kalangan peljar diploma pendidikan
lepasan ijazah (DPLI) Universiti Hussein Onn Malaysia. E prints , 12-26.

Apriliani, S. F. (2015). Peranan guru dalam meningkatkan minat berwirausaha siswa


SMK 17 Magelang. E prints , 12.

Baharom Mohamad , & Mohamad Johdi Salleh . (2009). Pembangunan modal insan
sebagai satu pelaburan penting dalam konteks pembinaan negara. E prints ,
14-15.

Fatin Nurhazwani Ariffin . (2012, Jun 25). Maksud TGFU. Retrieved from Scribd :
https://www.scribd.com/doc/98180976/Maksud-Tgfu-Kolabratif-Dan-Koperatif

Indahono, B. (2016). Impian Lee Chong Wei tidak kesampaian . Rio, Brazil: Astro
Awani .

KPP, I. (2014, January 18). Huraikan elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan


Kebangsaan. Jelaskan cara-cara pengurusan kurikulum yang boleh dilakukan
oleh guru untuk merealisasi hasrat tersebut. Retrieved from Slide Share:
http://www.slideshare.net/anbaarasi/fpk-2baru

Mohamad Khairi Othman , & Asmawati Suhid . (2010). Peranan sekolah dan guru
dalam pembangunan nilai pelajar menerusi penerpan nilai murni: satu
sorotan. My Jurnal, 1.

Muzirah Ab Mokhti , & Nurhana Mohamad Rafiuddin . (2013). Persepsi guru sains
yang mengamalkan lesson study sebagai program pembangunan profesional
guru terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. World
Conferences, 517.

Najahudin Lateh , Hanifah Musa Fathullah Harun, & Siti Noorbiah Md Rejab . (2015).
Pembentukan model insan seimbang . World conferences, 665-670.

Pieda, J. (2012, February 27). Aspek Rohani . Retrieved from Scribd :


https://www.scribd.com/doc/82916282/ASPEK-ROHANI

Salhad Abdullah . (2009). Hubungan IQ, EQ dan SQ dengan flasafah pendidikan. In


S. Abdullah, Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (p. 15). Kuala Lumpur, Malaysia : PTS Professional .

5
.

Anda mungkin juga menyukai