Anda di halaman 1dari 10

FOLIO PEMAKANAN

SEIMBANG

NAMA : NUR AYUNI NABILAH BT


MOHD NAZRIN
KELAS : 4 MUSLIM
NAMA GURU : CIKGU FARAH
ARTIFAH ARNIE BINTI AHMAD
YUSOP
ISI KANDUNGAN
1. PENDAHULUAN
2. OBJEKTIF

3. PIRAMID MAKANAN

4. RUTIN MAKANAN
5. PENUTUP
PENDAHULUAN
Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih
makanan yang hendak dimakan dengan tujuan
memperbaiki atau mengekalkan kesihatan.
Makanan yang seimbang perlu mengandungi
nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak,
vitamin dan garam galian pada kadar yang betul.
Kekurangan nutrien boleh menyebabkan
berlakunya malnutrisi.
OBJEKTIF
Piramid makanan memberikan panduan umum
tentang pemakanan seimbang yang merangkumi
kombinasi pelbagai jenis makanan untuk
memberikan zat serta nutrisi yang cukup kepada
badan. Disebabkan tiada satu pun jenis makanan
yang membekalkan semua jenis zat, gabungan
makanan yang betul diperlukan.
PIRAMID MAKANAN
KARBOHIDRAT
Sumber utama karbohidrat yang membekalkan tenaga
(50% -55% dari jumlah tenaga harian).
Sumber yang baik untukvitamin, mineral, dan serat.
Serat makanan memberi banyak manfaat seperti
meningkatkan pergerakan usus dan menjaga kesihatan
usus serta mencegah sembelit. Ia juga membantu
menurunkan paras glukosa dan kolesterol darah.
Pilih makanan bijirin daripada bijirin penuh seperti roti
mil penuh, bijirin mil penuh, beras perang. Makanan ini
mengandungi kandungan serat yang lebih tinggi.
Jumlah sajian yang disyorkan adalah 4 hingga 8 sajian
sehari.

VITAMIN
Sumber baik untuk serat, vitamin, mineral dan fitokimia yang
membantu menguatkan ketahanan terhadap penyakit
(imuniti).
Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari
juga memberi manfaat kepada kesihatan terutamanya
mencegah penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit
jantung dan beberapa jenis kanser
Jenis sayur-sayuran boleh diambil samada sayur-sayuran
berdaun hijau, sayuran pelbagai warna, termasuk sayur buah,
sayur kacang, ulam, sayuran dalam tin atau beku.
Pilih buah-buahan segar. Jus buah tidak boleh menggantikan
lebih daripada satu sajian buah-buahan.
Jumlah sajian disarankan adalah sekurang-kurangnya 3 sajian
sayur-sayuran serta 2 sajian buah-buahan.

PROTEIN
Sumber baik untuk protein yang diperlukan untuk membina tubuh.
Kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink.
Kekacang adalah sumber protein yang baik dan juga memberi sumber
serat yang baik. Kekacang adalah rendah kandungan lemak dan tidak
mengandungi kolesterol dibandingkan dengan ayam dan daging.
Kekacang digalakkan diambil setiap hari.
Makan ikan lebih kerap, jika boleh setiap hari.
Pilih daging dan ayam yang kurang lemak dan kolesterol, contohnya
membuang kulit ayam sebelum memasak atau pilih daging tanpa lemak.
Tinggi protein, kalsium dan pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti
vitamin A, riboflavin, bitamin B12 dan zink.
Kalsium dalam susu membina tulang dan gigi yang kuat bermula dari usia
kanak-kanak. Ini membantu mengurangkan risiko osteoporosis (tulang
menjadi rapuh) di usia tua.
RUTIN MAKANAN
PENUTUP
Makanan adalah merupakan suatu keperluan fisiologi yang mesti dipenuhi untuk
kehidupan. Pengambilan makanan yang tidak seimbang atau tabiat pemakanan
yang tidak sihat boleh menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan risiko
pelbagai jenis penyakit. Akan tetapi perlu difahami, bahawa makanan bukanlah
merupakan faktor tunggal yang boleh menyebabkan kemudaratan atau boleh
mendatangkan penyakit. Ini kerana penyakit mungkin boleh disebabkan oleh
berbagai-bagai faktor seperti kuman, jangkitan dan tekanan emosi. Kajian
menunjukkan bahawa kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit kronik di
kalangan masyarakat masa kini adalah berpunca daripada kandungan makanan
itu sendiri seperti kandungan lemak, gula dan garam dan bukannya dari aditif
makanan apatah lagi apabila makanan ini dimakan tanpa kawalan.

Oleh yang demikian, seseorang itu perlu teliti dalam hal-hal yang berkaitan
dengan makanan dan pemakanan agar makanan yang diambil tidak
mendatangkan kemudaratan pada diri sama ada dari sudut fizikal, mental,
spiritual dan seterusnya terhadap pembentukan sifat-sifat mulia kemanusiaan.
Islam amat mementingkan kesihatan tubuh badan kerana dari situ terhasilnya
minda yang sihat dan buah fikiran yang bernas. Sejajar dengan itu, seseorang itu
seharusnya mengubah amalan pemakanan harian dengan hanya mengambil
makanan yang berkhasiat dan bermutu, seimbang dan sederhana dan pelbagai,
mencukupi dan mempunyai kalori yang terkawal sesuai dengan diet yang
diperlukan. Bukan kerana mengikut aliran hidup masyarakat moden atau
tuntutan nafsu semata-mata

Anda mungkin juga menyukai