Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pendahuluan

Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik


berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu
perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan
adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-
aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien
melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian
kepada masalah klien.

Bagi pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga
definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James
(1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk
menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia
dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan
Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk
menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir
sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses
pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk
mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang
bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Menurut, Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada


proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta
mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh
orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan
dirinya.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga sentiasa berusaha meningkatkan


pembangunan diri dan sahsiah murid selaras dengan hasrat membangunkan modal
insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia memutuskan agar dibuat perekayasaan ke
atas perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) dengan memberikan penekanan
secara lebih berfokus kepada pembangunan sahsiah dan peningkatan disiplin diri dalam
kalangan murid di sekolah.
2.0 Soalan A
Merujuk kepada cadangan-cadangan KPM dalam usaha melaksanakan fokus
perkayasaan ini, terangkan bagaimana seorang guru biasa boleh memainkan peranan
sebagai guru pembimbing di sekolah.

Proses bimbingan dan kaunseling menyediakan satu sistem bertanggungjawab bersama


antara guru bimbingan, guru kelas, pentadbir sekolah, ibu bapa, rakan sebaya dan ahli-
ahli dalam sistem sekolah. Akan tetapi, bukan semua sekolah mempunyai seorang guru
kaunselor dalam sistem persekolahan. Justeru itu, kadang-kadang guru biasa juga boleh
memainkan peranan seorang guru bimbingan dan kaunseling bagi menjayakan
cadangan-cadangan yang dicadang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk
melaksanakan fokus perekayasaan ke atas perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
(BK) di sekolah.

Dalam proses bimbingan dan kaunseling terdapat beberapa prosedur-prosedur


yang harus diberi perhatian oleh guru-guru biasa sebelum menjalankan peranannya
sebagai seorang guru kaunseling di sekolah. Prosedur-prosedur BK adalah guru harus
mengenalpasti murid-murid yang memiliki konsep kendiri yang rendah atau mereka yang
menunjukkan tingkah lalu bermasalah di dalam bilik darjah. Seterusnya, guru hendaklah
mengumpul data mengenai murid-murid bermasalah yang berkait dengan kebolehan
dan pengalaman lampau. Akhir sekali, memberikan sesi bimbingan dan kaunseling
kepada murid-murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah secara individu atau
pun secara kumpulan.

Sebagai seorang guru pembimbing, guru biasa boleh menyediakan pangkalan


Profil Murid yang bertujuan untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu tingkahlaku
berkaitan murid. Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar
belakang murid, latar belakang ibu bapa/penjaga, latar belakang masalah, kekerapan
dan punca masalah dan status tindakan penyelesaian. Profil Murid ini dapat membantu
guru biasa untuk membuat semakan serta digunakan sebagai rujukan untuk tindakan
susulan nanti, sama ada dalam bentuk sesi kaunseling atau intervensi yang lain. Dengan
ini, guru biasa dapat mencegah sesuatu isu tingkahlaku murid dengan lebih berkesan.

Peranan guru biasa sebagai guru bimbingan yang lain adalah menolong murid
membuat penyesuaian. Dalam hal ini, guru biasa membantu anak-anak muridnya
menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai aspek seperti fizikal, mental, emosi,
persekitaran dan sebagainya. Kedua, guru biasa yang berperanan sebagai guru
pembimbing juga menolong murid dalam pelajaran. Murid pada zaman sekarang
menghadapi pelbagai masalah dan masalah-masalah tersebut kadang-kala menjadi satu
halangan kepada mereka untuk mengikuti atau menguasai proses pengajaran dan
pembelajaran. bagi mengatasi masalah tersebut, guru sedia membantu murid dalam
pelajaran mereka. Misalnya, sekiranya murid menghadapi masalah dalam matapelajaran
Bahasa Melayu, guru bertanggungjawab untuk menolong murid berkenaan dalam mata
pelajaran tersebut. Segala kemuskilan yang wujud dalam kalangan murid perlulah
diselesaikan oleh guru dengan mengambil tindakan sewajarnya seperti memberi
penerangan yang ringkas, tepat dan jelas, memberikan contoh-contoh yang bersesuaian
dengan topik yang diajar serta menggunakan pendekatan, strategi, kaedahdan teknik
yang sesuai dengan tahap penerimaan murid.

Selain itu, guru juga boleh membuat perancangan yang sistematik serta
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik bagi
membantu murid mengikuti pembelajaran. Ketiga, guru biasa memberi kesedaran
tentang pentingnya pelajaran. Terdapatmurid yang sangat aktif untuk belajar dan pada
masa yang sama terdapat juga muridyang datang sekolah hanya sebagai rutin harian.
Dalam hal ini, guru biasa memberikesedaran kepada anak-anak murid bahawa betapa
pentingnya pelajaran pada masakini sebab pendidikan yang diperoleh oleh seseorang
akan menentukan masa depanmereka. Apabila guru memberikan kesedaran, murid-
murid berpeluang untukmengubah dirinya dan bersedia untuk menghadapi cabaran di
dunia pendidikan ini. Keempat pula, guru biasa menolong murid untuk membuat
keputusan rasional.Murid-murid di sekolah rendah berupaya mengambil keputusan
sendiri tetapimasalahnya mereka tidak tahu bahawa keputusan yang diambil itu rasional
atau tidak.Jadi, adalah menjadi tugas kepada guru biasa untuk menolong murid
membuatpertimbangan, mengenal pasti baik buruk sesuatu tindakan dan sebagainya.

Seterusnya, di dalam bilik darjah guru perlu sentiasa peka dan mengambil berat
tentang setiap pergerakan dan tingkah laku murid-murid. Sekiranya mendapati
murid-murid menghadapi masalah, guru perlu sebagai pembimbing, membimbing murid
mencari cara menyelesaikan masalah secara positif supaya masalah disiplin bilik darjah
tidak wujud seperti tidak menumpu perhatian semasa pdp dijalankan, tidur di dalam
kelas, bergaduh dan membuli murid lain dan sebagainya. Ini telah membuktikan bahawa
peranan guru untuk membantu murid menyelesaikan masalah adalah penting dan perlu
dipraktiskan oleh semua guru supaya proses pdp dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan justerunya sasaran dan objektif pembelajaran dapat dicapai.
Guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak jika dibandingkan dengan murid-
murid. Maka guru perlu membimbing murid untuk membuat keputusan yang
bijaksana dan rasional dalam pelbagai situasinya dalam kehidupan mereka supaya
mereka tidak kehilangan jalan dalam kehidupan. Guru hanya memberikan cadangan
kepada murid, tetapi hak untuk membuat keputusan adalah di tangan murid sendiri.
Guru perlu memastikan keputusan yang dibuat oleh murid adalah berpandukan dengan
nilai-nilai moral, agama, terminal dan juga instrumental. Ini disebabkan nilai-nilai adalah
penting dalam memberikan panduan dalam kehidupan manusia.

Kesimpulannya, guru biasa dapat membimbing murid sepertimana guru kaunseling


buat. Beliau bertanggungjawab menyediakan suatu persekitaran yang kondusif. Sebagai
pembimbing murid-murid, guru bertindak sebagai pengurus bilik darjah, sebagai
perancang, membantu dan membimbing murid mengatasi masalah, mengembangkan
kebolehan murid, dan membimbing murid membuat keputusan.

Anda mungkin juga menyukai