Anda di halaman 1dari 5

Kekuatan

Kebanyakkan orang sangat gemar untuk makan aiskrim sebagai dessert. Aiskrim Choco
Oreo ini juga dapat merangsang minat kanak-kanak untuk makan. Aiskrim ini dibuat dengan
menggunakan bahan seperti biskut oreo, roller biskut dan coklat cip. Oleh itu, kanak gemar
untuk makan aiskrim ini.

Kelemahan

Kelemahan bagi dessert ini adalah orang tua tidak dapat makanan aiskrim ini kerap kali
sebab terlalu banyak gula. Selain itu, kanak-kanak juga tidak boleh makan dessert ini pada
waktu malam sebab mudah dijangkiti selsema.

Penambahbaikan

Saya harus membuat penambahbaikan terhadap dessert yang yang saya buat. Saya harus
membuat dessert yang dimakan oleh semua orang pada bila-bila masa. Saya harus
mengurangkan gula yang terdapat dessert ini dengan menitikberatkan kesihatan warga tua.
Kuih tempatan
Resipi asal

Bahan ynag diperlukan :

Bahan untuk inti:

 1/2 biji kelapa parut


 1/4 cawan gula melaka
 1/4 cawan gula pasir
 2-3 helai daun pandan
 1/2 sudu kecil garam
Bahan untuk kulit:

 2 cawan tepung gandum


 2 cawan santan sederhana cair, anggaran
dari 1/3 biji kelapa
 1 biji telur
 4-5 helai daun pandan
 1 sudu kecil garam
 2-3 titik pewarna hijau (optional)

Cara-cara untuk inti:

 Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
 Masak di atas api yg perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.

Cara-cara untuk kulit:

 Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2
cawan santan perah dan tapis.
 Bancuh santan bersama tepung gandum, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya
kulit menjadi lebih hijau. Kacau sebati menggunakan whisk dan kemudian tapis supaya tiada ketulan.
Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.
 Panaskan kuali yang di griskan dengan sedikit minyak. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan
ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan
bahagian atas menggunakan sudip jika perlu. Anggran 3-4 minit di atas kuali.
 Angkat dan gulung bersama inti yang sudah disejukkan.
Resipi inovasi

Kuih ketayap sardin

Bahan yang diperlukan :

Bahan untuk inti :

 1 tin sardin
 1 Bawang
 1 Limau
 1 Cili
 1/2 sudu kecil garam

Bahan untuk kulit :


o 2 cawan tepung gandum
o 1 biji telur
o 1 sudu kecil garam

Langkah – langkah membuat kuih ketayap sardin

Menyediakan bahan yang deperlukan untuk


membuat kuih ketayap sardine iaitu, 1 tin
sardin, bawang, limau, sedikit garam, cili, 2
cawan tepung gandum, sebiji telur.

Bagi membuat inti sardin bagi kuih ketayap,


kita harus membersihkan ikan sardin.
Kemudian, kita harus mengancurkan sardin
supaya menjadi halus. Selepas itu,
masukkan bawang dan cili yang dipotong
kecil ke dalam sardin tersebut serta
digaulkan sehingga menjadi sebati.

Inti sardin siap untuk dihidang.

Seterusnya, bancuh tepung gandum


bersama santan, garam dan sebiji telur
sehingga menjadi sebati.

Panaskan kuali yang digriskan dengan


sedikit minyak. Tuang satu senduk bancuhan
tepung dan ratakan dengan memusingkan
kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat
bentuk bulat. Biarkan selama 3 - 4 minit di
atas kuali.

Angkat ampam tersebut dan gulung bersama


inti sardin.
Kuih ketayap berinti sardin siap untuk
dihidang.

Jadual 3 : langkah-langkah membuat kuih ketayap berinti sardin.

Kelebihan

Kuih ketayap merupakan salah satu kuih tempatan. Kuih ketayap berinti sardin ini boleh

memberi kepada kanak-kanak sebagai sarapan pagi sebab ikan sardin membekalkan

sumber protein yang tinggi. Ikan sardin juga mengandungi kandungan omega 3 di dalamnya

yang dapat mengawal paras kolestrol, memperbaiki sistem penghadaman dan

meningkatkan keupayaan tubuh untuk membakar lemak.

Kelemahan

Kita tidak boleh makan kulit kuih ketayap yang diperbuat daripada tepung gandung kerana

tepung gandum mengandungi gluten yang banyak. Jika kita mengambil makanan yang

diperbuat daripada tepung ini akan memberi kesan kepada sistem pencernaan pada masa

akan datang. Seterusnya, warna kuih ketayap yang saya buat tidak dapat menarik perhatian

orang.

Penambahbaikan

Saya harus membuat penambahbaikan terhadap kuih ketayap berinti sardin ini. Saya harus

mencampurkan sedikit pewarna seperti pewarna hijau bagi merangsang keinginan kanak-

kanak untuk makan kuih ini. Seterusnya, saya juga harus menggantikan tepung yang lebih

sesuai untuk membuat kulit bagi kuih ketayap.

Anda mungkin juga menyukai